|
[Negeri Sembilan]
Rumah Borak Negeri Sembilan #63
[Copy link]
|
|
PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
Israk & Mikraj merupakan salah satu peristiwa penting dalam sejarah Rasulullah SAW yang wajib diimani oleh umat Islam berdasarkan bukti-bukti daripada al-Quran dan as-Sunnah.
Firman Allah SWT:
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
(Surah Al-Isra', Ayat 1)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KARIPAP PUSING YANG RANGUP
Doh A (Minyak)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar shortening
2 sudu besar marjerin/butter
1 sudu besar minyak masak
Uli sebati dan perap dlm peti ais 15 minit
Doh B (tepung)
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1/4 cawan minyak masak yang dipanaskan
1 cawan air sejuk dr peti ais atau air biasa tambah ais
1 sudu kecil garam
dan sedikit gula
Uli sebati dan perap dlm peti ais selama 15 minit
cara-cara
1. Bahagikan Doh A kepada 6 bahagian dan Doh B pada 6 bahagian juga (nak buat 4 set pun blh)
2. Bulat Bulatkan doh seperti dalam gambar
3. Ambil Doh minyak (A) letak diatas Doh Tepung (B) yg telah dileperkan seperti gambar .Tutup adunan dan bulatkan doh tersebut
4. bulatkan kesemua doh. Dan biarkan selama 10 minit.
5. Boleh Leperkan/Gelekkan adunan memanjang dan renjis atau sapu dengan sedikit air tujuan utk gam. Gulung kembali doh tadi
6. Setelah di gulung leperkan / gelek kembali adunan dan sapu dgn sedikit air pada permukaan adunan dan gulung kembali
7. Potong adunan kepada 6 atau 7 bahagian
8. Ambil 1 keping adunan dan leperkan masuk inti dan kelim tepi
|
|
|
|
|
|
|
|
Ayam Percik Air Fryer
Bahan perapan :
-2 ulas bawang putih
-6 ulas bawang merah@1 bawang besar
-3 inci halia
-2 batang serai(potong kecil)
-2 sudu ciliboh(nak lg pedas letak lebih)
-1/4 cawan santan pekat
-gula&garam secukup rasa
***blender semua bahan... Perap ayam selama 2jam+++..lagi lama perap lagi sedap... Bakar suhu 170 selama 15min..kalih bakar lagi 10min...siappp...
|
|
|
|
|
|
|
|
Infografik perjalanan agung Rasulullah SAW bersama Jibril AS dengan menaiki Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
Kemudian baginda SAW dinaikan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ketujuh.
Keseluruhan perjalanan Rasulullah SAW hanya berlangsung pada satu malam. Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi Muhammad SAW bukannya roh sahaja.
|
|
|
|
|
|
|
|
kuih siput OTAI!!!
Bahan2nya..
2 cwn tepung gandum..
1 cwn tepung bestari hot spicy..
2 sdk serbuk kari daging..
3 sdk Majerin..
Cili kering ( ikut kpedasan )..
1/2 cwn udang geragau..
3 btg serai..
1 sdk jintan manis..
3 ulas bawang merah..
2 ulas bawang putih..
Garam dn gula..
Daun kari..
Caranya..
-cili,udang,serai,jintan manis dn bawang ( smua d blander )..
-satukn tepung dlm bekas..
- pnaskn Majerin tuang kdlm tepung..
- msukkn bhan yg d blander skit demi skit( jgn lupa garam dn gula msukkn dlu dlm bhan yg blander)
- tuang sdikit2 dlm tepung..
- uli hingga jadi doh..
- tekan atas acuan siput dan goreng..
Dh siappp..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Carthage ialah ibu kota tamadun Carthage purba, di sebelah timur Tasik Tunis di tempat yang kini dikenali sebagai Tunisia. Ia akhirnya dimusnahkan oleh tentera Republik Rom.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Tashu at 1-3-2022 12:01 PM
ROTI GOLOK
Bahan A:
1 cawan air suam
1 sudu besar susu pekat
4 sudu besar gula
2 sudu besar yis (1 peket)
Bahan B:
4 cawan tepung roti @ tepung high protein @ tepung gandum
1 sudu kecil pelembut roti
2 sudu besar mentega
1 biji telur
1 sudu besar susu tepung (optional)
Cara-cara:
1. Bancuh bahan A dan biarkan sampai kembang atau berbuih naik. (lebih kurang 15-20 minit)
2. Campurkan ke semua bahan B ke dalam mangkuk besar. Gaul rata sehingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Tuang bahan A ke dalam bahan B. Uli sampai elastik dan tidak melekat di tangan. Lagi lama uli roti akan jadi lagi lembut.
4. Rehatkan doh selama lebih kurang 1 jam @ naik 2 kali ganda.
5. Timbang doh 20 gm setiap satu sebanyak 3 untuk sebiji roti. Buat memanjang dan pintal-pintal.
6. Susun dlm loyang. Letak jarak-jarak kerana doh akan mengembang lagi.
7. Rehatkan lagi selama 1/2 jam atau sampai naik dua kali ganda.
8. Sementara tu panaskan oven. Bakar pada suhu 180°c selama 20-25 minit atau sehingga keperangan.
9. Apabila roti sejuk, sapukan butter dan taburkan gula halus mengikut citarasa masing-masing.
Nota :
Adunan roti ini juga boleh digunakan untuk membuat roti lain seperti roti cheese, roti Sosej dan sebagainya.
|
|
|
|
|
|
|
|
bz mereply je ni sha sebelum nk keluar karang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kek majerin Senah Gebu
bahan2
300g majerin
200g gula halus
1sk esen vanila
mix sebati smpai putih gebu
masukkan sebijik2 telur gred B
semua nya 6 bijik
masukkan 1/2 cawan susu pekat sket2
smpai abis.
ayak kan tepung
200g tepung /2 cawan tepung self rising
100g/1 cawan tepung gandum
masuk sket2 smpai abis
Bahagikan beberapa bekas letak pewarne
kalau bakmletak esen perise pon boleh
yg coklat bisa cikgu guna emolco coklt
loyang 9x9 glis dgn majerin atau lapik baking paper.tuang adunan beselang.panas kan oven dan bakar suhu 170 hngga 180 dajah masa 45 hngga hngga 50 mnt
bile masak tebalik kan atas redai
dan tebalik kan atas board semula.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Tashu at 1-3-2022 12:06 PM
13 PETUA SIHAT DARI PAKAR KESIHATAN1. Tidur tepat pada masa 11.00 malam hingga 4 pagi. Tidur miring ke kanan, dalam gelap pekat dan pernafasan melalui hidung.
2. Tiada gula. Gula punca banyak kerosakan organ badan dan penyakit. Ada banyak gula tersembunyi.
Kurangkan nasi. Hanya 10 suap sehari. Bagi yang baru bermula kurangkan jadi 25 suap sehari. Kemudian setiap bulan kurangkan tiap 5 suap.
Beras merah/basmathi. Tiada tepung dan gandum.
Banyakkan sayur dan buah buahan.
3. Check dengan Doktor. Buat ujian darah. Buat ujian hormon. Tahu tahap kesihatan semasa. Ambil tindakan untuk cegah sebelum berdikit ia jadi parah.
4. Ambil supplement. Pemakanan tambahan yang sesuai dengan keperluan badan mengikut nasihat pakar. Bukan dengar cakap jurujual.
5. Exercise supaya aliran darah teratur dan lancar. Buat EECP juga supaya pengaliran darah baik. Full body massage secara tradisional dua minggu sekali.
Dua hari dalam seminggu rehat dari exercise. Hari itu adalah Isnin dan Khamis. Dua hari itu puasa.
6. Minum banyak air. Terutama pagi masa bangun pagi dan siang hari. Cuma jangan minum air 40 minit selepas makan. Minum sambil duduk.
7. Makan berat paling akhir 4 jam sebelum tidur. Biar makanan hadam baru tidur. Kunyah makanan sampai hadam. Masa tidur biar usus berehat.
8. Biasakan lidah makan benda pahit. Buat ulaman. Peria katak, daun mujonso, pucuk beko, pucuk mengkudu. Minum kopi pahit. Pahit itu nikmat. Alah bisa tegal biasa. 25 kali cuba, lidah akan jadi biasa.
9. Baca al Quran. Gandakan sujud. Banyak solat sunat dan taubat. Solat wajib awal waktu secara berjemaah. Ia baik bagi otak. Baca buku-buku. Membaca menajamkan akal.
10. Pilih team pergaulan. Kurangkan bersama "si mata lalat" - pengkritik yang memekik semua perkara tidak puas hati. Juga penjilat yang sentiasa bodek tidak bertempat.
11. Bersyukur. Redha dan bersabar. Mereka yang tidak tahu bersyukur tidak akan dapat bersabar di hari tua nanti. Syukur itu tapak kukuh hidup tenang.
12. Jimat perkataan. Usah sembang kencang. Usah dibuai perasaan. Banyakkan berfikir dan berzikir. Utamakan masa bersama keluarga.
13. Tidur malam dengan selimut kaki atau pakai stokin supaya hormon bersesuaian dapat dirembeskan. Maafkan semua orang. Bersihkan kolam jiwa. Tiada dengki dan iri hati. Doa dan terus berdoa.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tari replied at 28-2-2022 05:08 PM
tibi tigasuku dari dulu mcm tu la
selagi lum PRN adaje berita psl ni
Nov ade satu ms bila time berita trs tukar channel |
|
|
|
|
|
|
|
Semperit susu
Butter cup 250 g
Susu pekat 250 g (setengh tin)
Tepung jagung 500 g..
Kacau butter dgn susu..Saya guna senduk kayu je..Kacau mnja2..dh sebati... Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit.. Sampai doh tak melekat di tangan..Biar lembut sng nk tekan..
Susun atas loyang.. Hiasan blh ltk choc chip,ceri atau manik yg bersesuaian citarasa..
Panas kan oven dulu selama 10 minit..Suhu 160 ..Selama 20-25 bergantung pada oven masing2..
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasi Arab
Bhn utk rebusan ayam & sup
1 biji tomato
1 sk jintan manis (biji)
1 sk ketumbar (biji)
3 biji buah pelaga
1kiub ayam
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk rempah kurma
Akar ketumbar
Garam
Utk nasi
Tumis bwg besar halia & 3 sekwn
Ambil air rebusan ayam
1 cwn beras 2 cwn air
Sy tumis dgn butter sb xde minyak sapi
Sambal arab
Cili api & cili merah
Tomato
Bwg putih
Daun ketumbar
Garam
(Blend + jus lemon)
Salatoh
Cam dlm gambar. Nenas tu sy tambah je. Garam gula + jus lemon...bkn guna cuka
Ayam yg nk bakar
tambah bhn perapan ni :
Serbuk kari
Serbuk cili
Sos tiram
Garam
Brown sugar / madu (sy letak dua²)
Minyak masak (2 sdb)
|
|
|
|
|
|
|
|
Spaghetti Aglio Olio Seafood
Resepi
Spaghetti +- sebungkus (rebus letak minyak + garam)
Udang + sotong (goreng dan asingkan)
Bawang putih 4-5 ulas - slices
Brokoli - rebus sekejap
Cendawan -slices
Tomato ceri
Daun parsli
Cili kering 2-3 potong serong2
Air rebusan spaghetti 1/2 cawan
Letak dlm mangkuk asing
Kiub ayam 1
Garam 2 sudu
Chili flakes 1-2 sudu besar
Lada hitam 1 sudu
Oregano sikit
Tumis bawang putih agak2 garing
Masukkan cendawan kacau2,masukkan semua bahan2..kacau2 sikit,last skli masukkan spaghetti n kacau sampai sebati semua
|
|
|
|
|
|
|
|
CARAMEL CHEESECAKE
BAHAN A (GULA HANGUS):
4 sudu makan gula kastor
BAHAN B (PUDING KARAMEL):
6 biji kuning telur
200gm susu cair
70gm air
1 sudu teh esen vanilla
BAHAN C :
4 biji putih telur
50gm gula kastor
1/4 sudu teh cream of tartar
BAHAN D:
500gm krim keju
150gm gula kastor
40gm mentega
4 biji kuning telur
CARA MEMASAK:
Masak gula dari bahan A dalam loyang 8 inci hingga keperang-perangan. Ketepikan.
Satukan bahan B dan gaul hingga sebati. Tuang sambil dinapis ke dalam loyang berisi karamel tadi. Ketepikan.
Kemudian, pukul bahan C hingga pekat dan bertanduk.
Pukul bahan D kecuali kuning telur hingga lembut dan licin. Masukkan kuning telur satu persatu. Pukul lagi hingga sebati.
Akhir sekali, masukkan adunan putih telur (bahan C) yang dipukul ke dalam adunan keju (bahan D) tadi. Pukul sebati selama 1 min. LiNa Pg guna kaedah kaub balik dengan spatula sahaja.
Bakar guna teknik water bath selama 1 1/2 jam pada suhu 150C .Bila kek masak, rehatkan selama 1/2 jam baru terbalikkan.
Sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam baru dihidangkan. Kek sedap dimakan sejuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
BUTTERCAKE KUKUS
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
4 biji telur
1 3/4 cawan mentega cair
1 sudu kecil serbuk penaik/krim tartar/soda bikarbonat
3 sudu besar susu pekat - boleh kurang atau lebih sukatan, ikut selera masing-masing
Secubit garam
Mentega
Cara penyediaan:
1. Panaskan pengukus, masukkan secawan lebih mentega beku ke dalam pengukus dan biarkan ia cair.
2. Pastikan pengukus sudah mendidih.
3. Dalam mangkuk atau besen besar, pukul telur sebiji demi sebiji bersama gula. Pukul sampai kembang dan berbuih. Pastikan gula telah hancur.
4. Masukkan mentega cair perlahan-lahan. Pukul pada kelajuan tinggi.
5. Masukkan susu pekat dan secubit garam.
6. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik/krim tartar/soda bikarbonat - part ni boleh masukkan ketiga-tiga jenis pelembut kek, tapi kurangkan sedikit sukatan setiap satu.
7. Pukul adunan dari kelajuan rendah hingga tinggi sehingga adunan menjadi likat dan sebati.
8. Sapu mentega atau minyak masak ke dalam loyang supaya senang nak keluarkan kek nanti.
9. Sebelum tuang adunan ke dalam loyang, rasa dulu adunan samada sudah elok, terlebih atau terkurang. Boleh adjust adunan mengikut selera atau citarasa masing-masing.
10. Tuang adunan ke dalam loyang. Part ni boleh letak pewarna jika suka.
11. Masukkan adunan ke dalam pengukus. Pastikan air masih banyak dan sudah betul-betul mendidih .
12. Kukus selama 45-50minit dengan api sederhana. Kalau api kuat, nanti kek jadi keras dan mampat, tak gebu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kuih Bom
Bahan-Bahan
1. 4 senduk tepung gandum
2. Yis 1 peket
3. 2 senduk gula pasir
4. Air (tiada sukatan agk² je)
Cara-cara
Satukn tepung,gula,yis gaul bg sebati..masukkn air sedikit demi sedikit..jgn bancuh trlalu cair,biar kenyal2 gitu je..kemudian perap dlm 25-30 minit,dh naik berbuih2 seperti dalam gambar,kacau2 & boleh goreng,pastikn myk byk & btl2 panas..kemudian slowkn api masukkn adunan guna tgn atau sudu..siap
|
|
|
|
|
|
|
|
NASI HUJAN PANAS
3 cawan beras Basmathi ~ rendam dahulu 20 minit kemudian cuci dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
pewarna merah, hijau dan kuning telur
10 gm bawang goreng
garam secukup rasa
Rempah tumis
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji cengkih
3 biji pelaga
1 helai daun pandan di simpul
Bahan ini di goreng tanpa minyak boleh juga jika ingin di bakar dahulu
10 gm badam
10 gm kismis
10 gm gajus
Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc halia
Panaskan minyak sapi dan butter
Tumiskan bahan tumis dan daun pandan hingga terbit bau yang harum
Masukkan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak
Tambahkan susu cair, air dan garam secukup rasa
Kacau rata
Masukkan nasi
Kemudian masukkan badam, gajus dan kismis
Gaul rata
Tutup periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa
Bila nasi dah masak, ambil chopstik dan lubang-lubangkan
Masukkan sedikit pewarna didalam setiap lubang
Tutup semula periuk nasi dan biarkan ia meresap sebentar
Kemudian gemburkan nasi rata
Sedia di hidangkan bersama lauk - pauk yang sesuai
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|