CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat Melayu Zaman Silam

[Copy link]
 Author| Post time 26-9-2016 01:07 PM | Show all posts
Edited by HangPC2 at 20-11-2016 07:38 PM

INFOGRAFIK : GARISMASA PAKAIAN MELAYU (LELAKI MARHAEN)


Era Srivijaya, Era Kesultanan Melaka, Era Kesultanan Johor, Era Malaya & Era Moden (Malaysia)







Sumber :

1. Pakaian Melayu Sepanjang Zaman (Abbas Alias / Norwani Md. Nawawi)
2. Pakaian Cara Melayu (Siti Zainon Ismail)
3. Hikayat Hang Tuah
4. Sulalatus Salatin ''Sejarah Melayu'' (Tun Sri Lanang)

Illustrasi : Dani Warguide




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2016 01:52 AM | Show all posts
Edited by HangPC2 at 20-11-2016 07:41 PM

INFOGRAFIK : GARISMASA PAKAIAN MELAYU (WANITA MARHAEN)


Era Srivijaya, Era Kesultanan Melaka, Era Kesultanan Johor, Era Malaya & Era Moden (Malaysia)







Sumber :

1. Pakaian Melayu Sepanjang Zaman (Abbas Alias / Norwani Md. Nawawi)
2. Pakaian Cara Melayu (Siti Zainon Ismail)
3. Hikayat Hang Tuah
4. Sulalatus Salatin ''Sejarah Melayu'' (Tun Sri Lanang)

Illustrasi : Dani Warguide



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2016 01:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2016 02:54 PM | Show all posts
Busana Wanita Kelantan (Abad Ke 7 - Abad Ke 21)






Abad Ke 7 - Abad Ke 13






Abad Ke 13 - Abad ke 15










Abad ke 14 - Abad Ke 18














Abad Ke 19 - Abad ke 21








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2016 07:53 PM | Show all posts
INFOGRAFIK : GARISMASA PAKAIAN MELAYU (LELAKI MARHAEN)


Era Srivijaya, Era Kesultanan Melaka






Sumber :

1. Pakaian Melayu Sepanjang Zaman (Abbas Alias / Norwani Md. Nawawi)
2. Pakaian Cara Melayu (Siti Zainon Ismail)
3. Hikayat Hang Tuah
4. Sulalatus Salatin ''Sejarah Melayu'' (Tun Sri Lanang)


Illustrasi : Jefri Din (Jet Aeroplane)



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2016 08:01 PM | Show all posts
INFOGRAFIK : GARISMASA PAKAIAN MELAYU (WANITA MARHAEN)


Era Srivijaya, Era Kesultanan Melaka






Sumber :

1. Pakaian Melayu Sepanjang Zaman (Abbas Alias / Norwani Md. Nawawi)
2. Pakaian Cara Melayu (Siti Zainon Ismail)
3. Hikayat Hang Tuah
4. Sulalatus Salatin ''Sejarah Melayu'' (Tun Sri Lanang)


Illustrasi : Jefri Din (Jet Aeroplane)



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-11-2016 03:37 PM | Show all posts
Hang Tuah At Kingdom Of  Vijayanagara (Bijaya Nagaram)



Vittala Temple Complex at Hampi Karnataka, India







Hang Tuah’s own moral awakening comes after he is sent abroad to serve as the emissary of Melaka to India, Turkey, China and even as far as the Byzantine empire. But long before he becomes a globe-trotting man of the world, Hang Tuah’s first visit takes him to India, to visit the kingdom of the ‘Kelings’ (Kalinga) in South India.

The Hikayat Hang Tuah is rich with details about the wonders and riches of the Keling kingdom under the rule of Raja Kisna Rayan. Tuah notes, for instance, that the land of the Kelings is so rich that a single Keling merchant seems to possess more wealth then ten Malay kings. Tuah and his retinue are amazed by the commerce and welfare of the people of Bijaya Nagaram, and the effortless manner with which its King welcomes them into the fold of the court and the royal family.

In the course of their exchanges the Hindu ruler Kisna Rayan and his courtiers express their amazement for Tuah’s ability to converse in the Keling tongue, to which Tuah himself offers an interesting explanation that betrays his own open-minded ecumenicalism :

‘Mendengar sembah Laksamana dengan bahasa Nagaram itu, maka Kisna Rayan dan Bendahara Mangkubumi dan segala raja-raja dan menteri-menteri yang mengadap itu pun hairan terchengang-chengang, kerana melihat Laksamana tahu bahasa Nagaram itu. Maka Kisna Rayan juga gemar melihat laku Laksamana berkata-kata itu dengan bahasa Keling yang faseh lidah-nya dan manis muka-nya, dan dengan merdu suara-nya ; patut ia berkata-kata itu.

Maka titah Kisna Rayan : “ Hai Laksamana, Kau ini Peranakan apa? ”
Maka sembah Laksamana, “ Ya tuanku shah alam, patek ini peranakan Melayu, tapi patek dari kechil-kechil ke-Majapahit, maka patek berlajar mangaji bahasa Keling dari pada sa-orang Lebai; maka oleh itu patek mengerti sedikit bahasa Keling itu. ”








Sources :


# Hikayat Hang Tuah




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2017 08:00 PM | Show all posts
MASJID SEBAGAI KEM OPERASI KUMPULAN KONGSI GELAP MELAYU PULAU PINANG






Rusuhan Pulau Pinang tahun 1867 menyaksikan pergaduhan besar dua jemaah Melayu yang disokong oleh Kongsi gelap Cina iaitu Pakatan Bendera Merah-Toh Peh Kong dan Pakatan Bendera Putih-Ghee Hin.

Selain menjadi tempat beribadat, masjid juga menjadi tempat pertemuan dan 'kem' untuk mengatur strategi perang antara kedua-dua jemaah ini. Masjid Melayu Lebuh Acheh adalah pusat berkumpul bagi Bendera Merah memandangkan ramai ahli dari kumpulan mereka tinggal di kawasan kejiranan berdekatan manakala Bendera Putih pula menjadikan Masjid Pintal Tali ( Rope Walk) sebagai kem mereka.

Sheikh Omar Basheer ( bapa Sheikh Zakaria,Mufti Pulau Pinang yang pertama) antara tokoh besar yang dihormati oleh pelbagai bangsa di Pulau Pinang telah mengeluarkan fatwa yang mengharamkan penglibatan Muslim dalam Kongsi Gelap Cina dengan beberapa alasan. Ringkasnya, mereka yang terlibat tidak akan dilayan sebagai seorang Muslim dalam hal ehwal sosial seperti tidak ditalqinkan, kenduri mereka akan diboikot oleh Muslim lain dan tidak dibenarkan menjadi ahli kariah masjid selagimana belum bertaubat.

Tembakan meriam telah terkena pada bangunan Masjid Melayu Lebuh Acheh (saya tak ingat sama ada terkena menara atau struktur bangunan masjid yang lain) oleh geng Bendera Putih.Difahamkan yang kesan tembakan ini masih wujud sehingga sekarang.

Perbalahan mereka berlarutan beberapa tahun kemudian sehingga membabitkan pergaduhan di majlis pengebumian , sehingga ada yang terbunuh. Pergaduhan pasca rusuhan besar juga membabitkan sentimen memboikot masjid pihak yang tidak sehaluan. Hal ini bukan sahaja berlaku di sebelah Pulau tetapi merebak sehingga ke Seberang Perai, contoh yang paling terkenal adalah Masjid Batu dan Masjid Papan yang jarak antara keduanya hanyalah lebih kurang 150 meter.Boikot ini terhenti setelah pengaruh Bendera Merah dan Bendera Putih semakin melemah dan ianya hidup kembali berpuluh-puluh tahun kemudian, disebabkan perbezaan politik kepartian maka ia menjadi Masjid UMNO vs Masjid PAS ( ini sumber dari rakan- rakan sekolah yang berasal dari situ, sekarang mungkin dah berubah).

Tak lama kemudian, tahun 1920-an dan ke atas, perbalahan Bendera Merah dan Bendera Putih menjadi lebih menarik dengan berselindung di sebalik penubuhan kelab bolasepak dan kumpulan boria. Sekali lagi, tokoh agama diperlukan untuk menjadi penyelesai masalah dengan pengeluaran ' Surat Kuning' yang ditampal di masjid-masjid dan disebarkan kepada awam bagi memberi panduan dan suluhan Islam dalam isu boria.

Kemunculan orang Melayu dalam pendidikan sekular, Kaum Muda,penubuhan beberapa persatuan , dan banyak lagi faktor lain telah memberi jalan kepada pertumbuhan kesedaran dalam bidang politik, ekonomi dan sosial orang Melayu dan secara tidak langsung melemahkan pengaruh Bendera Merah dan Bendera Putih.

Sekarang ini , ada tak kumpulan yang mewarisi dua jemaah Melayu ini ?



Sumber :-

# Kongsi Gelap Melayu Di Negeri-Negeri Utara Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu 1821-1940-an (Dr. Mahani Musa)

Ilustrasi : Tan Choon Ghee



- Naim alMashoori -



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2017 05:27 PM | Show all posts
HUBUNGAN MELAYU CHAMPA DAN DUNIA MELAYU NUSANTARA






Kedaulatan kerajaan Champa yang diganggu akibat asakan agresif dari kerajaan Vietnam di utara,menyebabkan Champa semakin diasak jauh ke selatan hinggalah Champa jatuh secara keseluruhannya di tangan Maharaja Minh Menh pada tahun 1832.

Selepas tahun tersebut,ramai etnik Cham terpaksa meninggalkan tanah tumpah darah mereka,berhijrah ke wilayah lain dan menetap di sana.Namun ada juga berlaku kebangkitan dan penentangan bersenjata yang dilakukan oleh sesetengah orang Cham untuk menentang kekejaman dinasti Nguyen dan mengembalikan semula kedaulatan Champa.

Pada masa itu,majoriti orang Cham sudahpun beragama Islam namun terdapat juga sebahagian di kalangan mereka yang masih kekal beragama Hindu-Buddha dan ada juga sesetengah kelompok di kalangan mereka mencampuradukkan kepercayaan Hindu-Buddha dengan Islam dalam norma kehidupan mereka.

Pada masa itu juga,Champa mula menjalinkan hubungan yang lebih erat dan intim dengan saudara serumpun mereka yang tinggal di kepulauan Melayu dan sudah lama menerima Islam sebagai cara hidup mereka.Persamaan budaya dan bahasa yang ketara ditambah lagi dengan semangat persaudaraan sesama Islam telah menjadikan Champa sebahagian daripada tamadun Melayu-Islam yang sedang berakar umbi di Kepulauan Melayu pada masa itu.


Kita Bersaudara


Kita tahu bahawasannya orang Cham ini satu ketika dahulu pernah membina sebuah kerajaan yang hebat bernama Champa,yang terletak di pantai timur Indo China.Kerajaan hebat ini bertahan selama lebih 1700 tahun lamanya dan meninggalkan sejumlah prasasti,catatan bertulis dan tinggalan senibina yang indah seperti candi-candi My Son,Po Sa Nu dan Po Klaung Garai.Champa juga dikenal pasti sebagai antara kerajaan yang paling awal menerima cahaya Islam di Asia Tenggara iatu sekitar abad ke 10.

Sementara itu pula,saudara serumpun mereka di selatan pula,iatu Melayu telah beribu-ribu tahun lamanya membina ketamadunan di sekitar Asia Tenggara dan Kepulauan Melayu.Banyak kerajaan dan empayar yang ditubuhkan di sekitar Kepulauan Melayu oleh orang Melayu dan antara kerajaan yang paling gah sekali ialah Srivijaya,Melaka dan Brunei.Ini menjadikan raja-raja Melayu pada masa itu adalah kelas pemerintah (ruling class) di Asia Tenggara.Selepas kemasukan orang Melayu ke dalam agama Islam,nilai-nilai dan unsur Islam diterapkan dengan sangat kukuh ke dalam norma kehidupan orang Melayu sehingga Tamadun Melayu akhirnya menjadi sangat sinonim dengan Islam.

Etnik Cham dan Melayu sememangnya serumpun dan mempunyai persamaan bahasa dan budaya yang ketara.Rekod prasasti tertua orang Cham iatu Prasasti Dong Yen Chau pada abad keempat Masihi mempunyai jumlah kosakata Bahasa Melayu purba yang banyak,membuktikan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa purba di Indo China.

Dalam ilmu linguistik,etnik Cham adalah termasuk dalam rumpun Malayo-Polinesia,sama seperti orang Melayu.Bahasa Cham mempunyai sedikit persamaan dan mempunyai kaitan rapat dengan bahasa Acheh.Sejarah telah membuktikan kebenaran persamaan ini kerana dalam sejarah,pengasas Kesultanan Acheh adalah seorang anak raja Champa.Dalam Sulalatus Salatin,diceritakan Syah Pau Ling,putera kepada Raja Pau Kubah telah pergi ke Acheh dan mengasaskan keturunan raja-raja di sana.Dipercayai Syah Pau Ling inilah yang merujuk pada Ali Mughayat Syah,yang dikatakan sebagai pengasas dinasti diraja Kesultanan Acheh.

Sementara Syah Pau Ling pergi ke Acheh,kekandanya pula pergi berlindung di Melaka yang terletak di Semenanjung.Syah Indera Berma,keluarganya serta pengikutnya diberi kebenaran oleh Sultan Mansur Shah,pemerintah Kesultanan Melaka pada masa itu,untuk menetap di Melaka.

Menurut Sulalatus Salatin lagi,keturunan Syah Indera Berma dan keluarganya telah memeluk Islam dan mereka inilah yang menjadi asal usul keturunan orang Cham di Melaka.Pakar sejarah sepakat bersetuju bahawa peristiwa ini berlaku selepas kejatuhan kota Vijaya ke tangan Vietnam pada tahun 1471,di mana perkataan “orang Kuci” yang membumihanguskan ibu kota Champa seperti yang diceritakan dalam Sulalatus Salatin itu merujuk kepada orang Vietnam.

Sulalatus Salatin membuktikan bahawa Melaka adalah antara destinasi diaspora orang Cham selepas kejatuhan kota Vijaya pada tahun 1471.Pilihan menjadikan Melaka sebagai tempat berlindung orang Cham adalah atas dasar serumpun dan persamaan bahasa dan budaya.Semangat keserumpunan Melayu-Cham ini menjadi bertambah erat selepas majoriti orang Cham memeluk Islam beberapa abad selepas itu dan semangat ini dikukuhkan lagi atas dasar saudara sesama Islam.Peristiwa tersebut berjaya membuktikan bahawa sememangnya orang Melayu dan Cham adalah bersaudara dan berasal dari rumpun yang sama.


Campur Tangan Melayu dan Cham dalam Politik Istana Kampuchea (Kemboja)

Asakan agresif Vietnam juga menyebabkan ramai orang Cham berhijrah ke Kampuchea sekitar abad ke 16 hingga 18.Kedatangan pelarian dari Champa itu disambut dengan baik sekali oleh kerajaan Kampuchea,yang juga antara kawan baik kepada Champa.Apabila berlakunya perang saudara antara tentera dinasti Nguyen dan pemberontak Tay Son bersaudara di Pandurangga pada tahun 1771,raja Po Crei Brei beserta ribuan pengikutnya berundur ke Kampuchea dan menetap di wilayah Rong Damrei.

Di Kampuchea,orang Cham bertemu dengan saudara serumpun mereka,orang Melayu di mana ramai di kalangan orang Cham yang berkahwin dengan mereka dan ada yang memeluk Islam di sana.Komuniti orang Melayu dan Cham yang sama sama beragama Islam,mempunyai persamaan budaya dan bahasa menjadikan mereka sebuah komuniti besar dan membezakan mereka dengan penduduk majoriti di Kampuchea pada masa itu,orang Khmer yang beragama Theravada Buddha.Dalam riwayat Khmer pada era tersebut,komuniti Melayu-Cham ini digelar sebagai “Cam Jva” (Cam=Cham,Jva=Melayu).

Komuniti “Cam Jva” ini bukan sekadar menjadi komuniti Islam yang utama di Kampuchea,malahan juga beberapa kali terlibat dalam hal ehwal politik dalam istana Kampuchea di Oudong itu sendiri.

Dikatakan juga komuniti Melayu-Cham di Kampuchea bukan sahaja menjadi kelompok yang berpengaruh di istana,malah berjaya juga mengIslamkan seorang raja Kampuchea yang bernama Ramadhipati I (1642~1658).Raja Ramadhipati I memeluk Islam di Khleang Sbek selepas mengahwini seorang gadis Cham.

Menurut riwayat diraja Khmer,pada majlis perkahwinan Raja Ramadhipati I tersebut,seorang ketua Melayu-Cham telah menghadiahkan sebilah keris antik kepada raja tersebut,di mana keris tersebut akhirnya disimpan oleh raja tersebut di sebuah tempat yang digelar sebagai Pancasksetr di istana diraja Kampuchea.

Pemerintahan Ramadhipati I di Kampuchea berakhir pada tahun 1658 setelah beliau dibunuh oleh sepupu beliau sendiri.Ini menyebabkan berlakunya penentangan secara besar-besaran dari komuniti Melayu-Cham namun mereka dikalahkan seterusnya diusir ke Siam.

Pengganti raja tersebut,Pramaraja VIII (1659~1672) bukan sahaja mengusir komuniti tersebut malahan juga sebilangan bangsawan,pendeta,keturunan diraja dan rakyat Khmer yang menentang beliau.Antara yang diusir itu termasuklah isteri kepada Ramadhipati itu sendiri yang digelar dalam riwayat diraja Khmer sebagai “Anak Mnan Kapah Pau”.

Pun begitu,pada tahun 1672,berlakunya rampasan kuasa di mana Raja Pramaraja VII tersebut dibunuh oleh menantunya,Sri Jayajetth dan melantik dirinya sebagai raja Kampuchea dengan gelaran Padumaraja II.Beliau cuba menghapuskan sebarang cubaan untuk menentangnya termasuk bekas permaisuri Pramaraja VII,iatu Ubhayoraj Ramadhipati yang berjaya melarikan diri.

Bekas permaisuri tersebut seterusnya memohon bantuan dari orang Melayu-Cham,di mana mereka berjaya menyusup masuk ke dalam istana pada waktu malam dan membunuh Raja Padumaraja II,yang hanya menduduki takhta diraja Kampuchea selama lima bulan sahaja.



Warisan Champa Di Negeri Serambi Mekah


Agak-agak negeri mana dekat Semenanjung ini yang digelar sebagai Serambi Makkah ?

Negeri Kelantan Darul Naim adalah antara negeri yang mempunyai hubungan paling rapat dengan Champa,berbanding negeri-negeri Melayu yang lain di Semenanjung selepas kejatuhan Melaka.Kedudukan Kelantan yang menjadi pusat pengajian ilmu agama Islam sehinggakan digelar sebagai Serambi Makkah juga menjadikan negeri tersebut akhirnya menjadi tumpuan orang Champa untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama Islam.

Hubungan ini dapat dilihat apabila seorang raja Champa,Po Rome tinggal di Kelantan selama beberapa tahun pada abad ke 17.Kedatangan Po Rome ke Kelantan bertujuan untuk mendalami ilmu agama Islam dan adat kebudayaan Melayu,dengan tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan muhibbah antara Champa dengan Dunia Melayu pada masa itu.

Kebudayaan Champa juga sedikit sebanyak bertapak dengan kukuh di Kelantan.Beberapa tempat di sekitar negeri tersebut seperti Pengkalan Chepa dan Kampung Chepa,menunjukkan kehadiran orang Cham (Champa) di kawasan tersebut.Terdapat juga tanjak Chepa,kain Chepa,keris Chepa,padi Chepa dan sanggul Chepa di negeri tersebut.

Malahan juga keturunan diraja Kelantan pada hari ini juga dikatakan berasal dari Champa.Dalam Hikayat Kelantan,moyang kepada Long Yunus,iatu pengasas dinasti diraja Kesultanan Kelantan pada hari ini berasal dari Kembayat Negara (Champa).


Kebangkitan Champa Melawan Vietnam


Menjelang kejatuhan Champa oleh dinasti Nguyen pada tahun 1832,sumber dari penjelajah Perancis mendapati bahawa ramai pembesar,jurutulis dan alim ulama Melayu berkhidmat di istana Champa pada masa itu.Bukan itu sahaja,malahan ada juga orang Melayu yang terlibat dalam membantu kebangkitan rakyat Champa untuk menentang kekejaman Vietnam pada masa itu.

Kebangkitan rakyat Champa menentang Vietnam pada tahun 1796 dipelopori oleh seorang tokoh Melayu bernama Tuan Phaow.Tuan Phaow dikatakan berasal dari Kelantan dan mendakwa kononnya Tuhan menghantarnya untuk menolong orang Cham dalam perjuangan menentang kuasa Vietnam.

Beliau mendapat sokongan padu daripada orang Cham dari wilayah Binh Thuan dan juga dari Kampuchea,untuk menentang kekuasaan Maharaja Gia Long.Namun,perjuangan tersebut berjaya dikalahkan oleh tentera Vietnam dan Tuan Phaow akhirnya berundur semula ke Kelantan.

Selepas Maharaja Minh Menh akhirnya berjaya menghapuskan Champa pada tahun 1832,berlaku kebangkitan besar-besaran yang dibuat oleh rakyat Champa atas tindakan maharaja Vietnam tersebut.Kebangkitan pertama yang dibuat oleh orang Cham selepas kejatuhan Champa itu diketuai oleh seorang ulama dari Kampuchea bernama Katip (Khatib) Sumat.

Katip Sumat belayar dari Kelantan dan tiba di Binh Thuan pada tahun 1833 dengan tentera yang terdiri daripada orang Melayu dan orang Cham.

Tentera Melayu yang membantu Katip Sumat tersebut merupakan tentera bantuan yang dihantar oleh Sultan Kelantan yang pertama itu sendiri iatu Sultan Muhammad I (1800~1837).

Menurut seorang ahli sejarahwan Champa,Po Dharma,bantuan tentera yang dikirimkan oleh Sultan Muhammad I itu disebabkan atas dasar bahawa baginda dan raja Champa ketika itu berasal dari satu keturunan yang sama,dikuatkan lagi dengan semangat persaudaraan sesama Islam.

Katip Sumat menggunakan konsep jihad untuk menyeru rakyat Champa menentang pemerintahan dinasti Nguyen Vietnam yang menindas mereka.Perang di antara orang Champa yang diketuai oleh Katip Sumat dengan tentera Vietnam berakhir pada tahun 1835 dengan kemenangan Vietnam berjaya menghapuskan penentangan rakyat Champa dan Katip Sumat keseluruhannya.


Saudara Selamanya Bersaudara


Selepas kebangkitan Katip Sumat berjaya dipadamkan oleh Vietnam pada tahun 1835,hubungan orang Cham dengan dunia luar,terutama sekali dengan Dunia Melayu juga semakin berkurangan.

Wilayah Champa secara mutlaknya sudah menjadi milik Vietnam.Pemerintahan dinasti Nguyen mula mengamalkan dasar Pax Vietnamica atau mengVietnamkan rakyat Champa seluruhnya,sepertimana tindakan kerajaan Thailand yang mengThaikan penduduk Melayu-Islam di Patani menerusi dasar Phibul Songram yang masih berjalan sehingga ke hari ini.

Namun orang Cham ini bernasib baik kerana wilayah Binh Thuan dan lima daerah di selatan Vietnam yang asalnya milik Champa akhirnya diserahkan kepada Perancis oleh kerajaan Vietnam yang kalah dalam Perang Perancis-Vietnam (Franco-Vietnamese War) dari tahun 1858 hingga 1861.

Mungkin ada yang menganggap peristiwa penyerahan wilayah tersebut kepada Perancis ibarat “terlepas dari mulut buaya,masuk mulut harimau” bagi orang Cham namun sekurang-kurangnya peristiwa ini juga telah berjaya mengagalkan percubaan kerajaan Vietnam yang selama ini cuba menghapuskan terus identiti dan jati diri orang Cham dan Champa.

Dasar penjajah Perancis yang tidak masuk campur dalam kebudayaan penduduk tempatan telah membuka peluang kepada orang Cham untuk kembali mencari identiti dan jatidiri mereka semula,termasuklah membina kembali hubungan mereka dengan saudara Melayu mereka.

Ulama dan pendakwah dari Semenanjung sekali lagi datang menjalankan tugas mereka menyebarkan Islam di bumi Champa dari akhir abad ke 19 hinggalah ke awal abad ke 20.Ada juga di kalangan mereka berkahwin dengan gadis tempatan dan kekal menetap di sana,untuk meneruskan tugas mereka menyebarkan Islam di kalangan penduduk Cham di sana.

Ketika Perang Vietnam dan kekejaman rejim komunis Pol Pot di Kampuchea memuncak pada era tahun 1970an,dikatakan separuh dari populasi orang Cham menjadi mangsa.Kerajaan Malaysia pada masa itu memutuskan untuk mengambil pelarian 7,000 orang Cham Islam untuk berlindung di Malaysia.

Walaupun jika menurut sebab rasminya adalah atas dasar kemanusiaan,namun jika diikutkan kebenarannya,sebab pihak berkuasa Malaysia berbuat sedemikian adalah kerana hubungan erat Melayu-Cham yang sudah terjalin sejak sekian lamanya di mana mereka saling berkongsi budaya,bahasa dan pegangan agama yang sama.

Sehinggalah ke hari ini,hubungan saudara antara orang Cham dan orang Melayu masih lagi berkekalan.Banyak pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dari Malaysia menghantar bantuan dan sumbangan kepada komuniti Cham Islam di sekitar Kampuchea terutamanya.

Ada juga sekolah-sekolah dan pusat pengajian agama Islam telah dibuka dan ditaja oleh orang Melayu dari Malaysia untuk memberi peluang kepada anak-anak muda Cham ini mempelajari ilmu agama Islam.Tidak kurang juga ramai anak-anak muda Cham yang datang melanjutkan pembelajaran ilmu agama Islam ke pondok-pondok di Malaysia,terutama sekali di Kelantan.

Ada juga orang Cham ini yang datang berhijrah ke Malaysia dan akhirnya menetap dan melahirkan zuriat keturunan di tanah bertuah ini.Di kampung halaman penulis sendiri,orang Cham ini banyak yang berjaya membuka perniagaan kain dan tudung di sini,sehingga sebuah kawasan perniagaan yang akhirnya terkenal di Malaysia dikenali sebagai Pasar Kemboja.Setiap hari Sabtu,kawasan sekitar Pasar Kemboja tersebut penuh dengan kenderaan-kenderaan yang datang sejauh Kuala Lumpur untuk membeli tudung dengan harga yang murah dan berpatutan di sini.

Orang Cham di Malaysia kebanyakannya digelar oleh penduduk tempatan sebagai “orang Kemboja” (kerana kebanyakan mereka asal dari Kemboja/Kampuchea) ataupun “orang Melayu Champa”.


Kesimpulan


Sejarah telah membuktikan bahawa hubungan antara Melayu dan Cham ini ialah satu hubungan yang panjang dan penuh berliku-liku.Hubungan ini bukan sekadar hubungan persahabatan dan persaudaraan sesama agama,malahan ianya adalah hubungan persamaan budaya dan bahasa menjadikan mereka serumpun.

Kajian ilmu linguistik telah membuktikan bahawa sememangnya bangsa Melayu dan Cham adalah saudara serumpun dan sama-sama diletakkan dalam kategori rumpun yang sama iatu MALAYO-POLINESIA.Hubungan keserumpunan ini diperkukuhkan lagi dengan memiliki pegangan agama yang sama iatu Islam,di mana konsep persaudaraan sejagat dalam Islam menyatakan seorang Islam itu perlu membantu saudara Islam nya yang dalam kesusahan.

Hubungan orang Melayu-Cham ini juga diserikan lagi dengan interaksi kebudayaan yang berlaku secara dua hala di antara mereka.Dalam sejarahnya,kita dapat melihat kesanggupan orang Melayu menolong atau memberi bantuan kepada saudara Cham mereka ketika mereka dalam kesusahan.

Menariknya,hubungan persaudaraan sejak zaman berzaman ini masih lagi bertahan sehingga ke hari ini,walaupun dipisahkan dengan sempadan politik moden dan kewarganegaraan.

Jadi,jikalau ada di antara kalian yang akan berkunjung ke Kampuchea untuk mengagihkan bantuan kepada saudara Cham kita di sana,ingatlah bahawa anda bukan sahaja membantu saudara seagama.....

....malahan anda sebenarnya bertemu kembali dengan adik-beradik kita yang terpisah kini melalui sempadan politik.

Ingat dalam minda kalian bahawa moyang mereka ini dahulu pernah membina satu tamadun yang cukup gah dan agung di Indo China,namun semua itu telah lama hilang dirampas oleh orang asing.

Sempadan politik dan perbezaan taraf hidup mungkin menjadikan kita bangsa Melayu dan mereka orang Cham itu berbeza,namun hubungan darah serumpun dan persamaan agama menjadikan kita saudara yang jauh tapi sebenarnya dekat.

Bangsa yang agung ialah bangsa yang belajar dari sejarah.

Sekian,wallahualam.


Sumber :-


1. Vietnam-Champa Relations and the Malay-Islam Regional Network in the 17th–19th Centuries ( Danny Wong Tze Ken (2004)

2.  Jurnal Warisan Kelantan : Po Dharma,1989,Peranan Kelantan dalam Pergerakan Islam di Campa 1833–1834.

3. “KERAJAAN CAMPA–Hubungannya Dengan Vietnam” (Mohammad Zain Musa (2009)

4. The Cham Community in Cambodia from the Fifteenth to the Nineteenth Century (Mak Phoen)

5. Champa in Malay Literature (Abdul Rahman al-Ahmadi)

6. On the Historical and Literary Relations Between Champa and the Malay World (Henri Chambert-Loir)








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2017 11:41 AM | Show all posts
MAKAM BAPA SAUDARA SULTAN MELAKA DI NANJING




- Gambar Hiasan -


Pada tahun 1542 Ferdinand Mendez Pinto dan rakan-rakan Portugisnya telah ditangkap oleh pentadbir 'chifu' dinasti Ming tatkala berada di kota Nanjing. Mereka telah digiring ke Beijing dengan pelbagai seksaan di sepanjang jalan namun amat ajaib semangat ingin tahu orang Barat ini apabila mereka cuba merekodkan sebaik mungkin pengalaman mereka di sepanjang perjalanan tersebut.

Mereka telah singgah sebentar di "Pocasser" di mana chifuu tersebut singgah selama tiga hari menziarahi kampung halamannya sebelum melalui kota bernama "Xinligan". Kota-kota ini berkemungkinan besar terletak di atas laluan 'Terusan Besar' (Grand Canal) yang menghubungkan kota Hangzhou di selatan ke Beijing di utara. Berkemungkinan juga kota-kota ini masih berada di dalam aliran sungai Yangtze.

Kisah yang paling menarik adalah apa yang mereka jumpai tatkala singgah di "Junquileu", iaitu kota ketiga setelah bertolak dari Nanjing beberapa hari yang lepas.

Cerita Pinto:

"..kami tiba pada sebuah kota yang dipanggil Junquilen, diberi tembok bata, namun ia tidak mempunyai pelantar penembak, benteng dan menara, dimana yang lain memilikinya seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini. "

(..we came to a Town called Junquileu, walled with brick, but without battlements, bulwarks, or towers, as others had, whereof I have spoken before..)

"..di penghujung pinggiran kota ini kami telah melihat pelbagai rumah yang dibina di atas air di atas tiang-tiang yang besar berbentuk kelongsong. Berdekatan gerbang sebatang jalan kecil pula terletak sebuah makam yang diperbuat daripada batu, ditutupi oleh sebuah pintu besi bercat merah dan hijau dan di atasnya terdapat menara yang dihiasi tembikar bermutu tinggi, disokong oleh empat tiang daripada batu yang kukuh. Di atas makam itu terdapat lima buah kubah, dua daripadanya diperbuat daripada besi tempa, yang pada sebahagian permukaannya disurat tulisan emas dalam bahasa Cina, yang isinya berbunyi.."

(..at the end of the suburbs of this town we saw diverse houses built in the water upon great piles, in the form of magazines. Before the gate of a little street stood a tomb made of stone, invironed with an iron gate, painted red and green, and over it a steeple framed of pieces of very fine porcelain, sustained by four pillars of curious stone. upon the top of the tomb were five globes, and two others that seemed to be of cast iron, and on the one side thereof were graven letters of gold, and in the chinese language, words of this substance..)

Apa yang beliau jumpai, dan siapakah pemilik makam yang hebat ini?

Ini maklumatnya yang tersurat pada makam itu:

"Di sini bersemadi Trannocem Mudeliar, ayahanda saudara raja Melaka yang mana kematian membawanya dari dunia ini sebelum ia sempat membalas dendam terhadap Kapitan Alphonso Albuquerque, raksasa penyamun di lautan."

(Here lyes Trannocem Mudeliar, uncle to the King of Malacca, whom death took out of the World before he could be revenged of Captain Alphonso Albuquerque, the lyon of the robberies of the Sea.)

Apabila ditanya oleh Pinto apa kisahnya di sebalik letak duduk makam ini, seorang Cina telah menyatakan bahawa lebih kurang 40 tahun lampau tuan tubuh makam ini telah datang sebagai wakil seorang putera yang memakai gelaran 'Raja Melaka'. Beliau telah memohon bantuan daripada Maharaja Ming untuk berhadapan dengan ancaman daripada "orang-orang yang datang dari negeri tidak bernama, yang datang dari seberang lautan, dari penghujung dunia."

Orang Cina tersebut telah melanjutkan pelbagai kisah lagi antaranya adalah Trannocem Mudeliar itu kemudian berterusan melazimi istana Ming selama tiga tahun sebelum diserang "apoplexie"(strok) secara mengejut dan meninggal pada hari yang kesembilan daripada serangan itu. Wasiat terakhir pada makam beliau itu ditulis atas hasrat beliau sendiri memandangkan beliau menyesali ketidakupayaan beliau untuk hidup lebih lama bagi membalas angkara jahat orang-orang Portugis.

Catatan tersebut diteruskan lagi sehingga mereka sampai ke kota "Sempitay". Di situ mereka telah berjumpa dengan sosok tubuh yang tidak diduga-duga yakni Inez the Leyria. Inez ialah anak kepada Tome Pirez yang diseksa beberapa tahun lampau dalam tahanan Maharaja Ming sebelum ditahan di kota tersebut. Di sana beliau telah berkahwin dengan seorang perempuan Cina yang kemudian melahirkan Inez.



- Tuan Merbok II -




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2017 12:11 PM | Show all posts
KOD BUSANA MELAYU ERA KESULTANAN MELAYU MELAKA







Pemahaman Busana Tradisional Melayu (Adat & Adab)



1. Pemakaian Baju Melayu telah di ‘ kuat-kuasa ’ kan sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444) – Sultan ketiga dari empayar Kesultanan Melayu Melaka. Beliau telah mengeluarkan satu bentuk titah yang melarang orang-orang Melayu memakai cara Atas Angin (Arab, India & Eropah) serta cara Bawah Angin (China & Khmer). Pada hari Jumaat juga semua lelaki Melayu di kehendaki pergi ke Masjid dengan memakai sepersalinan bersih dan cantik lengkap bertanjak dengan wangian kasturi. Pemakaian serban Arab bagi lelaki Melayu hanya dibenarkan di dalam masjid sahaja.

2. Asal baju Melayu & baju sikap / layang adalah berlengan pendek (3 suku). Ada juga baju Melayu yang di buat tidak berlengan.. Asal seluar Melayu juga adalah pendek separas betis kaki.. Pada zaman Bendahara Paduka Raja Abdul Jalil diangkat menjadi Sultan Johor setelah mangkatnya Sultan Mahmud II (Mangkat dijulang ) pada tahun 1699, beliau telah mengubah pemakaian baju dan seluar dengan memanjangkan kain sehingga ke pangkal lengan (baju) dan ke pangkal buku lali (seluar).. Semua buatan baju Melayu dan seluar adalah berkekek dan berpesak..

3. Baju sikap / baju layang pula hanya boleh dipakai oleh golongan Bangsawan yang berdarah Raja dan juga orang-orang yang di anugerahi gelaran seperti Datuk, Tun dan sebagainya.. Jadinya bukan semua orang boleh memakai baju sikap ini.

4. Pemakaian tanjak / destar / ikat kepala juga telah ditetapkan mengikut darjat dan pangkat masing-masing dari jenis kain yang digunakan sehingga cara ikatan dan lipatan. puncak tanjak yang dipanggil ‘Daun’ pula dihalakan ke sebelah kiri bagi rakyat biasa dan ke sebelah kanan (atau duduk) di tengah-tengah bagi golongan bangsawan dan Di Raja.. Manakala ekor tanjak yang disebut ‘pucuk’ pula perlu disimpan ke dalam bagi semua lapisan rakyat jelata melainkan dua golongan sahaja iaitu Raja (termasuk ahli keluarga) dan Laksamana. Pucuk ini adalah lambang kuasa yang ada pada seseorang.. Begitu juga dengan lapisan ‘ tingkat ’ lipatan. makin besar darjat dan pangkat seseorang, makin tinggi lipatan tanjaknya..

5. Baju Melayu asalnya semua dicipta dengan gaya leher ‘ teluk belanga ’. Baju cekak musang hanya boleh dipakai oleh Raja atau Sultan sahaja.

6. Bagi jenis-jenis seluar pula, terdapat pelbagai rekaan dalam alam Melayu.. golongan panglima, pahlawan dan sebagainya gemar mengenakan seluar dari gaya ‘Gunting Aceh’ yang mempunyai buatan kekek yang amat besar (kelihatan seperti kain sarung), manakala bagi orang-orang lain termasuk Sultan, mereka hanya mengenakan seluar biasa dari gaya ‘Gunting Cina’.

7. Pemakaian sampin pula adalah wajib bagi semua golongan di dalam istana. di luar istana pula adalah ‘optional’. Bagi penduduk asal kawasan-kawasan tertentu, kebanyakkan mereka mengenakan sampin dengan cara ‘Berdagang Dalam’ (kain sampin dipakai di bawah baju Melayu seperti cara Orang Johor sekarang ini iaitu Baju di luar) manakala bagi golongan pedagang yang bukan berasal dari situ pula mengenakan sampin cara ‘Berdagang Luar’ (kain sampin dipakai di atas baju Melayu dan Baju di selit ke dalam kain). Dengan cara ini orang-orang Melayu dahulu kala dengan mudah mengenali siapa pedagang luar dan siapa penduduk asal sesuatu tempat. Cara mengikat sampin juga dibahagikan dalam 3 cara mengikut pangkat dan darjat iaitu :-

a. Ikatan pancung (Raja, Sultan dan Kerabat sahaja)
b. Ikatan kembung (Pembesar dan orang-orang bergelar)
c. Ikatan lingkup (orang kebanyakkan)

Begitulah unik dan indahnya kod-kod dan etika pemakaian Melayu bilamana kita terus dapat mengenali status seseorang, asal usulnya dengan hanya melihat cara ia berpakaian.



Sumber :-

1. Pakaian Melayu Sepanjang Zaman (Abbas Alias / Norwani Md. Nawawi)

2. Pakaian Cara Melayu (Siti Zainon Ismail)

3. Hikayat Hang Tuah

4. Sulalatus Salatin '' Sejarah Melayu '' (Tun Sri Lanang)


Illustrasi : Jefri Din (Jet AeroPlane)




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2017 10:40 AM | Show all posts
Promosi Pelancongan ke Persekutuan Tanah Melayu oleh British pada tahun 1928





Senarai Residen & Pegawai Inggeris yang bertugas di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1936





Sumber : British Newspaper Archives





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2017 06:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2017 04:37 PM | Show all posts
Kamus Terma Perubatan Dalam Bahasa Melayu



A Vocabulary of Malay Medical Terms

oleh P.N. Gerrard











Salah satu sumbangan pentadbiran British dahulu ialah penubuhan sistem kesihatan yang bersepadu untuk rakyat Malaya. Doktor-doktor British ditugaskan di tanah jajahannya untuk merawat dan mengubati orang Melayu dan penduduk Malaya.

• Selain daripada menguasai ilmu perubatan, doktor-doktor British perlu menguasai bahasa Melayu agar boleh mengenalpasti penyakit dan mencadangkan rawatan yang bersesuaian. Ini supaya pesakit tahu apa penyakit yang mereka hidapi dan tahu bagaimana rawatan akan dijalankan.

• Seperti kata P.N. Gerrard, seorang Doktor Perubatan yang menghasilkan kamus poket A Vocabulary of Malay Medical Terms:

In order to teach the Malay that we recognize his requirements, understand his diseases, and are interested in his bodily welfare, there can be but one method adopted, and that is TO LEARN FIRST HIS VOCABULARY, and to GRASP HIS IDEAS of medical and surgical processes as they appear to him, in the pathological human frame (ms. viii)


• Simptom kesakitan bahasa ini sebenarnya sudah berlaku lama. Lihat sahaja bahasa percakapan dan penulisan doktor-doktor muda kita yang bercampur-aduk dan tunggang-langgang antara bahasa Melayu dan Inggeris - yang menunjukkan mereka tidak berhati-hati dalam penggunaan perkataan dan bahasa. Kadangkala doktor di pejabat kesihatan kerajaan tidak tahu akan istilah yang perlu digunakan bagi memahamkan pesakit yang tidak mengambil jurusan pengajian perubatan seperti mereka - hingga perbualan antara doktor dan pesakit ibarat ayam dengan itik.

• Hal ini dapat diatasi dengan pembacaan lebih banyak dan luas, terutamanya bahan-bahan bercetak oleh para doktor terdahulu yang berusaha menjambatani jurang bahasa perubatan dengan bahasa petuturan setempat.



Kamus ini disusun berdasarkan kamus Melayu yang berwibawa :-

1. Wilkinson's Malay-English Dictionary
2. Clifford and Swettenham's Malay-English Dictionary
3. Marsden's Malay-English Dictionary
4. Shellabear's Vocabulary
5. Faure's French-Malay & Malay-French
6. Crawford's Vocabulary
7. Swettenham's English-Malay and Malay-English




Dilengkapi dengan Pemeriksaan Mata dalam huruf Jawi.







Credit : KLASIKA MEDIA

https://www.kafilahbuku.com


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2017 06:34 PM | Show all posts
Konsep Sempadan Negeri-Negeri Melayu Sebelum Kedatangan British



By : Ahmad Faizal

May 9, 2017


Sebahagian orang mendakwa bahawa persempadanan di negeri-negeri Melayu hanya  wujud selepas kedatangan British. Sejauhmana pendapat ini benar ? Jika sempadan itu benar-benar wujud, bagaimana bentuk sempadan itu.


Konsep Sempadan Melayu


Kita harus mengakui bahawasanya sukar untuk dinyatakan dengan jelas persempadanan antara negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British, namun sempadan tetap wujud. Orang Melayu sekian lama mempunyai definisi sendiri mengenai persempadanan di kawasan negeri mereka. Walaupun tidak mempunyai hitam putih perjanjian yang jelas dan batu ukur atau penanda seperti zaman British, tetapi orang Melayu telah menggunakan istilah ‘negeri’ atau ‘berbuat negeri’ yang sebenarnya tetap membawa makna satu ruang wilayah atau sempadan kekuasaan pemerintah Melayu.

Istilah ‘negeri’ dalam manuskrip Melayu


Kita tidak mempunyai pilihan lain untuk mengetahui konsep negeri bagi orang Melayu melainkan merujuk kepada manuskrip dan naskhah pensejarahan orang Melayu. Dalam teks Sejarah Melayu misalnya, istilah negeri menjadi pegangan orang Melayu atau paling tidak pengarang Sejarah Melayu telah menggambarkan skop kekuasaan seseorang
pemerintah. Contohnya,


“Maka segala negeri yang bertemu dengan Raja Suran habis dialahkannya. Maka semuanya habis takluk baginda. Setelah berapa lamanya maka Raja Suran pun sampailah kepada sebuah negeri ~ Gangga Nagara namanya.”

(Sulalat u’s Salatin, 2016: 17)

Ini merupakan salah satu contoh dari sekian banyak istilah ‘negeri’ yang ditemukan dalam teks-teks Melayu. Biarpun tidak disebutkan dengan jelas mengenai bentuk garis sempadan itu, namun penggunaan istilah ‘negeri’ boleh dijadikan panduan sebagai pembatas kekuasaan pemerintah secara jelas. Bahkan istilah ‘negeri’ terus diguna pakai setelah kemunculan Melaka tanpa sempadan yang jelas. Misalnya dalam syair ini,

“Dengarkan tuan suatu madah
Kisah baginda sultan di Kedah
Negerinya ramai terlalu indah
Isi negeri semuanya madah”

(Syair Sultan Maulana, 1980: 203)

Teks-teks Melayu sering menggunakan istilah ‘berbuat negeri’ atau ‘membuat negeri’ tatkala pemerintah ingin membuka kawasan baru. Dalam teks Misa Melayu, kekerapan raja-raja Perak membuka ibu kota baru diistilahkan sebagai ‘membuat negeri’. Manakala teks Tuhfat al Nafis juga menggunakan istilah yang sama bagi merujuk tindakan raja-raja Johor. Maka, istilah negeri yang digunakan tetap membawa satu maksud ruang wilayah atau sempadan walaupun tanpa garis sempadan yang jelas.


Laut dan Sungai sebagai sempadan


Sebelum kedatangan British, laut dan sungai menjadi faktor penting dalam pembentukan sempadan. Ini tidak menghairankan kerana kemunculan penempatan awal Melayu bermula di pinggir sungai. Satu fakta yang tidak disedari ramai orang ialah hampir kesemua negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan mendapat nama melalui sungai. Ini kerana sungai merupakan tempat tertubuhnya sesuatu kerajaan. Misalnya, persempadanan di antara Perak dan Selangor sejak tahun 1825 dengan persetujuan oleh kedua-dua pemerintah negeri Perak dan Selangor, iaitu Sultan Abdullah Muazam Shah (1825-1830) Perak dan Sultan Ibrahim (1778-1826) Selangor yang bersetuju menentukan sempadan di antara kedua-dua negeri tersebut iaitu di Sungai Bernam.


Sempadan berdasarkan kuasa pemerintah


Persempadanan di Negeri-Negeri Melayu sering berubah-ubah mengikut kekuasaan pemerintah masing-masing. Perebutan kawasan biasa terjadi antara pemerintah Melayu tradisional, terutama di kawasan yang mempunyai potensi ekonomi. Antara kes yang kurang diberi perhatian ramai ialah mengenai krisis persempadanan yang terjadi antara Selangor dan Perak bermula pada 1804.

Sikap Sultan Selangor pada ketika itu, Sultan Ibrahim (1778-1826) yang ingin menjadikan negerinya sebagai pengeluar bijih timah tersohor dan terkaya berbanding Perak, telah menawan kawasan di selatan Perak. Menjadikan Perak telah kehilangan wilayahnya dari Tanjong Malim sehingga Bidor. Sultan Selangor mengukuhkan kedudukannya dengan meletakkan wakilnya Raja Hasan sebagai penguasa yang mengutip cukai di kawasan tersebut. Persempadanan ini berlarutan sehingga termeterai Perjanjian Anderson 1825 yang menjadikan Sungai Bernam sebagai sempadan baru yang dipersetujui oleh Sultan Selangor dan Sultan Perak.


British mengiktiraf Negeri-Negeri Melayu

Jika ada orang yang masih berpendapat orang Melayu tidak mempunyai sempadan dan sempadan hanya dibuat selepas kedatangan British. Maka itu adalah pendapat yang lemah dan menunjukkan ketidakfahaman terhadap konsep tradisional dengan konsep baru. Sikap British yang mengiktiraf kedaulatan Raja/Sultan sesebuah negeri menunjukkan wujudnya sempadan politik dan ekonomi pada waktu itu. Kedatangan British tidak lain dan tidak bukan hanyalah melukis peta mengikut selera kepentingan ekonomi mereka sahaja. Sedangkan sempadan sudah lama wujud dalam bentuk dan nilai orang Melayu sendiri.


RUJUKAN

Abdullah Zakaria, 2004. Sempadan Negeri Melayu Sebelum Campur Tangan British. Bengkel Pengesahan Fakta Sejarah Persempadanan Negeri-negeri di Tanah Melayu. Kuala Lumpur; Arkib Negara Malaysia

Ahmat Adam, 2016. Sulalat u’s-Salatin yakni pertuturan segala raja-raja. Dialih aksara dan  disunting dengan kritis serta diberi anotasi dan pengenalan. Kuala Lumpur:Yayasan Karyawan

Mardiana Nordin, 2004. Sempadan dan Kuasa Dalam Negeri-Negeri Melayu. Bengkel Pengesahan Fakta Sejarah Persempadanan Negeri-negeri di Tanah Melayu. Kuala Lumpur; Arkib Negara Malaysia

Muhammad Yusoff Hashim, 1980. Syair Sultan Maulana. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya

Raja Chulan, 1991. Misa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Pustaka Antara
S.Sivachandralingam. 2004.

Sempadan Negeri-negeri Melayu Pada Zaman Pemerintahan British. Bengkel Pengesahan Fakta Sejarah Persempadanan Negeri-negeri di Tanah Melayu. Kuala Lumpur; Arkib Negara Malaysia



Sources : https://www.thepatriots.asia/



Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 09:05 PM | Show all posts
Kerajaan melayu lama tak ada hubungan diplomatik dengan dinasti Goryeo, choson kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2017 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_BeachBoys at 2-8-2017 11:32 PM
HangPC2 replied at 27-1-2017 05:27 PM
HUBUNGAN MELAYU CHAMPA DAN DUNIA MELAYU NUSANTARA




Kesultanan Kelantan sekarang dari susur galur kesultanan Terengganu bukannya Champa.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2017 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_BeachBoys at 2-8-2017 11:39 PM
HangPC2 replied at 9-7-2017 06:34 PM
Konsep Sempadan Negeri-Negeri Melayu Sebelum Kedatangan British




Semasa Perang Besut tahun 1875,Baginda Umar Terengganu telah mengirimkan mufti Terengganu ke Kelantan untuk menerangkan kepada Sultan Kelantan yang serangan ke atas Besut bukan satu niat Baginda untuk mengubah sempadan negeri di antara Terengganu dan Kelantan.

Pada waktu itu Pemberontak di Besut mendapat bantuan dari Kelantan dan dibimbangi Baginda Umar akan menyerang Kelantan selepas berjaya mematahkan pemberontakan di Besut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2017 07:51 PM | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 2-8-2017 11:28 PM
Kesultanan Kelantan sekarang dari susur galur kesultanan Terengganu bukannya Champa.

betul.....


itu sebab saya cakap Kelantan dulu ada banyak Dinasti Memerintah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2017 03:50 PM | Show all posts
Hukuman Orang Tidak Bertanam Cacar tahun 1909






Dalam catatan Mahkamah Lingga bertarikh 27 hari bulan Shawwāl 1327 (bersamaan 10 November 1909), satu kes telah dibawa ke mahkamah di atas keengganan seorang penduduk untuk bertanam cacar. Beliau dijatuhkan hukuman ta'zir, iaitu mengerjakan suatu pekerjaan dalam negeri selama tujuh hari, "dapat makan, tidak dapat upah."

******




Credit : KLASIKA MEDIA

https://www.kafilahbuku.com


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.120667 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list