CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: periwinkle..

MERGED : All About Terengganu [Syd]

[Copy link]
Post time 30-12-2008 01:01 PM | Show all posts

Balas #9 munshiabdullah\ catat

Qurata Riverside nie...mana ngadap mana2..tepi jambatan kuala ibai jek...belakang tu hutan bakau...dia punya anak tokey kot..kerek giler...resort dia laku sgt kot..tu yg kerek semacam jek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2008 02:51 PM | Show all posts

Balas #619 tsunade_sama\ catat

tudung 5sen..mana tuh...tudung ape tuh,xtau poong
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 03:50 PM | Show all posts
Originally posted by chamiecombi at 30/12/2008 02:51 PM
tudung 5sen..mana tuh...tudung ape tuh,xtau poong


Tudung Sarimah Labuci 5 sen sehelai

SEORANG pembeli mencuba tudung Sarimah Labuci berharga 5 sen di pusat jualan pakaian Desa Murni, Pengadang Baru, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 23 Dis. - Ketika ramai peniaga masih 'liat' menurunkan harga barang walaupun harga petrol sudah turun, sebuah syarikat perniagaan kain mengambil tindakan sebaliknya, dengan menjual tudung pada harga semurah lima sen.
Percaya atau tidak, itulah harga yang diletakkan oleh syarikat Desa Murni ketika mengadakan promosi untuk pembelian tudung yang dikenali sebagai tudung Sarimah Labuci.
Pengurus syarikat itu, Suhaimi Embong berkata, sambutan yang diberikan sangat menggalakkan ketika promosi tudung berkenaan diadakan pada setiap hari Sabtu bermula 6 Disember lalu.
''Sebanyak 300 helai tudung yang dipamerkan pada setiap Sabtu habis dijual di tiga kedai kami di Batu Enam dan Pengadang Baru di Kuala Terengganu dan DM Pemborong di Kuala Berang," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau berkata, tujuan promosi itu diadakan adalah untuk memperkenalkan perniagaan syarikat berkenaan selain untuk memberi peluang masyarakat setempat memperoleh tudung berkenaan pada harga paling minimum.
''Strategi perniagaan kami adalah memfokuskan kepada golongan berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan, jadi kami menjual barang jualan dengan harga yang murah," ujarnya.
Beliau memberitahu, walaupun tidak mendapat keuntungan daripada promosi itu tetapi hasrat syarikat untuk beramal berjaya dilaksanakan.
''Kami tidak memikirkan sangat mengenai keuntungan walaupun tudung ini pada asalnya berharga RM2.50.
''Untuk tudung jenis lain, kami juga menjualnya dengan harga yang rendah walaupun kami boleh meningkatkan harganya berdasarkan sambutan yang diterima sekarang," katanya.
Dalam pada itu, seorang pelanggan yang ditemui di Pengadang Baru, Mahani Abdullah, 47, berkata, dia datang membeli tudung berkenaan untuk anak- anaknya.
''Saya selalu datang membeli tudung di sini dan dengan promosi ini saya akan membeli lebih sedikit," katanya yang tinggal di Kampung Bukit Kulim, Pengkalan Berangan, Marang.

sumber: Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 07:59 AM | Show all posts
Originally posted by chamiecombi at 28-12-2008 11:34 AM
combie org ganu gok..nak citer pengalaman kalo balik trg
Biasa bertolak dr KL dlm pukul 10am macam tuh,pastuh makan tghari kat temerloh,lauk gulai ikan patin..meleleh...
sampai kemaman dlm puku ...



leh tanya...kt mane kedai aziz satar nih...saye tak tahu pong...
*cmane saya nk tahu...saya slalu blk kg bertolak kol 5 pg...stop solat subuh..bekfast kat gmbang...pastu tak berenti dah sampai la kg i kt sura hujung....
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 03:01 PM | Show all posts

Reply #624 serojaku's post

aziz satar nie dekat kemaman...senang masuk ikut simpang masjid geliga..pastu kat T junction tu belok kiri....terus jerr ade banyak kedai jual kropok ngan satar area tuh...kedai dia kat sebelah kanan jalan....ade papan tanda....... ...err...kalu tak silap akulaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 02:17 PM | Show all posts
ya betooll....area situ banayk jual satar tapi kedai dia paling besar rasenye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2009 04:19 PM | Show all posts
salam ..

kalau nak gi candat sotong camana? ada chalet tak kat area marang tu ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 05:19 PM | Show all posts

Balas #625 foranz\ catat

yeap...CNY ni balik kg lagi...yahuuu...dah xhujan kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2009 07:30 PM | Show all posts

Balas #619 tsunade_sama\ catat

tsunade..
kt mana ye kedai ni? blh kabo tak.....
ke bg direction sesikit ke...
nnt bile g sana blh jengah kedai ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 04:32 PM | Show all posts
salam tuan rumah,

nak mintak tolong sumer forumer kat sini.

saya bersama keluarga besar (adalah dlm 30 org (7 couples) bercadang hendak bercuti ke terengganu bulan jun 2009.

kami masih tak sure samada nak bercuti ke pulau atau tanah besar.

selalunya kami prefer cari servis apartment atau hotel - tapi bila bukak thread ni macam best jer baca homestay -

nak tanya - ada tak homestay yg 2-3 rumah bersebelahan atau berdekatan utk kami sewa? kalau tuan punya homestay terbaca, harap dapat pm saya.

lepas tu, apa lagi activiti menarik yg bole kami sekeluarga lakukan.. ada tak extreme sport centre di sini seperti paintball atau go cart ker?


thanks for all the info.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 05:35 PM | Show all posts
Originally posted by nilda_kerox at 26-7-2006 08:15 AM
pernah stay kat sutera beach resort kat marang.... hotel tu mmg cantik....


sutera beach resort bukan kat MARANG tapi MERANG..tu area setiu..kat sultan ganung main endurance..penbetulan fakta...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 05:36 PM | Show all posts
Originally posted by nilda_kerox at 26-7-2006 08:15 AM
pernah stay kat sutera beach resort kat marang.... hotel tu mmg cantik....


sutera beach resort bukan kat MARANG tapi MERANG..tu area setiu..kat sultan ganung main endurance..penbetulan fakta...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 12:03 AM | Show all posts
kalau anda ke KT, mesti ke pasar ni...
Boleh dapat nasi dagang sedap RM 1.00 sebungkus..
Karipap 10 biji seringgiit
dll

murah ...

http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 01:50 AM | Show all posts

Reply #633 kirawang's post

camana nak gie pasar nie....?..nie dalam daerah mana?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 09:10 AM | Show all posts
Originally posted by foranz at 8-2-2009 01:50 AM
camana nak gie pasar nie....?..nie dalam daerah mana?


kt..
kalau anda dr Dungun ke KT..
selepas marang, sampai chendering..
Masuk kiri menghala bukit payong..

Dr chendering dalam 5km kot..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 03:50 PM | Show all posts

Reply #635 kirawang's post

mekasih........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2009 11:35 PM | Show all posts

Balas #633 kirawang\ catat

promoter KEDAI BULUH nie...mung ning..hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 08:32 PM | Show all posts
Nak tanya nie..hotel mana yg paling best skali kat kuala terengganu?
Antara Primula dan grand continental, mana bagus?  Dalam segi kebersihan la.

aku ni ada penggeli sikit..

dan kat terengganu, brapa harga average songket-songket atau batik-batik meka?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2009 06:36 AM | Show all posts
aku pernah dok primula..bilik dia kecik .semlm tak silap aku $210.mcm tak value ngan duit aku hehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2009 11:19 AM | Show all posts
tu la..kawan aku yg pernah dok primula pun cakap mcam tu.  aku nak try dok kat Grand continental tapi belum ada pernah kawan aku yg dok kat sana.  takut pulak kalau bilik dia kotor ke hape.

smalam aku da book bilik kat grand continental..satu continental studio, satu continental family, kat continental floor.
continental studio, satu malam harga $238
Family continental satu malam $253.
Dia cakap, harga promo online.  kalau tak, harga $324 ke atas.

so sesape pernah dok kat grand continental, on continental floor, tolong kasik review sikit ttg bilik dorang ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.765486 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list