|
[Edisi Penafian]3 @ 4 Anak TS Jins Shamsudin??-wajah terbaru TJS makin uzur #643
[Copy link]
|
|
Edited by qqOfficial at 26-8-2015 01:44 PM
Anak bongsu kepada pengarah dan pelakon Tan Sri Jins Shamsuddin iaitu Putera Hang Nadim sayu apabila melihat reaksi 'kosong' bapanya semasa tayangan perdana filem Bukit Kepongversi definasi tinggi (HD) yang diadakan pada malam Selasa. Hang Nadim, 24, berkata, Jins langsung tidak mengingati tentang filem arahannya itu malah tidak mengenali dirinya sendiri yang turut berlakon dalam filem berkenaan. "Pada awal filem itu ditayangkan dia teruja kerana namanya terpapar di skrin tetapi selepas itu dia langsung tidak mengingati tentang Bukit Kepong. "Dia kelihatan bersungguh menonton tetapi saya tahu pandangan diberikan adalah kosong malah dia tidak mengenali dirinya sendiri dalam filem berkenaan,"
Bukit Kepong versi HD arahan Jins pada tahun 1981 dengan kos RM1 juta berjaya dinaik taraf melalui proses membaik pulih visual dan audio yang dilakukan oleh anak syarikat KRU iaitu Prodigital Lab Sdn Bhd. Bukit Kepong HD bakal ditayangkan semula di pawagam bermula 27 Ogos ini di pawagam terpilih bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 58.
Dalam pada itu, Hang Nadim yakin sekiranya kesihatan bapanya masih baik, bekas Ahli Dewan Negara itu pasti bangga dengan usaha dilakukan oleh pihak KRU terhadap filem berkenaan. "Sebagai anak saya yakin beliau pasti bangga melihat filem arahannya dinaik taraf malah ditayangkan semula di pawagam biarpun untuk masa singkat. "Sayu juga saya melihat reaksinya seperti tidak memahami apa yang berlaku tetapi Alhamdulillah biarpun dengan keadaannya beliau masih berkesempatan untuk berada pada hari bersejarah itu," katanya. Selain Bukit Kepong, Hang Nadim berkata, tiga lagi filem arahan bapanya iaitu Menanti Hari Esok, Esok Masih Ada dan Tiada Esok Bagimu akan menjalani proses sama. Sementara itu, bercakap mengenai keadaan terkini Jins, Hang Nadim berkata, selain penyakit Alzheimer kesihatan bapanya berada dalam keadaan baik. Bagaimanapun kata Hang Nadim, ingatan bapanya semakin merosot namun masih mengenalinya dan abangnya Hang Jebat.
"Ayah hanya mengenali saya dan abang (Hang Jebat), jadi kami kena sentiasa berada dekat dengannya agar dia tidak berasa terasing tanpa mengenali sesiapa.
Alhamdulillah kesihatannya berada dalam keadaan baik dan sehingga kini langsung tiada masalah jantung, darah tinggi atau kencing manis seperti mana biasa di alami oleh golongan tua sepertinya," jelasnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Legend.... I love youuuu
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwa innalillahi rojiun |
|
|
|
|
|
|
|
salah ni wartawan..aku rasa s.zamila tu maknya si tuah.
sbb tgk FB tuah ni..bgambar dgn s.zamila..mak dia kat depan kedai nasi ayam mak dia sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
kepada semua forummers yang nak sgt tgok gambar jefri jins, anak sulung arwah Jins Shamsuddin
sumber :fb azrin iskandar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
zaralynz replied at 9-2-2015 11:17 AM
dah kawin erk jebat nie...teringat dulu kazen aku kena buat ngan hang jebat nie. ... dia pi bomohkan ...
menantu kaza dak jenny tu pernah berskandal dengsn si jebat ni..masa tu jebat da kawen fa |
|
|
|
|
|
|
|
Tapayana replied at 7-3-2017 03:33 PM
kepada semua forummers yang nak sgt tgok gambar jefri jins, anak sulung arwah Jins Shamsuddin
sumbe ...
Wow jefri jins waktu muda cam muka bapa...handsome |
|
|
|
|
|
|
|
same muke dgn ayahnye...
sayunye perasaan bile xsempat nak tatap wajah ibu atau ayah time last...
lagi2 ibu ayah yg xbersama kite waktu mmbesar...
sgai ibu n ayah pun mesti ade rasa ralat n rugi sbb terpaksa buat keputusan utk lepaskan anak pd jagaan lain...
sebaik-baiknya saling bermaafan n mengalah demi ibu n ayah kita...
alfatihah utk arwah ibu n ayah kalian yg telah pergi...tmasuk Arwah Jins Shamsudin...
semoga ALLAH swt mencucuri rahmat keatas roh2 mereka......
|
|
|
|
|
|
|
|
PENGHARAMAN MENYERUPAI SESUATU KAUM
Penganut Zoroastrian
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya akan dimintai pertanggungjawabannya.” (QS: Al Isra’: 36).
“...dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan (0rang kafir) mereka setelah datang ilmu (petunjuk) kepadamu, sesungguhnya kamu kalau demikian termasuk golongan orang-orang dholim.” (QS: Al Baqarah: 145).
dari Ibnu Umar,: “Siapa saja yang menyerupai suatu kaum (gaya hidup dan adat istiadatnya), maka mereka termasuk golongan tersebut.” (HR. Abu Daud dan Imam Ahmad).
dari Abu Hurairah “Tidak akan terjadi kiamat sebelum umatku menerima (mengikuti) apa-apa yang dilakukan oleh bangsa-bangsa terdahulu (pada masa silam), selangkah demi selangkah, sehasta demi sehasta.” Di antara saha-bat ada yang bertanya: “(Ya Rasulullah) apakah yang dimaksud (di sini) seperti bangsa Persia dan Romawi?” Rasulullah saw menjawab: “Siapa lagi (kalau bukan mereka)” (HR. Bukhori, ).
Siapa saja yang menyerupai suatu kaum, ia termasuk golongan mereka. (HR Abu Daud dan Ahmad).
Tidak termasuk golonganku orang-orang yang menyerupai selain golonganku. (HR at- Tirmidzi).
dari Abu Sa’id Al-Khudriy "Kalian akan benar-benar mengikuti jalan hidup orang-orang sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga andai mereka memasuki lubang biawak, maka kalian pun mengikuti mereka". Kami (para sahabat) bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah mereka adalah orang-orang Yahudi, dan Nashrani". Beliau menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka". (HR. Al-Bukhoriy). |
|
|
|
|
|
|
|
Hello.. i ada gambar terbaru aunty Jamilah ni. Shazrin yang hantar kat i. Gambar masa dia org pergi umrah tahun 2015. Memang wajah aunty Jamilah tak banyak berubah. Tapi i tak nak share sebab takut nanti Shazrin tanya i pulak kenapa share gambar dia. I ada 3 gambar dia. Actually.. i m "someone" to Shazrin.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|