|
[Tempatan]
Polis masih siasat kehilangan Acap
[Copy link]
|
|
Edited by iloveselangor at 11-4-2019 11:37 AM
Remyda replied at 11-4-2019 09:38 AM
Team yang ni sudah dalam perjalanan untuk sambung cari acap
Kenapa bibir orang agama NI semua tebal2...macam Al-Arqam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Malas nak masuk rumah sebelah asyik nak bersengketa cakap benda yg takde kaitan dengan acap..lepak sini lu |
|
|
|
|
|
|
|
Maka terungkailah knp ak kne sepuk..rupeny depa igt ak pakai sluar pendek.walhal ak pkai sluar 3/4 tu..bawah lutut tp atas buku lali..
Malam so kurang jelas penglihatan..allah..
Silap ak juga coz pkai sluar tu.niat senang lari klau ad ap2 yg dasyat maii..
Pasal acab ni,kite tunggu jela PDRM Buat kenyataan.
Anyway,klau kite masuk tempat org.kite kne ikut adab org..ak yg 3x naik turun pn dh cungap.aptah lg org kampung siang mlm cari sampi 20x naik turun.kita xnampak usaha mereka.tlg bgi nama kot2 ap2 jd senang..
Dengan ini ak xnk share ap2 lg takot jd fitnah pulak.mgkin kami yg dlm keadaan tu tau cerita sebenar,tp pd org lain??
Sama2 kita blik kpd pangkalny..semua cara dh iktiar.allah je tau.usaha sudah,tinggal doa n tawakkal jer..
Allah pilih sy.minte maaf semua
Fb HAFIZ AMIR
No wonder la KK situ tak kasik dia azan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Chilluecharlie replied at 11-4-2019 11:29 AM
Malas nak masuk rumah sebelah asyik nak bersengketa cakap benda yg takde kaitan dengan acap..lepak s ...
Dgn dia dia skali masuk sini camanoooo |
|
|
|
|
|
|
|
Kangkung1M replied at 11-4-2019 11:06 AM
I ada terbaca satu komen kat CariGold Forum pasal highway lama yg ditutup pd thn 1996. Katanya seb ...
Dah markas tentera jepun pulak, hmm sofar blm ada yg petik point ni kan?
Tu yg aku ingat tu, area highway tu pun macam2 hal sebenarnya, sangkut paut la kot |
|
|
|
|
|
|
|
Chilluecharlie replied at 11-4-2019 11:29 AM
Malas nak masuk rumah sebelah asyik nak bersengketa cakap benda yg takde kaitan dengan acap..lepak s ...
I pun tak jejak, berkuntum kat sini jek |
|
|
|
|
|
|
|
Acikgomen replied at 11-4-2019 11:31 AM
Dgn dia dia skali masuk sini camanoooo
Ada di mana2..dr iolls beginner pun dah lama perhati org masuk forum sbb nak tahu perkembangan acap je. Jadi tak best pula baca sbbkan dia. |
|
|
|
|
|
|
|
masuk rumah sane tadi.. sesak dada asik timbul isu keturunan je.. tapi cam terkejut pulak masuk sini sebab tuan rumah sana bertandang ke sini |
|
|
|
|
|
|
|
chanteksekali replied at 11-4-2019 11:39 AM
I pun tak jejak, berkuntum kat sini jek
mana taknya..oghang pun dah annoyed aih. |
|
|
|
|
|
|
|
benang sebelah da gaduh psl melayu
harap2 remyda rajin update benang ni aku malas nak p sebelah |
|
|
|
|
|
|
|
no wonder kerap dengar kat radio pagi2 selalu diorang update traffic ade accident kat rawang.. berita tu penting sebab klo ade accident situ memang jem jalan iol nak pegi keje pagi2
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kehilangan Acap perlu jadi pengajaran
Share
Tweet
Share
Minggu ini sudah masuk minggu ketiga kehilangan pelari Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan atau Acap. Pelbagai usaha pencarian dilaksanakan oleh pihak berkuasa dan sukarelawan yang berkampung di kaki Bukit Batu Putih, namun usaha gigih ini masih belum membuahkan hasilnya.
Bersamalah kita berdoa agar dia berjaya ditemui seterusnya dapat kembali bersama keluarga tercinta. Dewasa ini, acara larian lasak semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini didorong oleh penerapan budaya hidup sihat, kemeja-T dan medal kejohanan yang menarik serta trend semasa dalam kalangan masyarakat masa kini.
Sehubungan itu, tidak mustahil saban minggu pelbagai kejohanan larian dianjurkan di seluruh negara. Antara acara larian lasak yang popular di Malaysia ialah Borneo Ultra Trail Marathon, Deuter Trail Run dan Gopeng Ultra Trail.
Kejohanan Gopeng Ultra Trail (GUT19) sudah masuk edisi ketiga dan amat popular dalam kalangan penggiat rekreasi lasak di negara kita. Tambahan pula ia dianjurkan di Sungai Itek, Gopeng yang menjadi lokasi utama aktiviti whitewater rafting di Malaysia. Maka, tidak mustahil kejohanan ini berjaya menarik penyertaan lebih 500 peserta dari dalam dan luar negara.
Insiden kehilangan Mohammad Ashraf sewaktu menyertai GUT19 ini ternyata menyedarkan rakyat Malaysia, terutama golongan penggiat mengenai risiko yang wujud dalam aktiviti rekreasi lasak yang mencabar ini.
Melalui artikel ini, saya akan mengupas tujuh perkara yang dapat kita jadikan iktibar dalam insiden GUT19 ini. Aktiviti rekreasi lasak termasuk trail run adalah aktiviti berisiko tinggi. Aktiviti itu dilaksanakan di alam semula jadi, membabitkan aktiviti larian lasak, mendaki, dan meredah hutan dalam lingkungan yang luas (antara 10km hingga 100km).
Risiko aktiviti rekreasi lasak
Risiko adalah sebahagian elemen penting dalam aktiviti rekreasi lasak. Tanpa risiko, aktiviti rekreasi lasak hanyalah aktiviti santai tanpa sebarang cabaran. Program yang terlalu tinggi risikonya berbanding kemahiran peserta akan mengundang kemalangan; manakala program yang terlalu rendah risikonya berbanding kemahiran akan mengundang kebosanan.
Untuk menjamin kepuasan dan keselamatan peserta, risiko dalam sesuatu kejohanan rekreasi lasak haruslah terkawal dan bersesuaian dengan tahap kemahiran peserta. Kepentingan penilaian risiko tahap risiko sesebuah kejohanan rekreasi lasak boleh diukur dengan menggunakan Risk Assessment & Management System (RAMS) yang dibangunkan oleh Haddock pada 1993.
Sistem ini membolehkan penganjur mahupun peserta untuk menganalisis elemen penyebab kemalangan (manusia, alam sekitar dan peralatan) dan seterusnya merancang langkah pencegahan. Saya ingin mencadangkan agar semua penganjur dan peserta supaya mengambil inisiatif memahirkan diri dengan analisis RAMS ini demi meminimumkan risiko kemalangan dalam aktiviti rekreasi lasak.
Sekiranya berlaku kemalangan dalam penganjuran kejohanan, pihak penganjur pastinya dipertanggungjawabkan ke atas insiden berkenaan. Pastikan peserta sudah mengisi borang lepas tanggung (indemnity form), dilindungi dengan insurans khas aktiviti rekreasi lasak, serta arif mengenai tahap kesukaran kejohanan yang akan mereka sertai.
Pastikan peserta melaksanakan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Pada masa hadapan, pemeriksaan kesihatan secara rawak juga boleh dilaksanakan oleh pihak penganjur seperti diamalkan dalam penganjuran kejohanan rekreasi lasak di peringkat antarabangsa.
Kepentingan Teknologi Insiden GUT 2019 menyedarkan kita bahawa ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yang menyertai aktiviti larian rekreasi lasak. Kehadiran seramai 800 penyelamat di segenap inci Bukit Batu Putih dan Sungai Itek, Gopeng masih gagal untuk menemui mangsa.
Sehubungan itu, sudah tiba masanya untuk penganjuran kejohanan rekreasi lasak di Malaysia menggunakan sistem radio-frequency identification (RFID) dan penjejak GPS seperti Tech4Race bagi membolehkan penganjur menjejak lokasi peserta.
Penggunaan teknologi ini pastinya akan membabitkan kos, namun menjimatkan masa memproses keputusan serta memudahkan kerja menyelamat.
Insiden kehilangan peserta GUT19 ini memaparkan sisi murni dalam kalangan rakyat Malaysia. Di samping agensi kerajaan, pelbagai badan rekreasi lasak mahupun individu berusaha berkampung dan terbabit aktif dalam misi pencarian Mohammad Ashraf. Sukarelawan ini berkorban masa dan tenaga tanpa sebarang bayaran demi membantu misi pencarian.
Langkah pencegahan bersepadu
Walaupun misi rasmi ditangguhkan beberapa hari lalu, mereka masih gigih melaksanakan misi pencarian sama ada di darat mahupun di sungai. Inilah kemurnian nilai dalam kalangan rakyat Malaysia. Bersamalah kita mendoakan agar usaha murni pahlawan masyarakat ini membuahkan hasilnya.
Hakikatnya, insiden kehilangan Mohammad Ashraf dalam Kejohanan GUT19 seharusnya menjadi pengajaran kepada semua pihak termasuk diri saya sendiri. Insiden sebegini pernah dan mungkin berulang sekiranya langkah pencegahan yang bersepadu tidak dilaksanakan.
Di pihak kerajaan, kewujudan akta berkaitan rekreasi lasak bakal membolehkan langkah penguatkuasaan dilaksanakan secara sistematik dan berkesan. Pada pihak penganjur, pastikan semua aspek pengurusan risiko dirancang dan dilaksanakan dengan sempurna agar kemalangan dapat dielakkan, manakala pihak peserta perlu memastikan senantiasa cergas fizikal dan mental serta nilailah kemahiran berbanding cabaran yang bakal dihadapi.
Malang sememangnya tidak berbau, namun persediaan awal bakal membantu meminimumkan risiko kemalangan. Bersamalah kita berdoa agar Acap segera ditemui. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ha'ah so far belum terbaca lg sesiapa yg cerita pasal markas tentera Jpn ni.
I ada terbaca jgk yg highway lama tu mmg jd laluan bonnie utk merentas ke perkampungan mereka. Itu antara salah satu sebab kenapa jln tu ditutup dan dibuat lencongan yg baru. Kerna bnyak berlaku kemalangan yg tatau puncanya, aleh2 kenderaan dah terbabas sebab mcm terlanggar sesuatu tapi fizikal apo yg dilanggar tak nampak.
So sesiapa yg sukakan excitement & thrill, leh la try selusuri highway lama tu, mana tau leh jumpa perkampungan bonnie plok.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Acikgomen replied at 11-4-2019 11:31 AM
Dgn dia dia skali masuk sini camanoooo
Thread meols tetap official Dan highlighted hokeyyy.
|
|
|
|
|
|
|
|
Minta mod highlight kan tered ni baru cantikkk sikitttt... Tok singa ni kelakor siap berlive lagi.. Tapi usaha tu penting.tu yg harus dipuji. First time die dtg ritu mcm x ready dgn berselipor je hehe.. Good luck la atok walaupun sory la cakap kalau berlive bagai tu payah la nk jumpe |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hahaha nasib baik baca komen Acik dulu ..
kalau tak
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 11-4-2019 12:31 PM
hahaha nasib baik baca komen Acik dulu ..
kalau tak
I tengok pun takut nak tekan butang play hahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|