“Shaz...” panggil Aqil setelah menyedut minuman fresh orange yang dipesan beberapa minit yang lalu. semenjak tadi lagi dia perasan sikap Shazrina yang berdiam tanpa sebarang bicara. Malah dia sedar, Shazrina seperti tidak ikhlas melayan kehadirannya. Nampak terpaksa! Adakah dia terlalu memaksa Shazrina menerima cintanya selama ini?
“Shazrina...........” seru Aqil lagi apabila Shazrina tidak menyahut panggilannya. Gadis itu tenggelam dalam menungannya sendiri. Shazrina tersentak dan kini kembali ke alam realiti. Sempat matanya menangkap tangan Aqil yang melambai dihadapannya.
“berangan! awak fikir apa? Ada masalah ke?” tegur Aqil lembut. cuba mengetahui perkara yang mengganggu pemikiran Shazrina.
“hmm tak de apa-apa la... penat je.” Dalih Shazrina sambil melontarkan senyuman nipis. Perlukah dia memberitahu Aqil yang dia kini sedang mengingati Aliff aka bekas kekasihnya? Mahunya makan hati jejaka didepannya nanti.
“kalau awak ada masalah boleh beritahu saya. mungkin saya boleh tolong.”
“jangan risau cikgu, tak de apa-apa. Saya okey. Mungkin penat. Itu je.” Jelas Shazrina. Aqil mengeluh lemah. Wajah Shazrina dipandang lama.
“Saya nak tanya sesuatu kat Shaz dan saya harap Shaz boleh jujur dengan saya.” luah Aqil. Tidak jadi dirinya ingin menyuap ayam yang sudah dipotong.
“apa dia?” soal Shazrina ringkas. Dia turut sama berhenti menikmati chicken chop. Matanya memanah kearah Aqil yang kelihatan serius didepannya.
“dah hampir 2 bulan kita berkawan dengan lebih rapat untuk kenal hati budi masing-masing.. apa pandangan Shaz terhadap saya sekarang?” Shazrina tersentak dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Aqil. Mula dirinya dilanda rasa resah dan gelisah untuk meneruskan topik perbincangan.
“saya nak Shaz jujur!” tambah Aqil apabila melihat wajah Shazrina yang teragak-agak. Walaupun hatinya berdebar kencang, namun bibirnya sempat menggaris senyuman manis buat Shazrina.
“pandangan saya terhadap cikgu?... ermmm...” ulang Shazrina sambil berfikir panjang. Apa yer perlu di katakan kepada Aqil.
“cikgu baik, bertanggungjawab dan suka membantu.... ahh ada lagi, cikgu penyabar orangnya.” Jelas Shazrina dengan apa yang terpancul dibenaknya. Wajah Aqil dipandang.
“Shaz dah boleh terima cinta saya ke sekarang?” soal Aqil. Walaupun dia malu untuk berterus terang namun dipaksa juga dirinya demi mengikat hati Shazrina. Shazrina terkedu. Makin sukar soalan yang diberikan kepadanya.
“cikgu......” Aqil menanti luahan hati Shazrina kepadanya. Makanan yang terhidang sudah ditolak ketepi. Perbincangan mereka kali ini lebih bermakna daripada makanan tersebut.
“saya masih ada masa sebulankan... apa kata kita bincang perkara ni bulan depan.”
“jadi Shaz belum dapat mencintai saya la...” tembak Aqil dengan nada bersahaja. Namun itu pada luaran. Dihati hanya Allah sahaja yang tahu untuk dia luahkan kata-kata sebegitu.
“bukan macam tu...
“kalau bukan maksudnya Shaz dah dapat terima sayalah...”
“cikgu....” sedikit tinggi nada suara Shazrina. pening kepalanya mahu membalas setiap bicara dari Aqil. Dia sebolehnya mahu menjaga hati Aqil.
“saya masih belum dapat cintakan cikgu... tapi, kita masih ada masa sebulan seperti yang saya janjikan dengan cikgu. So, kita bincang di masa akan datang je la perkara ni.” balas Shazrina jujur. Dia tak nak ada sebarang salah faham dalam hubungan yang dicipta dengan Aqil. Kalau boleh sekiranya dia dan Aqil tiada jodoh untuk bersama, dia mahu perpisahan yang berlaku secara aman tanpa sebarang pergaduhan mahu pun perasaan benci. Walau apa-apa pon, dia dan Aqil tetap mengajar disekolah yang sama yang akan sentiasa perlu bekerjasama dari masa ke masa. Aqil menghembus nafas perlahan-lahan. Senyuman tawar disisipkan kepada Shazrina. jelas riak terluka terpamer diwajahnya.
“Shaz belum lupakan dia?” teka Aqil. Shazrina diam tanpa jawapan. Hanya matanya sahaja membalas pandangan Aqil.
“Shaz masih sayangkan dia?” Tanya Aqil lagi namun dengan nada yang ditahan-tahan. Bergetar suaranya menahan perasaan sedih dan kecewa yang bergabung menjadi satu. Shazrina tetap diam tidak berkutik. Gadis itu menyedut jus tembikai demi menghilangkan rasa debar dengan setiap pertanyaan dari Aqil.
“kita tak payah cakap pasal ni cikgu... dia tak ada kaitan dalam hal kita. Saya dan dia dah berpisah. Itulah kenyataan sekarang.” Tegas Shazrina apabila melihat wajah Aqil seperti masih menanti jawapannya. Aqil mengangguk tanda mengerti sebelum menyambung santapan mereka petang itu. Hidangan chicken chop itu tetap disuap kedalam mulut meski pon seleranya sudah lama menghilang.
Last edited by misssakura on 31-1-2013 10:12 AM
|