|
Nampak tak, pengantin perempuan berkerusi roda semasa akad nikah?
Kisahnya, dia terjun dari balkoni rumah, nak larikan diri selepas keluarga menghalang perkahwinan ini.
Sebelum itu, dia dah lari dari rumah selama 4 bulan. Sanggup buang keluarga demi cinta.
-----
Di mana dia kenal lelaki ini? Pada mulanya dia bekerja di kedai komputer milik lelaki ini. Kemudian terjebak dalam cinta. Sanggup bermadu dan rela berkhidmat untuk isteri pertama.
Keluarga sudah berusaha sehabis daya untuk menghalang. Lelaki ini buat laporan polis mengatakan perempuan ini didera keluarga. Polis datang serbu rumah. Perempuan ini berjaya lari kembali kepada kekasih hati.
-----
Nampak tak, ayah pengantin perempuan terpaksa hadir menjadi wali?
Kisahnya, suami failkan permohonan wali enggan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Mahkamah Syariah panggil si ayah untuk beri tunjuk sebab.
Akhirnya si ayah diberi Perintah untuk mewalikan perkahwinan tersebut. Terpaksa hadir, terpaksa mewalikan.
-----
Nampak tak, ibu dan adik-beradik serta ahli keluarga pengantin perempuan tidak hadir semasa akad nikah?
Kisahnya, mereka sejak dari awal lagi memang tidak bersetuju dan menentang perkahwinan poligami sebegini.
|
|