In conjunction with the upcoming AJL28, we at HAFIZFC are happy to announce that we are making a special t-shirt and cap for the event on 26th Jan 2014. Details are as stated in the photo.
You can place your orders here, complete with sizes and quantities. Closing date for orders : 10th Dec 2013.
Call 012-8939609 (Mumi) / 016-8095654 (Shy) for further infos.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Dalam pada itu, Rossa turut memuji kemampuan Hafiz membawakan lagu 'Salahkah' itu. Selain memiliki vokal yang mantap, Rossa berkata, Hafiz juga memiliki penghayatan yang sangat baik.
Jelas Rossa, penghayatan yang diberikan Hafiz sama seperti yang didengarnya melalui lagu Muara Hati dan Ombak Rindu yang digandingkan dengan Datuk Siti Nurhaliza dan Adira sebelum ini.
“Ini kali pertama saya bekerjasama untuk lagu tema di Malaysia dan saya sangat kagum dengan Hafiz yang berjaya meraih pelbagai kejayaan dalam bidang muzik.
“Dia bukan saja dapat menyanyikan lagu itu dengan baik, bahkan dia juga mampu memberikan penghayatan serta penceritaan terhadap lagu tersebut,” kata Rossa yang tidak menolak untuk bekerjasama lagi dengan artis kelahiran Akademi Fantasi itu.
Sedikit mengenai Bukan Kerana Aku Tak Cinta, drama bersiri terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd, arahan Jamal Khan ini bakal bersiaran selama 60 episod di Astro Mustika HD, secara eksklusif bermula 9 Disember ini. Drama ini menggandingkan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia sebagai peneraju utama.
PELANTUN lagu Muara Hati, Hafiz Suip atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip yang dikurniakan dengan kualiti vokal yang sangat gemeresik ini, begitu teruja dengan kolaborasinya bersama penyanyi seberang, Rossa.
Lagu Salahkah yang yang dirakam kedua-dua penyanyi tersohor ini merupakan OST bagi drama bersiri bakal menemui peminat pada 9 Disember ini, iaitu drama Bukan Kerna Aku Tak Cinta, lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose.
Menurut Hafiz, dia kini sangat bersyukur kerana baru sahaja selesai menyiapkan video muzik lagu Salahkah.
Hafiz berkata, dengan berkolaborasi bersama bintang ternama, Rossa dan terhasilnya OST itu sangat bertepatan dengan jalan cerita drama tersebut.
“Saya tidak menyangka akan berduet dengan Rossa. Dia adalah penyanyi bagus dan saya amat meminatinya. Bagi saya Rossa merupakan artis nombor satu di sana. Semasa merakamkan OST ini, saya dan Rossa turut menjiwai jalan cerita drama ini. Dan terhasillah Salahkah,” katanya yang begitu teruja dapat berduet bersama penyanyi berbakat, kelahiran Indonesia itu.
Ditanya mengenai kolaborasi dengan penyanyi lain selepas ini, Hafiz sangat idam untuk berkolaborasi bersama penyanyi lagenda Indonesia iaitu Ebiet A Gade dan penyanyi U.S, Alicia Keys.
“Saya sangat mengagumi mereka. Mungkin jika ada kesempatan mungkin dalam tiga atau lima tahun lagi saya mahu berkolaborasi dengan mereka pula,” katanya.
Album baharu
Menyentuh mengenai kelahiran album barunya yang berjudul Luahan Hati Anak Seni, Hafiz berkata, sambutan yang diterimanya begitu memberangsangkan.
“Alhamdulillah, sambutan peminat pada album kali ini amat baik. Dan saya yakin dengan mempertaruhkan konsep balada akan menjadi buah tangan kepada peminat saya.
“Untuk album ini, apa yang menariknya, saya mencipta lirik bagi dua buah lagu dalam album ini, iaitu lagu ‘Mungkinkah’ dan ‘Deklamasiku’.
“Selain itu, tiga lagu dalam album ini, iaitu lagu ‘Patah Hati’, ‘Hanya Ingin Kau Cinta’ dan lagu ‘Bahagiamu Deritaku’ dirakamkan di Indonesia,” katanya, yang menampilkan seleksi sembilan buah lagu yang merupakan buah tangan ramai komposer dan penulis lirik terkenal dari Malaysia dan Indonesia.
Menurut penyanyi yang menerima pencalonan dalam anugerah bertaraf antarabangsa, Anugerah Muzik Eropah MTV (MTV EMA) ini berkata, dia demam akibat perubahan cuaca di Indonesia semasa dia merakamkan beberapa buah lagu tersebut.
"Pada mulanya saya sangat risau dengan keadaan suara yang akan memberi kesan kepada lagu yang dirakamnya. Namun mujurlah saya minum kicap bersama limau untuk memulihkan suara," katanya.
Dalam pada itu, Hafiz berkata, kejayaan yang di kecapinya hari ini bukanlah sesuatu yang mudah, kerana sepanjang lima tahun industri muzik dilanda kesuraman.
Hafiz menyifatkan segala-galanya adalah berkat doa kedua ibu bapanya, keluarga serta peminat yang tidak berhenti mendoakan kejayaannya.
“Selepas memasuki bidang seni, barulah saya sedar dan faham untuk berjaya memang bukan mudah. Terus terang saya katakan, perasaan bimbang dan takut pernah menyelubungi diri ini.
Enggan menoleh ke belakang, Hafiz kini mahu lebih fokus kepada kerjaya seninya dan seboleh-boleh dia tidak mahu membicarakan soal peribadi lagi.
Kata anak kelahiran Kuching, Sarawak itu, cukuplah cerita-cerita yang telah dikhabarkan sehingga dia sendiri perlu meletakkan batasan.
“Memang tidak dinafikan, artis adalah figura awam. Tetapi bagi saya, ada benda yang boleh dikongsi dan selebihnya adalah untuk diri saya," katanya yang mengakui sudah berteman.
Kata anak kelahiran Kuching, Sarawak itu, cukuplah cerita-cerita yang telah dikhabarkan sehingga dia sendiri perlu meletakkan batasan.
“Memang tidak dinafikan, artis adalah figura awam. Tetapi bagi saya, ada benda yang boleh dikongsi dan selebihnya adalah untuk diri saya," katanya yang mengakui sudah berteman.