Edited by annabellaruz2 at 27-7-2017 04:46 PM
Aku nak sambung kisah pasal sihir tu…
Sebelah kiri rumah kami, bukannya orang lain. Pakcik aku yang merupakan abang kepada abah aku.
Kalau ikutkan melayu, pangkat Pak Ngah la..biar aku panggil Pak Ngah..senang sikit aku nak bercerita..hehehe
Pak Ngah aku ni merupakan pewaris generasi ke 2 tanah pusaka keluarga yang merupakan tapak perkampungan kami. Kalau ada sesiapa yang nak mendirikan rumah baru, kena minta kebenaran dan persetujuan terlebih dahulu daripada Pak Ngah aku ni.
Kalau dia benarkan, maka, bolehlah mendirikan rumah ditempat yang kita nak tu. Kalau tak, dia yang akan menentukan lokasi yang boleh didirikan rumah.
Yang abah aku bengang tu, masa adik aku nak mendirikan rumah sendiri dibelakang rumah kami, dia bermati-matian tak benarkan. Alasannya, dia nak tanam pokok buah kat belakang rumah kami.
Elehhhh, pokok rambutan masam yang dia punya kedekut nak kasi budak-budak makan pun dah selamat kena tebang...yang ni boleh baca kat benang zaman kanak-kanak aku.
Akhirnya adik aku mendirikan rumah dikampung isteri dia yang terletak hanya bersebelahan dengan kampung kami. Dalam 3 km jer. Naik motor pun tak sempat nak panas ekzoz…hahaha
Dan Pak Ngah ni tak berapa disukai oleh adik beradik kerana dia sangat tamak dan joli sorang-sorang hasil tanah yang dijual. Maksud aku, jangankan adik beradik dia, anak bini pun tak merasa duit hasil jualan tanah.
Adakah patut, dia suh isteri dia aka mak ngah aku cari duit sendiri kalau nak berbelanja. haishhh.. Mana tanggungjawab dia sebagai suami? Dan sebagai bapa, nasib baik anak-anak dia semua dah besar2..beze umur dengan aku banyak tahun juga anak-anak pak ngah ni.
Masa aku masih sekolah menengah, anak-anak dia semua dah habis sekolah dan bekerja. Ala, kerja-kerja buruh binaan jer kat bandaraya Kuching.
Maaf, bukan berlagak. Atok aku 3 beradik merupakan antara yang terkaya kat area kami tu. Kalau sebut kaya, bukan macam orang sekarang.
Kaya dan harta nya nampak nyata dengan rumah besar, kereta besar, pakaian mahal dan makan mewah. Atok aku tu pula memang bersepah sana sini tanah pusaka.
Tetapi sayang, bila dapat kat anak-anak dia terutama Pak Ngah tu, dah nak habis dijualnya. Dapat kat anak-anak Pak Ngah pun sama juga. Habis tergadai. Nasib baik tanah atok tu dah siap dibahagikan kepada abah aku 6 beradik..Jadi, mereka ada bahagian masing-masing.
Cuma, tanah-tanah tu kebanyakkannya anak-anak Pak Ngah gadaikan kat orang cina yang kebetulan baik dengan abah aku.
Jadi bila anak-anak Pak Ngah tidak mampu menebus balik tanah tersebut, ada sebahagian tanah abah aku yang menebus dari cina tersebut. Automatik, tanah tu jadi tanah abah aku.
Cukup lah kalau aku katakan bahawa kami adik beradik pun dah ada bahagian tanah masing-masing daripada abah aku.
Jadi sebahagian lagi tanah abah aku terutama tanah paya abah aku bagi kebenaran kepada penduduk kampung yang tak mempunyai tanah untuk menanam padi. Bila hasil telah dituai, ada yang memberikan padi kepada abah aku sebagai tanda berterima kasih.
Walaupun abah aku pernah menolak, tetapi tetap juga mereka memberi padi kepada kami. Jika kerap ditolak, takut mereka berkecil hati. Walaupun setakat seguni dua, tetapi cukup banyak bagi kami.
Lagipun, kami sendiri pun ada sawah padi dan kerap menggaji penduduk-penduduk tempatan untuk mengerjakan sawah kami. Disamping mewujudkan peluang pekerjaan, kami juga membantu serba sedikit pendapatan sampingan kepada mereka.
Ye la..kalau nak mengerjakan sendiri memang tak mampu dengan kudrat kami ni. Aku dah merasa sendiri pengalaman mengerjakan sawah padi sejak dari kecil bersama mendiang nenek dan seterusnya dengan mak aku. Pengalaman yang tak mungkin aku lupakan walaupun dan lebih 20 tahun aku tak pernah mengerjakan sawah dengan keluarga aku.
Ok, berbalik kepada kisah di atas tu.
Berlaku perebutan sebidang tanah di antara Mak Ngah aku dengan adik dia. Tanah tu telah digadaikan oleh sepupu aku kepada adik Mak Ngah dengan jumlah RM2000 jer. Semua gara-gara sepupu ni banyak hutang sebab kerap kalah main snooker di pekan.
Awal pagi turun sama seperti orang yang pergi kerja. Tapi lepas dia hantar bini dia ke tempat kerja, dia sangkut kat tempat snooker tu sampai petang sebelum dia menjemput bini dia balik dari tempat kerja.
Jadi bila dah lama sangat berhutang, adik Mak Ngah nak tanah tersebut menjadi milik dia secara sah. Jadinya memandangkan adik ipar mak ngah ni kerja kat Jabatan tanah dan Ukur, maka senang la untuk dia menukar nama dalam pemilik geran tanah tersebut. Tanah tersebut betul-betul terletak diseberang jalan perkampungan kami dan merupakan kebun lada Pak Ngah.
Semasa projek menaiktaraf jalan raya di penempatan kami, tanah tersebut terletak dilaluan projek tersebut.
Jadinya bayaran pampasan akan dibayar kepada pemilik tanah. Dalam situasi ni, sudah tentulah pampasan tersebut bakal dibayar kepada adik mak ngah. Dengar kata, jumlahnya lumayan juga.
Apabila berita ini diketahui oleh mak ngah, maka berlakulah perebutan ke atas tanah tersebut. Tetapi cara mak Ngah tu tak betul. Dia telah mengupah seorang bomoh untuk menghantar benda tak baik kepada adik dia sendiri. Rasanya kalau tak silap seolah-olah santau dan busung.
Adik ipar mak ngah membawa isterinya berubat dan membalas balik dengan menghantar sesuatu untuk mengganggu Mak Ngah.
Tetapi malangnya..kedudukan rumah kami yang tersangat hampir dengan rumah Pak Ngah (tak sampai pun 2 meter jarak dinding ke dinding), menjadikan rumah kami tempat persinggahan benda suruhan tersebut sebab benda tu terhalang untuk memasuki rumah Pak Ngah secara terus.
Kalau nak masuk ke rumah Pak Ngah, terpaksa masuk dari sebelah depan sebab pintu masuk yang asalnya disebelah kiri telah terhalang oleh dinding ruang rehat ke -2 rumah aku.
Pintu masuk ke rumah kami pula, adalah dari sebelah kanan yang menghala turun & naik bukit iaitu laluan jalan utama penduduk kampung keluar dan masuk kampung. Dikaki bukit tersebut terletaknya sungai yang menjadi sumber air utama untuk mandi manda dan mencuci bagi penduduk kampung.
Dan ruang tersebut memang biasanya menjadi tempat mak aku mengayam tikar. Agaknya mak aku terkena masa dia tengah mengayam tikar di ruang tersebut la kot.
So sekarang, kedudukan pintu masuk tersebut telah diubah dan ditutup dengan garaj kereta.
Pintu masuk terletak dibahagian depan ruang rehat ke-2.
Yang aku dengar mak aku cerita, mereka saling berbalas menghantar benda2 tak elok sesame sendiri sehinggalah beberapa tahun lepas tu, adik mak ngah berpindah ke tempat lain selepas mendapat pampasan dari kerajaan.
Kesudahannya, memang mak ngah berputih mata ler sebab tanah tu dah jadi milik kerajaan dan duit pampasan pula dapat kat adik dia.
Masa benda ni berlaku, aku dah pun berada di Semenanjung. Tetapi memang risau masa mak aku mula-mula beritahu tentang keadaan dia masa tu.
Kerap pergi ke hospital pagi-pagi buta untuk sedut gas. Tetapi bila doktor check, tak de pula asthma yang teruk.
Aku sebagai anak yang rapat dengan mak, memang risau. Nasib baik adik-adik aku berada di kampung.
Terima kasih la kepada Tok Ayah yang telah mengubat mak aku. Tak tahu apa yang Tok Ayah telah lakukan dengan benda yang menumpang tersebut.
Mungkin dipulangkan balik kepada tuannya ataupun dihapuskan.
|