CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

[Tempatan] 7.1.14 - UPDATE Kes Sri Wani selesai !_Post 833#

  [Copy link]
Post time 13-4-2012 10:07 AM | Show all posts
kedai dia kat jj au ek...yg dekat atm machine byk2 tu ke...sebelah2 dgn corway ke amway tah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2012 02:59 PM | Show all posts
Sri Wani takut keluar rumah

13 April 2012                    


        KUALA LUMPUR – Pengusaha produk kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, dia tidak menyerahkan afidavit injunksi kepada peguam kerana takut keluar rumah.


        Dia berkata demikian­ ketika disoal Hakim Syarie, Abdul Walid Abu, berkenaan­ kegagalannya untuk menyerahkan afidavit itu seperti ditetapkan.

        Menurutnya, sejak status jantinanya yang dipertikai suami diketahui umum, dia bukan sahaja menjadi buruan media, malah ada individu tidak dikenali turut mengganggunya.

        “Saya terpaksa sembunyi di rumah,” katanya. Dia tidak diwakili peguam.

        Dalam pada itu, Sri Wani memberitahu mahkamah, dia memerlukan sedikit masa lagi untuk membuat pindaan afidavit sebelum diserahkan kepada peguam Muhammad Hafiz Ab Rashid.

        “Sebelum ini, peguam ada datang jumpa saya untuk selesai kes cara baik. Tapi saya takut saya diperangkap. Saya nak masukkan beberapa perkara baru dalam afidavit ini,” katanya.

        Muhammad Hafiz tidak membantah permohonan Sri Wani, namun memohon afidavit asal turut diserahkan kepadanya bersama afidavit baru sebagai rujukan.

        Mahkamah menetapkan tempoh seminggu kepada Sri Wani untuk melengkapkan afidavit diikuti 14 hari tempoh kepada Muhammad Hafiz untuk memfailkan jawapan.

        Kes ditetapkan untuk perbicaraan bermula 17 Mei ini.

        Sri Wani, 37, menjadi tarikan umum apabila suaminya, bekas dekan universiti, Bahrom Sunagi, 61, memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan kerana mendakwa dia lelaki.

        Bahrom turut memohon mahkamah memerintahkan ujian deoksiribonukleik (DNA) dijalankan bagi mengesahkan jantina isteri ketiganya itu, yang dinikahi pada 19 Ogos 2009.

        Susulan itu, Sri Wani memfailkan bantahan awal dengan alasan dia dianiaya.

        Sri Wani turut memfailkan injunksi ‘ex parte’ (sebelah pihak) terhadap dua madunya agar tidak mengganggu dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

        Keputusan mengenai permohonan DNA itu akan diumumkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 23 April ini.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 03:09 PM | Show all posts



gambar nmpk lain dgn skrg.

mgkin skrg dh tembam, gemuk skiet..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 04:06 PM | Show all posts
...nak kena tanya Prof. ni sedap tak rasanya menutoh apek cina sepet....
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 04:15 PM | Show all posts
nampaknya  kena  tunggu  ujian  DNA  jugak  la  baru  tau  jawapan  nya....
harapkan   cer  ye  ...
hani2103 Post at 12-4-2012 09:25


betul betul.. sbb mak sedara dia chinese, so mmg takleh ckp caya dia.. lain la kalau mak sedara dia melayu tulen, mmg kite leh caya ckp dia 100% cos melayu mana penah tipu kan.. sll jujur spjg masa
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 04:15 PM | Show all posts
kasihan nya sri wani nie.. laki sendiri pertikaikan kejantinaan beliau.. sampai masuk media bagai.. tujuan ape yer? nak malukan bini ker?? if terbukti sri wani nie perempuan, jgn terima balik jantan mcm nie.. adessss... serupa jimmy shanley daaa.. pastuh sendiri gila talak.. bodooo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2012 04:34 PM | Show all posts
cantik si wani neh
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 04:46 PM | Show all posts
Aku ttp rase die laki...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2012 04:51 PM | Show all posts
Takut jd mcm pondan kt terengganu tu,bunuh diri sb x dpt tukar ic pompusn,tertekan..tu pon muke cam pompuan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2012 07:36 PM | Show all posts

SRI WANI (kiri) berjalan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur di samping seorang lelaki semalam.

Sri Wani mula rasa terancam
Oleh WAZIHA WAHID


KUALA LUMPUR – Kemelut yang dialami isteri ketiga bekas dekan di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Sri Wani Choo Abdullah berhubung dakwaan mengatakan dia sebenarnya seorang lelaki  membuatkan pengusaha butik kecantikan itu berasa dirinya terancam dan dalam bahaya.

Menurut Sri Wani, dakwaan yang tidak berasas itu telah mendorong pendedahan keterlaluan oleh media mengenai tuduhan tersebut minggu lalu.

Sehubungan itu, wanita tersebut telah membuat laporan polis ekoran tidak tahan dengan gangguan-gangguan berkenaan yang dianggap telah menyekat kebebasan dirinya.

“Saya diekori pihak tertentu sehingga saya tidak boleh keluar (rumah),” kata Sri Wani kepada Hakim Abdul Walid Abu Hassan berhubung kegagalan memasukkan bukti dakwaan fitnah madunya dalam afidavit injunksi ex parte (sebelah pihak) di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 11:30 PM | Show all posts
Pelik tol...dlm kes berjalan setahun,susah sgt ke nk buktikan kewanitaan sri wani ni?kenape lame sgt nk buktikan?doctor pon takkan x reti? Sooooo fishy kan? Klw laki aku tuduh aku jantan esok tu aku bole buktikan aku pompuan. ?.errrt sb aku da branak hihihi...adala rahim kan..jantan afa rahim ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 11:34 PM | Show all posts
gambar nmpk lain dgn skrg.

mgkin skrg dh tembam, gemuk skiet..
batmana Post at 13-4-2012 15:09


aku ada jenjalan depan kedai dia... nampak dia tgh melayan one elderly couple. aku nak ushar lebih2 takut obvious sgt pulak. tp dr luar tu mmg nampak jugak la sesuatu.

badan dia frame besar la.. dia pompuan ke lelaki aku tak berani nak komen.. yg pasti dr jauh dia nampak macam pompuan yg dah cocok2 muka la.. muka tak original. pipi tembam bak kueh apam gitu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 11:47 AM | Show all posts
Kes Sri Wani: Keperluan pemeriksaan jantina diketahui 26 Jun

KHALILAH GUSTI HASSAN
                                                                                                                23 April 2012                    

        KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Syariah menetapkan 26 Jun ini untuk memberi keputusan sama ada pengusaha kosmetik, Sri Wani Abdullah perlu menjalani pemeriksaan jantina atau tidak.

        AKAN MENYUSUL
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 11:50 AM | Show all posts
Kes Sri Wani: Keperluan pemeriksaan jantina diketahui 26 Jun

KHALILAH GUSTI HASSAN
              ...
tongkatwaran75 Post at 23-4-2012 11:47



    tak yah tunggu keputusan mahkamah le...buat terus ni kan pasal maruah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 12:04 PM | Show all posts
badan dia frame besar la.. dia pompuan ke lelaki aku tak berani nak komen.. yg pasti dr jauh dia nampak macam pompuan yg dah cocok2 muka la.. muka tak original. pipi tembam bak kueh apam gitu
Delifrance Post at 17-4-2012 23:34



    ko jln sorg2 ek.. meh ajak aku jln same2, kite sergah berjemaah kejap...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2012 01:40 AM | Show all posts
Keputusan DNA Sri Wani tangguh
Oleh WAZIHA WAHID




KUALA LUMPUR - Bekas dekan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mengesyaki isteri ketiganya seorang lelaki terpaksa menunggu sehingga 19 Jun depan untuk mendapatkan keputusan berhubung perintah menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan jantina Sri Wani Choo Abdullah.

Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Nurul Wazeera Ahmad Dahlan menetapkan tarikh tersebut di kamarnya semalam di hadapan Sri Wani, 37, dan peguam yang baru dilantik, Boestamam Ahmad.

Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan yang mendengar kes itu sepatutnya membuat keputusan terhadap permohonan Profesor Dr. Bahrom Sanugi, 61, namun prosiding ditangguhkan kerana dia mempunyai urusan rasmi di Labuan, Sabah.

Namun peguam syarie, Muhammad Hafiz Ab. Rashid yang mewakili pemohon dalam kes permohonan faraq ini tidak hadir begitu juga anak guamnya selepas dimaklumkan terlebih dahulu akan penangguhan tersebut.

Sri Wani yang ditemui media selepas penetapan tarikh tersebut berkata, dia hanya menyerahkan segala-galanya kepada peguam yang dilantik.

Pengusaha butik kecantikan itu mengahwini Bahrom, mantan Dekan Fakulti Penyelidikan dan Inovasi USIM di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2012 02:08 AM | Show all posts
Keputusan DNA Sri Wani tangguh
Oleh WAZIHA WAHID




KUALA LUMPUR - Bekas dekan Universiti Sai ...
tongkatwaran75 Post at 24-4-2012 01:40

nampak sgt dia mengelak
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 02:09 AM | Show all posts
kalau suami sangsi pd seksualiti isteri pasti ada kena mengena dengan fizikal, bukan semata2 sbb surat beranak tertulis lelaki...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 10:05 AM | Show all posts
Sila la pergi salon dia.. Dia baik sangat... Memang kali pertama pergi akan rasa dia cam sesuatu.. Mungkin sebab body dia dgn muka ala2 cucuk botox dia tu.. Tapi dia baik.. Dia kata kalo dia menang kes, dia nak buka kedai satu hari barang2 percuma... customer datang dan ambik jer.. Satu hari sahaja yer.. Jadi marilah berdoa agar dia menang kes.. Ekekekeke!
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 10:10 AM | Show all posts
Sila la pergi salon dia.. Dia baik sangat... Memang kali pertama pergi akan rasa dia cam sesuatu.. M ...
blinkazwa Post at 24-4-2012 10:05



   bia btl wa..ermm if die nk bg free ko pm la ak yer..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.069448 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list