Datin Haryati baru sahaja selesai membaca doa ringkas selepas solat apabila telefon bimbitnya berbunyi. Dia segera bangun lalu menuju ke arah meja soleknya. Telefon bimbit yang menjerit-jerit minta di jawab segera di capai.
“Sue…” Datin Haryati berkata sendirian.
“Assalamualaikum Sue…” Datin Haryati memberi salam.
“Waalaikummusalam. You tengah buat apa?” Terdengar suara di hujung talian bersuara.
“Baru lepas solat Isya’” Datin Haryati menjawab.
“I menggangu ke?”
“Eh, tak adalah. Ada apa-apa ke?”
“Sebab ada apa-apalah I call. Kalau tak, I tak call” Datin Haryati tertawa kecil.
“Ha…cakaplah”
“Ni, I nak beritahu you. Tadikan, Fifi datang buat check up. Datang dengan husband dia. Boleh tahan juga menantu you tu kan?” Datin Haryati ketawa lagi. Sikap sahabat baiknya, Dr. Suhaila dari dulu hingga sekarang tidak berubah. Masih suka bergossip gaya makcik-makcik walaupun telah bergelar doktor. Tapi, itu hanya dengan Datin Haryati sahaja. Di depan pesakit atau pun orang lain, sikap professionalnya sebagai seorang doktor sakit puan tetap di jaga.
“You ni kenapa? Tiba-tiba nak bergossip pasal menantu I pulak?”
“Saja. Eh, kelakar tau I tengok dia. Macam malu-malu masa I check Fifi tadi. Padahal, Fifi tu kan wife dia” Datin Haryati tersenyum lagi.
“Fifi dengan Fandi tak sebilik, Sue. Agaknya, sebab itu si Fandi macam malu-malu”
“Oh..kisahnya. Kenapa?”
“Ala..you tahulah perangai si Fifi tu. Kadang-kadang keras kepala tak bertempat. Dari sejak kahwin sampai sekarang ni, tidur bilik lain-lain. Nasiblah si Fandi tu jenis penyabar orangnya. Kalau tidak, tak tahulah” Datin Haryati separuh mengeluh.
Last edited by Nicki_Meow on 3-8-2012 09:19 AM \n\n
“Iya? Tapi I tengok, okay aje budak berdua tu. Tak ada gaduh-gaduh pun. Romantik lagi ada”
“Entahlah Sue. Bila I tanya Fifi, dia kata dia anggap Fandi tu macam abang. Sama macam Aidil dengan Adzim”
“Pelik tu…”
“Itulah…”
“Eh Sue, takkan you call I semata-mata nak gossip pasal menantu I?” Dr. Suhaila ketawa.
“Fifi ada cakap apa-apa dengan you?”
“Cakap apa?”
“Belum cakap lagilah tu. Inilah yang I nak beritahu you’’
‘‘Apa dia ? Cakaplah’’
‘‘InsyaAllah, you dapat cucu lelaki”
“Betul ke?”
“Iya. Tadi I dah buat scan”
“Alhamdulillah”
“Yati..seriously, I kagum pada you and Yusuf. Walaupun Fifi tu dah terlanjur, you masih lagi sanggup terima dia. Kalaulah dugaan macam ni kena pada I, I pun tak tahu apa nak buat” Datin Haryati mengeluh mendengar kata-kata Dr. Suhaila.
“Pada awalnya, susah juga kami nak terima. Yelah, ibu bapa mana yang tak marah, tak runsing, tak malu. Allah saja yang tahu perasaan kami. Tapi, ini semua dugaan untuk I dan Yusuf, Sue. Mungkin sebagai kifarah pada dosa-dosa kami. Lagipun, Fifi tu anak kami. Busuk macam mana pun, Fifi tetap darah daging kami” Suara Datin Haryati bernada sayu.
“Sabarlah Yati. I doakan yang terbaik untuk family you”
“Thanks Sue. Thank you so much”
“Okaylah Yati, I nak beritahu tu je. Anyway, kalau ada apa-apa gossip, call lah I”
“Sure. Assalamualaikum”
“Waalaikummusalam” Talian di putuskan.
Datin Haryati membuka telekung yang di pakai. Dia termenung dan menarik nafas seketika. Cuba menenangkan perasaannya sendiri.
Setelah itu, Datin Haryati bangun lalu keluar dari bilik tidurnya untuk mencari Datuk Yusuf. Dia pasti, suaminya berada di bilik bacaan.
“Abang…” Datin Haryati memanggil lalu menghampiri Datuk Yusuf. Seperti biasa, secawan kopi o panas kegemaran Datuk Yusuf di letakkan di atas meja.
“Abang” Datin Haryati memanggil lagi apabila melihat Datuk Yusuf tidak menyahut. Dia duduk di sebelah Datuk Yusuf yang sedang khusyuk membaca.
“Tengok tu. Ti panggil abang buat tak tahu je…”
“Isk..awak ni. Dah tua-tua pun nak merajuk. Kot ye pun nak manja-manja, sabarlah dulu…”
“Abang ni. Ke situ pulak. Dengarlah Ti nak cakap ni..”
“Iya, abang dengar. Cakaplah”
“Tadi, Sue call”
“Lepas tu?”
“Sue cakap, InsyaAllah kita dapat cucu lelaki” Kali ini Datuk Yusuf mengangkat muka. Dia menarik nafas panjang.
Cucu. Sudah lama dia menanti saat ini, untuk mempunyai cucu sendiri. Aidil yangsudah berkahwin lebih dari setahun masih mahu hidup berdua dengan si isteri. Adzim pula masih belum bertemu jodoh. Kini, doanya di makbulkan. Tetapi, perasaannya bercampur baur. Gembira kerana setelah sekian lama menanti, akhirnya dia bakal dikurniakan cucu sulung tidak lama lagi. Dalam masa yang sama, dia terasa pilu. Pilu kerana cucunya itu tidak sah tarafnya. Cucunya tiada bapa yang sah. Cucunya anak luar nikah.
“Abang…” Datin Haryati memanggil lembut. Rasanya, dia dapat menelah apa yang bermain di fikiran suaminya kerana dia juga memikirkan perkara yang sama. Datuk Yusuf menoleh ke arah Datin Haryati lalu menggenggam tangan isterinya.
“Kalau ini yang dikurniakan Allah untuk kita, abang terima Ti. Abang redha. Lagipun, anak itu tak berdosa. Anak itu tetap cucu kita” Datuk Yusuf berkata perlahan. Datin Haryati diam tak berkata apa-apa. Manik-manik kristal yang bertakung sejak tadi dimatanya gugur juga. Sebak di dalam dadanya diluahkan dengan air mata.
“Fifi tu, dah banyak berubah, bang. Dah jarang Ti tengok dia menangis dan termenung. Kalau tak, masa mula-mula tu, nak bercakap dengan kita pun taknak. Asyik berkurung aje dalam bilik” Setelah tangisannya reda, Datin Haryati bersuara lagi. Datuk Yusuf mengangguk, mengiyakan kata-kata isterinya. Memang sejak akhir-akhir ini, banyak perubahan pada Fifi. Lebih banyak tersenyum dan lebih terbuka untuk berbual. Walaupun tidaklah seceria seperti sebelum Fifi mengandung tetapi perubahan ini tetap menggembirakan hati Datuk Yusuf suami isteri.
“Pandai abang pilih menantu ya?’’ Datuk Yusuf hanya tersenyum mendengar kata-kata Datin Haryati.
“Abang…abang rasa, boleh ke Fandi terima Fifi dengan anak dia?”
“Entahlah. Itu abang pun tak pasti” Datuk Yusuf menjawab.
“Kalau boleh, Ti harap sangat Fandi tu terus jadi menantu kita, bang”
Datuk Yusuf mengeluh perlahan. Sememangnya, dia juga berharap perkara yang sama. Memang rasa hatinya sebelum ini tepat, Fandi mampu menjaga Sofea Raihana. Kenapa dan bagaimana dia mengetahuinya, itu tidak dapat pula di pastikan. Dia hanya mengikut gerak hati. Tetapi, beberapa persoalan bermain di fikiran Datuk Yusuf.
Adakah Fandi mencintai dan menyayangi Sofea Raihana seikhlas hati?
Adakah Fandi sanggup menerima Sofea Raihana dan anaknya?
Adakah Sofea Raihana akan diceraikan setelah melahirkan anak?
Adakah Fandi melakukan semua ini semata-mata kerana kontrak?
Adakah Fandi melakukan semua ini kerana wang?
Sungguh Datuk Yusuf tiada jawapannya. Semua jawapan itu ada di tangan Fandi. Dan Datuk Yusuf tidak berkeinginan untuk bertanya kerana dia takut jawapan yang bakal diperolehi nanti akan mengecewakan dirinya, mengecewakan Datin Haryati dan sekaligus, mengecewakan Sofea Raihana sendiri.
Lagipun, cinta fitrah itu tidak boleh di paksa. Ia perlu hadir dengan rela. Datangnya dengan keikhlasan. Seandainya Fandi tidak sebenar-benarnya mencintai Sofea Raihana, maka tiadalah daya Datuk Yusuf untuk melakukan apa-apa. Dia hanya mampu berdoa dan berserah pada takdir.
“Abang…”
“Iya”
“Kalau Fifi dapat tahu yang Fandi tu bernikah dengan dia sebab kontrak, apa akan jadi agaknya?’’
Datuk Yusuf menarik nafas panjang lalu dihembuskan perlahan. Soalan itu juga terbiar tanpa jawapan.
“Eleh. Nak marah-marah konon. Aku sekeh karang...”
“Sekehlah kalau kau berani” Dia menjeling, tetapi tidaklah marah. Mereka memang berkawan rapat sehingga langsung tidak mengambil hati dengan gurauan kasar sebegitu.
“Tak..tak berani” Dia hanya tersengih mendengar jawapan.
“Yaya...”
“Iya...”
Senyap. Tiada jawapan, tiada sahutan.
“Kau kenapa, An? Dah bisu?” Fandi hanya tersengih lagi. Tangannya sibuk memetik gitar, memainkan lagu yang entah apa. Sesekali matanya memerhatikan suasana di Gunung Lambak ini. Mereka memang selalu ke sini. Kadang-kadang berdua, kadang-kadang beramai-ramai. Mencuri masa beriadah dengan melakukan aktiviti memanjat gunung, mengeluarkan peluh. Tetapi hari ini, mereka cuma berdua. Menghabiskan waktu-waktu terakhir bersama sebelum masing-masing menyambung pelajaran.
Alya yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia, mendapat tawaran menyambung pelajaran di UiTM Segamat dalam bidang perakaunan. Manakala Fandi, yang tidak berapa cemerlang, masih bernasib baik. Tawaran menjadi perantis di dalam bidang automotif di sebuah pusat latihan syarikat pengeluar kereta ternama di terima dengan senang hati. Jadi hari ini, mereka sengaja menghabiskan masa berdua.
“Yaya…” Alya kembali menoleh. Tetapi, Fandi hanya tersengih tanpa kata melihatnya.
“An…apa masalah kau ni? Yaya..Yaya..Yaya…cakaplah’’
‘‘Kau rasa, lepas ni kita jumpa lagi tak?’’
‘‘Mestilah jumpa. Masa cuti. Masa raya. Mesti kita jumpa punya’’ Alya menjawab namun perlahan sahaja.
“Betul?’’ Gitar di petik lagi.
‘‘Betul’’
‘‘Tak sangka kan? Macam cepat masa berlalu. Tahu-tahu, kita dah nak sambung belajar’’ Fandi menganggukkan kepala.
“Kau jangan lupa kat aku pulak” Alya berkata lagi, lalu memandang Fandi yang sedang memetik-metik gitar.
“Kau kawan baik aku, Yaya. Tak mungkin aku lupa kat kau”
‘‘Manalah tahu. Kat Shah Alam tu, mesti ramai awek cun. Dah dapat awek, mesti kau lupa kat aku punya’’
‘‘Kalau aku ada awek, kenapa? Kau jealous?’’
‘‘Eh…tolong sikit. Buat apa aku nak jealous? Perempuan buta je yang nak kat kau’’ Fandi ketawa.
‘‘Jadi perempuan buta tu…’’ Alya terdiam. Dia hendak menoleh ke arah Fandi tetapi terasa seperti kaku seluruh badan. Akhirnya, dia cuma tunduk memandang kaki.
‘‘Aku tanya ni…kau tak nak ke jadi perempuan buta tu?’’ Sekali lagi soalan cepumas dari Fandi membuat dia terdiam kaku.
“Kau cakap apa ni An? Jangan main-main boleh?’’
‘‘Kau rasa, aku main-main?’’ Petikan gitar sudah terhenti. Alya masih menundukkan wajah. Dia di serang penyakit gemuruh apabila di tanya soalan itu dengan tiba-tiba. Memang dia dan Fandi berkawan rapat. Sekampung dan bersekolah di sekolah yang sama. Tetapi, soalan dari mulut Fandi langsung tidak terjangka oleh Alya. Tidak sangka yang Fandi ada menyimpan rasa.
“Kita kawan baik An...”
“Tahu. Sebab tu aku taknak hilang kau. Sebab aku rasa kau yang paling baik untuk aku” Kali ini Alya mengangkat muka. Memandang Fandi di sebelahnya. Mereka saling merenung lama. Merasakan mukanya kian merah, Alya kembali menundukkan muka.
“Jadi?”
“Jadi apa?’’
“Kau pekak eh? Dari tadi aku tanya. Kau nak tak jadi perempuan buta tu?’’
“Teruklah kau ni. Ada ke tanya macam tu…”
‘‘Habis, kau nak aku tanya macam mana ? On my bended knees?’’ Alya kehilangan kata-kata.
“Kau tahu tak, orang tua kata, diam tanda setuju. Kau setujulah?’’
“An…aku…” Alya kembali terdiam. Fandi hanya ketawa sambil menggelengkan kepala. Tangannya mula kembali memetik gitar.
Trengggg....
Last edited by Nicki_Meow on 3-8-2012 03:19 PM \n\n
Alya sengaja menguatkan bunyi di radio. Walaupun sudah lama, lagu ini tetap digemarinya. Lagu ini telah mengingatkannya kepada Fandi. Mengingatkannya kepada segala kenangan masam manis bersama lelaki itu. Lagu yang telah Fandi nyanyikan untuknya.
Maafkan Yaya, An...
Ah. Kenapa wajah lelaki itu pula yang di rindui? Kenapa bukan Radzi, tunangnya? Alya memejamkan mata.
Kadang-kadang, terlalu lama bercinta juga membawa padah. Mereka sudah terlalu lama bersama sehingga rasa cinta itu bagai pudar di telan masa. Tiada lagi kejutan, tiada lagi kemesraaan. Mungkin tidak pada Fandi, tetapi itulah yang di rasakan olehnya. Sehingga dia tegar menduakan Fandi lalu bertunang dengan Radzi, teman sepejabatnya.
Tetapi, nampaknya dia tersilap langkah. Radzi yang pada mulanya di rasakan romantik dan penyayang berubah laku setelah bertunang. Sikapnya yang terlalu mendesak dan panas baran sungguh menyakitkan hati. Seringkali mereka bertelingkah dek kerana sikap Radzi yang cemburu buta.
Sekarang, dia bersua kembali dengan Fandi. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa menyesalnya dia kerana meninggalkan Fandi begitu sahaja. Dan kini, Fandi sudahpun berkahwin.
Tapi, tak mungkin Fandi cintakan perempuan itu. Mereka hanya berkahwin di sebabkan kontrak. Mungkin, dia masih berpeluang untuk menebus silapnya?
Bunyi di telefon mematikan monolog Alya. Telefon bimbit yang terletak di sebelahnya di ambil.
Sorry Yaya. Ada hal tadi. Tak dapat nak angkat call. kenapa call An?
Alya tersenyum melihat pesanan ringkas itu. Apakah dia memang masih berpeluang?
Last edited by Nicki_Meow on 3-8-2012 02:11 PM \n\n