CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: totokreturn

[Tempatan] VERSI 2 - EDISI KHAS PILIHANRAYA UMUM KE-13 - 5 MAY 2013. ( with poll)

 Close [Copy link]
Post time 11-4-2013 03:30 PM | Show all posts
Wan Azizah tidak bertanding PRU-13


2013/04/11 - 13:46:03 PMCetakEmel Kawan

[url=][/url][url=][/url][url=][/url]

Wan Azizah

PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Wan Azizah berkata, beliau membuat keputusan itu kerana mahu menguatkan jentera parti selain turun kempen di seluruh negara.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, sebentar tadi.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2013 03:31 PM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 11-4-2013 03:15 PM
sori kalu yg ni dah ada..xsmpat nak baca sumer..
Kantoi! Senarai calon Umno yang gugur bocor?

Kiranya Dato Saifuddin Abdullah masih lg bertanding lah ye?

Bung Mokhtar x tercalon?? Cemana nak jaga maintenance bini dia nnt??
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 03:33 PM | Show all posts
tuan_wu posted on 11-4-2013 03:14 PM

Sendunya

Kali ni kira bukan lg istilah dikeldaikan lah ye? Leh la tukar ke dikerbaukan
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 03:36 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 03:37 PM | Show all posts
mr_oscar posted on 11-4-2013 03:36 PM

Ko ni nak jd spammer ke haper? Baper kali mau tepek??
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 03:38 PM | Show all posts
BN janji ubah landskap Kelantan dengan pelbagai pembangunan berpaksikan Islam

2013/04/11 - 15:06:59 PM Cetak Emel Kawan
  
KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) Kelantan berjanji untuk mengubah landskap negeri ini dengan pelbagai pembangunan yang menjadikan Kelantan membangun dan maju berpaksikan Islam.

Perkara itu dinyatakan dalam Manifesto atau Akujanji BN khas untuk Kelantan bertemakan 'Rakyat Dihati Janji Ditepati' yang dilancar Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed di Bangunan UMNO di sini, hari ini.

BN juga mahu menampilkan imej Islam sebagai agama kemajuan, progresif dan berpaksikan kepada kejayaan dalam usaha membawa perubahan besar di Kelantan.

BN akan memperlihatkan Islam dari segi kemuliaan akidah bagi memastikan kemajuan dan kemakmuran umat Islam dan rakyat Kelantan menjadi kenyataan berdasarkan prinsip maqasid syariah.

"Inilah kewajipan kita, sebab kita akan berdiri di atas dua prinsip penting iaitu Islam dan kecemerlangan," kata Mustapa.

Menurut Akujanji BN Kelantan itu, BN akan melaksanakan pentadbiran negeri ini berteraskan Islam, mempromosikan prinsip kesederhanaan (wasatiyah) dalam semua pendekatan, meningkatkan peranan institusi masjid dan surau sebagai pusat pendidikan seumur hidup.

BN juga berjanji untuk mengadakan program pembangunan ummah dan pembinaan insan secara tersusun dan bersepadu, memantapkan institusi pengajian al-Quran, menubuhkan pusat latihan perkaderan Islam dalam melahirkan para daei (pendakwah), imam dan pegawai masjid yang berwibawa, menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah ibadat.
Meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat, menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada institusi agama berdaftar dan rumah ibadat, mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan kenaikan gaji.

Selain itu, BN berjanji untuk meningkatkan kualiti sekolah agama rakyat dan membenarkan pelajarnya mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan infrastruktur pendidikan kerajaan, dan menyediakan bantuan kewangan kepada sekolah agama rakyat dan sekolah pondok.

Manifesto itu turut memuatkan tujuh janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memajukan Kelantan jika BN diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Tujuh janji itu ialah pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, stadium baru, perumahan rakyat sebanyak 3,000 unit, kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 penuntut, membina masjid yang menjadi ikon negeri dengan kos RM50 juta, mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, menyelesaikan masalah bekalan air dan memberi tanah kepada rakyat Kelantan yang layak.

Manifesto itu juga memuatkan tujuh janji Mustapa jika BN diberi mandat memerintah negeri ini, iaitu menjanjikan pentadbiran yang adil, urus tadbir yang telus, amanah dan bertanggungjawab, kerajaan BN akan mengutamakan anak-anak tempatan dalam pengagihan tanah.

Mengamal, menggalakkan serta menerapkan nilai murni sekali gus mengelakkan amalan fitnah, tuduhan, tomahan atau kata-kata kesat di kalangan masyarakat, kerajaan BN tidak akan menggondolkan tanah di Hulu Kelantan.

Menanamkan semangat patriotisme dan cintakan negara, menyediakan masa depan yang lebih baik untuk orang muda, dan BN akan mengotakan apa yang dijanjikan. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2013 03:39 PM | Show all posts
Usaha transformasi negara dapat diteruskan jika pilih kerajaan tepat: Muhyiddin

2013/04/11 - 15:14:03 PM Cetak Emel Kawan
  
LEDANG: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata usaha untuk memastikan tranformasi negara terus berjalan hanya akan dapat diteruskan jika rakyat memilih kerajaan yang tepat, berkemampuan dan berpengalaman melakukannnya.

Sehubungan itu, rakyat perlu bijak membuat pilihan pada pilihan raya umum ke-13 ini kerana tempoh tujuh tahun akan datang merupakan saat penting untuk negara mencapai taraf negara maju.

"Telah berpuluh tahun kami mempunyai rekod yang cemerlang, mempunyai kemampuan dan kesungguhan untuk menepati apa yang dijanji.

"Ada yang kami janjikan sebelum ini tidak boleh dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sahaja dan sehubungan itu kami memerlukan mandat lima tahun lagi untuk memastikan tanggunjawab itu dapat dilaksanakan dan sekaligus meletakkan Malaysia di ambang kejayaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Klinik Bukit Serampang di sini hari ini. Turut hadir Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan isteri timbalan perdana menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Muhyiddin berkata, kemampuan kerajaan juga dapat dilihat menerusi pelbagai langkah yang dilaksana untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat termasuk aspek pendidikan dan kesihatan.

"Purata jangka hayat rakyat Malaysia kini semakin panjang membuktikan taraf kesihatan di negara ini semakin baik dan membuktikan perkhidmatan yang diberi memberikan kesan yang baik," katanya
Sehubungan itu, beliau berkata, rakyat tidak seharusnya tertipu dengan dakyah pembangkang dalam tempoh menghadapi pilihan raya ini kerana mereka hanya rakus hendak berkuasa sehingga menabur pelbagai janji dan fitnah kepada kerajaan.

Beliau berkata, pembangkang hanya tahu hendak ke Putrajaya dan bertanding di Johor kerana sedar ia merupakan negeri terawal mencapai kemajuan berbanding negeri lain.

"Kita lihat selatan Johor kini mencapai pembangunan yang luar biasa dengan Iskandar Malaysia dan pembangunan industri minyak dan gas di Pengerang yang melibatkan pelaburan melebihi RM100 billion.

"Jadi kenapa kita nak biarkan orang yang tiada kena mengena untuk mengacau Johor. Mereka buat begitu sebab nak menumpang semangkuk sedangkan tidak menyumbang sebesar zarah pun dalam pembangunan negeri ini.

"Keretapi kini sudah berada di landasan yang betul untuk menuju 2020 sebagai negara maju dengan dipandu sendiri oleh Pengerusi BN (Datuk Seri Najib Razak), kenapa nak biar orang lain gelincirkannya dan biar kita ke gaung," katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 03:41 PM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 11-4-2013 03:15 PM
sori kalu yg ni dah ada..xsmpat nak baca sumer..
Kantoi! Senarai calon Umno yang gugur bocor?

hmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

agak2 okay ker ni BN  ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2013 03:42 PM | Show all posts
Kenapa Pembangkang Mahu Rampas Johor?

Oleh KEMALIA OTHMAN

LEDANG: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembangkang tidak ada kena mengena atau menyumbang apa-apa dalam pembangunan di negeri Johor tetapi kini ingin menjadikan negeri ini sebagai batu loncatan untuk ke Putrajaya.

Katanya, mereka memulakan strategi untuk menawan Johor dengan meletakkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bertanding di Parlimen Gelang Patah.

"Dia punya ketua pembagkang nak rempuh Johor, Kit Siang nak bertanding di Gelang Patah, kita ucapkan selamat datang dan juga selamat tinggal kepadanya di Gelang Patah. Kerana apa (mereka pilih) Johor? Ini kerana Johor negeri maju, ada kemudahan luar biasa.

"Kalau pergi ke selatan Johor ada Iskandar Malaysia, ada Projek Pembangunan BersepaduPenapisan dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang dengan pelaburan lebih RM100 bilion, ini yang terbesar di Malaysia," katanya ketika berucap merasmikan Klinik Kesihatan Bukit Serampang, di Durian Chondong, dekat sini, pada Khamis.

Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang, Datuk Tahir Taat.

Muhyiddin berkata, pembangkang tidak ada kena mengena atau menyumbang apa-apa dalam pembangunan di negeri ini dan mereka hanya mahu mengambil semuanya setelah dibangunkan oleh kerajaan BN.

"Kenapa Johor sudah baik (baharu mahu datang) dan kenapa kita nak biarkan orang lain yang tidak ada kena mengena (tidak terlibat dengan pembangunannya) datang nak kacau Johor? Orang luar datang nak jadi calon di Johor," katanya.

Sementara itu, Tiong Lai berkata, kementeriannya menambah 22 buah ambulans baru untuk digunakan di hospital-hospital di negeri ini bagi menampung keperluan sedia ada selain meningkatkan tahap perkhidmatan kesihatannya.

Bukan itu sahaja katanya, bagi memberi perkhidmatan yang berkualiti, Kementerian Kesihatan ketika ini sedang melatih 36,000 doktor di seluruh negara bagi menampungkeperluan semasa termasuk di negeri ini.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 03:42 PM | Show all posts
Eloklah gilir-gilir memerintah macam USA, 5 tahun BN dan 5 tahun PKR baru OK
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 03:42 PM | Show all posts
Manami posted on 11-4-2013 03:03 PM
Habih  hantu2 yg haku bela pon hampa hambik buat mengundi kan??

hahahh...jd pengundi2 hantu yg dok pongpang sana pongpang sini tu dr cai cai pakatan pembangkang laa...baghu aq taww...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 03:44 PM | Show all posts
putr@polo posted on 11-4-2013 03:30 PM
Wan Azizah tidak bertanding PRU-13

bagus kak wan, biar anwar & izzah jer jadi MP.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 03:47 PM | Show all posts
totokreturn posted on 11-4-2013 12:13 AM

aku suka pasal BUTA POLITIK tu......kalu yg tak sekolah tu kita pahamlah....ni yg intelijen katanya pun mentaliti mcm tak sekolah.....harap mereka2 itu sedar....aminnn....
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 03:58 PM | Show all posts
Manami posted on 11-4-2013 02:26 PM
Dan juga.....

ingat direct selling mana tadi ne..? rupa rupa direct selling jual panda
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 04:01 PM | Show all posts
tuan_wu posted on 11-4-2013 03:14 PM

terukkkk nya mentality org PR ne..? tak bertamadun langsung..memalukan mata dunia. Last edited by Simunggu on 11-4-2013 04:10 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 04:03 PM | Show all posts
Manami posted on 11-4-2013 03:37 PM
Ko ni nak jd spammer ke haper? Baper kali mau tepek??

wei ...Bai..

lain2 tu..dengar dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2013 04:06 PM | Show all posts
mr_oscar posted on 11-4-2013 04:03 PM
wei ...Bai..

lain2 tu..dengar dulu

Aku tgk lebih kurang jek pic.. Ingatkan sama.. Nak dengar? Tak koser~
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 04:07 PM | Show all posts
topek posted on 11-4-2013 03:42 PM
hahahh...jd pengundi2 hantu yg dok pongpang sana pongpang sini tu dr cai cai pakatan pembangkang l ...

Sedangkan MP pembangkang pon hampa dok beli kan? Inikan lg pengundi hantu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 04:07 PM | Show all posts
Abdul Khalid Mungkin Tidak Akan Kekal Sebagai MB Selangor - Wan Azizah

Oleh REGINA LEE

PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin tidak akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya Pakatan Rakyat menguasai negeri itu semula.

"Khalid menjalankan tugas dengan baik tetapi terdapat ramai calon berkelayakan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Khamis.

Beliau berkata, ketika Khalid dibayangkan akan dikekalkan sebagai Menteri Besar jika Pakatan Rakyat mempertahankan Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), parti tersebut mempunyai senarai calon lain yang berpotensi mengisi jawatan itu.

"Senarai kami tidak sebanyak seperti dalam Barisan Nasional tetapi Khalid turut tersenarai," katanya.

Ketika ditanya siapa calon lain yang berpotensi untuk mengisi jawatan tersebut, Wan Azizah enggan mendedahkan mengenainya.

"Mereka adalah antara calon yang akan bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya.

Abdul Khalid pada Rabu diumumkan sebagai calon PKR untuk kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dikhabarkan sedang mengintai jawatan Menteri Besar itu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 04:09 PM | Show all posts
sitihawa posted on 11-4-2013 03:41 PM
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

agak2 okay ker ni BN  ?

kan selama 56 tahun BN memerintah Malaysia..ada kamu nampak macam Thailand..berbunuh sesama sendiri di selatan Thai. Di Myanmar..juga berbunuh sesama raykatnya....Indonesia...gaduh gaduh pemberontakan di timur timur..?

Malaysia ada? tak adakan...aman damai...kau dan aku boleh keluar jalan jalan, cari makan, tanpa risau.......kalau ada pun pasal AMBIGA bersih konok tu lah..tajaan PR/DAP...suka buat kacau...macam org Yahudi shj...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.141204 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list