Aku pernah mentioned yang kat posting2 awal, yang aku jadi super sensitif dengan orang2 halus ni selepas aku pindah branch.
However, there was this one time masa aku kat branch lama, aku pernah sakit tapak kaki.. aku tak ingat berapa lama aku sakit tapi I got them lepas branch kitorang ada family day kat Damai.
Masa diawal2 tahun aku jadi pekerja bank, branches seluruh Sarawak will have budget to do branch activities, and one of them is family day kat hotel. Selain dari stay kat hotel tu, aktiviti among staff like telematch, treasure hunts akan diadakan untuk merapatkan tali silaturahim among staff yang pelbagai bangsa dan agama.
Selalu nya kitorang akan pegi, petang Jumaat, balik petang Ahad. Selepas family day tu, aku tak perasan bila masa aku start sakit tapak kaki dan yang sakit tu cuma tapak kaki belah kanan.
Yang aku ingat, everytime bangun tido, aku tak boleh nak pijak lantai terus, aku terpaksa membengkok dulu tapak kaki aku, then perlahan2 aku meluruskan tapak kaki, baru dapat nak turun kat tingkat bawah. Then everytime driving, tapak kaki belah kanan akan rasa pedih dengan tajam especially time panas terik.
Pada mulanya, I thought maybe aku ada tersalah urat, so aku pegilah tampal koyok kat situ, bukan koyok biasa, aku terus beli koyok yang merah tu...
Instead of making it better, I made it worst. Sakit wor tapak kaki aku tu..
Anyway, memang aku tak terpikir pun nak pegi berubat tradisional sedangkan pada masa yang sama, aku selalu pi hantar mak aku berubat. Masa tu kitorang selalu kat rumah, kita panggil dia Bang D, dia dan isteri dia Kak L, dua2 pandai mengubat orang, and for your info, Bang D ngan Kak L adalah kawan seperguruan ngan Pakcik ngan Makcik yang kat Samarahan tu.. alkisah macam mana Pakcik dan Makcik tu menuntut ilmu untuk mengubat orang akan diceritakan di posting yang lain.
Anyway, let me continue, selalu nya, aku just hantar mak ke rumah Bang D, sebab almost tiap malam, memang ramai yang pegi berubat kat situ, tapi kebetulan pada satu malam tu, memang takder orang kat rumah tu time tu, so mak aku suruh masuk sama, sementara aku tunggu dia habis berubat.
Cara Bang D ngan Kak L mengubat orang, sangat santai, kita takkan rasa macam kita ni pegi berubat, yang best nya, sebelum dia start mengubat, dia akan suruh kita tulis dalam buku, pastuh describe sakit kita dalam buku tu, lepas tu dia akan baca dan akan suruh kita, either to just baca surah2 lazim or if kena santau/buatan orang, kita kena baca ayat Kursi sekali lepas baca surah2 lazim.
But, in my case, since first time pegi situ, aku memang tak tulis apa2, yang aku ingat, while I was waiting for mak's turn to finish her treatment, aku tengok tv, sambil aku gerak2kan tapak kaki aku.
Tiba2 Bang D tanya aku, tapak kaki kau tu sakit tak? Ehhh... macam tau jer, sedangkan aku tak bagitau apa2 Rupa2 masa aku pegi gerak2 tapak kaki aku, dia 'nampak' yang kaki aku tu dah takde kulit sebab dah hangus.
Bang D tanya lagi, kau rasa pedih tak? A'ah pedih, so, dia tanya berapa lama dah sakit, aku bagitau aku tak ingat bila, tapi sakit tu makin hari makin teruk..
So, mak aku bilang, alang2 dah kat situ, suruhlah Bang D ubatkan. Sebelum dia start, dia siap2 interview aku, ada tak aku pegi kat tempat berpasir, masa tu, sumpah aku tak ingat langsung part kitorang family day kat Damai tu.
Dia, Bang D, memang dah tahu time tu aku kena kat mana, cuma dia nak aku beritahu dia sendiri, then mak aku bagitau, ehh bukan korang gi Damai ker aritu!?!?!
Ohhh.... a'ah, betul jugak, acaner leh lupa!
Bang D terus bagitau, engkau kena kat situlah, engkau ada main2 kat pantai kan, yer , aku jawap. Ada beach games masa tu, tapi, rasa2 takder plak terpijak kaca.
Memang kau tak pijak kaca, dia bilang, kau terpijak pasir yang tercemar dengan minyak yang dibuang orang, dan minyak tu tidak dimatikan 'power' nya sebelum dibuang.
Ooooooooooo........ aku punya lah terkejut. Kehairanan pun iye.
Selepas selesai , aku dipantangkan makan telur, sambal belacan, ikan masin selama tiga bulan, sebab sakit aku dalam kategori teruk jugak.
Semenjak dari hari itu, aku boleh dikatakan regular patient dah.
Dari aku bekerja kat branch lama, sampai branch baru (bukan opis sekarang), aku memang jumpa Bang D ngan Kak L.
If siapa ingat, cerita masa aku terkena taring ponti, Bang D lah yang tolong aku buang taring ponti tu.
Akan aku share lagi cerita masa perut aku diterkam tangan antu..
|