|
Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)
[Copy link]
|
|
Kisah Bapa dan Anak
Dulu-dulu masa aku sedang membesar, aku selalu menghabiskan sebulan musim panas aku melawat sanak saudara di Michigan. Aku dan sepupu-sepupu yang sebaya denganku pernah pergi menyertai kem musim panas dalam hutan di sebuah tempat di Michigan yang dinamakan Hiawatha. Ada satu kali tu, aku dan sepupuku menyertai kem selama seminggu, pesertanya pun tak ramai dalam 6 orang je termasuk kami dan 2 orang kaunselor (kalau kat Malaysia kita panggil kakak dan abang fasi la). Kami diberikan kabin sendiri dan kabin-kabin ni agak jauh dari satu sama lain. Lokasi tapak kem ni agak ceruk sikit ke dalam hutan dan jauh jugakla dari kawasan pengunjung hutan tu. Kabin aku dan sepupu aku sendiri pun kabin kedua paling jauh dari pusat kem.
Kebiasannya kalau kat USA ni kalau join kem macam ni, akan ada malam unggun api, pastu semua orang berkumpul sambil mendengar cerita seram. Kaunselor aku pun ceritalah, kat tempat ni ada satu tragedi pernah terjadi. Ada sepasang ayah dan anak lelaki datang memburu di sini tapi masa tu dah di luar musim memburu. Si ayah ternampak seekor rusa jantan yang sangat besar, dia pun tembaklah rusa tu. Bila rusa tu dah rebah, dia pun pergilah dapatkan rusa tu, dan rupanya dia tertembak anak lelaki dia sendiri. Mereka berdua ni dah jauh sangat dah dalam hutan ni, dan malangnya si anak lelaki tu kene tembak di leher dan memang dah takde harapan nak diselamatkan. Anaknya berada dalam kesakitan yang teramat sangat, nak ditinggalkan tak boleh jadi si ayah pun terpaksa menembak mati anaknya supaya anaknya dapat mati dengan cepat dan tidak menderita lagi. Renjer hutan yang menemui mereka mendapati, si ayah pun dah mati membunuh diri dengan menembak dirinya sendiri. Dia masukkan senapang ke dalam mulut, tarik picu, dan kepalanya berlubang dari lelangit sampai bersepai otaknya. Sebab tulah takde orang datang memburu kat hutan ni. Kaunselor tu kata dia bukan cerita main-main, tapi bagi dia tragedi ni sepatutnya disebarkan supaya orang tahu pasal kisah ni.
Aku tak pastilah samada cerita seram kaunselor tu ditambah pulak keadaan suram berada di tengah hutan lebat mempengaruhi aku sampai aku boleh ternampak benda yang bukan-bukan. Tapi esok paginye, aku dan sepupuku berjalan dari kabin kami nak ke ruang makan. Sebab kabin kami ni kan agak jauh, jadi kami kene keluar awal-awal pagi tu sebab taknak terlepas sarapan. Kami kene sampai di sana sebelum loceng makan dibunyikan. Semasa kami tengah berjalan tu, aku dan sepupuku ternampak 2 orang lelaki, yang sorang tu nampak lagi tua dari yang lagi sorg tu, wajah mereka seiras macam anak beranak, sedang berjalan keluar dari hutan menuju ke kabin kami. Tapi, mereka berdua membawa senapang pemburu. Aku dan sepupu aku terus berlari tak cukup tanah meninggalkan kabin kami tu.
Bila dah sampai kat dewan makan tu, depan dewan tu macam ada tanah lapang sikit, barulah kami berhenti berlari. Termengah-mengah kami dibuatnya. Tak lama lepas tu, kami ternampak pulak budak-budak lelaki lain yang ikut serta kem ni dengan kami, pun tengah berlari dari kawasan kabin menuju ke dewan makan ni. Kitorang pun tanyalah, kenapa korang berlari ni? Salah seorang budak lelaki tadi menuding jarinya dari arah mereka datang tadi, 'tadi ada sorang pemburu. Tiba-tiba je dia muncul. Lepas tu dia angkat senapang nak tembak kitorang'.
Mungkinkah itu sekadar prank atau khayalan? Kalau nak kata prank, mustahil sebab kami berlapan je ada kat tempat tu. Khayalan? Takkan kami semua berkhayal tentang orang yang sama?
|
|
|
|
|
|
|
|
Lamanya tak masuk bod mps ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 12-8-2021 03:45 PM
Kisah Bapa dan Anak
Dulu-dulu masa aku sedang membesar, aku selalu menghabiskan sebulan musim panas ...
Seram tgk kabin nya. Dah la jauh2 |
|
|
|
|
|
|
|
Hari2 bukak thread ni. Thanks a lot tt. @mrs_salvatore |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Malaysia ni pun byak kes salah tembak bila berburu kat hutan,agaknye MMG diorg npak kawan diorg tu haiwan tapi sebenarnya Kwan diorg SDR,MCM kes kat kabin ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 16-8-2021 08:59 AM
Legenda Ghostrider di Australia
Ada satu jalan yang terletak New South Wales, Australia yang bernama Lemon Tree Passage yang sangat terkenal dengan hantunya. Dikhabarkan bahawa sesiapa sahaja yang memandu dengan laju di jalan itu akan dikejar dengan hantu yang menaiki motosikal. Semasa aku berusia 21 tahun aku sangat obses nak tau samada kisah ini benar atau tidak, jadi aku dan kawan-kawan aku seringkali dengan sengajanya akan memecut di jalan ini, mane tau ada rezeki boleh jumpa mat rempit tu. Tapi tak pernah pun jumpa hantu tu jadi kami beranggapan itu cuma cerita yang direka sebab taknak orang memandu laju kat situ je.
Ada satu malam tu, kami berlima saje lepak tepi jalan tu, saja nak tengok kereta lalu-lalang. Secara tiba-tiba, muncullah satu kereta ni bukan main laju lagi memecut membelah jalan itu. Tapi apa yang kami nampak sedang mengejar kereta itu yang takkan aku lupakan untuk selama-lamanya…
Kami semua terhenti nafas secara serentak. Aku ingat lagi mata aku berair dan ada salah seorang kawan perempuan aku yang duduk di tempat duduk belakang aku menjerit ketakutan.
Penunggang motosikal yang sedang mengejar kereta itu bukan cuma bayang-bayang yang boleh tembus cahaya, tapi kami boleh nampak badannya dan badan motosikal itu. Ianya nampak tegap dan boleh disentuh, memang nampak macam manusia tengah naik motosikal, cuma…bahagian bawah tayar motosikal itu takde. Kitorang nampak penunggang motosikal itu tengah terapung, tapi kami boleh dengar bunyi ngauman ekzosnya. Bukan itu sahaja, penunggang motosikal itu tiba-tiba ghaib apabila ianya sampai di hadapan kami!
Aku bersumpah kami semua bukan tengah khayal atau mabuk malam tu, dan separuh daripada kami malam tu memang tak percaya dengan paranormal. Kami pun cepat-cepat memandu keluar dari tempat itu. Sepanjang perjalanan balik tu kami menangis tak ketahuan. Sampai sekarang kami tak pernah ungkit lagi pasal penampakan kami tu. Tapi kami semua mengaku kami nampak penunggang tu ghaib depan mata kami…..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 16-8-2021 01:17 PM
Pengalaman Abang Askar
Sebagai seorang askar USA, aku pernah berkhidmat di Afghanistan. Pada malam itu aku sedang bertugas di TOC atau pusat operasi taktikal. Jam menunjukkan pukul 0200. Aku dan rakan tentera lain kebosanan jadi kami pun menonton rakaman kamera kawalan jauh yang dipanggil RAID. Kamera ni macam CCTV la tapi lagi canggih. Secara tiba-tiba RAID tertancap dan beri amaran ada objek asing yang sedang terapung di dalam perimeter kami.
Objek yang berjaya dikesan oleh RAID itu lutsinar dan terapung pada ketinggian 20 kaki daripada tanah, dan ianya sedang bergerak pada arah yang bertentangan dengan angin masa tu. Kamera terus mengikuti pergerakan objek itu apabila kami menyedari yang objek itu sedang menuju ke pusat kami. Aku pun terus keluar, tapi di luar sana tu terlalu gelap tak nampak apa pun, jadi aku pun masuk balik. Masa tulah aku dapat panggilan radio.
Aku pun angkatlah panggilan tu, aku sangkakan ni mungkin panggilan daripada juruterbang yang nak balik ke pangkalan kami ni, sebaliknya apa yang aku dengar cuma bunyi statik je. Bunyi statik itu berterusan selama 20 saat, dan kemudian ianya bertukar menjadi bunyi panggilan sembahyang orang Islam.
Aku cam bunyi panggilan sembahyang orang Islam tu sebab kat sini, ianya akan dimainkan 5 kali dalam sehari dan tak pernah-pernah lagi aku dengar bunyinya pada jam 0200. Aku dan rakan tentera yang bersamaku pada malam itu sama-sama dengar bunyi itu. Kami dengan serentak menonton pada skrin itu dan menyedari, yang objek terapung itu kini betul-betul berada di atas pusat kami duduk tu!
Tapi, objek itu kemudiannya perlahan-lahan beredar pergi dan kembali ke arah kami mula-mula perasaan kemuncullannya. Serentak dengan itu juga, panggilan radio pelik tadi berhenti, dan kami perhatikan je objek itu di skrin akhirnya hilang di tengah-tengah padang pasir…
Itulah 10 minit paling pelik, menyeramkan, dan sukar untuk aku perjelaskan yang pernah terjadi dalam hidup aku. Untunglah aku tidak berseorangan ketika itu, kalau tak aku sendiri pun susah nak percaya betul ke apa yang aku alami sbnrnye….
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 16-8-2021 09:45 AM
Kisah Aku Seorang Penghantar Barang
Aku bekerja sebagai seorang penghantar barang. Pada awal karier aku, aku diberikan syif ketiga dan aku terpaksa melalui satu jalan yang merentasi sebuah taman negara. Minggu-minggu awal tu aku memang perasan setiap kali aku masuk taman negara tu bulu romaku akan merinding. Sehinggalah, ada satu hari tu aku terpaksa berhenti sekejap di sebuah stesen minyak sebelum memasuki taman negara tu sebab nak isi minyak. Aku dibekalkan kad minyak oleh syarikat aku jadi memang semasa isi minyak tu aku sekadar isi di pam je dan aku tak pernah meninggalkan van aku tu. Tapi, bila van aku lintas je sempadan taman negara tu, aku dapat merasakan aku tidak keseorangan dalam van tu…
Bila aku tengok kat cermin pandang belakang, aku tak nampak sesiapapun di belakang tu. Nak toleh belakang dah takut. Jadi aku cuma sekadar jeling-jeling je. Dari pandangan sipi-sipi aku tu, aku perasan yang tumpang aku tu wajahnye seperti seorang nenek tua yang kulit mukanya dah layut berambut putih kering.
Walaupun apapun makhluk tu, pada awal kemunculannya aku dapat rasakan ia bukan makhluk yang baik. Aku dapat rasakan yang ia tidak mengalu-alukan kedatangan aku di situ. Selepas beberapa minggu aku ‘ditemani’ nenek tua itu, akhirnya aku dah boleh terima kehadiran nenek tu. Itupun lepas aku beranikan diri untuk cakap kat nenek tu, aku masuk sini sebab nak buat keje aku je, aku takkan kotorkan hutan tempat nenek tu, nenek nak tumpang ni tumpanglah, tapi jangan kacau aku. Dan syukurlah sepanjang aku bertugas tu takde kejadian menakutkan berlaku pada aku.
Berbulan kemudiannya, aku ditugaskan di laluan lain pulak. Yang ganti laluan aku tu pulak memang kawan aku. Ada satu malam tu kami saja lepak sembang-sembang, tanpa disengajakan aku tertanya dia, ‘kau lalu tempat tu takde kene teman sesape ke?’. Muka kawan aku terus berubah serius, dia tahu apa yang aku cakapkan tu. Tapi, menurut kawan aku tu, yang temankan dia adalah seekor makhluk berkepala serigala, bukan wanita tua.
Aku bukan setakat ditemani nenek tua tu je, aku ada jugaklah beberapa benda pelik yang aku jumpa di jalan tu. Banyak kali aku jumpa cahaya pelik berterbangan. Ada satu malam tu aku jumpa kereta polis tersadai di tepi jalan tapi bagi aku, yang peliknya tempat tu memang hutan tebal dan takde tempat pun untuk orang berkhemah.
Pada yang bertanya, hutan yang aku lalu tu namanya Hutan Simpan Monogahela. Hutan ni menyimpan banyak sejarah Orang Asli Amerika. Mungkin makhluk itu adalah penjaga hutan itu.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tangisan di tepi tasik
Beberapa tahun lalu aku, suamiku dan keluarga suamiku pergi berkhemah di tepi sebuah tasik bernama Tasik Blue Water di negeri kami iaitu New Mexico. Tasik ni takdela cantik sangat pun, tapi tasik ni merupakan habitat kuda liar dan sangat terkenal di kalangan pemancing. Tapi selepas peristiwa ni memang taubat lahum la aku nak datang sini lagi.
Kebetulan, tak jauh dari tapak kami berkhemah tepi tasik ni, ada sekumpulan pengunjung lain seramai 6 orang. Kumpulan aku pulak dah 10 orang, jadi tempat kami tu agak meriahla sikit. Malam tu, macam biasa, kami semua melakukan aktiviti biasa di tapak khemah masing-masing, bukak unggun api, bakar s’mores, minum-minum sambil sembang-sembang, apabila tiba-tiba kami SEMUA terdengar benda yang sama, suara budak perempuan menjerit meminta tolong.
Kumpulan lagi satu menjerit pada kami, ‘korang ada bawak budak perempuan ke?’. Kami pun jawablah takde, semua orang dewasa je. Samelah kumpulan tu pun tak bawak budak-budak. Tapi kami berdua masih berfikiran positif ada budak perempuan tersesat kat tempat terceruk ni. Kami pun beramai-ramailah cuba mencari budak perempuan tu malam-malam buta tu.
Tapi apa yang kami temui bukanlah seorang budak perempuan, dan aku rasa ianya bukan manusia pun. Betul-betul di belakang tapak kami berkhemah tu, aku rasa jaraknya dalam 100 kaki dari kami u ada padang ragut, disitulah kami ternampak seseorang berpakaian serba putih dan suara budak perempuan itu datangnya dari orang itu. Aku rasa ianya berketinggian dalam 6 kaki, tinggi, kurus dan serba putih.
Semua orang terdiam, tapi sebab kami ramai, kami pun memberanikan diri mendekati ia. Tapi makin kami dekat, makin ia berundurke belakang sehingga akhirnya ia masuk ke dalam hutan dan akhirnya ia ghaib begitu sahaja.
Setiap orang yang ada di situ malam tu memang nyata kelihatan sangat terganggu dengan penampakan itu. Malam itu kami masuk tidur awal, tapi kami masih lagi mendengar bunyi jeritan budak perempuan meminta tolong. Sampai sekarang bulu roma aku menegak bila teringat balik peristiwa tu…. Sebagai anak jati New Mexico dari kecil aku ditakut-takutkan dengan legenda La Llorona, sekarang aku betul-betul jumpa La Llorona.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
hai korg sorry kalau entry i kali ni pendek2. tapi i akan cuba perbanyakkan cerita ye. tq sbb sudi baca thread i |
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 16-8-2021 01:03 PM
hai korg sorry kalau entry i kali ni pendek2. tapi i akan cuba perbanyakkan cerita ye. tq sbb sudi ...
Pendek pn xpe janji kareh (keras) |
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 15-8-2021 06:19 PM
Pengalaman Abang Askar
Sebagai seorang askar USA, aku pernah berkhidmat di Afghanistan. Pada malam ...
jd kabus putih tu apa...knpa ada azan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lady_bonia at 17-8-2021 10:13 PM
mrs_salvatore replied at 16-8-2021 01:03 PM
hai korg sorry kalau entry i kali ni pendek2. tapi i akan cuba perbanyakkan cerita ye. tq sbb sudi ...
Tak kisah tt..
Pendek ke panjang ke
Seronok je baca
Tq tt, rajin ko translate |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat la translation TT. Kaka rasa seolah-olah seseorang bercerita secara live depan kaka. Good job. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam Dalam Filem
Aku pernah mengalami satu peristiwa yang sebijik macam dalam babak cerita seram yang aku selalu tonton.
Beberapa tahun yang lalu, aku memandu seorang diri di lewat waktu malam. Malam yang terlalu lewat, sepatutnya dah masuk awal pagi. Aku berada di sebuah kawasan luar bandar New England, berhampiran sempadan Vermont dan Massachusetts. Malam itu kabusnya sangat tebal. Dan macam si bodoh yang mati awal dalam filem seram, malam itu aku memilih untuk memandu di sebuah jalan dalam. Mula-mula, lampu kereta aku mulalah berkelap-kelip. Nak pakai lampu tinggi tak boleh sebab kabus yang tebal tu. Masa tu aku pun tak pasti aku kat mana, tapi yang aku pasti aku dah tak jumpa rumah atau pekan lagi. Kemudian, kereta aku berbunyi-bunyi pulak, lampu penunjuk enjin di dashboard ku udah menyala. Nak tak nak, aku terpaksa memberhentikan keretaku di tepi jalan tu. Di kiri kanan ku hanyalah padang rumput luas terbentang yang diselimuti kabus dan kegelapan. Kalau tengok dalam filem pun dah boleh rasa seram, korang bayangkan sendirilah aku punya seram sejuk masa tu. Aku pun bukak bonet enjin depan, malangnya aku ni cuma juruteknik, aku manalah reti nak betulkan enjin kereta. Tapi aku usahalah jugak ketatkan nat dan skru enjin kereta aku tu. Aku masuk balik kereta dan cuba hidupkan enjin keretaku. Tak hidup. Kini, aku berseorangan dalam gelap, di tengah jalan yang takde orang. Kebetulan sangat la kan, telefon bimbitku pula hilang isyarat. Semua ni bagaikan satu klise dalam filem seram. Selalunya masa babak ni, watak aku ni mesti dah keluar dari kereta berjalan seorang diri cuba mencari pertolongan, lepas tu terserempak dengan watak pembunuh bersiri. Jadi aku pun ambil keputusan, ah baik aku duduk dalam kereta je. Aku sandarkan kerusiku, tak sampai beberapa minit kemudian aku pun terlelap…..
Aku terbangun dari tidurku, matahari dah pun meninggi, kabus pun dah takde….. tapi yang paling mengejutkan aku, aku kini berada di sebuah jalan utama di sebuah bandar kecil. Di kiri kanan jalan ini berderet rumah agam jenis lama. Eh kat mana pulak aku ni? Aku yakin sangat malam tadi aku tertidur di tepi jalan kosong, kalau tak mesti malam tadi aku perasan ada lampu-lampu luar rumah terpasang.
Mujurlah, 50 ela dari kereta aku ni ada sebuah bengkel kereta. Aku pun berjalan ke bengkel itu, dan berjumpa dengan mekanik di bengkel itu dan menceritakan masalah kereta aku. Kami pun berjalan bersama ke kereta aku , tapi mula-mula mekanik tu mintak aku cuba pusing kunci kereta aku. Eh, tiba-tiba kereta aku boleh hidup la pulak. Termasuklah lampu kereta aku, kedua-dua lampu kereta aku boleh terpasang dengan terangnya.
Aku ucapkan terima kasih pada mekanik itu, dan teruskan pemanduan aku. Aku tak sempat pun nak cari nama bandar tu. Tapi lepas tu aku cuba jugak nak cari bandar tu atas peta, tapi tak jumpa. Entahlah, jauh di lubuk hati aku aku merasakan macam aku tengah berlakon dalam cerita seram tapi tak berjaya sebab watak aku bijak sangat.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 12-12-2020 10:54 AM
Nampaknya aku dah kehabisan cerita dan pengalaman untuk dikongsi bersama kalian semua. Tapi takpe, ...
Dilepaskan sebab bukan pilihan yang tepat. Adakah kanak2 yang diculik ni dijadikan persembahan atau makanan. Membayangkannya pun dah cukup menakutkan. |
|
|
|
|
|
|
|
sranua replied at 13-12-2020 11:14 AM
Tq TT sangat2 mendabarkan dan menakutkan jugak tambah aku skrg tgh giler hiking dgn anak2. ..tapi ca ...
Kaka teringat masa sekolah dulu kalau cikgu bawak camping pengakap mesti ada selit pesanan duk dalam hutan jangan nak memandai-mandai cabut anak pokok ker berak kencing sana-sini ker. Nampak kawasan hutan yang bersih tak dak daun2 kering di tanah sedangkan kiri kanan ada pokok besar hindarkan jangan kacau. Nampak ikan kumpulan besar2 dan jinak berenang jangan sesekali turun sungai tangkap. Ada penjaga katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 16-8-2021 10:25 AM
Tangisan di tepi tasik
Beberapa tahun lalu aku, suamiku dan keluarga suamiku pergi berkhemah di tep ...
Gigih aku google nak tgk mcm mana rupa La Llorona tu |
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 16-8-2021 01:03 PM
hai korg sorry kalau entry i kali ni pendek2. tapi i akan cuba perbanyakkan cerita ye. tq sbb sudi ...
Janji ada bahan bacaan.. Terima kasih tt |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 17-8-2021 09:34 AM
Rainbow People di Colorado
Di Colorado ni ada satu kisah misteri yang tak ramai orang luar tau, iaitu Rainbow People. Tapi, Rainbow People ni tak sama ye dengan Rainbow Family ni. Rainbow People ni selalu dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa pelik yang terjadi di pergunungan Colorado.
Rainbow People ni asalnya adalah golongan hippy yang berpindah ke kawasan ni pada era kegemilangan hippies iaitu dari 1970-80an dulu. Mereka ni menjalani hidup serba ringkas ala-ala kultus di dalam hutan dan lepas tu tak pernah-pernah keluar dari hutan tu lagi. Ada yang mengatakan selepas bertahun-tahun hippies ni terasing daripada orang dan menjalani gaya hidup hippy yang penuh khayalan tu, mereka ni dah tak nampak macam orang normal dah. Kalau tanya polis di kawasan pergunungan Nederlands sampai ke Ward, mereka mengaku pernah terserempak sekumpulan kecil manusia di tengah hutan yang perawakan mereka iras-iras Rainbow People ni, dan polis seringkali memberi amaran agar tidak mendekati mereka kerana mereka ni merbahaya. Dikhabarkan yang Rainbow People ni suka berkeliaran di kabin-kabin terpencil untuk mencari makanan dan bekalan lain, terutamanya dadah dan ganja.
Salah seorang kawan rapat aku ni pernah ada insiden dengan Rainbow People ni. Waktu itu, dia tengah bermalam di kabin milik ayah dia di Pergunungan Nederland, kabin tu memang terpencil sangat, takde utiliti kat kabin tu termasuklah, elektrik, air, sistem kumbahan dan sistem pemanas. Dia tengah tidur di sebuah bilik dan katilnya betul-betul di sebelah tingkap kaca jenis gelungsur tu. Tingkap tu pulak menghadap kawasan hutan yang tebal. Tiba-tiba, dia dikejutkan oleh bunyi ketukan di tingkap. Tap, tap, tap. Dalam mamai-mamai tu, dia tengok jam dah tengah malam. Dia beranggapan ah ni bunyi angin je ni, jadi dia pun sambunglah tidur lagi.
Sejam kemudian, dia dikejutkan semula oleh bunyi ketukan di tingkap tadi. Kali ni baru dia tersedar. Sebagai anak jati Colorado dia faham sangat keadaan hutan dan gunung. Malam ni takde angin, pokok-pokok pun tak digerakkan oleh angin, habis tu yang ketuk tingkap tu ape? Dia pun bingkas bangun dan mencapai pistol yang disimpan di meja tepi, pastu terus melihat ke luar tingkap. Tak sampai 5 kaki di luar tingkap tu, ada seorang lelaki yang sangat kurus dan kotor, pakaiannya compang-camping dan matanya merah seperti menahan ngantuk sedang merenung kawan aku tu. Tapi bila kawan aku acukan pistol pada lelaki itu, lelaki itu jadi ketakutkan dan terus berlari masuk ke dalam hutan. Rupa-rupanya, Rainbow People tu sanggup berdiri di luar tingkap tu sampai sejam lamanya tengok kawan aku tu tidur.
Semasa aku masih belajar di sekolah menengah, kami ada satu port tempat budak-budak sekolah berparti dalam hutan. Dalam hutan la senang nak berparti sebab tak kacau orang lain. Selalunya parti kami ni takdelah besar mana, adalah dalam 20 ke 30 orang yang menyertainya. Tapi, beberapa kali lah jugak kami perasan dalam kumpulan kami tu mesti ada 2-3 orang yang kami tak kenal turut berparti bersama kami. Entah dari mana diorang ni muncul, sembang-sembang sekejap dengan kitorang, hisap ganja lepas tu hilang entah ke mana. Walaupun kami semua pun sama ting-tong malam tu, kami tetap rasa pelik sebab komuniti kami ni saling mengenali antara satu sama lain. Ada sekali tu, kawan aku cerita, salah seorang dari tetamu tidak diundang tu hadiahkan dia seutas rantai yang diperbuat daripada rahang serigala (katanyalah). Rantai tu sebagai perlindungan kepada kawan aku tu dari dikejar anasir jahat dari hutan. Esoknya, kawan aku pun cubalah cari siapa orang tu, tapi tiada siapa pun kenal siapa dia.
Rainbow People kekal menjadi misteri yang tidak dapat disentuh oleh sesiapa sehingga kini….
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|