CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fa_stellar

Habiburrahman El-Shirazy (merged with bloop)

[Copy link]
Post time 4-11-2008 05:36 PM | Show all posts

Reply #620 mardhiah12's post

ooo..ala2 mihrab cinta gak la ek

sape dh baca yg cleopatra tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-11-2008 07:18 PM | Show all posts

Reply #621 bottombikini's post

da baca... nipis je..1/2 jam leh abis kot. leh tahan...ada satu cite tu..hampir2 aku nanges
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 07:30 AM | Show all posts

Reply #621 bottombikini's post

bottombikini, tak juga....mihrab cinta tu, 3 ke 4 cerpen kan..ni byk cerpen dalam tu...yang paling panjang 'atas sajadah cinta'
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 09:23 AM | Show all posts

Reply #623 mardhiah12's post

yeke wak..bape inggit ek harga ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 10:55 AM | Show all posts
Originally posted by bottombikini at 4-11-2008 05:36 PM
ooo..ala2 mihrab cinta gak la ek
sape dh baca yg cleopatra tu?

aku dah baca, sedih..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 11:17 AM | Show all posts
KCB 1 dan 2, pada saya yg Ep2 lagi menarik dan laju sikit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2008 11:52 AM | Show all posts

Balas #624 bottombikini\ catat

masa beli tu harganya belas2 ringgit
kirim dgn bloop bloop di indonesia
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 04:53 PM | Show all posts
di atas sejadah cinta tu best tak? sapa penah baca?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2008 04:58 PM | Show all posts
nampaknya sume dah khatam yer..skang kite tunggu dari sujud ke sujud plak ek..

cara penulisan kang abik ni berhantu kan..asik nak baca baca dan baca..

kalo ada sesapa terbaca ruangan cerpen kat sisipan berita mingguan smlm..cara penulisan dia pun agak menarik..ala-ala kang abik ni sesikit..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 11:19 PM | Show all posts
Originally posted by liya71a at 10-11-2008 04:53 PM
di atas sejadah cinta tu best tak? sapa penah baca?


ok juga la ceritanya. tapi kira macam cerpen la.. sy ada buku ni.. dalam satu buku tu ada beberapa cerita. (4 cerita kalau tak silap. sebab dah lama juga baca buku ni).

kalau nak buat koleksi kang abik ni... ok la.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 11:24 PM | Show all posts
Originally posted by bottombikini at 10-11-2008 04:58 PM
nampaknya sume dah khatam yer..skang kite tunggu dari sujud ke sujud plak ek..

cara penulisan kang abik ni berhantu kan..asik nak baca baca dan baca..

kalo ada sesapa terbaca ruangan cer ...


kalau suka penulisan kang abik ni, rasanya sure suka juga dengan tulisan pak cah (cahyadi takariawan).
sy baca buku dia (bukan novel, agak ilmiah tapi ringan sebagai bahan bacaan) tajuk 'bahagiakan diri dengan satu isteri.'
memang best sungguh.

buku ni tak de kat malaysia. katanya tak boleh masuk, sebab agak kontroversi. saya pun dibelikan oleh kawan yang ke indonesia. kisahnya, saya ada ceritakan dalam thread 'cahyadi takariawan'.

selamat membaca.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 05:00 PM | Show all posts
kembang ada banyak jumpa ebook penulis ni yang disebarkan secara meluas. percuma pulak tu. kembang rasa tak eloklah orang yang sebarkan ebook tu, tak amanah namanya. sebab kembang tengok ebook tu macam dia ambil daripada manusrkip asal rupanya. mesti kerja orang dalam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 03:34 PM | Show all posts
baru jer habis baca Ayat Ayat Cinta....
mmg jauh lebih seronok baca novel ni drpd movie ...
sedih part Maria mimpi jumpa Maryam tu....Maria nk masuk syurga tapi x dapat.......
terkesan betul baca .....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 08:37 PM | Show all posts
baru je beli ayat2 cinta, baru selak bab 1...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 12:03 AM | Show all posts
dari sujud ke sujud tu ader gak ker ...
aku ingatkan korang wat lawak ajer ...  
bila buku tu nak kuar ....
citer pasal aper plk ...
anak2 anna ngan azzam ko ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 02:31 PM | Show all posts
Originally posted by KembangPagi at 12-11-2008 05:00 PM
kembang ada banyak jumpa ebook penulis ni yang disebarkan secara meluas. percuma pulak tu. kembang rasa tak eloklah orang yang sebarkan ebook tu, tak amanah namanya. sebab kembang tengok ebook tu ...


i pun ada 1 copy of ebook dia dalam .pdf, tapi bila baca satu dua page, rasa tak sedap hati pulak. Baik la beli, kalo tak mampu pinjam..

Ringkasan dari saya:
Kisah hidup seorang pemuda pelajar di Al Azhar Mesir yang penuh dengan dugaan dan ujian. Mulanya hidupnya adalah berulang-alik ke masjid Abu Bakar, belajar dengan Shiekh Ahmad, kitab agama, sejauh 50km dengan menaiki lrt. Hidup pula bersama pelajar Indonesia 4 orang yang masih belajar Ijazah Sarjana Muda. Fahri namanya, dia sedang menunggu tesis nya diterima di Al Azhar untuk melanjutkan ke Master dan terus phD.

Dalam pada itu, jirannya sekeluarga beragama Kristian Koptik yang tinggal di tingkat atas sangat baik dengannya. Maria, anak perempuan keluarga tersebut selalu menyapa Fahri dan kadangkala menitip barang untuk dibeli pada Fahri, kebetulan Fahri dalam perjalanan ke masjid Abu Bakar. Maria menyimpan perasaan pada Fahri, dan perasaannya membuak-buak bilamana Fahri menghadiahkan ibu dan adik Maria hadiah harijadi, yang ditulis dari Fahri dan rakan-rakan serumah. Keluarga Maria pula membalas dengan menjemput mereka semua makan di restoran elite yang tidak pernah mereka jejaki, dan sejak itu Maria terasa sangat dekat dengan Fahri.

Sementara itu, Maria atas desakan Fahri, telah menyelamatkan Noura (jiran mereka) dari bapa Noura yang bengis. Setelah Noura ditinggalkan di luar apartment, dan menangis terisak-isak, Maria mendapatkan Noura dan membawanya ke rumahnya. Noura menceritakan nasib malang yang dialaminya di mana dia telah dipaksa melacur seperti kakak-kakaknya, dan dia tidak mahu menuruti paksaan ayahnya. Dia telah disiksa.

Fahri memberi cadangan agar Noura tinggal bersama Nurul (rakan Indonesia) yang menuntut di Al Azhar. Noura telah diselamatkan dan rupa-rupanya Noura bukan anak si bengis. Adik Sheikh Ahmad, seorang intelligent telah berjaya mendapatkan ayah dan ibu kandung Noura, dan rupa-rupanya Noura telah tertukar dengan bayi lain semasa kecil.

Pertemuan Fahri dengan Aisha tidak sengaja di dalam lrt ketika Aisha wanita berpurdah itu mempersilakan 2 wanita mat saleh duduk ditempatnya. Aisha dikutuk di dalam lrt oleh lelaki-lekaki mesir yang anti-Amerika. Dari situ, Fahri menyelamatkan Aisha dari dikutuk juga oleh lelaki Mesir yang beramai-ramai bertekak di dalam lrt. Fahri menyeru mereka berselawat. Dari situlah Aisha berkenalan dengan Fahri, dan secara tak sengaja Fahri menyebut nama ayah saudara Aisha, iaitu Herbakan.

Tidak lama selepas pertemuan itu, Sheikh Ahmad mengajukan persoalan jodoh pada Fahri, dan Fahri tau, dalam usia dia yang sebegitu memang patut dia sudah punya calon. Fahri hanya menerima cadangan Sheikh Ahmad tanpa melihat pada foto yang diajukan padanya. Dia berserah. Rupa-rupanya semasa taaruf, keluarga Herbakan yang datang ke rumah Sheikh Ahmad.

Noura pula mencurahkan perasaan pada Fahri dalam surat terimakasih pada Fahri.
Fahri tidak dapat menerima perasaan tersebut. Sementara itu Nurul juga memaksa ayah saudaranya yang sedang menuntut phD untuk bertanyakan jodoh pada Fahri, malangnya ayah saudaranya terlalu sibuk dengan tesisnya.
Pernikahan Aisha Fahri berjalan lancar di masjid Abu Bakar, dengan disaksikan oleh keseluruhan pelajar Indonesia di sana. Aisha rupa-rupanya bukan sebarang wanita. Dia adalah wanita elite yang mempunyai kemewahan berjuta-juta dolar. Fahri terkejut dan sedih mengenangkan tanggungjawabnya, namun Aisha seorang wanita yang bepekerti mulia, dia memujuk Fahri dengan menceritakan kisah Khadijah mengahwini Nabi Muhammad saw.

Baru 2 bulan bulan madu mereka, Aisha disahkan mengandung, dalam pada keseronokkan berita gembira, Fahri ditangkap dan didakwa atas tuduhan memperkosa Noura. Dia diseksa di dalam penjara dan Ijazah Sarjana Mudanya ditarik balik. Fahri terkejut dan sangat terpukul. Sementara itu Maria pula jatuh sakit setelah mengetahui pernikahan Fahri.
Saksi utama iaitu Maria jatuh sakit, dan tiada saksi lain, melainkan saksi palsu yang telah melihat Noura pergi dihantar oleh Maria ke bilik/rumah Fahri. Sementara itu ibu-bapa Maria memohon pertolongan Fahri untuk menaikkan semangat Maria di hospital. Doktor mengatakan dengan hanya bersuara dan menyentuh Maria dapat menyedarkan dan memulihkan semangat Maria. Fahri bernikah dengan Maria di hospital dengan izin Aisha.

Maria berjaya dipulihkan untuk dibawa sebagai saksi di mahkamah. Akhirnya Fahri berjaya dalam kes tersebut, dan ternyata yang menghamili Noura adalah sibengis itu, sebelum Fahri/Maria menyelamatkan Noura malam itu. Maria pula jatuh pengsan di mahkamah, dan dibawa ke hospital, bersama dengan Fahri. Maria mengigau, dan dalam mimpinya dia telah dihalang dari memasuki syurga. Rupa-rupanya Maria sebenarnya sudah lama memeluk islam, tetapi tidak mempraktikkanya. Dia bertaubat, dan akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Rating saya:
***** (almost perfect!)
Kesimpulannya:
Dalam novel ini ada banyak tips muslim dan muslimah:
1. Cinta pada Allah lebih hakiki, cinta pada manusia adalah kedua.
2. Bersabarlah dalam menghadapi ujian Allah. Di sebalik kesabaran itu terdapat kemanisan iman.
3. Bersolat istikharah dalam menghadapi situasi membuat keputusan.
dan banyak lagi.


Baru sempat tengok movie Ayat-ayat Cinta filem indonesia.

Banyak betul yang tak selari dengan novel nya yang sangat indah.

Berikut adalah contohnya:

Aisya wataknya tidak kasar, dalam filem menunjukkan yang dia bermain-main dengan videocam dan fokus untuk mengambil gambar fahri sambil mengacu-acukan videocam pada fahri. Dalam novel tiada adegan begitu.

Aisya juga tidak belanja Fahri semasa makan malam dengan Madame Naheed. Tiada adegan makan malam bersama Madame Naheed, Maria, Fahri dan Aisya. Yang ada Yousef datang dan bagi hadiah perkahwinan yang kecil tapi punyai nilai yang tinggi. Serbuk Dhab Masri. Dan tiada adegan Aisya yang menghulurkan kad kreditnya pada pelayan restoran tersebut. Adegan ini mencacatkan lagi watak Aisya yang sepatutnya lembut dan memelihara sifat kewanitaan.

Tak setuju juga dengan adegan Aisya membuat surprise dengan membelikan Fahri komputer laptop yang baru, sedangkan tiada adegan Aisya pandai-pandai membelikan Fahri laptop baru.l Aisya juga memindahkan buku-buku fahri dari apartment lama fahri ke apartment barunya, bukan membeli kitab2 baru dan meletakkan di rumah baru.

Tempat tinggal Aisya-Fahri merupakan sebuah kondominium yang dijaga oleh 2 orang pengawal, tetapi dalam filem ini dia tinggal di banglo yang mempunyai pembantu rumah. Sedangkan Aisya-Fahri tiada pembantu rumah. Dalam filem, Aisya juga bergaduh dengan Fahri dan bercakap dengan nada kuat dengan Fahri, Aisya juga membuka handphone Fahri tanpa izinnya. Adegan ini juga menjejaskan pandangan penonton pada Aisya.

Semasa Fahri ditangkap dan disumbatkan kedalam penjara, dalam filem penjaranya luas dan dihuni oleh orang kurang siuman, padahal dalam novel penjaranya sempit dan ada 4 rakan penjara di dalam. Mereka terpaksa bersolat jemaah bergilir2, dua dua. Dan salah seorang dari banduan adalah x professor yang banyak menasihati Fahri dan memberi idea yang bernas pada Fahri.

Dalam novel, Aisha dan Fahri baru sahaja mengetahui yang Aisha mengandung, kemudian dalam kegembiraan itu, Fahri ditangkap.

Kemudian semasa flashback, Fahri mengisahkan Maria menemannya di rumah semasa membuat terjemahan untuk wanita mat saleh tu dan Maria cuba menyentuh Fahri tetapi dia terjaga, tapi dalam novel, Fahri pengsan dan jatuh sakit di hospital dan Maria pergi melawat Fahri dan menjaganya dan mencium Fahri semasa dia tidak sedarkan diri.

Kemudian Maria mati semasa dia di hospital selepas memberi keterangan di mahkamah, bukan nya selepas dia tinggal bahagia dengan Fahri. Malah dalam novel, Fahri tidak sempat membawa Maria pulang ke rumah Aisya.

Kesimpulannya:

Bukan filem Ayat-ayat Cinta 100% difilemkan, tetapi diolah-olah dan jadi berbeza dengan pembacaan.

[ Last edited by  liya71a at 23-12-2008 03:14 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2008 03:22 PM | Show all posts
Desir pasir dipadang tandus
segersang pemikiran hati
Terkisahku diantara cinta yang rumit

Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

(chorus)
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkinku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cinta ku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakanku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggal kan cinta
Ketika ku bersujud... (Last x2)


(back to second line)


Lirik Lagu Rossa - Ayat Ayat Cinta



Desir pasir dipadang tandus
segersang pemikiran hati
Terkisahku diantara cinta yang rumit

Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekedar cinta
engorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

(chorus)
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkinku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cinta ku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakanku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggal kan cinta
Ketika ku bersujud... (Last x2)


(back to second line)



[ thanks to izham.shah[at]yahoo.com for correcting this lyric ]

Video Klip Rossa - Ayat Ayat Cinta

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video



powered by lirik lagu indonesia
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2009 03:50 PM | Show all posts


all the way from Gramedia Bandung..!!!
suka sbb covernya cantik berbanding yg dijual di Malaysia ni....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 11:02 AM | Show all posts
smlm balik rumah bukak sampul plastik buku ni...waah..! surprise surprise....!

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 01:37 PM | Show all posts
Di atas sejadah cinta adalah himpunan kisah2 islami...kisah yang biasa kita baca dalam bentuk olahan lain oleh penulis lain.. Personally, rasa kureng menyengat sket...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.072849 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list