CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

Apa logiknya gaji pembantu rumah RM700?

  [Copy link]
Post time 22-3-2012 01:14 AM | Show all posts
dari kecik sampai last year i pakai maid.tahun ni tak dah sebab rasanya rumah lagi aman dan lapang bila takda orang luar tapi gaji rm700 1 keje ni tak munasabah.kesian jugak pada orang yang memerlukan maid.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2012 10:13 AM | Show all posts
dari kecik sampai last year i pakai maid.tahun ni tak dah sebab rasanya rumah lagi aman dan lapang b ...
whiteroses77 Post at 22-3-2012 01:14



me too...dah lebih setahun maidless
till now rasa serik nak amik maid Indon
trauma sangat rasanya
sesak dada, sesak kepala
dengan perangai macam2 dorang
dari 11 orang maid yang penah amik (2 Siam, 9 Indo)
hanya sorang je yg boleh bagi thumb up
tu pun temp maid
tapi yg lain2, nan hado

the point is
gaji RM700 for one task mmg very2 ridiculous
meaning kalo task jaga anak,kemas rumah, masak=RM2100 sebulan untuk 3 bibik
belum lagi masuk 3 kali ganda kos untuk sediakan bilik tido, makan,toiletries segala
dan 3 kali ganda sesak dada pening kepala dengan kerenah dorang

rather be maidless kalo camtuh
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 10:14 AM | Show all posts
    X Mrsm? Wat malu mrsm je... Ader ke indon yg msk mrsm? Zaman aku dulu xder... Tp, cara pemikiran n percakaPan cam bukan....
nurryn Post at 21-3-2012 23:26



oh plissssss....
nurryn...u caya ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 11:01 AM | Show all posts
oh plissssss....
nurryn...u caya ke?
ummi_ina Post at 22-3-2012 10:14



    Sebesar zarah pon aku x Cayer...
Tgk cara penulisan dier pon aku dh taw.... :p
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 11:03 AM | Show all posts
mak i mmg suka ambik maid indon..asal lari/berhenti je ambik baru berganti2..tugas utk buat keje rumah je sbb rumah besar n mak keje..masak2 makan minum semua mak yg buat..tapi malam2 ada tugas khas utk maid..setiap malam mesti kena urut mak..urut satu badan..mak i mmg suka urut-urut ni....

semua nya ok je...hinggalah ke satu maid ni,umur awal 40-an...mmg tiap2 mlm dia akan urut mak i..lama2 maid ni dah mcm suka2 kat mak i..pastu mcm benci/tak suka kat abah i...kalau abah tanya apa2 pun dia buat bodoh je siap buat2 muka..

satu hari tu maid ni ajak mak i masuk bilik..siap melambai2 manja...mak i buat bodoh je ingat dia main2...lepas tu dia peluk mak i,mak i lari,maid tu kejar keliling rumah...sambil cakap saya suka sama kakak ulang2 kali...mak i lari keluar rumah minta tolong dari jiran...

pastu maid tu merepek2 la suka sama kakak (maid tu panggil mak i kakak)...xboleh berpisah...asyik rindu sama kakak...abah i pun panggil ustaz berubat maid tu,rupanya maid tu ada saka,n saka dia yg suka kat mak i n nk ubah tuan..waktu berubat tu maid tu siap bergaduh gaduh dgn ustaz..kejar2 nak pukul ustaz tu..ustaz pun lari keliling ruang tamu umah sampai last2 maid tu pengsan terjelepok atas sofa..

maid tu dah diberhentikan..waktu mula2 berhenti pun dia duk call mak i ckp rindula,sayang la..scary n lawak jugak..skang mak i ambik maid pilipin pulak..tapi dtg 2kali seminggu je utk kemas rumah
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 11:07 AM | Show all posts
Sebesar zarah pon aku x Cayer...
Tgk cara penulisan dier pon aku dh taw.... :p
nurryn Post at 22-3-2012 11:01


hehe tu la pasal
auta sana sini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2012 11:09 AM | Show all posts
mak i mmg suka ambik maid indon..asal lari/berhenti je ambik baru berganti2..tugas utk buat keje rum ...
pumpkingirl Post at 22-3-2012 11:03


ewww...ngeri amatttttt
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 11:32 AM | Show all posts
Indonesia: KL setuju satu tugas, gaji RM700
RUZY ADILA IDRIS
22 Mac 2012

KUALA LUMPUR - Dasar seorang pembantu rumah satu tugas dengan bayaran gaji minimum RM700 sebulan telah dipersetujui oleh Malaysia pada mesyuarat Pasukan Petugas Bersama di Putrajaya awal Januari lalu, demikian dakwa pegawai Kedutaan Indonesia, hari ini.

Sehubungan itu menurut Menteri Penasihat Kedutaan Indonesia, Suryana Sastradiredja, tidak timbul soal pihaknya melaksanakan sesuatu di luar kandungan memorandum persefahaman (MoU) dan perkara yang dipersetujui oleh Malaysia dan Indonesia tahun lalu.

Pasukan Petugas Bersama dibentuk bagi membincangkan perincian MoU yang ditandatangani pada 30 Mei 2011.

Pada mesyuarat 10 Januari lalu, kata Suryana, pasukan tersebut telah mencapai persetujuan iaitu tugas pembantu rumah merangkumi empat jenis latihan yang ditawarkan iaitu pembantu rumah, pengasuh, penjaga orang tua dan memasak.

"Di mana majikan Malaysia hanya boleh pilih satu bidang tugas.

"Jika majikan memerlukan pembantu rumah membuat tugas tambahan, mereka perlu membuat perjanjian dan bersetuju dengan bayaran tambahan yang dipersetujui bersama (oleh majikan dan pembantu rumah),” kata beliau kepada Sinar Harian Online dalam satu pertemuan semalam.

Mengulas mengenai reaksi pemimpin negara ini yang menegaskan, Malaysia tidak pernah bersetuju dengan peruntukan itu, Suryana berkata, beliau sendiri tidak faham dengan perkembangan.

Katanya, kemungkinan wakil Malaysia dalam pasukan petugas itu tidak memaklumkan perkara yang dipersetujui kepada pemimpin mereka termasuk menteri.

"Sedangkan pada mesyuarat Pasukan Petugas Khas itu terdapat wakil antara kedua-dua negara dan mereka juga maklum mengenai persetujuan itu," katanya.

Minggu lalu, Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman berkata, gaji minimun RM700 akan dibayar kepada pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Malaysia.

Reyna juga dilapor berkata, amah terbabit hanya akan melakukan satu tugas khusus sama ada sebagai tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah.

Reyna mengetuai Pasukan Petugas Khas di pihak Indonesia.

Kenyataan beliau itu mencetuskan polemik dengan Malaysia mempertahankan bahawa akan berpegang pada kandungan MoU yang dipersetujui bersama tahun lalu.

Malah, Malaysia menegaskan soal gaji minimum RM700 dan satu tugas tidak pernah dipersetujui, dan tidak timbul.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula melahirkan kemusykilan beliau terhadap tindakan Indonesia menetapkan peraturan baru, antara lain memperuntukkan mereka hanya akan melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700.

Kata Najib, peraturan baru yang diumumkan Reyna "tidak munasabah langsung."

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam pula berkata, terpulang kepada Indonesia mahu menghormati atau tidak MoU berkenaan,

Beliau menegaskan, kementeriannya tidak akan berbincang atau merangka semula MoU yang sudah dipersetujui oleh kedua-dua Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia, tahun lalu.

Menjelaskan isu ini, Suryana berkata, antara perkara lain yang dipersetujui ialah gaji minimun RM700 untuk satu pengkhususan tugas, pasport dipegang sendiri oleh pembantu rumah, satu hari kelepasan kerja (tidak kira hari, bergantung pada persetujuan bersama antara majikan dan pembantu rumah) serta majikan perlu membuka akaun bank untuk rekod pembayaran gaji.

Menurut beliau lagi, langkah itu diambil memandangkan sebelum ini tugas sebenar pembantu rumah tidak mempunyai justifikasi yang jelas, sehingga timbul beberapa masalah termasuk penderaan terhadap pembantu rumah yang gagal memenuhi kehendak majikannya, dan kes lari rumah kerana mereka tidak tahan bebanan kerja yang banyak.

“Sedangkan, tugas sebenar pembantu rumah ialah menguruskan kerja-kerja di rumah seperti mengemas, membasuh baju, menyapu, mengelap lantai dan mengosok pakaian.

"Namun, tugas mengasuh anak ataupun warga tua ialah satu bidang tugas lain kerana kedua-duanya melibatkan nyawa manusia.

“Adalah mustahil untuk mereka melakukan semua tugas itu dalam satu masa kerana tugas menguruskan manusia ini memerlukan kemahiran yang tinggi terutama mengasuh anak, khususnya bayi yang memerlukan kemahiran tertentu dan mereka bukan ‘superwoman’.

“Misalnya menjaga orang tua yang sakit memerlukan perhatian menyeluruh termasuk membersihkan diri warga tua dan memberi ubat ataupun suntikan... jika mereka dibebani dengan urusan tugas yang lain, boleh menimbulkan masalah di kemudian hari,” jelas Suryana.

Sehubungan itu, bagi memastikan bekalan tenaga kerja yang dihantar ke Malaysia benar-benar berkemahiran dalam bidang pengkhususan ini, maka sebab itulah kerajaan Indonesia mewajibkan mereka untuk menjalani latihan selama 200 jam.

Indonesia sebelum ini melaksanakan pembekuan sementara penghantaran pembantu rumahnya ke Malaysia berikutan beberapa kejadian penderaan.

Pembekuan sementara itu ditarik balik pada 1 Disember lepas, susulan kesepakatan yang dicapai Najib dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dalam pertemuan di Lombok, Nusa Tenggara Barat pada Oktober dan di Bali November lalu.

Indonesia sepatutnya memulakan penghantaran pembantu rumah ke negara ini mulai bulan ini. Bagaimanapun dianjak ke bulan depan.

Ditanya jika rakyat Malaysia menolak untuk mengambil khidmat pembantu rumah dari Indonesia, Suryana menegaskan, rakyat Indonesia sendiri jika mereka sudah mempunyai kemahiran yang tinggi, pasti tidak akan memilih negara ini untuk bekerja.

"Mereka pastinya akan memilih untuk bekerja di negara lain seperti Hong Kong, Singapura ataupun Arab Saudi yang menawarkan gaji yang jauh lebih tinggi berbanding di sini," katanya lagi.

source:
http://www.sinarharian.com.my/na ... -gaji-rm700-1.34164
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2012 11:40 AM | Show all posts
"Mereka pastinya akan memilih untuk bekerja di negara lain seperti Hong Kong, Singapura ataupun Arab Saudi yang menawarkan gaji yang jauh lebih tinggi berbanding di sini," katanya lagi..
lipans Post at 22-3-2012 11:32


bukan ke Arab dah banned maid from Indon nih?
isk payah le kalo asek belit2 cakap...mmg payah nak caya le dorang nih
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 11:42 AM | Show all posts
"Ditanya jika rakyat Malaysia menolak untuk mengambil khidmat pembantu rumah dari Indonesia, Suryana menegaskan, rakyat Indonesia sendiri jika mereka sudah mempunyai kemahiran yang tinggi, pasti tidak akan memilih negara ini untuk bekerja.

"Mereka pastinya akan memilih untuk bekerja di negara lain seperti Hong Kong, Singapura ataupun Arab Saudi yang menawarkan gaji yang jauh lebih tinggi berbanding di sini," katanya lagi."

p/s: nampak sangat Malaysia nie hanya pembantu umah yg kelas ke-3 dihantar kalau tengok pada statement nie.....lambakan mereka yang bermasalah je laa malaysia nie....tu yg banyak berlaku macam-macam hal......
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 11:57 AM | Show all posts
Indonesia tarik balik satu amah, satu tugas
Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI
[email protected]

KUALA LUMPUR – Semua amah dari Indonesia yang bakal dihantar bekerja di negara ini tidak lagi terikat dengan tuntutan hanya melakukan satu tugas khusus dalam empat bidang iaitu mengemas rumah, memasak, mengasuh bayi dan menjaga orang tua seperti yang dituntut oleh republik tersebut sebelum ini.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S. Subramaniam dengan menyatakan, kerajaan Indonesia telah membatalkan tuntutan syarat pembantu rumah dari negara itu hanya melakukan satu tugas khusus serta tuntutan upah tambahan jika bekerja pada hari cuti mingguan.

“Pembantu rumah Indonesia akan menjalankan tugas seperti biasa seperti mengurus rumah, memasak, mengasuh bayi atau menjaga orang tua dan bukan terikat dengan satu tugas khusus seperti yang diusulkan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia sebelum ini.

“Mengenai gaji pula, memorandum persefahaman (MoU) yang dipersetujui antara kedua-dua negara berhubung pengambilan amah dari Indonesia pada Mei 2011 tidak menetapkan gaji minimum sebaliknya terpulang kepada budi bicara majikan,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Menurut Subramaniam, penarikan balik tuntutan bahawa amah dari Indonesia tidak lagi terikat hanya pada satu tugas itu diberitahu oleh rakan sejawatnya dari Indonesia iaitu Dr. Reyna Usman melalui telefon kelmarin yang menyatakan tuntutan itu sebenarnya dibuat oleh kementerian lain.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


DAH... JGN GADUH2 LG..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 12:09 PM | Show all posts
haha....padan muka bila org tak layan, tau plak tarik balik arahan pigi dahh!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 12:19 PM | Show all posts
Reply 651# akuMNdia

bagus la macam ni..i tak tau la bangsa lain tapi kalau kebanyakan melayu ni,tak kejam pun kat maid,jarang sangat.so tak fair untuk diorang.
kalau gaji rm700 1 keje ni,bukan sebab mampu tak mampu tapi tak munasabah..macam mkn kat gerai yang takde speciality,order nasi goreng tiba2 kena bayar rm6.00,bukan tak mampu bayar tapi harga tak logic.so isu maid ni,bukan soal kau mampu kau ambik maid,tak mampu tak payah ambik bila gaji rm700 1 keje.tu tak selesaikan masalah pun.mat rempit boleh la cakap macam tu.kena la jadi pengguna yang bijak,dalam soal ni,kena jadi majikan yang bijak.kodus to government,im sure 2 negara boleh dapat benefit..soal lambakan orang indon kat malaysia ni,jarang satu2 negara ada situasi yang perfect..we lose some,we gain some.orang malaysia taknak jadi maid so majikan yang middle class ni terpaksa ambik indonesia yang lebih murah & ramai yang islam.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 01:17 PM | Show all posts
"Ditanya jika rakyat Malaysia menolak untuk mengambil khidmat pembantu rumah dari Indonesia, Suryana ...
gaara_X Post at 22-3-2012 11:42


mmg... yg dtg cni kn pernah kuar paper... Gred D... dh nk failed dh tu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 01:21 PM | Show all posts
Indonesia tarik balik satu amah, satu tugas
Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI


KUALA LUMPUR – Semua a ...
akuMNdia Post at 22-3-2012 11:57


dh namanyer indon... mmg pandai amik kesempatan..
dier test market jer tu... once PAPA suggest x pyh la amik maid indon dh... baru la kelamkabut... warkakakaka..
trpaksa la tarik blk... gaji minimum pon dh xder..
baru diorg sedar, org malaysia xder la hadap sgt ngn indon2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 01:28 PM | Show all posts
nak 700????????? porah tulll...kazen aku baru amik maid last week selase..tup ahad pagi dah ilangg....passport semua majikan pegang..dio leh lari camtu jo....pastu lak yg pelikkkk , kazen aku bukan dok kl..tu ha raub tu...tempat kocik..tu pun leh lari...
pastu semalam, try call bani lak angkat phone..ckp dio dah ade kat port klang...ish...apa lagi buat report laaaaaaa...................
ni lagiiiiii nak 700..tu ko tak tgk kan...mmg baghal....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2012 01:42 PM | Show all posts
dh namanyer indon... mmg pandai amik kesempatan..
dier test market jer tu... once PAPA suggest  ...
nurryn Post at 22-3-2012 13:21



   haah... nampak sangat depa ni main main ....... wake up laaaaa subramanniam.......
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 02:44 PM | Show all posts
baru baca thread ni, bengang dgn sichanga bengong tu...wakaka...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 02:54 PM | Show all posts
Published: Khamis Mac 22, 2012 MYT 1:12:00 PM

Batal Satu Amah Satu Tugas: Majikan Lega - Mama
Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB

PETALING JAYA: Persatuan Majikan Amah Malaysia (Mama) menyambut baik keputusan kerajaan Indonesia membatalkan tuntutan syarat pembantu rumah dari negara itu yang hanya melakukan satu tugas khusus.

Presiden Mama, Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein berkata, berita gembira itu memberi kelegaan kepada para majikan di negara ini yang benar-benar mahu menggaji pembantu rumah dari Indonesia.

揔ita (majikan) sememangnya menentang sekeras-kerasnya mengenai pembantu rumah Indonesia yang akan dihantar hanya melakukan satu tugas khus kerana ia hanya membebankan majikan.

"Kita tidak nafikan pembantu rumah Indonesia merupakan salah satu keperluan.

揝elepas ini, diharapkan majikan tidak perlu bimbang dan keliru lagi. Keputusan untuk menetapkan amah hanya melakukan satu tugas sudah ditarik balik,
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 03:05 PM | Show all posts
alah org indon pun gelabah mana mau campak rakyat diorang...
org mesia jelaah baik sudi kutip puak2 ni...
lagi 10thn bolehlah diorang bikin banglo kat sini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.077777 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list