|
[Penulis]
Sesi Bersama Penulis : Anita Aruszi/Mazni Aznita
[Copy link]
|
|
buku terbaru anita aruszi

Sayangku Casper
MAZNI AZNITA
RM 25.90
ISBN: 978-967-0184-96-8
~624 hlm
Sinopsis:
Tia Adila gadis yang sering dibuli emak dan kak tirinya. Demi amanat si granny, Tengku Rafique, seorang anak muda sampai ke Kuala Lumpur untuk mencari cucu Madame Marianne yang hilang sejak kecil. Adelia de Casper mahu segera dijejaki untuk menghalang niat jahat daddynya.
Kerana tidak tahan dengan perbuatan emak tirinya, Tia Adilia mengambil keputusan melarikan diri. Bukan dekat tapi ke Paris! Tak disangka-sangka Tengku Rafique juga menaiki penerbangan yang sama ke Paris lalu bermulalah perjalanan Tia Adilia yang penuh dengan kejutan, kebahagiaan dan cinta yang tidak lagi berakhir sepantas angin
|
|
|
|
|
|
|
|
ANITA ARUSZI/MAZNI AZNITA
Post Last Edit by arrnita at 1-9-2011 14:30
Makluman : Sesiapa yang mahu membeli novel saya bertajuk Dedalu Di Hati, boleh email ke [email protected] kerana stok baru telah sampai. Salam Aidilfitri.. |
|
|
|
|
|
|
|
3.5 bintang untuk sayangku casper 
edisi susah nak letak bagi aku... |
|
|
|
|
|
|
|
dah beli sayangku casper tapi belum baca lagi..
skarang ni tengah cari rembulan berdarah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 665# willy_wonka
Willy..
RB tu order online ajer ngan KN... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by arrnita at 24-4-2012 23:35
Dapatkan di PESTA BUKU ANTARABANGSA 2012 bermula 27 April 2012
[img]
TERBARU!!
terbitan : buku prima
harga : RM25.90
m/s : 700
SINOPSIS VENOM SURIA
Suria seorang wartawan yang periang dan berdedikasi. Dibesarkan oleh ayah tanpa ibu di sisi menjadikan dia berani dan sentiasa yakin dengan dirinya. Sebuah kes luarbiasa yang berlaku di ibukota membuatkan dia obses mahu merungkai misteri di sebalik kes tersebut. Namun semua ini menemukan dia dengan dua lelaki berbeza watak dan takdir.
Izwan, seorang anggota polis yang bersifat panas baran dan tegas. Kecewa dengan kematian isterinya membuatkan dia lelaki yang penuh dengan prasangka dan dendam yang membuak-buak. Namun pertemuannya dengan Suria, membuatkan lagaknya terkalahkan. Dia hilang suara setiap kali bertingkah kata dengan gadis yang sentiasa mahu menang itu.
Nazrul Aliff seorang yang sentiasa tenang, tetapi murah dengan senyuman. Tetapi tidak ada sesiapa yang menyangka hidupnya lebih rumit dari rupanya. Hidup sebagai lelaki terpilih menjadikan dia derita dalam diam. Lagi-lagi tugas yang harus dipikul memaksa dia menjadi pembunuh. Tapi mampukah dia? Lagi-lagi yang harus dibunuh kini sudah melekat di hati memarakkan cinta yang kian dalam.
Ketiga-tiganya bertemu, hanya untuk membuka sebuah lembaran kisah zaman berzaman. Kisah sumpahan dua keluarga tetapi berlainan rentak. Kisah ini harus diakhiri sebelum membuka kisah baru. Tapi apakah cinta mampu mengalahkan kejahatan? Atau jiwa akan luluh ditelan kegelapan? |
|
|
|
|
|
|
|
yess...buku baru...x sabar nk beli.. |
|
|
|
|
|
|
|
ya Rory..ini buku terbaru dr k nita..bergenre thriller + misteri + cinta..dan ada elemen elemen supernatural mcm drama supernatural tu jugak..haha |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 669# arrnita
akak ada kt pesta buku hari apa?
kot2 masa saya pergi akak ada, boleh minta tanda tangan sekali... |
|
|
|
|
|
|
|
mijot,
k nita bertugas hari sabtu 28 april di booth Karangkraf di TDI (Tun Dr Ismail)..rasanya tak jumpa kiita kut..k nita terbc tadi mijot nak buat gath 29 kan..haha |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Nita...akhirnya ketemu jua penulis dari negeri penyu ini ya...
Dah selamat katam dah venom suria. Pada yg minat cite RAM...mmg gerenti boleh masyuk cite ni....mmg best.   |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 672# kaypo
oo dah khatam ya venom suria..terima kasih..
ya..samalah kita kaypo..rasanya ini kali pertama kita jumpa kan?  |
|
|
|
|
|
|
|
haha...nak segan apanya? yalah..kita ni penulis biasa2 sahaja..haha..sbb ambil pesaan utk Yan..klu tak mesti smpi tahun 2020 pun tgk dr jauh jgak kita ni ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah abes baca venom suria (VS)..
apa yang boleh diperkatakan, VS ni lagi baik daripada kasih arina, karya anita yg dulu..sebab karya VS ni boleh dikatakan hampir 90% berunsurkan melayu. karya kasih arina tu imaginasinya banyak dari citer luar negara...
boleh dikatakan novel ni edisi susah nak letak, memang asik membaca dan ingin tahu pengakhirannya.
kelemahan :
- terlalu banyak watak yang tertere dlm VS, jadi ada beberapa nama tu tak masuk sgt dlm kepala. bila diulang semula nama itu, mulalah terkial2 aku nak ingat balik 
- ada sikit benda bukan realiti. ada unsur supernatural/mistik. ini mungkin kelemahan aku bukannya penulis sebab aku tak suka sgt baca yang berunsurkan mistik. tu sebab aku tak boleh baca dwi trilogi bagaikan puteri.
- pengakhiran masa nak bunuh mahira tu terasa terlalu singkat. rasa mcm kejap sangat pertarungan mereka semua dgn mahira..
apa2 pun, VS ni memang enjoy untuk dibaca  |
|
|
|
|
|
|
|
dah abes baca venom suria (VS)..
apa yang boleh diperkatakan, VS ni lagi baik daripada kasih arina, ...
mijot Post at 18-5-2012 09:01 PM 
berapa bintang mijot? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 678# miza86
3 bintang...
seronok gak dibaca walaupun ku rasa belum setara dhn karya RAM dan dhiya zafira...
bagus berbanding karya anita kasihku arina...
kalau suka baca kisah bunuh2 ni, aku boleh sageskan untuk cuba dibaca  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply miza86
3 bintang...
seronok gak dibaca walaupun ku rasa belum setara dhn karya RAM dan d ...
mijot Post at 20-5-2012 08:19 PM 
miza x berapa gemar jenis bunuh2 dan thriller macam RAM.
So far dr karya Kak Anita, miza pernah baca sayangku casper je dan itu memang best dan masuk dengan jiwa.
Boleh mijot cadangkan mana lagi novel kak anita yang best dan berbaloi |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|