|
Reply #621 melati-putih's post
Selamat Membaca!:victory: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #623 aisyah_putri's post
amek dr dlm bioskop kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fa_stellar at 12-6-2008 07:21 PM
aku rasa dlm RM15 duit kite.. tp ko jgn risau lah.... xde nye buku tu harga mcm aku beli kt kino ..... aritu masa aku gi, kwn aku beli yg hardcover...aiya...bestnye!
Sis Melati Putih...dah ...
stella novel2 author nih yg lain tuh best tak?murah le rm15... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #625 pokokbunga's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #627 fa_stellar's post
thanx fa, haku nak feeling2 weekend nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #629 pokokbunga's post
nnt ko pass la buku tu maid ko...kesian die. heheh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ayat-Ayat Cinta : Filem vs Novel
May 28th, 2008
by Nour (http://www.nour.sg)
Jam 1.05 pagi. Aku akhirnya tiba di laman terakhir novel Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El Shirazy. Sudah terlalu lama aku tidak berkesempatan untuk menikmati tulisan novel kerana kesibukan tugas tapi untuk kali ini, aku bersyukur diberi sedikit luangan masa. (Maaf bila kali ini saya membahasakan diri sebagai 'aku'. Diharap tidak kedengaran kasar bahasanya. Maklumlah, baru habis baca novel!)
Novel 510 halaman ini aku ambil masa 5 hari untuk menghabiskannya, jika diikutkan hati ingin dikhatam dalam sehari. Antara sebab aku membaca novel ini juga adalah diatas desakkan teman-teman yang mengkhabarkan yang novel Ayat-ayat Cinta ini lebih menarik lagi dari filemnya. Benar kah?
Buat seorang yang telah jatuh cinta dengan filem Ayat-ayat Cinta dan telah menontonnya 2 kali di pawagam, aku pastinya tidak mahu ketinggalan dalam menghayati jalan cerita Ayat-ayat Cinta ini di filem mahupun novel.
Aku rasa, tidak adil untuk kita bandingkan cerita Ayat-ayat Cinta versi filem dan versi novel. Kedua-duanya mempunyai keistimewaanya tersendiri. Tiada yang lebih baik dari yang satu lagi, semuanya terpulang kepada selera individu. Aku sangat suka kepada kedua-duanya. Aku jatuh cinta pada versi filem cerita ini kerana keindahan sinematografinya. Rona-rona warna di setiap 'frame' begitu simbolik, bagi siapa yang menyedarinya, dan begitu padan sekali dengan 'mood' ceritanya yang berlatarbelakangkan negara Mesir, dimana terletaknya universiti agung Al-Azhar. Filem ini disunting dari sudut yang menarik dan adakalanya seakan terasa pengaruh filem Bollywood dalam filem terbitan Dhamoo Punjabi dan Manoj Punjabi ini.
Aku tidak pernah ke Mesir jadi aku pasti tidak tahu apakah benar gambaran negara itu seperti yang dipaparkan dalam filem. Tapi aku pasti yang cuba disampaikan sang direktor Hanung Bramantyo, adalah bukan sahaja persekitaran Mesir seperti yang dilihat oleh panca indera, tetapi yang dilihat melalui mata hati. Dalam terik matahari ada desiran pasirnya yang romantis. Dalam kehangatan siangnya ada hembusan dingin yang menyejukkan jiwa disaat terungkap ayat-ayat suci dari kalam Ilahi.
Babak yang paling aku sukai adalah bila di dalam keretapi (metro), watak utama 'Fahri' memarahi seorang lelaki yang telah menghina beberapa pelancong Amerika. Dengan berani Fahri mempertahankan mereka dan melantunkan hadith Rasulullah s.a.w -
''Barang siapa yang menyakiti orang dzimmi (foreigners), dia telah menyakiti diriku dan barang siapa menyakiti diriku bererti dia menyakiti Allah''
(Diriwayatkan Imam Thabrani).
Sebelum ini, aku akan rasa teruja apabila 'hero' dalam sesebuah filem menukil rangkap puisi atau kekata dari Shakespeare. Tapi belum pernah pula aku mendengar seorang 'hero' yang mengungkapkan hadith dan menukil sabda Nabi junjungan, seperti yang dilakukan Fahri. Wow. Bagiku, 'Fahri'lah hero yang paling gagah dan berwibawa! *swooon!* (Adakah hero seperti Fahri yang boleh menukil hadith secara sepontan dalam menegakkan kebenaran, di dunia realiti ini? )
Muzik latar dan lagu-lagu soundtrack filem Ayat-Ayat Cinta ini pula tidak perlu dipersoalkan kehebatannya. Cukup menyentap jiwa sesiapa yang menghayati jalan ceritanya dengan gesekkan biola yang mendayu-dayu dan sangat mendukung 'setting' Mediterraneannya. Malahan lagu 'Ayat-ayat Cinta'-Rossa, 'Jalan Cinta'- Sherina dan 'Takdir Cinta'-Rossa sedang menakluki carta-carta radio semusim ini. Haiz |
|
|
|
|
|
|
|
Khamis ni 19/6/2008 dijadualkan tayangan kat Malaysia. aku akan nonton... tunggu... |
|
|
|
|
|
|
|
sapa2 dh tgk citer nih tolong review eh..
nk tau ada tak subtittle bila tayang kt mesia nih |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #633 LittLeBriDe's post
Esok aku nak tengok! Fahri nantikan kedatanganku.... |
|
|
|
|
|
|
|
tak semua wayang ada citer ni,kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #635 purpler's post
kt wayang mana ye ada citer ni
kt metro iklan tu kecik je |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by luka88 at 8-6-2008 12:16 AM
maaf kerana ingin tahu
mungkin donk3 atau roy_sukro atau danung boleh berkongsi
tentang pernikahan maria dan fahri ?
apa kah di sana mmg ada perbedaan pendaftaran menurut sivil atau agam ...
biar aku jelaskan kemusykilan ko..aku pun memula kompius gak ngan perkahwinan maria n fahri even masa maria koma tu she still kristian..
benda nie abg ipar aku yg terangkan..abg ipar aku nie ex student usuluddin kat al azhar...
sebenarnya bkn perkahwinan sivil or agama...tp mmg perkahwinan diorg mmg sah pun psl kristian maria adalah kristian yg mmg kristian suci b4 islam tu...kiranya kristian yg x di ubah..or in other word kristian yg ahli kitab...sbb diorg la krstian katolik yg bkn katolik kat romania yg mmg dh sesat...
mmg kristian katolik kat mesir la satu2 nya krstian yg kita (org islam) yg leh kawin without da krsitian tu msk islam..my bro in law ckp eastern orthodox katolik..kristian ahli kitab....
kan kita tau agama original kat dunia nie kristian n islam n other agama yg aku x ingat until islam jd agama yg plg di iktiraf..
so mmg sah la perkahwinan maria n fahri disebabkan agama maria sendiri kristian yg original...
kalo cam sangsi laie bgtau jer...nnti aku tanya abg ipar aku blk...
[ Last edited by graxier06 at 18-6-2008 08:29 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #631 aisyah_putri's post
WAH...ni mmg dah minat giler..
Actually film nye ada jugak scene yg agak draggy..
aku rasa tak perlu nak drag panjang2 cerita selepas Fahri kawen ngan Maria..dlm novelnya Maria mmg tak sempat pon nak duk serumah ngan Fahri+Aisya..mgkn oengarah nak tunjuk scene bermadu dalam islam kots...hehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by graxier06 at 18-6-2008 08:09 PM
biar aku jelaskan kemusykilan ko..aku pun memula kompius gak ngan perkahwinan maria n fahri even masa maria koma tu she still kristian..
benda nie abg ipar aku yg terangkan..abg ipar aku n ...
terima kasih bebanyak graxier06 di atas penjelasan nyer.. jelas sekali
situasi maria dan fahri dlm novel2ayat2 cinta nih kat mesir tuh boleh dipahami
baik, maksud sebenar nak tahu dan musykil sbb rase ade 1 tempat yg sekarang ini tak tau ler mgkin bole dibilang bersikap terbuka dr segi mugkin hak2 asasi manusia ?dgn kebebasan beragama? yg dibolehkan berkawen tanpa menukar status agama pasangan ermm yg bkn ahli kitab?,k hukum nye jelas, cume musykil bagaimana dibolehkan berlaku hal sedemikian ? pihak2 tertentu cam tak kesah ? tu yg aku tanye psl pernikahan sivil tuh
peh pueh aku susun ayat takot sensitip
nanti ko tanye abg ipar ko yerk |
|
|
|
|
|
|
|
pilem nih aku nunggu kluor kat astro kirana ler gamak nyer |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #639 luka88's post
aku try tanya la nnti...
ssh gak nak jumpa dia psl bz wat thesis..
ada masa nnti aku tanya dia... |
|
|
|
|
|
|
| |
|