CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: MAGIC WORLD

 Close [Copy link]
 Author| Post time 10-10-2024 12:35 PM | Show all posts
page 32


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2024 12:51 PM | Show all posts
Nahas UiTM Dungun: Lebih 1,000 sertai solat jenazah tiga pelajar


Muhammad Adam membacakan doa sewaktu mengimamkan solat jenazah tiga pelajar maut di Pusat Hidayah UiTM Dungun hari ini.




DUNGUN – Lebih 1,000 orang menunaikan solat jenazah tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun yang maut akibat dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CRV malam tadi.
Solat jenazah yang selesai sepenuhnya pada pukul 10.34 pagi itu dipimpin Imam Pusat Hidayah UiTM Dungun, Muhammad Adam Ali.
Terdahulu jenazah Khairil Anwar Jamaludin, 20; Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, Mohd. Akmal Tukirin, 25, dibawa dari Unit Forensik Hospital Dungun di sini sejurus bedah siasatan selesai.
Usai itu, jenazah ketiga-tiga pelajar UiTM itu kemudiannya dibawa pulang ke tempat asal masing-masing di Ampang dan Saujana Utama, Selangor serta Muar, Johor.
Kosmo! semalam melaporkan mereka maut apabila dua motosikal dinaiki tiba-tiba dirempuh kenderaan Honda CRV dari arah belakang di hadapan kampus UiTM Dungun.
Sewaktu kejadian, Khairil Anwar, Ku Adib Aizad dan Mohd. Akmal bersama seorang lagi rakan mereka yang cedera, Amar Danish Mohd. Ridwan, 20, dalam perjalanan pulang ke kampus setelah makan malam. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/10/10/nahas-uitm-dungun-lebih-1000-sertai-solat-jenazah-tiga-pelajar/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 12:54 PM | Show all posts

Makan free sepjg hari


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 12:54 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 12:55 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 12:55 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2024 12:55 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 12:56 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2024 12:56 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 12:57 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tashu replied at 10-10-2024 11:53 AM
hari ni ada acara lagi kah

Iyee dear..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 01:13 PM | Show all posts
Bunuh penguat kuasa JAIP: Dua pengikut ‘Tuhan Harun’ terlepas hukuman mati




PUTRAJAYA – Dua pengikut “Tuhan Harun” yang disabitkan membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) 11 tahun lalu, terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikannya dengan hukuman penjara 40 tahun.
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat selepas membenarkan permohonan semakan hukuman mati Sumustapha Suradi, 50, dan Shamsinar Abdul Halim, 47, bagi mengetepikan hukuman gantung itu.

Sumustapha dihukum penjara 40 tahun, manakala Shamsinar turut dikenakan hukuman penjara sama serta dikenakan 12 sebatan.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Nordin Hassan.
Di bawah undang-undang baharu itu, hakim mempunyai kuasa budi bicara untuk mengenakan sama ada hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun dan sehingga 40 tahun.
Jika hukuman mati tidak dikenakan, pesalah lelaki berusia di bawah 50 tahun berdepan sebatan minimum sebanyak 12 kali.
Pada 29 November 2018, kedua-dua pemohon kekal dihukum gantung sampai mati atas pertuduhan itu oleh Mahkamah Persekutuan di sini

Ia selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir mereka dan mengekalkan sabitan dan hukuman mati.
Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum yang mengetuai barisan lima hakim ketika itu memutuskan bahawa rayuan kedua-dua mereka tidak mempunyai merit.
Pada 2016, Sumustapha dan Shamsinar dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kuantan selepas mereka didapati bersalah membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abd Malek.
Dalam kejadian itu Ahmad Raffli, 49, ditembak di hadapan rumahnya di Bandar Indera Mahkota di Kuantan, Pahang pada 10 November 2013.
Pada masa sama, Ketua kumpulan ajaran sesat itu, Harun Mat Saat atau lebih dikenali sebagai “Tuhan Harun’, juga didakwa kerana bersubahat dalam pembunuhan tersebut.
Bagaimanapun, tuduhan ke atas Harun digugurkan pada 26 Ogos, 2016 selepas dia meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan pada 16 Ogos, 2016 akibat masalah pernafasan. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/10/10/bunuh-penguat-kuasa-jaip-dua-pengikut-tuhan-harun-terlepas-hukuman-mati/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 01:13 PM | Show all posts
why????
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 01:14 PM | Show all posts
mmg dah target kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 01:14 PM | Show all posts
sbb tembak dekat rumah
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 01:15 PM | Show all posts

hi tashu
selamat petang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2024 01:18 PM | Show all posts
Hukuman gantung Azilah Hadri diganti penjara 40 tahun, 12 sebatan. Bapa Altantuya mohon Azilah tak digantung








PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman gantung sampai mati kepada penjara 40 tahun dan 12 sebatan terhadap bekas anggota Unit Tindakan Khas, Azilah Hadri yang disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, 18 tahun lalu.
Dalam keputusan sebulat suara, panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan semakan hukuman mati dikemukakan bekas Cif Inspektor Azilah, 48.
"Permohonan pemohon dibenarkan, hukuman gantung ditolak dan digantikan dengan pemenjaraan 40 tahun dan 12 sebatan," katanya yang bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan TanSri Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Nordin Hassan.
Bapa Altantuya sokong semakan hukuman mati

Terdahulu, bapa kepada Altantuya menyokong permohonan semakan hukuman mati yang difailkan oleh bekas komando polis itu diganti kepada pemenjaraan.
Peguam J Kuldeep Kumar yang mewakili Azilah, membaca sebahagian isi surat yang ditulis Dr Shaariibuu Setev mengenai 'kemurnian hidup'.
"Kami ada surat daripada bapa mangsa, beliau juga meminta supaya hukuman mati diganti kepada penjara," kata Kuldeep Kumar dalam hujahan di mahkamah hari ini.
Peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya, Sangeet Kaur Deo mengesahkan perkara itu dan mempunyai salinan asal surat berkenaan.
Azilah membuat permohonan semakan hukuman mati itu susulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 pada 4 Julai tahun lalu.
Di bawah undang-undang baharu itu, hakim mempunyai kuasa budi bicara untuk mengenakan sama ada hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun dan sehingga 40 tahun.
Jika hukuman mati tidak dikenakan, pesalah lelaki berusia di bawah 50 tahun berdepan sebatan minimum sebanyak 12 kali.
Pada 2009, Azilah disabitkan bersama seorang lagi bekas anggota polis iaitu Koperal Sirul Azhar Umar kerana membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober 2006 hingga 1 pagi esoknya.
Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua anggota polis itu.
Sementara itu, penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat melakukan pembunuhan itu oleh mahkamah yang sama.
Azilah dan Sirul Azhar kemudian dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 2013.
Bagaimanapun, pada 2015, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan itu dan mengekalkan sabitan serta hukuman mati terhadap mereka.
Sirul Azhar tidak hadir untuk mendengar keputusan Mahkamah Persekutuan itu kerana melarikan diri ke Australia pada 2006 di mana dia ditahan di bawah undang-undang Imigresen sebelum dibebaskan pada akhir tahun lalu.
Pada 2020, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Azilah untuk dibicarakan semula dan semakan sabitan terhadapnya.
Media melaporkan bahawa Azilah turut memohon pengampunan diraja daripada Sultan Selangor.
Pada 2022, keluarga Altantuya menang dalam saman terhadap Azilah, Sirul Azhar, Abdul Razak serta kerajaan dan Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan supaya mereka dibayar ganti rugi sebanyak RM5 juta.
Bagaimanapun, kes itu masih di peringkat Mahkamah Rayuan.




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1308981/hukuman-gantung-azilah-hadri-diganti-penjara-40-tahun-12-sebatan



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 01:19 PM | Show all posts
JAKIM diminta sedia laporan video sekumpulan pelajar didakwa puja guru agama









PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diminta menyediakan laporan berhubung video seorang pendakwah dan sekumpulan pelajar yang mengalunkan bait bahasa Arab yang tular di media sosial baru-baru ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata JAKIM juga perlu membawa perkara itu kepada tindakan pihak berkuasa agama Islam negeri terbabit iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah serta Jabatan Mufti Negeri Kedah.
"Sebarang isu berkaitan ketaksuban melampau perlu ditangani dengan segera kerana sekiranya tidak dibendung, ia boleh mengakibatkan masyarakat terjerumus kepada amalan yang bercanggah dengan akidah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, tular video berdurasi satu minit dua saat memaparkan pendakwah lelaki dan sekumpulan pelajar yang mengalunkan bait bahasa Arab yang didakwa sebagai satu tindakan memuja guru agama secara melampau.


Mohd Na'im turut meminta agensi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan khususnya JAKIM, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk melipatgandakan usaha memberikan kefahaman kepada masyarakat berkaitan asas akidah berteraskan Ahli Sunnah Waljamaah.
- BERNAMA



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1308985/jakim-diminta-sedia-laporan-video-sekumpulan-pelajar-didakwa-puja






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 01:22 PM | Show all posts
Kemudahan helikopter diperlukan bagi operasi menyelamat mangsa banjir di Kelantan




Mohd Azizi (duduk belakang, dua dari kanan) ketika menghadiri Program Latihan Simulasi Menyelamat Dan Pengendalian Bot Antara Agensi Penyelamat Di Jajahan Gua Musang, di Taman Tasik Gua Musang, di sini. NSTP/Paya Linda Yahya







GUA MUSANG: Kerajaan diharap dapat meluluskan segera permohonan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan bagi mendapatkan sebuah helikopter untuk kegunaan ketika banjir di negeri ini terutama di kawasan Parlimen Gua Musang.
Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim, berkata permohonan itu sudah dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka mengakibatkan banjir besar di daerah itu pada tahun ini.
"Kemudahan helikopter sangat diperlukan sebagai persediaan bagi menyelamat penduduk yang terbabit bencana itu. Jadi, kita berharap permohonan PDRM Kelantan mendapatkan sebuah helikopter dapat ditunaikan kerajaan," katanya ketika ditemui, di sini.
Mohd Azizi berkata, segala keperluan bagi menghadapi bencana banjir di daerah ini akan dikemukakan terus kepada menteri yang terbabit, selain pihaknya akan mendapatkan koordinat tepat lokasi berlaku banjir di kawasan pedalaman di Gua Musang sebagai persediaan awal menghadapi MTL.





"Sebahagian besar kawasan atau koordinat berlaku banjir di Gua Musang membabitkan lokasi pedalaman atau luar bandar.
"Jadi, saya juga berharap alat pengesan awal banjir yang menggunakan solar dan bateri dapat dipasang di beberapa kawasan pedalaman di daerah ini," katanya.



https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2024/10/1308943/kemudahan-helikopter-diperlukan-bagi-operasi-menyelamat-mangsa-banjir










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 01:23 PM | Show all posts
Dituduh buat amang seksual terhadap remaja perempuan, lelaki didakwa ke mahkamah




Muhamad Ferrul (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen, hari ini atas tuduhan melakukan amang seksyal terhadap seorang remaja perempuan di sebuah hotel. NSTP/ NIK ABDULLAH NIK OMAR






KOTA BHARU: Seorang pegawai pemasaran kosmetik didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan di sebuah hotel, di sini, Ogos tahun lalu.
Tertuduh, Muhamad Ferrul Azieman, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ketika kejadian di sebuah hotel di sini antara jam 3.58 pagi hingga 6 pagi.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat.





Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli dan tertuduh diwakili peguam, Nasrul Nazmi Nik Muhammad.
Terdahulu, Kamarul Hasyime memohon tertuduh diberi jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan.
Bagaimanapun, Nasrul Nazmi pula meminta jaminan minimum dikenakan kerana anak guamnya akan patuh dengan peraturan mahkamah dan tidak mengganggu mangsa memandangkan tertuduh tinggal di Gombak, Selangor.
Mahkamah kemudian menawarkan RM15,000 jaminan dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melaporkan diri di Balai Polis Gombak setiap dua bulan, selain 14 November ditetapkan bagi sebutan semula kes.



https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1308978/dituduh-buat-amang-seksual-terhadap-remaja-perempuan-lelaki-didakwa-ke










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 10:07 PM GMT+8 , Processed in 2.194076 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list