khalid94 This user has been deleted
|
....aku dah tersangkut at thread nih....erm.....saye duduk b.b.bangi.....memang ade lar citer paranormal nih |
|
|
|
|
|
|
|
Selingan (9) : Cerita dari yang empunya cerita.

Pada satu ketika tu aku dan kekawan pergi ke K.Lumpur.
Kami memulakan perjalanan dengan berkonvoi ,adalah sebanayak lapan biji motor...
Dalam kegembiraan ke sana aku perasan pulak bahawa ada satu lagi pulak motor join grup kami.
Dia memotong dengan laju sampai lah ke depan sekali sambil tu dia menggamitkan tangan kiri
seolah2 supaya kami memotong dia.
Ini dah kira mencabar ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #637 rdzaccess's post
sempat membina badan?
maksudnye....membesarkan badan ke menimbulkan otot2 kat bdn kasi lagi tough?
takpelah..takde jodoh dgn awek tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam rd
Tadi salah antar la ni aku baru pm hang.Aku tunggu hang punya reply ni.T. kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Dah e-mail...Sila Check... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam rd
Terima kasih,nanti aku cuba buat.Terima kasih sekali lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Selingan (10)- Cerita dari orang yang empunya cerita
Dari IlaSeremban

Malam itu aku sendirian dirumah.
Ibu dan ayah nak pergi ke rumah makcik kerana anaknya akan bernikah pada malam itu.
Aku tak nak pergi dengan alasan sedangkan (aku malas sebab nanti macam- macam lah ceritanya nanti selalunya tentang diriku) hendak mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan sudah hampir.
Sebelum pergi,ibu memberitahu dia pulang lewat, ini biasalah sebab anak buah mesti beri yang terbaik.
Dia juga berpesan agar aku mengunci semua pintu dan tingkap.
Sebaik saja mereka pergi, aku segera mengunci pintu dan tingkap.
Kemudian aku mula mengulang kaji pelajaran.
Sedang mentelaah,hujan turun dengan lebatnya diselangi kilat sabung-menyabung.
Jam menunjukkan pukul 11.30 malam.
Menyesal pulak aku kerana menolak pelawaan ibu dan ayahku tadi.
Untuk menghilangkan rasa takut, aku membaca ayat kursi dan beberapa ayat al-Quran yang lain.
Akhirnya aku menutup lampu dan mengambil keputusan untuk tidur.
Baru saja aku nak merebahkan badan, aku terdengar satu bunyi dentuman yang sangat kuat.
Mungkin petir kot, aku membuat andaian untuk menyedapkan hati.
Tiba-tiba aku terdengar pintu depan diketuk orang.
Apabila aku buka, takde pulak sesapa kat luar. Aku pun tutup semula tetapi ada lagi ketukan.
Aku pun berjalan kembali dan membuka pintu.
Sebaik saja pintu dibuka, aku melihat seorang perempuan sedang mendukung bayi.
Pakaian perempuan tu berlumuran darah dan bayi yang dia pegang kelihatan longlai.
Dan aku perhatikan bahawa kepala bayi tersebut ada lubang semacam pecah.
Darah kelihatan di kepala bayi tu.
Dia seolah-olah berada dalam kesakitan dan inginkan meminta bantuan ku.
Apabila aku menatap wajah nya kembali ,
aku terus panik kerana wajah nya telah berubah yang membuatkan aku menjadi seram dan takut.
Tubuhku mengeletar dan aku rebah tidak terjelepok di situ jugak tak sedarkan diri.
Kemudian aku terdengar sayup-sayup suara ibuku memanggil.
Aku hana memberitahu ibu yang aku terkejut kerana mendengar bunyi guryuh yang kuat.
Setelah ibu merawatku, ibu kemudian menceritakan padaku setelah aku sedar
bahawa ada satu kemalangan telah berlaku lebih kurang satu kilometer dari rumah
mengorbankan seorang perempuan dan anak kecilnya.
Aku hanya mendiamkan diri apabila mendengar cerita mereka.
Namun, aku bersyukur tidak adaperkara buruk yang menimpa diriku ketika itu mau pun ibu dan ayah ketika mereka pulang..
Sejak dari hari itu aku tidak lagi mahu tinggal bersendirian lagi di rumah pada waktu malam.
jika kedua ibu dan ayahku tiada di rumah.
[ Last edited by rdzaccess at 12-8-2007 04:04 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #642 rdzaccess's post
Potong stim le kau rd...post #642 kau pun dok gantung lagi dah post cerita lain (post #649)! |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf lah fren, ada beberapa sebab cerita pengalaman aku ni tergantung.
Talian telekomunikasi ni tak berapa bagus...
Kalau hujan jer talian talipon tak de. Pas tu streamyx pun tak der lah jugak.
Dah beritahu kat diorang, dengan soalan ni, diorang kata memang kawasan aku ni macam tu...
Terpencil tak jauh...Aku pun bengang jugak, suma dah siap nak post...Cannot connect to MySql server..
Semalam dari jam 4 pagi sampai jam 7 pagi...
Lagi satu sebab adalah aku kena ingat jalan dia yg mana dulu dengan yang kemudian.
( Kalau yang tajuk - cerita dari yg empunya cerita , cepat sikit~ cut & paste)
Ni aku cerita lagi satu kisah benar tapi off topik jap lah.
Satu hari tu masa kerja kontraktor, aku nak pergi ambik sample tanah.
Sebelum tu mamat ni dah kumpulkan dan ada simpan kat tapak projek,
So, aku tanyalah saper yg tau site tu.
Dia kata dia tau.
So bawak lah dia pergi. |
|
|
|
|
|
|
|
Maka kami berkeretalah.
Dah hampir sampai, aku tanyalah.
"Haaa...Mat kat mana ni..."
" Abang terus lagi, kat depan ada payung besar , ada orang jual air kat situ"
Aku pun terus lah. Tak berapa lama aku nampak ada payung besar.
Aku pun perlahankan kereta.
Tiba2 dia kata" Abang berenti kat sini bang"
Aku pun berhenti.Dia turun dan aku pun turun.
Dia beli air sebungkus dan aku pun beli.Pas tu kami meneruskan perjalanan.
"Kat depan tu ada tayar buruk depan sikit ada simpang sebelah kiri." tambahnya.
Okay, aku pun ikutlah cakap dia. Memang ada tayar buruk berlonggok dan memang ada pun kat depan selepas tu satu simpang ke kiri.
Dah aku sampai kat simpang tu aku tanya lagi.
" Haaa... Mat, lepas ni mana lagi"
Dia menoleh ke kiri perhati kejap pas tu kanan, dia diam.
"Saya tak tahu lah bang..."
"Macam mane ko tak tau , kan ko yang pergi buat sampel?"
"Masa ni lah saya tertidur.Dah sampai site, abang Man yang kejutkan..."
Rasa2 aku nak tinggalkan jer dia kat situ jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
Fuuuuhhh... Lega ...aku berjaya jugak.
Sifat kepahlawanan aku terbukti sudah.
Selepas lampu isyarat menunjukkan hijau aku ke depan sikit pas tu tunggu kat bus stop.
Lama jugak aku tunggu...
Sempatlah memasang sebatang rokok untuk di hisap..
Kekawan aku pun sampai...
Mereka memang dah tahu akan kebolehan aku...
Mereka pun parking motor dan duduk kat bus stop tu bersama sama aku.
Kekadang kami memandang ke seberang nengok awek UKM.
Pas tu sorang kawan aku bertanya...
"Eh...mamat tadi tu masuk kat simpang maner aah?...
"Dia masuk simpang ker, lepas aku potong dia? tanya ku pulak.
"Bila pulak ko potong dia, masa kat kona S tu dah tak ade dah"
"Ya..lah, ko kat depan takkan ko tak nampak?"
Dua soalan yang sepatutnya aku jawab tapi aku tak jawab.
"Eii,..aku potong dia kat sini jerlah" balasku.
"Dia jatuh tak?" tanya ku mintak kepastian.
"Kalau dia jatuh mesti kami nampak, ni tak de pun"
Aku hanya ???
Pas tu kami meneruskan perjalanan.
[ Last edited by rdzaccess at 13-8-2007 04:02 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
wah..mcm supernatural pun ada nehhh... |
|
|
|
|
|
|
|
Ayatul Kursi
Ayat ini diturunkan setekah hijrah.Semasa diturunkan ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana terdapatnya satu perintang dalam perjuanagan mereka. Rasulullah s.a.w dengan segera memerintahkan Zaid bin Sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesipa yang membaca dengan khusyuk pada setiap kali selepas solat fardu, pada setiap pagi dan petang, pada setiap kali keluar dari rumah atau masuk ke rumah, atau hendak bermusafir, Insyaallah , akan terpelihara dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia ; binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga , anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
Sabda Rasulullah s.a.w. :Umatku yang membaca ayat kursi 12 kali pada pagi Juma'at kemudian berwudhuk dan solat 2 rakaat, Allah memliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.
Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan. Ayat Kursi yang di baca dengan penuh khusyuk, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. (Jika berpindah rumah baru maka bacalah pada malam pertama menduduki rumah dengan ayat Kursi 100 kali , Insya'allah; terhindar dari gangguan)
Barangsiapa membacanya apabila berbaring di tempat tidur , malaikat akan menjaga dan memeliharanya sehingga subuh.
Rasullullah s. a. w. bersabda,
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #655 honeybee1802's post
ha'ah lah...cuma dalam kes ni, bro rdz sorang je..takde adik beradiik lain join sekaki.. |
|
|
|
|
|
|
|
mr rd aku ada pm ko....lagi sekali..  |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nauze at 13-8-2007 06:17 
ha'ah lah...cuma dalam kes ni, bro rdz sorang je..takde adik beradiik lain join sekaki..
Aku ngan adik beradik gitu2 jer, tak ngam...
Makan hati...aku nih...
Aku tak nak menangis sedih kerana mengenangkan...
Aku nak menangis gembira kerana bertemankan... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rdzaccess at 13-8-2007 02:34 PM 
Aku ngan adik beradik gitu2 jer, tak ngam...
Makan hati...aku nih...
Aku tak nak menangis sedih kerana mengenangkan...
Aku nak menangis gembira kerana bertemankan...
rdza....kami kan ade..tak yah sedih2.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|