CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
Post time 2-8-2012 10:22 AM | Show all posts
Baby boy....alhamdulillah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2012 10:26 AM | Show all posts
Boleh tak nak request kat Momod...sapa 'tekan butang' NEXT kat benang cheq, kena potong kredit.....







Tapi benang cheq je... benang orang lain takpe. tekan le seribu kali pun
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 10:26 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 2-8-2012 10:19 AM
Episode 32

Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju.

Baiknya Fandi! Tak ramai lelaki mcm ni. Ada juga awal2 terima lepas tu mengungkit...  Bukan senang nak tundukkan nafsu dan perasaan. Kalau kena rogol boleh lagi terima tp kalau atas dasar nafsu, lelaki selalunya ego. kalau dia tak pe, pompuan kena suci murni.

Mcm fareez. opppss...


Nah bunga utk Fandi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 10:28 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 2-8-2012 10:26 AM
Boleh tak nak request kat Momod...sapa 'tekan butang' NEXT kat benang cheq, kena potong kredit.....{ ...

Boleh je request. request jek lah apa2 pun. Tapi samada momod sekelian nak tunaikan tu.... belum tentu boleh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2012 10:36 AM | Show all posts
Setelah mengambil vitamin yang diperlukan di kaunter bayaran, Fandi dan Fifi berjalan ke arah kereta yang di parkir tidak jauh daripada Pusat Perubatan Naluri. Fandi menekan punat hijau di kunci keretanya untuk membuka pintu dan mereka pun masuk. Tanpa berkata apa-apa, Fandi menghidupkan enjin kereta lalu pergi dari situ.

“Awak” Fifi memanggil apabila melihat Fandi cuma mendiamkan sejak dari tadi.

“Iya”

“Kenapa awak senyap je dari tadi?”

“Tak ada apa-apa” Fandi menjawab. Siku kanannya di letakkan di pintu kereta sambil jarinya diletakkan di bibir. Hanya tangan kiri yang mengawal stereng. Yang sebenarnya, dia menyembunyikan senyum segan. Apa yang nak di segankan? Fandi sendiri tiada jawapan.  

Fandi..Fandi. Apa masalah kau ni?

“Kita nak pergi mana ni awak?” Fifi bertanya lagi. Sudahlah pelik melihat sikap Fandi yang tiba-tiba senyap sepanjang jalan. Arah tujuan juga tidak di ketahui. Tahu-tahu saja, Fandi sudah memandu terus hingga ke Jalan Kuching.

“Eh…yelah. Kita nak pergi mana ni eh?” Bagai baru tersedar dari mimpi, Fandi pula bertanya. Menoleh ke arah Fifi sekilas lalu kembali focus kepada jalanraya.

“Awak yang drive menonong, tanya saya pulak nak pergi mana…”

“Awak nak pergi mana-mana ke?”

“Entah” Fifi menjawab sambil mengangkat bahu.

“Kita pergi shopping nak?”

“Shopping? Itu hari dah shopping banyak. Nak shopping apa lagi?”

“Shopping baju baby…”

“Baju baby?” Fifi memandang ke arah Fandi, lama. Tetapi Fandi tidak menoleh. Matanya tetap memandang ke depan.

“Ikut awaklah” Fifi menjawab perlahan, lalu mendiamkan diri. Dia terasa keliru secara tiba-tiba.

Boleh ke dia terima anak ini? Fifi memejamkan mata. Secara tiba-tiba, hatinya sebak.

“Awak…” Fandi memanggil.

“Iya?” Fifi membuka mata lalu menoleh sekali lagi ke arah Fandi.

“Tak ada apa-apalah” Fandi menjawab, memberikan senyuman lalu kembali menumpukan perhatian kepada pemanduan.

Mungkin, dia masih teringatkan Shah? Fandi menarik nafas.

“Ingat bro. Sofea dalam bahaya kalau dia cuba berhubung dengan Shah lagi. Jaga dia baik-baik”

Dalam diam, Fandi mengeluh. Akhirnya masing-masing terdiam melayan perasaan.

********************************************************
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 11:07 AM | Show all posts
next pls..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-8-2012 11:24 AM | Show all posts
Walaupun bukan hari minggu, keadaan di Mid Valley masih sesak seperti biasa. Mungkin kerana waktu sekarang sudah pun menginjak ke tengahari. Jadi ramai yang keluar untuk menjamu selera ataupun memberi barang keperluan, memenuhi waktu rehat yang terluang.

Fandi dan Fifi menghabiskan masa di Jusco, di bahagian kanak-kanak dan bayi. Pelbagai barangan menarik minat Fandi. Daripada pakaian, barang mandian sehinggalah ke barang permainan. Tetapi tiada barang yang di beli kerana sejak awal lagi, Fifi dan Fandi asyik bertekak tentang pilihan dan citarasa masing-masing. Akhirnya, hanya empat pasang baju sahaja yang di beli.

“Awak…buat apa nak beli bola?” Fifi menggelengkan kepala melihat Fandi mula memilih bola yang terletak di dalam raga. Bola plastik pelbagai warna.

“Mestilah beli bola. Dah baby boy. Takkan saya nak belikan patung Barbie pulak?”

“Awak... Baby pun belum keluar lagi tau. Kalau keluar pun, bukannya dia pandai tendang bola” Fifi merungut.

“Ala..satu je. Warna biru ni, okay kan?” Fandi menjawab. Tangannya membelek-belek bola plastik berwarna biru sambil sesekali membaling dari kiri ke kanan..

“Isk..suka hatilah” Fifi sudah seperti malas mahu melayan. Penat bertekak dari tadi, sekarang perutnya sudah berkeroncong.

Entah apa-apa. Ini anak dia ke, anak aku? Fifi sudah mula memuncungkan bibir.
  
“Yang awak ni nak muncung-muncung kenapa?” Fandi bertanya.

“Lapar…” Fifi menjawab.

“Okaylah. Jomlah kita pergi makan’’ Fandi mengajak. Bola sudah di letakkan kembali di dalam raga. Fifi tersengih.

“Awak nak makan apa?”

“Nasi Ayam” Pantas Fifi menjawab. Seleranya bagai di tarik-tarik untuk menjamah Nasi Ayam.

“Awak mengidam eh?” Fandi bertanya sambil mengangkat kening.

“Ya kot...” Fifi tersengih lagi.

“Tadi nak makan aiskrim. Lepas tu nak coklat. Sekarang ni Nasi Ayam. Awak ni, mengidam ke nak mengketedarah?”

“Tak boleh, sudah!”

“Yelah..yelah..Jom....Jom” Fandi mengajak sambil tersengih. Secara spontan, dia memegang erat tangan Fifi. Fifi tergamam seketika namun tidak pula melarang.

***************************************************************************
Last edited by Nicki_Meow on 2-8-2012 01:28 PM \n\n Last edited by Nicki_Meow on 25-9-2012 01:22 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 11:32 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 2-8-2012 11:24 AM
Walaupun bukan hari minggu, keadaan di Mid Valley masih sesak seperti biasa. Mungkin kerana waktu se ...

Sweeetnyerrr.Bila la mereka nak luahkan with each other






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2012 11:36 AM | Show all posts
freddianza posted on 2-8-2012 11:32 AM
Sweeetnyerrr.Bila la mereka nak luahkan with each other

kannnnnnn , tk sabar tgk mereka bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 11:36 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 2-8-2012 11:24 AM
Walaupun bukan hari minggu, keadaan di Mid Valley masih sesak seperti biasa. Mungkin kerana waktu se ...

pegang2 tangan je ke? ...
apa la fandi ... lambat!!! ... advance la sket ...  
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 11:42 AM | Show all posts
Baguih nye la si Fandi ni..bukan anak die tapi excited telebih...

nicki..NEXTTTTT!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2012 12:26 PM | Show all posts
wardah75 posted on 2-8-2012 11:36 AM
kannnnnnn , tk sabar tgk mereka bahagia

Lambat lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2012 12:29 PM | Show all posts
hotmum posted on 2-8-2012 11:36 AM
pegang2 tangan je ke? ...
apa la fandi ... lambat!!! ... advance la sket ...

mana boleh gelojoh sangat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2012 12:30 PM | Show all posts
Haje_hbz posted on 2-8-2012 11:42 AM
Baguih nye la si Fandi ni..bukan anak die tapi excited telebih...

nicki..NEXTTTTT!!

Nak puding jagung dulu.....



Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 12:38 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 2-8-2012 12:30 PM
Nak puding jagung dulu.....

dah tepek kat sebelah....
kalau nak puding jgung dlm erti kata sebenar,hang pi la wat sndiri........
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 12:40 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 2-8-2012 09:47 AM
Salam Alin...

Thanks for reading. Saya budak masih belajar, banyak lagi yang kurang.

hehehe....tak lah nicki, kita kelahiran pahang tp membesar/skolah di jb....tp kira org jb gak la kan...







yeay2 ada n3.....best2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2012 12:40 PM | Show all posts
Sambil-sambil menikmati makanan tengahari di The Chicken Rice Shop, mereka berbual-bual lagi. Pelbagai perkara yang di bualkan. Kali ini lebih terbuka. Dinding-dinding yang terbina antara mereka kian runtuh sedikit demi sedikit walau tidak sepenuhnya. Tetapi, Fandi tetap berhati-hati ketika berbicara, tidak mahu sekiranya ada kata-kata yang keluar dari mulutnya akan menyinggung perasaan Fifi.  

“Awak…”

“Iya?” Setelah menyedut air soya di dalam gelas, Fifi menjawab.

“Awak nak ikut saya tak?”

“Pergi mana?”

“Balik Kluang. Saya dah lama tak balik kampung”

“Balik Kluang?” Kening Fifi berkerut. Dia terdiam seketika, terkebil-kebil memandang Fandi.

“Ala..saya tahu. Mesti awak fikir, duduk kampung tak best. Banyak nyamuk. Boring. Tak ada shopping complex. Tak ada panggung wayang. Kena mandi air telaga…Kan?” Fandi bertanya lagi.

“Eh…tak adalah” Fifi pantas menjawab sambil mengemam bibir. Mana tau ni? Perasaan serba salah mula hinggap di hati.
Karang kalau cakap tak nak, takut kecik hati.

Fandi tersengih memandang Fifi. Sah-sah failed geography. Kau ingat, Kluang tu macam kat ceruk ulu? Kena mandi air telaga berlampu pelita segala? Kluang sekarang dah lebih kurang KL lah, budak!

“Rumah saya betul-betul kat ulu kampung tau, awak. Kita kena naik sampan, lepas tu nak kena seberang sungai baru sampai” Fandi berkata lagi. Fifi masih terkebil-kebil.

“Awak ikut saya balik eh?”

"Kalau tak ikut, boleh ke?'

"Takpelah kalau tak nak ikut. Saya tahulah, awak orang bandar. Saya ni orang kampung"

“Yelah...yelah. saya ikutlah. Mengada-ngada. Nak merajuk-merajuk pulak” Fifi akhirnya berkata sambil merengus. Fandi tersengih lagi.

“Awak...”

“Iya?”

“Nak ke keluarga awak terima saya?” Fandi terdiam, memandang Fifi agak lama sebelum memberikan senyuman.

“InsyaAllah” Fandi menjawab. Fifi terdiam lagi.

“Dah habis makan?” Fandi bertanya lagi sambil melihat jam di tangannya. Fifi mengangguk.

“Jomlah” Fandi bangun untuk membuat bayaran.

******************************************************

Last edited by Nicki_Meow on 3-8-2012 12:44 AM \n\n
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 01:16 PM | Show all posts
sweet.. lagi.. lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2012 02:04 PM | Show all posts
Matanya terpaku memerhatikan pasangan yang baru keluar dari The Chicken Rice Shop. Kelihatan bahagia sekali. Sudah semestinya pasangan itu tidak menyedari kehadirannya di situ. Ingin rasanya dia menegur tetapi hasrat hatinya di tahan.  

“Who are you looking at?’’ Dia menoleh. Bagai tersentak mendengar pertanyaan itu.

“Bella…”

“Yes?’’

‘‘You tengok siapa?’’ Eddie bertanya lagi. Bella hanya menggelengkan kepala. Kembali menundukkan muka, membaca menú Tony Roma’s di meja.

“You know them, don’t you?’’

“Who?’’

‘‘That loving couple yang baru keluar dari kedai nasi ayam tu’’

“No’’ Bella berbohong. Eddie tersenyum.

“Or you wish that you can be like them?’’ Bella mengangkat muka memandang Eddie.

“Orang macam I Eddie, mana layak untuk dapat semua tu. Tunggu tua dan mati aje” Eddie tersenyum lagi.

“We could be like them”

“What?’’

“We could be just like them if you want”

‘‘We? You don’t know who is the real me, Eddie. Jangan senang-senang cakap macam tu”

“Well, you don’t know who is the real me either. That’s just fair isn’t it?’’ Bella memandang lelaki di hadapannya lama. Lelaki yang membayarnya hanya untuk di ajak berbual. Malah, sehingga sekarang, lelaki itu sanggup membayarnya., tidak membenarkannya ‘bekerja’ dengan orang lain. Bella menarik nafas lalu di hembuskan perlahan.

"Dont make promises you can’t keep"

“I won’t make promises that I can’t keep”

Sekali lagi Bella mengangkat muka memandang Eddie, yang juga memandangnya tanpa senyuman.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 02:05 PM | Show all posts
nicky......NEXTTTTTTTTTTTTTT
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.244608 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list