|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: MAGIC WORLD
[Copy link]
|
|
NADMA ambil alih pengurusan peringkat negeri jika bencana tahap III
Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Khairul Shahril Idrus. - Foto fail NSTP/Saifullizan Tamadi
KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan mengambil alih pengurusan bencana dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri jika bencana itu berada pada tahap III. Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata pengurusan bencana tahap III ialah pengendalian bencana yang berlaku lebih daripada satu negeri atau bersifat kompleks di suatu kawasan, sehingga memerlukan penyelarasan dan penggemblengan sumber di peringkat pusat atau dengan bantuan dari luar negara. Katanya, mekanisme pengurusan bencana itu dikuatkuasakan melalui dasar baharu iaitu arahan NADMA Nombor 1 yang ditambahbaik daripada arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Nombor 20 sejak Ogos lalu. "Di dalam arahan itu, ia tidak hanya spesifik kepada pengurusan dan pengendalian bencana banjir sahaja, malah kepada keseluruhan jenis insiden bencana yang pernah berlaku di negara kita.
"Namun sekiranya sesuatu bencana membabitkan lebih daripada satu negeri, tetapi masih mampu diuruskan di peringkat negeri masing-masing, ia masih lagi boleh dianggap sebagai bencana tahap II," katanya kepada BH, hari ini. Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan arahan NADMA Nombor 1 akan menjadi panduan utama dalam pengurusan bencana bagi mengurangkan risiko dan impak bencana di negara ini. Beliau dilaporkan berkata menerusi arahan itu, kerajaan menekankan strategi pengurusan risiko yang lebih menyeluruh dan inklusif. Pada masa sama, Khairul Shahril berkata pengurusan bencana tahap I ialah pengendalian bencana yang berlaku di sesuatu kawasan dan ia dapat ditangani dengan berkesan oleh agensi terbabit di dalam pengurusan bencana di peringkat daerah, yang memerlukan penggemblengan sumber di peringkat daerah dengan bantuan terhad daripada peringkat negeri dan Pusat. Katanya, sementara pengurusan bencana tahap II pula ialah pengendalian kejadian bencana yang berlaku lebih daripada satu daerah di negeri sama atau berlaku di suatu kawasan yang memerlukan penggemblengan sumber di peringkat negeri dengan bantuan terhad daripada peringkat Pusat. "Namun, sekiranya sesuatu bencana membabitkan lebih daripada satu daerah, tetapi masih mampu diuruskan di peringkat daerah, ia masih lagi boleh dianggap sebagai bencana tahap I. "Walaupun NADMA tidak terbabit secara langsung untuk pengurusan bencana tahap I dan tahap II, kita masih menyelaras dari segi penggemblengan aset dan juga tenaga kerja yang membabitkan agensi kerajaan Pusat," katanya. Mengulas mengenai jangkaan negara menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) seawal minggu keempat bulan ini, Khairul Shahril berkata, persediaan NADMA adalah berada dalam posisi terbaik. Katanya, dalam memastikan kesiapsiagaan berada pada tahap maksimum, NADMA sentiasa mengadakan latihan amal sepanjang tahun membabitkan agensi tindak balas, pengurus bencana serta badan bukan kerajaan (NGO). "Kejadian bencana atau banjir sememangnya kita tidak boleh membuat jangkaan namun persediaan dalam menghadapi dan menguruskan bencana itu harus berada di tahap terbaik. "Dalam aspek ini bagi memastikan semua agensi tindak balas dan pihak terbabit dalam pengurusan bencana di pelbagai peringkat, bersedia untuk memainkan peranan masing-masing apabila berlaku bencana. "Perkara ini penting supaya semua yang terbabit ada pengalaman dalam mengendalikan sesuatu operasi bencana," katanya. Sebelum ini,Ahmad Zahid menyatakan MTL dijangka bermula seawal minggu keempat bulan ini berbanding ramalan awal minggu pertama November. Khairul Shahril berkata pemantauan mengenai sebarang kebarangkalian berlaku bencana juga sentiasa dilaksanakan secara bersama dengan Sekretariat Bencana Daerah dan Negeri. Katanya, bagi agensi teknikal seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Mineral dan Geologi (JMG) pula akan membuat pemantauan pada cerun yang kritikal dan berisiko. "Selain itu, NADMA juga melaksanakan program kesedaran awam Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) dengan pelbagai sesi libat urus dijalankan bersama komuniti setempat terutama kepada penduduk yang tinggal di kawasan banjir. "Ini bagi mempersiapkan mereka supaya mampu untuk bertindak tanpa menunggu bantuan dari agensi tindak balas ketika berlaku banjir," katanya. Khairul Shahril meminta orang ramai sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). "Sentiasa peka dan patuh kepada arahan pihak berkuasa sekiranya perlu untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara. Utamakan keselamatan, lindungi diri dan orang tersayang," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1308983/nadma-ambil-alih-pengurusan-peringkat-negeri-jika-bencana-tahap-iii
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sabah minta pengecualian penamatan subsidi telur
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan. - Foto NSTP/Yun Mikail
PENAMPANG: Sabah minta pengecualian daripada kerajaan Pusat berhubung cadangan penamatan subsidi telur ayam seperti diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, semalam. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata ini kerana Sabah bersama Sarawak adalah negeri yang memiliki jurang kemiskinan tinggi sekali gus memerlukan subsidi membabitkan barangan keperluan asas. "Tidak adil kalau subsidi yang baru terima ditarik semula sedangkan kita banyak sumbangan. Biarlah Sabah bersedia mempertingkatkan penghasilan dan keupayaan agar rakyat kita bukan lagi tergolong dalam kategori miskin tegar. "Oleh sebab itu, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah bercadang mewujudkan Pihak Berkuasa Pemasaran Pertanian Sabah untuk membantu rakyat kita.
"Kita sudah memulakan pusat-pusat pengumpulan hasil. Setakat ini sudah ada tujuh pusat pengumpulan dan kita bercadang untuk menambah lebih banyak daripada semasa ke semasa," katanya selepas merasmikan pejabat STAR Bahagian Moyog di sini, semalam. Semalam Mohamad dilaporkan berkata kementeriannya bakal mengkaji semula pemberian subsidi telur ayam bagi gred A, B dan C sekiranya bekalan kembali pulih dan stabil. Langkah berkenaan wajar dipertimbangkan, katanya, berdasarkan kejayaan penamatan subsidi ayam yang memberi penjimatan sebanyak RM100 juta sebulan. Sementara itu, Jeffrey yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) tidak menolak kemungkinan kerjasama antara parti politik boleh berlaku di negeri ini terutamanya ketika musim pilihan raya. "Dalam politik apa pun boleh berlaku dan kita tidak menutup kebarangkalian itu bila-bila masa. Kerjasama di saat akhir juga boleh berlaku tetapi saya harap tidak begitu. "Kebanyakan situasi ketika ini adalah provokasi dan propaganda yang kita lihat sebagai rancangan untuk melemahkan perpaduan di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS)," katanya. Jeffrey berkata demikian ketika mengulas mengenai wujudnya provokasi yang mahu STAR, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Warisan (Warisan) bergabung pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1308930/sabah-minta-pengecualian-penamatan-subsidi-telur
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai tak setuju, single duet Fazura dan Fattah tetap lancar hari ini
KUALA LUMPUR: Single Bertahan Demi Cinta hasil paduan suara Nur Fazura dan bekas suami, Fattah Amin tetap dilancarkan di semua platform digital hari ini seperti yang ditularkan meskipun mendapat reaksi negatif netizen. Menerusi kenyataan dikeluarkan bersama penerbit lagu, FAZURA Studios dan syarikat rakaman Indonesia, HITS Record memaklumkan pemilihan tarikh 10 Oktober untuk melancarkan single itu sudah ditetapkan lebih awal sejak beberapa bulan lalu. Mengulas lanjut, pemilihan tarikh 10 Oktober itu juga dibuat disebabkan keunikan angkanya. "Tarikh pelancaran rasmi lagu telah diputuskan secara bersama beberapa bulan lalu oleh FAZURA Studios dan HITS Record kerana keistimewaan tarikh 10 Oktober 2024 (10-10-2024).
"Ini juga selaras dengan pendekatan bersama yang diambil oleh kedua-dua syarikat semasa pelancaran lagu Tenang Diri nyanyian Ippo Hafiz pada tarikh istimewa 9 September 2024 (9-9-2024) lalu," kata kenyataan itu. Lagu yang turut mendapat sentuhan Ippo itu dirakamkan di Jakarta, Indonesia pada awal tahun ini disusuli dengan pembikinan video muzik lagu yang menjalani penggambaran di Yogyakarta, Indonesia pada Februari. Lagu Bertahan Demi Cinta turut dijadikan runut bunyi drama bersiri popular, Hero Seorang Cinderella 2 yang ditayangkan pada 17 Mac lalu. Menerusi kenyataan media sama, HITS Record turut menolak dakwaan lagu berkenaan ada kaitan dengan kisah perceraian pasangan selebriti popular itu. "Pelancaran lagu ini tiada kaitan dengan perkembangan terkini urusan peribadi Fazura. Kami tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak. "Kami juga ingin menegaskan bahawa kenyataan dikeluarkan oleh pengurus Fazura iaitu Iman Tang berhubung pemilihan tarikh pelancaran lagu ini adalah pendapat peribadi dan tidak mewakili kedua-dua syarikat. "Kami berpegang kepada perancangan yang dibuat lebih awal yang mana tiada sebarang pembabitan Iman Tang. "Diharapkan kenyataan ini memberikan pencerahan yang wajar kepada semua pihak," jelasnya. Spekulasi mengenai lagu Bertahan Demi Cinta timbul selepas syarikat rakaman Indonesia, HITS Record dilapor memuat naik video di Instagram (IG) memaklumkan pasangan itu bakal melancarkan single Bertahan Demi Cinta di semua platform penstriman digital pada 10 Oktober. Sehubungan itu, Tang yang dilaporkan mengakui tidak tahu menahu mengenai projek single itu menyelar tindakan berkenaan dengan menyifatkan tidak sensitif dan cuba menangguk di air keruh. Isnin lalu, Fattah melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh pada pukul 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari selepas tujuh tahun hidup sebagai suami kepada Fazura. Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/10/1308987/ramai-tak-setuju-single-duet-fazura-dan-fattah-tetap-lancar-hari
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
'Saya sudah tiada anak lelaki'
Norma, ibu kepada salah seorang pelajar UiTM Dungun yang maut kemalangan tidak dapat menahan sedih ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Dungun. (Foto kecil) Jamaludin. - NSTP/ GHAZALI KORI DUNGUN: "Saya dah tak ada anak lelaki selepas kedua-duanya meninggal dunia akibat kemalangan". Demikian kata Jamaludin Hussin, 53, bapa kepada Khairil Anwar, 20, seorang daripada tiga penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun yang maut dalam kemalangan di Kampung Sura Hujung, di sini, malam tadi. Selain Khairil Anwar, anak sulung Jamaludin, Muhammad Khairul Izzudin juga meninggal dunia selepas terbabit kemalangan jalan raya di Senawang, Negeri Sembilan tujuh tahun lalu. "Anak sulung saya dijemput Ilahi pada 3 Oktober 2017 dan kini anak bongsu (Khairil Anwar) pula pada 9 Oktober (semalam).
"Saya tak sangka kejadian menimpa anak sulung saya 'berulang' dan kali ini menimpa anak bongsu pula... kini, kedua-dua anak lelaki saya sudah tiada akibat kemalangan pada bulan yang sama," katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Dungun di sini hari ini. Terdahulu, media melaporkan tiga pelajar UiTM Dungun maut, manakala seorang parah selepas terbabit kemalangan di hadapan universiti berkenaan malam tadi. Dalam kemalangan kira-kira jam 7.20 malam, empat pelajar yang menunggang dua motosikal dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV yang dipandu seorang wanita. Selain Khairil Anwar yang juga penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, dua lagi yang terkorban adalah Ku Adib Aizab Ku Azmi, 20 dan Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, masing-masing penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan. Selain itu, rakan mereka, Mohd Ammar Danish Mohd Rodhuan, 20, parah. Dalam pada itu, Jamaludin berkata dia menerima panggilan daripada salah seorang kakitangan UiTM kira-kira jam 9 malam sebelum bergegas ke Dungun dan tiba jam 3.30 pagi. Katanya, kali terakhir dia dan isteri, Norma Mohammed Nor, 52, bertemu anak bongsu daripada lima beradik itu pada 6 Oktober lalu ketika menghantarnya ke Dungun untuk memulakan semester baharu. "Kami ke sini pada 4 Oktober dan balik ke Ampang pada 6 Oktober lalu dan memang terkejut apabila menerima berita ini," katanya. Jenazah Khairil Anwar dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1308940/saya-sudah-tiada-anak-lelaki
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
'Dia berpaut pada leher saya, namun terlucut akibat arus deras dan terus tenggelam...'
Penduduk kampung melihat operasi dilakukan PPDA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan di pintu air Pangkal Kalong, Kok Lanas.NSTP/ Nor Amalina Alias
KOTA BHARU: "Muhammad Aqif sempat berpaut pada leher saya, namun terlucut akibat arus deras sebelum dia tenggelam dan saya hanya sempat selamatkan seorang lagi rakan yang hampir lemas," kata Shahiran Aidil Shamsuri, 14, dari Kampung Lubuk Besar di sini. Dalam kejadian di pintu air Pangkal Kalong, Kok Lanas, pada jam 4.30 petang semalam, Shahiran Aidil dan dua pelajar Tingkatan Satu yang mandi-manda di situ terselamat, manakala Muhammad Aqif Aisar Azrie Faisal, 13, masih hilang apabila arus tiba-tiba menjadi kuat yang menyebabkan semua mereka hampir lemas. Shahiran Aidil berkata, kejadian berlaku sangat pantas apabila air yang tenang di situ berubah menjadi deras yang menyebabkan mereka berusaha menyelamatkan diri berenang ke tepi sungai. "Ketika itu, Muhammad Aqif sempat berpaut pada leher saya sebelum terlucut dan dia terus tenggelam, manakala seorang lagi rakan memegang badan saya.
"Kami terus berenang ke tepi sungai dan kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada orang kampung yang datang membantu mencari mangsa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, hari ini. Dalam kejadian semalam, Muhammad Aqif yang juga pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pangkal Kalong dilaporkan hilang selepas mandi di pintu air yang berkedalaman hampir enam meter. Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa masih diteruskan dan kawasan kejadian dikerumuni penduduk kampung yang turut menyaksikan operasi SAR mangsa seawal jam 7 pagi tadi. Shahiran Aidil berkata, sehari sebelum kejadian itu, mereka mandi di lokasi sama, tetapi Muhammad Aqif hanya memerhatikan mereka dari tepi sungai. Katanya, dia tidak menyangka kejadian air menjadi deras petang semalam yang menyebabkan tiga rakannya termasuk mangsa yang tidak pandai berenang panik untuk menyelamatkan diri. Sementara itu, ibu mangsa, Nurafidah Mohd Yusuf, 31, berkata semalam adalah kali pertama anaknya meminta izin pulang ke sekolah bersama rakan baiknya yang dikenali sebagai Mamat. Katanya, sebelum ini dia atau bapa saudara akan mengambil Muhammad Aqif pulang sekolah dan dihantar ke rumah neneknya, Zaiton Awang Hamat,57, di Kampung Lubuk Besar, manakala rumah mereka di Kok Lanas. "Selepas balik kerja petang semalam, saya singgah di rumah emak dan berjumpa Muhammad Aqif di tangga rumah, tetapi dia tidak memaklumkan mahu keluar mandi bersama rakannya. "Sebab itu saya terkejut menerima berita pada jam 5 petang memaklumkan dia hilang dalam arus deras di pintu air Pangkal Kalong Kok Lanas," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1308932/dia-berpaut-pada-leher-saya-namun-terlucut-akibat-arus-deras-dan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PDRM siasat dakwaan anggota merokok di kedai makan
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti hantaran di media sosial berhubung anggota didakwa merokok di kedai makan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pihaknya sedang mengenal pasti butiran lanjut termasuk bila kejadian terbabit berlaku. "Kita perlu periksa kejadian itu baru berlaku atau ia gambar lama yang ditularkan. "Sekiranya ia (merokok di kedai makan) kejadian baru, kita akan mengesan mereka yang terlibat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Razarudin turut memberi amaran kepada semua warga PDRM untuk tidak melanggar undang-undang ditetapkan. "Tindakan disiplin boleh dikenakan sekiranya anggota dan pegawai dikesan melanggar peraturan ditetapkan (merokok di kawasan larangan). "Penyelia juga boleh diambil tindakan di bawah Peraturan 3C Peraturan – Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan &Tatatertib) 1993 sekiranya anggota bawahan mereka melakukan perkara sebegitu," katanya. Beliau turut mengingatkan anggota dan pegawai polis perlu menunjukkan teladan yang baik tanpa merosakkan imej PDRM. Terdahulu, tular di laman X menunjukkan dua anggota polis dilihat duduk di meja makan di tepi jalan sambil memegang rokok. Selain itu, beberapa pengguna turut berkongsi gambar menunjukkan beberapa anggota merokok di kedai makan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1308884/pdrm-siasat-dakwaan-anggota-merokok-di-kedai-makan
|
|
|
|
|
|
|
|
Banjir: Jumlah mangsa di Kedah, Perlis meningkat pagi ini
Anggota polis membantu memindahkan mangsa banjir ke PPS di Bukit Hijau, Derang di Pokok Sena selepas kawasan itu dilanda banjir semalam. - Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Perlis meningkat pagi ini, manakala di Johor dan Perak menunjukkan sedikit penurunan. Di KEDAH, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 3,503 orang daripada 1,141 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 2,771 orang daripada 924 keluarga malam tadi. Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain dalam kenyataannya memaklumkan bahawa semua mangsa ditempatkan di 23 pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, dan Pendang. Daerah Kubang Pasu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,324 orang daripada 459 keluarga di sembilan PPS, diikuti Kota Setar iaitu 1,197 orang daripada 373 keluarga di lapan PPS, Pokok Sena melibatkan 549 orang daripada 195 keluarga di empat PPS dan Pendang merekodkan 433 orang daripada 114 keluarga di dua PPS.
Di PERLIS, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 773 orang daripada 245 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 696 mangsa daripada 208 keluarga pada sebelah malam tadi. Pengarah APM Perlis, Leftenan Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud, berkata semua mangsa kini berada di enam pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sena, SK Bintong dan Kolej Vokasional Kangar di Kangar serta SK Kubang Gajah, SK Guar Nangka dan SK Arau di Arau. "Antara kampung terjejas banjir ini ialah Kampung Tok Kandang, Kampung Bakau, Kampung Belanga Pudak, Kampung Repoh di Kangar manakala Kampung Kubang Gajah, Kampung Gial, Kampung Banggol Sena, Kampung Banat dan Kampung Behor Gelam di Arau," katanya dalam kenyataan hari ini. Sementara itu, di JOHOR, jumlah mangsa menurun kepada 111 orang daripada 30 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 150 mangsa daripada 42 keluarga pada malam tadi. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata semua mangsa masih ditempatkan di empat PPS di tiga daerah terjejas akibat bencana itu. "Dua PPS yang masih dibuka di Pontian adalah SK Seri Anom dan SK Parit Markom manakala masing-masing satu di SK Sungai Linau, Kluang serta SK Seri Bunut di Batu Pahat," katanya dalam kenyataan dan turut memaklumkan Sungai Sembrong di Parit Batu 2 Sembrong, Batu Pahat berada pada paras amaran. Di PERAK, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir pagi ini menurun sedikit kepada 136 orang daripada 40 keluarga berbanding 137 orang daripada 40 keluarga di dua PPS di daerah Kerian, malam tadi. "Seramai 71 orang daripada 20 keluarga berlindung di PPS SK Changkat Lobak, manakala di PPS SK Parit Haji Aman, Bagan Serai menempatkan 65 orang daripada 20 keluarga," menurut sekretariat itu. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1308915/banjir-jumlah-mangsa-di-kedah-perlis-meningkat-pagi-ini
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tinjauan air melimpah di jalan raya di Persiaran Jubli Emas, Jejawi disebabkan banyak saluran longkang dan parit yang tersumbat, semalam. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir
|
|
|
|
|
|
|
|
Everything that’s broken was beautiful at one time. And our mistakes make us better people. – Jamie Hoang
|
|
|
|
|
|
|
|
I can’t change the direction of the wind, but I can adjust my sails to always reach my destination. – Jimmy Dean
|
|
|
|
|
|
|
|
No matter what you’re going through, there’s a light at the end of the tunnel. – Unknown
|
|
|
|
|
|
|
|
Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving. – Albert Einstein
|
|
|
|
|
|
|
|
Nothing is impossible. The word itself says: ‘I’m possible!’ – Audrey Hepburn
|
|
|
|
|
|
|
|
You can, you should, and if you’re brave enough to start, you will. Stephen King
|
|
|
|
|
|
|
|
Small steps motivate. Big steps overwhelm. Maxime Lagacé
|
|
|
|
|
|
|
|
The first step is you have to say that you can. Will Smith
|
|
|
|
|
|
|
|
I am thankful to all who said no to me. It is because of them that I’m doing it myself. Albert Einstein
|
|
|
|
|
|
|
|
A problem is a chance for you to do your best. Duke Ellington
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|