“cikgu muda sekolah awak tu macam mana?” soal Aliff setelah sesi luahan perasaan antaranya dan Shazrina. semestinya dia tidak lupa kewujudan Aqil didalam hubungannya dan Shazrina saat ini.
“saya tak bercinta pon dengan dia... hanya kawan.” Jelas Shazrina jujur.
“saya tipu awak je hari tu...” tambah Shazrina lagi apabila melihat wajah Aliff yang tidak percaya.
“awak dah maafkan saya ke?”
“kalau saya tak maafkan awak, tak adanya hari ni saya muncul kat sini.” Tegas Shazrina. Aliff memekarkan senyuman manis kepada Shazrina yang sedang memandang kearahnya.
“saya minta maaf sekali lagi Shaz... walau apa pon alasan saya, kenyataannya memang saya bersalah pada awak. Tapi percayalah, saya tak akan ulangi lagi semua tu dan akan sentiasa mempercayai awak. Saya akan jadi lelaki pilihan yang terbaik untuk awak.” Janji Aliff sambil mengangkat tangan seperti berikrar.Shazrina tersengih senang.
“kalau awak ulang lagi kesalahan macam ni, sampai ke mati saya tak akan maafkan awak lagi tau!” ugut Shazrina. Aliff mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham. Dia akan ingat semua ugutan ini sampai bila-bila agar dirinya tidak lagi tersilap langkah.
“lepas ni kalau ada apa-apa yang tak puas hati, luahkan.. jangan pendam macam dulu lagi yer Aliff. Tak kiralah tentang apa sekali pon.” minta Shazrina. dia berharap tiada lagi pergaduhan yang melibatkan salah faham seperti ini berlaku lagi dalam hubungannya dan Aliff.
“baik sayang! Lepas ni kita mesti kongsi semua masalah bersama.. tak nak pendam-pendam dah.” Sokong Aliff.
“satu je saya nak ingatkan awak... walau apa pon terjadi percayalah cinta saya tetap utuh terhadap awak. Saya tak akan mudah berpaling tadah.” Luah Shazrina. kali ini biar semuanya jelas. Biar Aliff tahu perasaannya yang sebenar.
“sama seperti saya Shaz... walau apa pon terjadi, hanya awak dihati saya.”tambah Aliff pula. Shazrina tersenyum bahagia mendengar kata-kata Aliff.
“mama dengan papa awak macam mana? Diorang belum maafkan sayakan...” ungkit Aliff mula ditimpa perasaan ragu-ragu. Baru sahaja hubungannya dengan Shazrina mahu pulih, halangan besar sudah pon muncul. Shazrina tersengih mendengar persoalan Aliff membuatkan lelaki itu pelik dengan senyumannya itu.
“kenapa awak senyum? Ini masalah besar tahu tak.. saya tak ada cita-cita nak bawak anak dara orang kawin lari.” Sempat Aliff berseloroh namun dia memang memaksudkannya.
“saya pon tak hinginlah nak kawin lari dengan awak...” tingkah Shazrina senang.
“pasal mama dan papa awak tak payah risau... diorang dah maafkan awak sebab diorang dah tahu hal sebenar.”
“diorang dah tahu hal sebenar? hal sebenar apa?”
“kenapa kita tak jadi bertunang....” terang Shazrina tenang.
“siapa beritahu.. awak?” tembak Aliff. Shazrina menggeleng-gelengkan kepalanya menolak telahan yang dibuat oleh Aliff.
“bukan.. Farah datang rumah dan jelaskan hal sebenar kepada mama dan papa.” Aliff terdiam mendengar jawapan Shazrina. berfikir sejenak mindanya tentang agenda Farah yang seterusnya.
“awak masih marahkan dia?”
“yup..tak mudah saya nak maafkan dia dengan apa yang dah terjadi terhadap kita.”
“saya dah maafkan dia...” beritahu Shazrina dengan reaksi yang tenang. jelas dimatanya wajah Aliff yang terkejut dan tidak berpuas hati.
“saya yakin dia betul-betul menyesal dengan perbuatan lalunya tu.. kalau dia tak menyesal, tak adanya dia datang nak bongkarkan kesalahan sendiri. jadi, saya rasa awak patut maafkan dia juga. Kita semua ada salah dan silap dalam hal ni.”pujuk Shazrina lembut. rona wajah Aliff yang kelihatan geram seketika tadi mula beransur hilang. Jejaka itu membalas pandangan Shazrina.
“berikan saya masa...” mohon Aliff pendek. Shazrina tersenyum simpul dan mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia mengerti perasaan Aliff kerana mereka berkongsi perasaan yang sama. Suatu hati nanti, Aliff pasti akan memaafkan juga Farah dan mungkin mereka akan kembali bersahabat walaupun tak seakrab dulu.
Last edited by misssakura on 31-1-2013 11:16 AM
|