CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wes_12

FAZURA HOTZ & GOJES

[Copy link]
Post time 2-12-2008 11:47 AM | Show all posts
semakin hari semakin sejuk umah ni apakes???


penaung2 lama dh tak masuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2008 10:47 PM | Show all posts
penaung2 ikut fazura holiday kot   
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 08:38 AM | Show all posts
ni juan amik dari newspaper last week.. sweet shial...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 10:04 AM | Show all posts

Reply #663 dujuan's post


So sweet
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 10:31 AM | Show all posts

Reply #663 dujuan's post

lainnya muka faz...tp still sweet
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 10:35 AM | Show all posts
Originally posted by houdini at 3-12-2008 10:04 AM

So sweet



Originally posted by britney_sapiah at 3-12-2008 10:31 AM
lainnya muka faz...tp still sweet



make up dia memang sweet time tuh...
2-3 kali aku dok belek...menawan uollss...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-12-2008 06:12 PM | Show all posts

Reply #666 dujuan's post

syomel nya
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 11:00 AM | Show all posts
Dari Ohbulan.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2008 03:06 PM | Show all posts
wahh
dah lama tak masuk sini...
sumer pun nak rest ngan Fazura gak keR?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2008 12:00 PM | Show all posts
Selamat Hari Raya Haji kpd semua gojes2

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 12:54 PM | Show all posts
selamat ari raya korban gojes2...

berhati2 di jalan raya
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2008 12:55 PM | Show all posts
Salam Aidiladha pade semua Gojesss yang muslim...
drive kepuliiii.. dont sleep n drive..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2008 10:02 AM | Show all posts
morning gojessssss... slamat ari raye aidiladha....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 10:03 AM | Show all posts
faz skang tgh bercuti ,eh ?   
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 11:31 AM | Show all posts
faz cuti sampai krismas kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 11:40 AM | Show all posts
Originally posted by britney_sapiah at 9-12-2008 11:31 AM
faz cuti sampai krismas kot



wahhh lama gak,kan... elok la berehat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2008 07:35 AM | Show all posts
muning gojess
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2008 02:12 AM | Show all posts
Harap sinar 2009
Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]

Rap
GERAM melihat perut Nora yang sedang memboyot, Fazura berkali-kali mengusap perut temannya itu.

Sesekali terdengar Fazura berbisik: “Bayi ini mesti baik macam mamanya.”

Cara Fazura merenung Nora, jelas sekali pelakon berwajah ayu itu atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 25, mengagumi ketabahan bintang sitkom Puteri, Nora Mohd Danish Haniff (Nora), 26.

Kata Fazura, Nora yang dikenalinya sejak dulu memang seorang yang menyenangkan.

“Saya cukup menghormati dia sebagai wanita. Walaupun dia berhadapan dengan kegagalan rumah tangga pada usia yang muda dan di saat menerima berita gembira mengandung anak sulung, dia tenang menghadapi dugaan itu dan tidak pernah memburukkan atau cuba menjatuhkan air muka suaminya walaupun mungkin tindakan diceraikan tatkala berbadan dua boleh dianggap kejam.

“Ini menunjukkan dia seorang yang percaya pada Qada dan Qadar Yang Maha Esa.

“Sebagai sahabat saya doakan yang terbaik buatnya, melahirkan anak dengan mudah dan selamat bahkan mengharapkan kehadiran bayi itu akan memulihkan semula hubungannya dengan bekas suami agar mereka dapat membesarkan anak bersama-sama,” katanya.

Pasti ramai tertanya sebab dua bintang ini disatukan dalam satu sesi fotografi.

Jelas sekali, tiada projek baru bakal menggandingkan mereka dalam masa terdekat ini sebaliknya, dua wanita cantik ini menitip sejarah tersendiri sepanjang 2008 apabila kedua-duanya ‘dibebaskan’ dalam situasi yang berbeza.

Jika Nora, luluh hatinya mendengar keputusan mahkamah yang mengesahkan dan mensabitkan kedua-dua lafaz talak diucapkan bekas suaminya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli, pada Februari dan Jun lalu sebagai sah pada 12 Ogos lalu, Fazura pula berasa cukup lega dibebaskan mahkamah daripada tuduhan memukul suri rumah, Geraldine Wong.



Justeru, segala kenangan silam mahu dibuang jauh dan 2009 yang akan bertandang tidak lama lagi diharapkan menjadi tahun yang sukses dan membahagiakan buat mereka.

Nora berkata, dia tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata sulungnya itu dan sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai ibu tunggal.

“Ibu adalah sumber inspirasi saya saat mengharungi detik mencabar ini. Dia juga seorang ibu tunggal namun, dalam susah payah mencari rezeki dia mampu membesarkan kami adik-beradik.

“Saya sedar bukan mudah memikul tanggungjawab sebagai ibu sekali gus memainkan peranan sebagai seorang bapa namun, saya akan lakukan apa saja yang terbaik untuk anak saya.

“Sebagai persediaan awal, saya banyak membaca buku berkisarkan ibu tunggal termasuk melayari Internet. Walau apapun yang berlaku pada masa depan, saya sentiasa bersedia menghadapinya,” katanya.

Mengakui hubungan dengan keluarga mentua masih baik seperti dulu malah, sekali-sekali makan malam bersama, Nora bersyukur kerana bekas ibu bapa mentuanya sangat mengambil berat dan prihatin terhadap keadaannya.

“Walaupun saya dan Rizal sudah berpisah namun hubungan kami masih baik.

“Dia juga teruja menantikan kelahiran anak kami sebagaimana saya, malah, menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa dengan membeli keperluan bayi.

“Sekali-sekali dia menghubungi saya untuk bertanya khabar dan kesihatan saya.

“Begitu juga dengan keluarganya, kami selalu keluar makan bersama. Aidilfitri lalu kami meraikan bersama,” katanya.

Sebagai persediaan masa depan, Nora berhasrat mengusahakan restoran berkonsepkan ala kopitiam.

Kebetulan, bidang ini bukan asing bagi keluarganya yang sudah 13 tahun berkecimpung dalam dunia masakan dan dia sendiri sudah biasa membantu ibunya menguruskan restoran.

“Ekonomi dunia dijangka mengalami kegawatan pada 2009 jadi eloklah sediakan payung sebelum hujan untuk jaminan masa depan kerana dunia lakonan tidak selamanya menjanjikan pendapatan lumayan.

“Lagipun, selepas ini saya akan menggalas tanggungjawab sebagai ibu juga ketua keluarga dan saya mahu anak saya menikmati ibu yang baik.

“Bagaimanapun, selepas melahirkan anak nanti saya berhasrat untuk meneruskan aktiviti lakonan selagi diperlukan, cuma tumpuan utama saya sekarang adalah anak,” katanya.

Sementara Fazura pula, menganggap 2008 tahun paling menggembirakan kerana sejak disabitkan dengan pertuduhan memukul empat tahun lalu hidupnya tertekan kerana terpaksa berulang alik ke mahkamah.

Sangkaannya kes itu membuatkan peminat membencinya namun tanpa diduga dia masih diterimanya dan menetapkan 2009 sebagai terbaik untuk melancarkan karier seninya yang seakan tergendala sekali gus membalas jasa serta sokongan peminat berikan.

“Tahun 2009 adalah tahun untuk peminat dan saya akan melakukan yang terbaik untuk mereka dan karier lakonan saya. Saya akan mencuba pelbagai watak yang berlainan untuk menyerlahkan kemampuan saya dan memilih skrip yang benar-benar mencabar.

“Tahun depan saya lebih aktif berlakon drama dan filem. Ini kerana sejak empat tahun lalu saya kurang berlakon kerana tertekan dengan kes.

“Saya bagaikan hilang keyakinan dan selalu rasa tertekan kerana orang sering memandang serong terhadap saya.

“Namun, saya terharu ketika hampir berputus asa mengharungi detik itu peminat terus memberi sokongan. Enggan mempersiakan kepercayaan mereka saya mahu buat yang terbaik untuk 2009. Saya akan bekerja-keras untuk mencapai kejayaan,” katanya.

Tidak sekadar mahu berjaya dalam bidang lakonan, Fazura juga mahu mencuba nasib dalam bidang nyanyian.

Meskipun menyedari nyanyiannya tidaklah sehebat penyanyi profesional lain, Fazura perlu merealisasikan keinginan.

“Saya sukakan muzik jazz dan meminati penyanyi seperti (Datuk) Sheila Majid. Jika proses pembikinan itu benar-benar menjadi kenyataan saya teringin sekali untuk bekerjasama dengan Faizal Tahir kerana saya rasa dia ini unik orangnya dan seorang komposer yang bijak serta penuh idea,” katanya.

Terikat dengan promosi jelajah filem Selamat Pagi Cinta, Fazura yang baru menyelesaikan penggambaran Pisau Cukur arahan Bernard Chauly mahu berehat seketika daripada berlakon filem tahun ini.

Kata gadis jelita yang merangkul anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-17 (FFM17), dia tidak mahu terlalu terkejar-kejar dan terdedah berlebihan dalam bidang lakonan dan media.

Bersempena sambutan Aidilfitri, Fazura sempat ditanya sama ada dia mempunyai perancangan menunaikan umrah dalam masa terdekat sebagai persediaan sebelum melakukan fardu haji.

Jelas Fazura sejak melangkah kaki ke Makkah pada usianya 17 tahun dia sering terpanggil untuk kembali menunaikan umrah.

“Dalam hati teringin saya ke sana, sebab waktu itu saya rasa cukup tenang. Insya-Allah, saya percaya jika ada niat tuhan akan sentiasa mempermudahkan permintaan kita,” katanya.

Sementara Nora ketika diajukan soalan sama, merancang menunaikan umrah tahun depan bersama ibu dan kakaknya.

“Ikutkan kami sepatutnya menunaikan Umrah tahun ini namun atas sebab tertentu hasrat itu terpaksa dibatalkan. Insya-Allah saya berhasrat menjalani ibadah itu pada tahun depan dan merancang mengambil pakej seminggu sebelum dan seminggu selepas puasa untuk menimba pengalaman menyambut Ramadan dan menjalani ibadah berpuasa di sana.

“Insya-Allah juga saya akan membawa anak saya bersama-sama ke sana nanti,” katanya.



PROFIL FAZURA

NAMA PENUH: Nur Fazura Sharifuddin

TARIKH LAHIR: 27 September 1983

ASAL: Pekan, Pahang

KELUARGA: Anak ketiga daripada empat beradik

PENDIDIKAN: Sekolah Menengah Dato’ Mahmud Mat, Pekan dan Kolej

Stamford, Kuala Lumpur

IKLAN: Pantene dan Kalsio Sweets

PROGRAM TV: Teensworld (RTM2), MTV Jus dan MTV Pop Inc

FILEM: Bicara Hati, Qaisy & Laila, Senario XX, Gol & Gincu, Kayangan,

Selamat Pagi Cinta!, Kantoi (belum tayang) dan Pisau Cukur

DRAMA: Inspirion, Dalam Hati Ada Cinta, Kasih Suci, Datin Diaries,

Gol & Gincu The Series, Rendang Untuk Mentua dan Ezora

PENCAPAIAN: Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem

Malaysia ke-17 (FFM17)

DUTA PRODUK: Olay

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2008 02:16 AM | Show all posts
ni dari h.metro hari ni.ada gambar sebenarnya tp x tau nak tepek.cute jugak gambar tu.gambar faz pegang perut nora danish.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2008 08:30 AM | Show all posts

Reply #678 hans78's post

faz nak pergi umrah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.064698 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list