|
BORAK KOSONG, CHAT, GOSSIP, ULASAN, LUAHAN, DAN BERSANTAI VOLUME 40
[Copy link]
|
|
keypochino replied at 21-7-2021 11:55 PM
hihi mmg nice yg 2nd pic tu pun cantik.. cuma i ni jenis usung byk brg.. so mmg perlu bigger bag.. ...
laaa cantiknyaaaaa!!
dulu2 cari mesh bag gini la sbb iols kena angkut bola sepak anak i..
sampai ke sudah x jumpa2.. dulu mcm nmpk ada kat ikea tp tak pegi2
mujur covid, selamat x yah usung bola |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 21-7-2021 05:09 PM
rumah baharu...@noor2 @ makadek @mrsjones @kuihbakar @farhana008 @AmandaMinaj98 @mclaren
tq kaka tag meols.. busy laa skrg nk hambat bdk2 buat hw sbb cikgu cikgi depa hambat meols..
ni dah bg borang utk masuk sek men la pulak utk yg hat thn6..
nk pi cari sek pulak, ishh |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 21-7-2021 05:18 PM
Boleh..belajar banyak brand dari cik seri.....noor ni mmg bukan reti bab brand2 ni...
Noor n ...
camner nak bg perut flat uols.. kasi la tau sini tips nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
mrsjones replied at 29-7-2021 04:11 PM
camner nak bg perut flat uols.. kasi la tau sini tips nya..
Jogging tiap hari....mesti flat...
|
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 29-7-2021 03:49 PM
Borong doyan
Waaaa.. bestnye duyan.. Hepi tummy! |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 29-7-2021 04:14 PM
Jogging tiap hari....mesti flat...
jalan boleh? ada try jogging, sakit lutut lama2 |
|
|
|
|
|
|
|
mrsjones replied at 29-7-2021 03:10 PM
tq kaka tag meols.. busy laa skrg nk hambat bdk2 buat hw sbb cikgu cikgi depa hambat meols..
ni ...
Jgn lupa vx tu 1/8...ni tunggu tarikh vx...dah register kat PPV...huhu...
Tengah nonton kdrama Love With Flaws...klako haha...Forest tgk tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Freezfrozen replied at 29-7-2021 03:26 PM
Waaaa.. bestnye duyan.. Hepi tummy!
Makan dgn ketupat daun palas...nomnom... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 29-7-2021 03:14 PM
Jogging tiap hari....mesti flat...
Nampak moktan dgn manggis...lupa nak beli batam haha...
Parlimen samoai 2/8 katanya... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 29-7-2021 05:01 PM
Jgn lupa vx tu 1/8...ni tunggu tarikh vx...dah register kat PPV...huhu...
Tengah nonton kdra ...
iyaa dong! tok laki dah eksyen sbb dia dah siap 2 dos az hari ni, dia dah boleh pi holiday katanya.. iyo laaa..
tgh tgk the tale of nokdu, ada jgk lawaknya sbb hero kena menyamar jd balu utk dok dlm perkampungan balu..
nak tgk citer nokdu flower sbb ada jo jong suk tp heavy pulak citernya @Scheherazade
gaya bercakap dia mmg tak berubah |
|
|
|
|
|
|
|
mrsjones replied at 29-7-2021 04:09 PM
iyaa dong! tok laki dah eksyen sbb dia dah siap 2 dos az hari ni, dia dah boleh pi holiday katanya ...
Mcm pernah ku dengar Nokdu ni dah siap beli panadol + ubat demam...standby...haha...
Bahang berjerebu sekrg...suap beli buah nyo...ayo myo pun beli haha... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 29-7-2021 05:14 PM
Mcm pernah ku dengar Nokdu ni dah siap beli panadol + ubat demam...standby...haha...
Bahang ...
tgh hbskan lemon sbb konon nk kuatkan imun badan. kan belum vax lg.. jenuh nk hbskan lemon ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tu wajib tiap2 hari utk saya...kdg selang seli dgn limo nipis @ kasturi
Devil Judge pun best gak...x sabo Penthouse esok ni...huhu...
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 29-7-2021 07:54 AM
Cik seri noor beli satu produk dlm RM2310...ni sangat elok juga utk tingkatkan imunisasi dan antib ...
Maxis saya sangkut2 ni...huhu...
Kematian 174 kes... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 29-7-2021 06:39 PM
Maxis saya sangkut2 ni...huhu...
Kematian 174 kes...
Tinggi betul kematian tiap hari....innalillah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 29-7-2021 06:04 PM
Haah. Pakai Maxis tak? Line Maxis saya teruk na...huhu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 29 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);
Kes sembuh : 12,930 kes (890,742 kes kumulatif, 82.6%);
Kes baharu : 17,170 kes (1,078,646 kes kumulatif);
Kes import : 32 kes (14 warganegara, 18 bukan warganegara);
Kes tempatan : 17,138 kes [14,807 warganegara (86.4%); 2,331 bukan warganegara (13.6%)];
Kes aktif : 179,179 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,043 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 531 kes;
Kes kematian : 174 kes (8,725 kes kumulatif, 0.81%; 157 warganegara, 17 bukan warganegara);
Jumlah kluster : 3,604 kluster;
Jumlah kluster baharu : 36 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 2,540 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 1,064 kluster.
Daripada 17,170 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 383 kes (2.3 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 16,787 kes (97.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1.
Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori
Sebanyak 174 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 70 kes di Selangor, 20 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing 17 kes di Johor dan Kedah, 10 kes di Melaka, masing-masing sembilan (9) kes di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, masing-masing lapan (8) kes di Sabah dan Terengganu, tiga (3) kes di Perak, dua (2) kes di Kelantan, dan satu (1) kes di Pahang.
Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 28 JULAI 2021)
Berdasarkan data terkini pada 28 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.16. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.33) diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.26), serta Sabah dan Pulau Pinang (nilai RT 1.25). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Perlis.
Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu dan dapatkan imunisasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
29 Julai 2021 @ 6:30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 29 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI BILANGAN KES BAHARU *( ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 7,163 (3) 394,927
WP KUALA LUMPUR 2,138 (19) 118,951
JOHOR 1,054 (8) 88,435
SABAH 776 82,620
SARAWAK 582 75,793
NEGERI SEMBILAN 884 (2) 69,483
PULAU PINANG 554 44,431
KEDAH 1,212 42,961
KELANTAN 615 41,758
PERAK 596 36,094
MELAKA 416 30,088
PAHANG 638 23,243
TERENGGANU 437 15,807
WP LABUAN 11 9,645
WP PUTRAJAYA 84 3,735
PERLIS 10 675
JUMLAH KESELURUHAN 17,170 (32) 1,078,646
LAMPIRAN 3
Perincian 17,170 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 29 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 7,163 84 3,949 3 3,127
WP KUALA LUMPUR 2,138 164 1,173 19 782
KEDAH 1,212 132 673 – 407
JOHOR 1,054 292 495 8 259
NEGERI SEMBILAN 884 142 568 2 172
SABAH 776 74 439 – 263
PAHANG 638 113 359 – 166
KELANTAN 615 249 193 – 173
PERAK 596 216 164 – 216
SARAWAK 582 65 420 – 97
PULAU PINANG 554 129 236 – 189
TERENGGANU 437 121 240 – 76
MELAKA 416 116 208 – 92
WP PUTRAJAYA 84 – 53 – 31
WP LABUAN 11 2 5 – 4
PERLIS 10 – 3 – 7
JUMLAH KESELURUHAN 17,170 1,899 9,178 32 6,061
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 29 JULAI 2021
NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Bandar Resort Tempat Kerja Selangor Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling, dan Sepang 58 261
2 Sungai Puloh 14 Tempat Kerja Selangor Klang dan Petaling 29 72
3 Industri Seroja Lima Tempat Kerja Selangor Sepang 17 30
4 Tapak Bina Persiaran Rimba Permai Tempat Kerja Selangor Sepang 12 214
5 Jalan Sri Permaisuri Sembilan Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Cheras dan Titiwangsa 31 88
6 Jalan Helang Merah Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Kepong 17 50
7 Jalan Empat C Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Titiwangsa 9 14
8 Perdagangan Delima Tempat Kerja Johor Pontian dan Kota Tinggi 22 98
9 Industri Taman Sembrong Tempat Kerja Johor Batu Pahat 13 93
10 Jalan Perang Tempat Kerja Johor Johor Bharu 13 59
11 Industri Jalan 2/44 Padang Tembak Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu dan Bachok 9 18
12 Taman Jaya Indah Tempat Kerja Kelantan Pasir Mas 5 24
13 Tapak Bina Ipoh Permai Tempat Kerja Perak Kinta 112 193
14 Jalan Syed Thaupy Tempat Kerja Perak Kerian 12 50
15 Sungai Mangga Tempat Kerja Sarawak Simunjan 55 160
16 Industri Jalan TJ Dua Tempat Kerja Negeri Sembilan Seremban dan Rembau 52 480
17 Industri Teknologi Cheng 18 Tempat Kerja Melaka Melaka Tengah 22 51
18 Unipark Tempat Kerja Sabah Tawau 18 54
19 Kampung Pak Simpol Komuniti Kelantan Bachok, Pasir Mas, dan Pasir Puteh 45 56
20 Kampung Mentera Komuniti Kelantan Kota Bharu 24 32
21 Kampung Chenok Kadok Komuniti Kelantan Kota Bharu 13 16
22 Kampung Parit Limbat Komuniti Kelantan Kota Bharu 12 21
23 Kampung Paya Rambai Komuniti Kelantan Kota Bharu 11 15
24 Kampung Wakaf Stan Komuniti Kelantan Kota Bharu 8 10
25 Kampung Banggol Kemian Komuniti Kelantan Pasir Mas 8 14
26 Lahat – Lahat Komuniti Sabah Tawau 20 50
27 Batu Keramat Komuniti Sabah Tawau 18 25
28 Bukit Rok Komuniti Pahang Bera 31 60
29 Jalan Denai Enam Komuniti Johor Johor Bharu 25 90
30 Kampung Senari Komuniti Sarawak Kuching 25 64
31 Dah Kampung Pokka Komuniti Kedah Padang Terap 24 104
32 Kampung Selabak Intan Komuniti Perak Hilir Perak 11 36
33 Jalan Ramin Satu Kumpulan Berisiko Tinggi Selangor Klang, Kuala Langat, dan Petaling 17 61
34 Fifth Avenue Kumpulan Berisiko Tinggi Perak Kinta 26 70
35 Jenderam Murni Kumpulan Berisiko Tinggi Selangor Sepang 14 16
36 Jalan Salleh 2 Pusat Tahanan Johor Muar 83 155
LAMPIRAN 5
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 28 JULAI 2021
NEGERI NILAI RT
TERENGGANU 1.33
KELANTAN 1.26
SABAH 1.25
PULAU PINANG 1.25
KEDAH 1.22
JOHOR 1.19
PERAK 1.18
WP PUTRAJAYA 1.16
WP KUALA LUMPUR 1.15
SELANGOR 1.12
PAHANG 1.08
MELAKA 1.07
SARAWAK 1.04
NEGERI SEMBILAN 0.94
WP LABUAN 0.65
PERLIS 0
MALAYSIA 1.16 |
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan Akhbar KPK 29 Julai 2021 – Pemantauan dan Saringan Pengesanan COVID-19 Sebelum dan Semasa Pelaksanaan Sidang Mesyuarat Khas Parlimen
BY DG OF HEALTH ON JULY 29, 2021
Seperti makluman umum, Sidang Mesyuarat Khas Parlimen berlangsung bermula pada 26 Julai 2021 sehingga 29 Julai 2021 dan 2 Ogos 2021 bertempat di Dewan Parlimen Negara, Kuala Lumpur. Pihak Parlimen bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membangunkan beberapa Prosedur Amalan Standard (SOP) bagi memastikan kelancaran perjalanan sidang serta mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19 sepanjang persidangan tersebut.
Antara SOP yang ditetapkan kepada semua individu yang terlibat dalam persidangan adalah diwajibkan menjalani ujian RT-PCR, tiga (3) hari sebelum hadir ke Parlimen bagi ahli-ahli Parlimen, pegawai-pegawai pengiring dan pegawai-pegawai Kementerian. Manakala bagi pihak media, kakitangan parlimen dan kontraktor, ujian makmal ini haruslah dibuat dalam tempoh lima (5) hari sebelum hadir di Parlimen. Individu yang bergejala juga dilarang hadir dan memasuki Parlimen.
Semasa hari persidangan berlangsung, individu dengan keputusan negatif COVID-19 harus membawa sesalinan keputusan tersebut ke Parlimen sebagai bukti. Individu yang bergejala hendaklah diasingkan dan dirujuk untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, penilaian risiko serta ujian saringan. ‘Booth’ Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) telah dipasang di Parlimen bagi menyediakan perkhidmatan RTK-Ag Self-Test Kit Saliva untuk saringan kendiri individu yang bergejala.
Sebelum mendaftar masuk secara harian sepanjang tempoh persidangan, individu diwajibkan mendaftar kehadiran menggunakan imbasan kod QR melalui aplikasi MySejahtera serta mengemaskini status risiko COVID-19 di paparan “Update My COVID-19 Risk Status” dalam aplikasi tersebut. Hanya individu yang negatif ujian pengesanan COVID-19, berstatus risiko rendah atau kontak kasual dan tidak bergejala akan dibenarkan masuk ke Sidang Parlimen. Bagi individu yang tidak mempunyai telefon pintar, mereka perlu merekodkan kehadiran secara manual.
Pihak Parlimen telah mengarahkan semua individu yang dijemput hadir ke Sidang Parlimen ini untuk menjalani saringan COVID-19 antara 21 Julai hingga 25 Julai 2021, sama ada di Kompleks Parlimen, PKD Putrajaya, fasiliti kesihatan kerajaan atau swasta. Dalam tempoh tersebut sebanyak 2,093 individu telah menjalani saringan ujian COVID-19. Sehingga 28 Julai 2021, sebanyak 56 kes positif COVID-19 telah dikesan melibatkan dua (2) orang Ahli Parlimen, enam (6) orang pegawai pengiring dan 48 orang pegawai dari pelbagai agensi kerajaan. Ini menjadikan kadar positif adalah 2.7 peratus. Dari 56 kes yang positif ini, 39 (69.6 peratus) terdiri dari mereka yang belum menerima dos vaksin lengkap atau belum menerima vaksin. Hasil siasatan dan penilaian risiko dijalankan yang dijalankan setakat semalam, kes-kes positif ini tidak mempunyai kaitan epidemiologi di antara satu sama lain.
Individu yang disahkan positif tidak dibenarkan hadir ke Sidang Parlimen. Mereka telah diasingkan, dirawat dan diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) termasuk kepada kontak rapat kes positif tersebut sebelum hari bermula Sidang Mesyuarat Khas Parlimen. Siasatan diteruskan untuk mengesan kontak rapat kepada kes-kes positif ini. Sehingga kini (28 Julai 2021), empat (4) orang kontak rapat telah disahkan positif COVID-19. Keempat-empat kontak rapat ini tidak hadir sejak dari hari pertama persidangan berlangsung dan sedang dalam tindakan susulan oleh pihak kesihatan.
Mengambilkira situasi semasa COVID-19 di Malaysia, keputusan saringan yang dijalankan sebelum Parlimen dan bagi mencegah penularan COVID-19 semasa persidangan ini berlangsung, KKM mencadangkan agar jumlah kehadiran secara fizikal di Parlimen dikurangkan dan tempoh persidangan dipendekkan. Perkara ini telah dicadangkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan semasa Mesyuarat Penyelarasan Bagi Urusan Berkaitan Mesyuarat Khas Bagi Dewan Rakyat berikutan Penularan Wabak COVID-19 pada 26 Julai 2021 jam 8 pagi.
Bagi memastikan Sidang Khas Parlimen terus berjalan lancar, semua individu dikehendaki untuk mematuhi SOP dan peraturan-peraturan sedia ada.
KKM akan terus memantau perkembangan situasi di Parlimen. Pasukan kesihatan dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama dari Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) telah ditempatkan di Bangunan Parlimen untuk menyelaras saringan demam dan gejala ke atas semua yang memasuki bangunan Parlimen. Sehingga 28 Julai 2021 seramai 104 individu telah menjalani ujian saringan kendiri “RTK-Ag Self Test Kit” menggunakan sampel saliva dan mendapati kesemuanya negatif COVID-19. Sekiranya terdapat kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan individu yang menghadiri Parlimen, siasatan akan dijalankan termasuk pengesanan kontak dan punca jangkitan. Selain dari itu, penilaian risiko juga akan dijalankan untuk mengetahui samada terdapat penularan jangkitan berlaku di kalangan mereka yang hadir ke Parlimen dan keperluan penutupan sementara untuk menjalankan langkah-langkah pencegahan dan kawalan. Berdasarkan penilaian risiko dijalankan oleh pasukan kesihatan yang ditempatkan di Parlimen, buat masa ini tiada penularan jangkitan COVID-19 dikesan. Namun, pemantauan dan penilaian risiko akan diteruskan sehingga Sidang Mesyuarat Parlimen ini tamat.
Justeru, KKM ingin mengingatkan agar setiap individu hendaklah bersama-sama bertanggungjawab agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan serta hendaklah mengamalkan normal baharu.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 29-7-2021 07:02 PM
Haah. Pakai Maxis tak? Line Maxis saya teruk na...huhu...
Noor pakai unifi mobile...
|
|
|
|
|
|
|
|
mrsjones replied at 29-7-2021 04:47 PM
jalan boleh? ada try jogging, sakit lutut lama2
Boleh kut....cubalah |
|
|
|
|
|
|
| |
|