|
Fazura mahu rehat sebulan
SEBAIK selesai penggambaran filem kelapannya,Pisau Cukur, pelakon muda berbakat Nur Fazura Sharifuddin, 25, mahuberehat seketika daripada berlakon filem tahun ini.
Kata gadis jelita yang merangkul anugerah Pelakon Harapan WanitaTerbaik pada Festival Filem Malaysia ke-17 (FFM17), dia tidak mahuterlalu berkejar-kejar dan terdedah berlebihan dalam bidang lakonan danmedia.
Sebaliknya, gadis ini mahukan setiap lakonannya memberikesan dan diingati penonton walaupun sedikit. Akuinya, dia engganmenerima tawaran terlalu banyak, sedangkan watak dan kesannya tidakseberapa.
"Rasanya filem Pisau Cukur menjadi projek terakhirsaya tahun ini. Cukuplah dengan apa yang saya dapat kali ini. Sayatidak mahu terlalu banyak bekerja sehingga rehat tidak cukup yangakhirnya boleh menjejaskan mutu kerja.
"Lagipun filem lakonansaya sebelum ini, Selamat Pagi Cinta baru ditayangkan dan masih dalamrangka promosi untuk menarik lebih ramai penonton menyaksikan filem inidi pawagam.
"Menjelang akhir tahun ini, saya mahu berehatpanjang selama sebulan sebelum menerima projek baru. Sudah ada beberapatawaran untuk saya tahun depan, tetapi belum dapat membuat pengesahanlagi," katanya ketika ditemui sewaktu penggambaran filem Pisau Cukur diRed Comm Studio, Petaling Jaya baru-baru ini.
Dalam filemterbitan Red Communications Sdn Bhd itu, Fazura membawakan watak utamasebagai Intan bergandingan buat pertama kali bersama pelakon Maya Karinsebagai Bella.
Filem yang dihasilkan dengan kerjasama GrandBrilliance Sdn Bhd (GBSB) itu ditulis skrip oleh pengacara 3R, RafidahAbdullah dan diarahkan Bernard Chauly.
Ia mengisahkan duasahabat baik, Bella (Maya) dan Intan (Fazura) yang bercuti di ataskapal peranginan diberi nama Puteri Duyung. Seorang daripada merekasebenarnya mencari cinta, manakala seorang lagi melakukan penyiasatan.
Turutmembintangi filem ini ialah Umie Aida, Datuk Rahim Razali, EizlanYusof, Liyana Jasmay, Sharifah Sofia, Khatijah Tan, Nas-T, Nabil,Norman, Radhi Khalid, Nabila Huda dan beberapa muka baru.
Kata Fazura, dia tidak mengambil masa panjang menerima tawaranRed Comm kerana mereka pernah berkerjasama menerusi filem Gol &Gincu dan juga drama Gol & Gincu.
Dia mengakui serasi bekerja dengan pengarah dan warga kerja produksi berkenaan yang dianggapnya seperti keluarga sendiri.
"Selamaberkerja dengan Red Comm, tidak susah untuk berkerjasama kerana kamisaling memahami. Cara layanan mereka amat profesional dan tahu moodkami sebagai pelakon. Jadi tidaklah terlalu terkejar-kejar dan berkerjadalam keadaan terdesak.
"Mengenai gandingan bersama Maya pula,jujur saya katakan cukup seronok dan bukannya hipokrit. Walaupun kalipertama bergandingan, kami dapat bekerja dengan baik dan menciptakeserasian dalam masa cepat.
"Tidak timbul soal siapa lebihpopular dan menyerlah. Kami mesra dan saling bantu membantu sama ada didalam mahupun di luar set," katanya.
Tambah gadis kelahiranPekan, Pahang pada 27 September 1983 ini, sebagai pelakon dia sentiasamahukan watak berbeza supaya lakonannya tidak stereotaip dan nampakkelainan.
"Alhamdulillah ada produser memberi watak berbezakepada saya, cuma saya perlu pilih yang betul-betul terbaik supayadapat menghasilkan lakonan mantap.
"Kalau boleh, saya teringinmembawa watak mencabar yang belum pernah dilakonkan sebelum ini sepertiorang gila, psycho, cerita hantu dan sebagainya," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|