TERKINI!!! / UPDATE!
UPSR bocor: TPM jumpa pegawai kementerian esok
Oleh SAYED HESHAM IDRIS
IPOH14 Sept - Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan mesyuarat khas dengan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan esok bagi memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) penyediaan dan pengendalian kertas soalan peperiksaan bagi mengelak berulang kes soalan bocor. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan berkata, mesyuarat di Putrajaya itu juga akan membincangkan persiapan untuk calon-calon menduduki semula dua kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 30 September ini. "Kita akan membincangkan langkah-langkah untuk memastikan soalan Bahasa Inggeris dan Sains yang akan diduduki semula oleh calon UPSR pada 30 September ini juga tidak bocor seperti sebelum ini," katanya. Beliau merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Siput dan Wisma UMNO bahagian itu di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd
UPSR bocor: TPM jumpa pegawai kementerian esok
|