CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 42

[Copy link]
Post time 10-5-2022 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 10-5-2022 08:38 AM
Ada pepatah kata "It takes a village to raise a child "

Very true indeed
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2022 09:49 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 10-5-2022 08:54 AM

STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 27% pada Minggu Epidemiologi (ME) 18/2022) berbanding ME 17/2022 (Rajah 1);

Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 50% (Rajah 2);
  • Jumlah pesakit kategori 1 dan 2 menurun sebanyak 50%; dan
  • Jumlah pesakit kategori 3,4, dan 5 juga menurun sebanyak 50%.


Secara keseluruhan, peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 menurun pada ME 18/2022 berbanding ME 17/2022 (Rajah 3):
  • Penggunaan katil bukan kritikal menurun sebanyak 21%;
  • Penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 20%; dan
  • Penggunaan katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) menurun sebanyak 100%.
Jumlah kes memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP)pula menurun sebanyak 26% (Rajah 4):


PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 masih dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara. Perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 17/2022 dan ME 18/2022 adalah seperti di Rajah 5:
  • Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 57.7%;
  • Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 59.7%; dan
  • Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk oleh CAC ke PKRC atau hospital menurun sebanyak 44.3%.

Perbandingan data CAC maya yang dilaporkan antara ME 17/2022 dan ME 18/2022 adalah seperti di Rajah 6:
  • Tren kes aktif COVID-19 di bawah pemantauan CAC Maya pada ME 18/2022 menurun sebanyak 54.9% (259,882 kes kepada 117,248 kes) berbanding ME 17/2022.

STATUS TERKINI KES COVID-19
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 7 Mei 2022 (ME 18/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
  • Kumulatif kes baharu: 4,456,736 kes (kes aktif: 23,276 kes);
  • Kumulatif kes sembuh: 4,397,881 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 35,579 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,010 kluster (kluster aktif: 71 kluster).
Perbandingan antara ME 17/2022 dan ME 18/2022 (Rajah 7):
  • Bilangan kes sembuh pada ME 18/2022 menurun sebanyak 45.1% (56,352 kes kepada 30,930 kes) berbanding ME 17/2022 ;
  • Bilangan kes baharu pada ME 18/2022 menurun sebanyak58.3% (20,937 kes kepada 8,732 kes) berbanding ME 17/2022 (Rajah 8);
    • Bilangan kes tempatan menurunsebanyak58.3% (20,876 kes kepada 8,703 kes); dan
    • Bilangan kes import menurunsebanyak52.5% (61 kes kepada 29 kes).
  • Bilangan kes kematian pada ME 18/2022 menurun  sebanyak 42.9 %(56 kes kepada 32 kes) berbanding ME 17/2022; dan
  • Bilangan kes aktif pada ME 18/2022 menurun sebanyak 48.0% (412,555 kes kepada 214,405 kes) berbanding ME 17/2022 (Rajah 9).



NILAI RT
Purata nilai RT menurun sebanyak 18.6% pada ME 18/2022 berbanding ME 17/2022 (Rajah 10).

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Bermula pada 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik. Perubahan fasa ini dapat dicapai susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam termasuk program vaksinasi COVID-19 dalam menguruskan penularan jangkitan COVID-19 dalam negara.
KKM juga ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S;
  • Amalkan 3W;
  • Amalkan TRIIS;
  • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Individu yang belum menerima vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
9 Mei 2022 @ 10.00 pagi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 09:56 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 05:43 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2022 09:14 PM | Show all posts
seribulan replied at 10-5-2022 09:39 AM
Ni 2 hari keje dah...esok kerja lapangan 1 hari...minggu dpn 1 minggu...mentang2 dah endemik

sakan rakyat malaysia beraya. habis usia kat jalan raya mengharung kesesakan . mujur masa balik raya & balik rumah tak jem sangat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2022 09:14 PM | Show all posts
seribulan replied at 10-5-2022 09:40 AM
Wah...udang galah abang & adik salu dpt mancing

untung ada family yang kaki pancing.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-5-2022 09:15 PM | Show all posts
seribulan replied at 10-5-2022 09:41 AM
Suka gak  hari ni dpt sup kaki ayam

saya suka sup ayam. bila makan suka letak daun sup dan sambal kicap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2022 09:16 PM | Show all posts

hfmd kerap berlaku kat taska kan. huhu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2022 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 12-5-2022 08:14 PM
sakan rakyat malaysia beraya. habis usia kat jalan raya mengharung kesesakan . mujur masa balik ra ...

Tahu x pe

Kes terkini dah naik...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 12-5-2022 08:14 PM
untung ada family yang kaki pancing.

Kan dpt seafood segar...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 12-5-2022 08:15 PM
saya suka sup ayam. bila makan suka letak daun sup dan sambal kicap.

Sedap kan hirup sup panas
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 15-5-2022 12:46 AM
farhana008 replied at 12-5-2022 08:16 PM
hfmd kerap berlaku kat taska kan. huhu.

Tu la...ada org kg yg anak dah kena nak raya hari tu...x tahu pe cite pas tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 11:39 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 11:40 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 12-5-2022 10:42 PM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2022 11:03 AM | Show all posts
seribulan replied at 12-5-2022 11:22 PM
Tahu x pe

Kes terkini dah naik...

saya tak sanggup nak hadap jem. lagi rela balik awal atau lambat balik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2022 11:04 AM | Show all posts
seribulan replied at 12-5-2022 11:24 PM
Sedap kan hirup sup panas

sedap hirup time suam2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2022 11:05 AM | Show all posts
seribulan replied at 12-5-2022 11:25 PM
Tu la...ada org kg yg anak dah kena nak raya hqri tu...x tahu pe cite pas tu

baru tadi mak saya call, anak kawannya kena hfmd masa balik raya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 13-5-2022 10:03 AM
saya tak sanggup nak hadap jem. lagi rela balik awal atau lambat balik

Ni pun mendung ni...balik kampung esok je le...risau banjir kilat
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 13-5-2022 10:04 AM
sedap hirup time suam2

Nasi sup kaki ayam

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 13-5-2022 10:05 AM
baru tadi mak saya call, anak kawannya kena hfmd masa balik raya.

Kolig citer anak sedara dia kena...teruk gak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:26 AM GMT+8 , Processed in 5.791077 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list