|
ada dak weii gambaq rumah romli mutu ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ninjamerah at 30-10-2006 07:06 PM
kat kolam ayaq hangat tu la takda line.
aku taktau kolam tu suhu lain lain. kalau aku tau , aku pi try hat budak budak punya la suam sikit kot.
jadii telaga ayaq hangat ni bukan hangat asli laaaa??? macam telaga ayaq hangta kat langkawi nun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alahai at 6-11-2006 02:44 AM
ada dak weii gambaq rumah romli mutu ni??
huhuhuhhu... nak kena jadi paparazzi la kalau hang nak tgk.... ekekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alahai at 6-11-2006 02:46 AM
jadii telaga ayaq hangat ni bukan hangat asli laaaa??? macam telaga ayaq hangta kat langkawi nun..
hat asli laaa.... depa buat bg jd elok |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jj at 6-11-2006 02:47 AM
huhuhuhhu... nak kena jadi paparazzi la kalau hang nak tgk.... ekekekeke
ramli mutu dgn. ramli burger, agak2 sapa lagi kaya..hehehe. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jj at 6-11-2006 02:47 AM
hat asli laaa.... depa buat bg jd elok
pasai ada panas, ada kurang sikit, ada lagiii korang ... kot la depa kontrol panas2 tu semua....
bopa bijik ada telaga ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alahai at 6-11-2006 03:16 AM
pasai ada panas, ada kurang sikit, ada lagiii korang ... kot la depa kontrol panas2 tu semua....
bopa bijik ada telaga ni?
ada 3 bijik..... hat mola tu mmg panas..... tak dak sapa berani pi berendam...
hat no 2 pun payah nak jumpa org berani pi mandi.... hat dok mandi kolam no 3 saja..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alahai at 6-11-2006 03:15 AM
ramli mutu dgn. ramli burger, agak2 sapa lagi kaya..hehehe.
anak depa... tajudin ramli.....! |
|
|
|
|
|
|
|
yuhuuuuu...kasi up sket... |
|
|
|
|
|
|
ninjamerah This user has been deleted
|
Kononnya....
Si Raja Bersiung naik angin. Manis darah manusia membuat nafsunya membuak. la juga buat baginda jadi tidak keruan. Satu persatu rakyatnya jadi korban untuk titisan darah bagi memuaskan serakahnya. Lalu, dengan penuh kesungguhan, baginda mencabut dua siungnya. Dicabut, sekuat hati dan akhirnya siung yang pernah memuaskan nafsu namun digeruni manu­sia itu, tercabut dan dibaling jauh.
Mitos barangkali, namun kesannya abadi. Setidak-tidaknya Kedah sendiri, yang mana beberapa nama tempat dikaitkan dengan lagenda Raja Bersiung atau namanya, Ong Maha Pertia Deria yang dipercayai pemerintah semasa era pra-Islam Kedah.
Pusing, misalnya tempat dikatakan di mana baginda memusing dan mencabut siungnya selepas digulingkan pegawai dan rakyat yang marah dengannya. Siong, sebuah bandar kecil yang seperti diduga, sempena gigi siungnya dan Baling, tempat baginda membaling giginya itu.
Sehebat mitos Raja Bersiung, Baling juga mencatat sejarah pertemuan Tunku Abdul Rahman Putra, ketika itu Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya di sebuah Sekolah Inggeris pada Disember 1955, sebelum dia menjadi Perdana Menteri pertama.
la juga mencatat sejarah perjuangan penuntut Universiti Malaya berhubung nasib penoreh getah Melayu Baling yang miskin pada tahun 70an. Baling juga dipilih sebagai pengasas Sekolah Model Khas di Kedah yang meng­gabungkan Tahap II Pendidikan Rendah iaitu bermula darjah 4 dan Pendidikan Menengah, satu konsep baru dalam menye­diakan kemudahan fizikal yang kondusif untuk meningkatkan mutu dan menambah peluang pendidikan kepada pelajar berpotensi dari kawasan Baling dan Sik.
Sekolah itu, terletak di Charuk Nau, didirikan di kawasan seluas 29 ekar dan dibina dengan anggaran kos RM14,649 juta, merangkumi kelas, asrama dan riadah. Dan hari ini, ia yang dikategorikan sebagai Sekolah Menengah Harian Gred A sejak beroperasi pada Jun 1999 dilihat membantu membangun dan menyerlahkan potensi pelajar luar bandar yang kurang bernasib baik dari segi kemudahan dan peluang pendidikan.
Kini, sebagai tumpuan pendidikan dan menyerlahkan potensi anak Kedah, berbeza dengan imej Baling semasa pra perang dulu yang terpencil serta terkenal sebagai tempat perlindungan untuk pelarian. Cuma, jika bukan kerana mitos Raja Bersiong sekali pun, Baling hakikatnya memang kaya dengan kesan peninggalan sejarah selain memiliki keindahan alam semulajadinya.
Baling, sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu bandar lama dan baru, Bandar Lama di Jalan Sharee, sehingga kini masih mengekalkan seni bina lama, antaranya bangunan baru dan kayu rumah kedai dua tingkat yang kebanyakannya dimiliki peniaga Cina. Baling baru, dikenali sebagai Pekan Baru di Jalan Syed Sheh 3 pula dipenuhi seni bina moden seperti bangunan Majlis Daerah Baling yang antaranya menempatkan Pejabat Pas, kafe internet, pusat komputer, kedai pakaian dan barangan elektrik.
Baling juga tidak ketinggalan sebagai tumpuan utama untuk penduduk membeli­-belah seperti di Pasaraya Sakan dan Kedai Serbaguna RM1.90. Setiap Rabu pula, Baling seperti berpes­ta kerana adanya Pasar Tani yang menjadi medan pengumpulan hasil barangan kam­pung untuk jualan. la yang terletak di Pekan Baru, Jalan Syed Sheh bermula seawal jam 8 pagi sehingga jam 2 petang. Ramai penjual ubat juga mengambil kesempatan mempromosikan ubat-ubatan mereka. Gelagat dan persembahan pen­jual ubat menjadi tarikan penduduk tem­patan serta pelancong.
Tidak sukar untuk menjamu selera ker­ana Baling 'bersepah' dengan gerai makanan, atau lebih senang, anda boleh memilih ke Medan Selera.
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI BALING
BALAI JAM MERDEKA - Di hadapan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, berham­piran Mahkamah Majistret Baling dan Majlis Daerah Baling, ia adalah antara mercu tanda Baling. Peletakan batu asas disempurnakan Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman pada 21 Ogos 1957 yang ketika itu adalah Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. la dirasmikan Sultan Abdul Halim Muazzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 25 Februari 1959.
GUNUNG BALING - Baling yang berlatarbelakang Gunung Baling nyata mempunyai keindahan alam yang boleh dipelopori. la, boleh dikatakan masih dara kerana jarang diterokai pelancong luar. Selain menjejaki hutannya, anda boleh memilih menerokai himpunan guanya, antaranya Gua Layang, Jarak, Mengkudu dan Berhala yang menja­di sumber pendapatan penduduk hasil kuti­pan dan penjualan tahi kelawar dan burung, lazimnya bagi pembikinan baja.
Gua Berhala bagaimanapun, tidak harus dilepaskan kerana ia menjadi bukti kesan peninggalan pendudukan Jepun yang per­nah menggunakannya untuk berehat, selain menyimpan peralatan perang. Anda perlu rajin dan ramah mencari kenalan bagi membawa anda meneroka gua-gua ini.
ULU LEGONG - Terletak kira-kira 20 kilo­meter dari Pekan Baling adalah Pusat Rekreasi Air Panas Legong yang popular. la mempunyai empat kolam air panas den­gan suhu berbeda, termasuk satu khas untuk wanita dengan pelbagai kemudahan asas, termasuk sewa khemah pada kadar serendah RM20 untuk empat orang.
Atau, anda boleh memilih untuk merentas hutan ke kawasan air terjun seperti ke Lata Gading yang akan mengambil masa sekitar 45 minit, Lata Parit (sejam) dan Lata Telur sehingga lima jam yang dikendalikan Majlis Daerah Baling sejak enam tahun lalu. Yang seronoknya, masa kunjungan adalah fleksibel kerana ia dibuka 24 jam. Jadi, tidak hairan apabila pada hujung minggu lazimnya, pengunjung boleh mencecah sehingga 5,000 orang.
Anda juga boleh memilih pakej trekking dan bermalam di chalet pada kadar seren­dah RM15 seorang, minimum 10 orang. Atau jenis standard pada harga RM80, manakala VIP, RM100. la menyediakan pel­bagai kemudahan asas, antaranya gerai cenderahati dan urut kaki. Bayaran masuk cuma RM1 dewasa dan kanak-kanak 50 sen. Berkelah di Sungai Angkat, satu lagi kawasan rekreasi berhampiran.
CARA KE SANA - Naik teksi, RM10, sehala. Bas, lebih murah, tapi anda perlu berjalan sejauh 6 kilometer dari simpang Jalan Weng dan Ulu Legong. Sebelum tiba di Ulu Legong, anda boleh memilih untuk singgah di Rumah Berhala Pek Hoon Gan yang dibina di sebahagian Gunung Baling atau berhenti sebentar membasah tekak di gerai kayu di seberang jalan seperti ais krim buatan sendiri di Taman Sri Baling, sama ada pandan, jagung atau pisang pada harga, cuma RM1 secawan atau kon 30 sen. Anda bdieh menghubungi 04-470 2384 untuk keterangan lanjut.
HUTAN LlPUR BUKIT HIJAU - Dengan lima air terjun bertingkat dan diduduki hidu­pan liar seperti gajah, harimau serta tapir. la perlu dikunjungi terutama untuk anda yang ingin merasai nikmat berendam di aimya yang dingin. Terletak di kawasan Hutan Simpan Gunung Inas, kira-kira 36 kilometer dari Baling. Mempunyai taman herba den­gan lebih 100 jenis herba iaitu 60% dari­padanya adalah tumbuhan- hutan dan baki, tumbuhan kampung.
Juga, anda boleh meneroka hutan. Anda boleh menghubungi renjer hutan yang akan membawa anda menyusuri tiga trek. Perjalanan bermula seawal jam 8 pagi dan sesuai terutama untuk pelajar bagi menge­nal tumbuhan serta hidupan hutan. Tempat ini juga menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti taman permainan, pondok rehat dan surau. Jika mahu bermalam, anda boleh berkhemah. Cuma dapatkan kebenaran lebih dulu daripada renjer hutan. Atau pilih mana-mana chalet pada kadar serendah RM50. Selain caj tambahan RM18 sekepala bagi hidangan berupa lauk pauk kampung. Barbeku dengan kadar RM15 bagi satu set kelengkapan. Anda boleh menghubungi
HUTAN LlPUR LATA BAYU - Terletak di Hutan Simpan Rimba Teloi, kira-kira 30 kilometer dari Pekan Baling. Dikenali juga sebagai Hutan Lipur Lata Asam Jawa, ia mempunyai air terjun setinggi 20 meter yang membentuk kolam yang digelar Lubok Lesung. Air terjun yang membentuk kolam di setiap tingkatnya menjadikan ia sesuai untuk aktiviti mandi manda dan perkelahan. Jangan lupa mencari khaz­anah hutannya seperti meranti seraya, keledang dan bintangor.
ps: betui ka harga-harga yang disebutkan di atas? |
|
|
|
|
|
|
ninjamerah This user has been deleted
|
apa apa harga yang tersebut di atas, adakah ia harga terkini? |
|
|
|
|
|
|
|
yang tang eskrem tuh..aku tau la..kon dh lima kupang kot..lam cwn mmg singgit...org yg juai tuh pon aku kenai..posmen balik..anak2 buah aku suka nau dengaq dia sebut "aiskrim"...len drpd yg len..
pastu tiket masuk ayaq panaih tuh rasanya dh naik laa...dewasa rm2..kanak2 rm1..
bab chalet tuh ..tatau laa...pasai tak penah p doq..umah dekat pekan baling tuh jaa..
ada satu lagi homestay kat bwh gunung...murah jugak..x henggat laa...tokey dia aku rasa sedara mara si NaturalSound tuh...aku rasa laaa... |
|
|
|
|
|
|
|
tang bab lata bukit ijau tuh..aku tak bapa nk arif laa...dlm idup aku baru skali p situ..tu pon ntah kurun bila..
slalu p lata bayu jaa..
naik teksi p siong (nk p ulu legong tuh.,.)hmm...10 hengget kaa...rasanya mcm tak sampai..tp kalu sebijik taxi..dia la kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by juliajie80 at 10-11-2006 08:36 AM
tang bab lata bukit ijau tuh..aku tak bapa nk arif laa...dlm idup aku baru skali p situ..tu pon ntah kurun bila..
slalu p lata bayu jaa..
naik teksi p siong (nk p ulu legong tuh.,.)hmm...10 h ...
Lata bukit ijau ni aku penah p sekali, masa robongan sekolah rendah dolu² ni....
la ni tak tau lah ghena dah rupa dia..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #637 hanis00's post
tu diaaa... tahun bila tu |
|
|
|
|
|
|
|
zaman tok nadok kot...ekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
30 tahun lebih dulu aku rasa.... ekekekekekekee |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jj at 10-11-2006 10:13 AM
30 tahun lebih dulu aku rasa.... ekekekekekekee
erkkkkk mana ada sampai tara tu..... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|