|
kalaiu akliza buat kek buah [kukus] kakliza hanya kukus dalam 2 jam jer..
alhamdulillah menjadi..
tapi kakliza suka betui ngan kek buah keju Bebop tu..
buat senang dan sedap..
nyummmyyyy.... |
|
|
|
|
|
|
|
KEK KUKUS BUAH-BUAHAN BASAH
Sumbangan: Makcik Diana
Bahan-bahannya
600 gram tepung gandum
300 gram gula halus
5 biji telur - GRADE A - besar (kalau GRADE B - 8 biji)
2 1/2 buku (625 gram) mentega Golden Churn/ SCS
1 kotak (500 gram) buah-buahan campuran
2 sudu teh bicarbonate of soda
1 1/2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)
2 cawan gula, untuk dibuat gula hanguskertas kuih
aluminium foil
Cara-caranya
1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masukkan 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan spatula dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.
7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
8. Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu.
Salam.... nk tny sikit....
Nk buat gula hangus ni, x perlu tambah air ke?if perlu brp byk?
Tlg jelaskan sifu2..... |
|
|
|
|
|
|
|
642# nisyam
aku selalu fail tang neh
tolong tolong!! |
|
|
|
|
|
|
|
Help.......tolong.....tak der orang nak jawabkan ker??? nanti ari ahadni nak buat lagi kang tak jadi lagi kenapa kek aku pahit...
cmf_starzzz Post at 28-8-2009 10:01
sorry, skrg baru perasan ur comment.
em, rasanya, pahit tu disebabkan lebihan soda bikarbonat kot.
biasanya kalau jemput2 pisang yang ada terasa pahit, it's because of bicarbonate of soda.. wallahu a3lam.
anyway, thanks for trying
|
|
|
|
|
|
|
|
642# nisyam
wani rasa, this recipe is similar to this one http://sweetlillykitchen.blogspo ... ek-buah-lembab.html
yang dlm blog kak lily ni, dah dibahagi dua dari recipe yang nisyam paste kan tu..
n kt blog tu ada instructions cara2 nk sediakan gula hangus..
selamat mencuba
Sumber: Diana
Bahan-bahan:
250gm butter
300gm tepung gandum
200gm mixfruits
1 cawan gula halus
3 biji telur
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat x letak
Untuk Gula Hangus
1 cawan gula
suku cawan air
Cara membuatnya:
- Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu.
- Tepung gandum 300 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan.
- Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
- Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
- Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati.
- Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
- Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti.
- Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering.
- Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
- Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur.
- Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
- Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masukkan 1 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih.
- Masukkan sedikit demi sedikit air dan kacau gula sehingga ia larut.
- Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan spatula dengan cepat sehingga adunan sebati.
- Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.
- Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
- Alaskan kertas minyak didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu
|
|
|
|
|
|
|
|
yulley ader try buat kek buah tapi yg bakar punyer..
tapi prob nyer mixfruit 2 duk kat bawah jer..
kalau ikut resepi tuuu..kita kena masukkan mixfruit kedalam butter yg tlh dicairkan
selama semalaman...
tapi yulley ad tgk kt tv chef kt campurkn ajer mixfruit 2 ngan tepung
nanti dia xkan mendap kat bawah....iyer ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ingat yulley nak cuba resepi kat cni lak..
utk rayer nih |
|
|
|
|
|
|
|
nanti leh tnya chef2 kat cni |
|
|
|
|
|
|
|
sorry, skrg baru perasan ur comment.
em, rasanya, pahit tu disebabkan lebihan soda bikarbonat kot.
biasanya kalau jemput2 pisang yang ada terasa pahit, it's because of bicarbonate of soda.. wall ...
syazwaniadnan Post at 15-9-2009 11:11
tak pun masa buat gula hangus tu terlebih hangus.. kek memang akan rasa pahit. |
|
|
|
|
|
|
|
salams... princess ni baru kat sini..
nak tanya, semlm princess buat kek kukus (tp bukan kek buah ler).. soalannyer, naper kek tu mendap turun bawah erk..?? kalau dah ada soalan tu kat depan2 sorry lah yer.. sedey sgt tgk kek tu turun.. huarghh..!!! :geram: |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Warga cari,
Zura nak tanya berapa nak letak harga untuk KEK KUKUS BUAH-BUAHAN LEMBAB
Sumbangan: Makcik Diana, Selama ni buat untuk sendiri & family. Tahun ni ada pula minta buatkan..jadi nak tanya warga cari berapa nak letak harga untuk kek ni. Harap ada yang dapat membantu Zura.. |
|
|
|
|
|
|
|
653# azura
smlm jual kat kwn rm35 utk 4 x 4...berat hamir sekilo |
|
|
|
|
|
|
|
654# choclatemousse
Thanks.. Nanti zura timbang berapa berat tu .... |
|
|
|
|
|
|
|
siapa tahu resepi kat sini yang mana satu kek buah dia padat cam silverbird tu? dah cuba resepi kek kukus kak liza yg gambar dia ada badam kat atas(ni senang n sedap, dah 3 kali buat), resepi bebop (pun sedap) tapi kali ni hubby nak yang padat bukan gebus.. TQ |
|
|
|
|
|
|
|
bahan apa boleh diganti dgn gula hangus? |
|
|
|
|
|
|
|
657# Kacip_Fatimah
Browning aka Gula Hitam - menda ni bnyk jual kat sarawak |
|
|
|
|
|
|
|
Salam kwn2.
slm nisyam try buat kek buah kukus (basah) resipi kak diana. Alhmdllh mmg jdk. x sangka plk menjadi. sblm nisyam pernah buat guna resipi lain. jenis bakar. die kering sikit. Tp yg ni, nisyam bahagikan kpd 2. 1 kukus selama 3 1/2 jam. Lagi 1 bakar. Adunan bakar tu sikit je. so, dlm 45m dh siap (180 degree). Kek yg bakar ni pun moist gak. Yg kukus tu mmg nmpk lg moist tp penatlh nk kukus 4 jam kn. So, kpd sape yg nk try resipi nk version bakar mmg boleh sgtlah dicuba.
Tp nisyam rasa mcm manis tu lebih sikit. mgkn blh kurangkn in future. Anyway lain org lain taste kan...Tx a lot Kak Diana... |
|
|
|
|
|
|
|
657# Kacip_Fatimah
Browning aka Gula Hitam - menda ni bnyk jual kat sarawak
sweetlilly01 Post at 18-9-2009 11:10
yang mcm molases tu kan?
err..kalau tak buh takpa ka?
kita ganti dgn cecair lain..
ekceli gula hangus tu utk coloring sj kan..selain nk bagi manis sket..
btoi ka teoriku ini..hehehe? |
|
|
|
|
|
|
| |
|