CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anok_Tupa

KPH VILLA - 101 - Jom Undi Matahari Di Carta Hot FM & ERA FM

 Close [Copy link]
Post time 15-12-2013 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah hafiz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2013 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Teh_90 posted on 14-12-2013 12:52 PM
Good luck Hafiz. Insyaallah sekurang2 2 awards dpt kat Hafiz mlm ni. Amin.

Alhamdulillah. Tepat sekali jangkaanku. Tahniah beribu lemon, Hafiz. Be humble always...ke?

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 12:38 AM | Show all posts
Teh_90 posted on 15-12-2013 12:23 AM
Alhamdulillah. Tepat sekali jangkaanku. Tahniah beribu lemon, Hafiz. Be humble always...ke?

Tahniah utk Hafiz penyanyi kesayangan kita

Well done and keep entertaining us
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 12:52 AM | Show all posts
Tahniah Hafiz pasal menang 3 anugerah di AIM 20!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 12:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 01:05 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2013 01:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 01:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2013 01:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 01:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 01:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 01:42 AM | Show all posts
Mlm yg penuh excitement!!!
Hati berbunga2 bila Hafiz ucap terima kasih HAFIZFC....
Menang 3 anugerah di AIM20... Hrpan kita... Hafiz akn terus kekal spt Hafiz yg kita kenali sejak 2009....
Tahniah sekali lagi.....
2013 mmg tahun Hafiz..... Semua awards dia sapu....
Here's hoping that ABPBH2013 nanti pun akn bawa kemenangan besar buat Hafiz...
InsyaAllah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 09:18 AM | Show all posts
'Luahan Hati Anak Seni' Hafiz Dinobatkan Album Terbaik AIM20

14 Dec 2013, 11:57pm   |   Kamaruddin Razal




Hafiz Suip menerusi album solo keduanya, 'Luahan Hati Anak Seni' berjaya mengungguli malam Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) dengan merangkul anugerah Album Terbaik. Selain itu, Hafiz juga membawa pulang dua lagi anugerah iaitu Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu "Bahagiamu Deritaku" dan Rakaman Album Terbaik menerusi album yang sama 'Luahan Hati Anak Seni'.

Dalam pada itu, Shila Amzah dianugerahkan dengan Anugerah Kembara atas bakat luar biasanya dalam memperkembangkan muziknya ke peringkat antarabangsa sementara Tan Sri Dr. Tony Fernandes menerima Anugerah Sri Wirama atas usahanya mencetuskan AIM satu ketika dahulu.

AIM 20 disiarkan secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada jam 9 malam di Astro Ria. Jom semak senarai pemenang AIM 20:

1. Artis Baru Terbaik
Alex Subryn

2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Bahagiamu Deritaku - Hafiz Suip  

3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Seandainya Masih Ada Cinta (Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas) - Dayang Nurfaizah

4. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan)
Salam Atasmu - Saujana

5. Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu
Sedetik Lebih (Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas) - Anuar Zain & Dayang Nurfaizah

6. Kulit Album Terbaik
Penglipur Lara – Hazama (Zach Mohd Azriq)

7. Rakaman Album Terbaik
Luahan Hati Anak Seni – Hafiz Suip (CL Toh)

8. Video Muzik Terbaik
Pretty Ugly & Altimet (Perez Oldskool)

9. Lagu Pop Etnik Terbaik
Pahlawan Zafana – Ihab Ismail (Ihab Ismail / Ahmad Fedtri Yahya)

10. Lagu Nasyid Terbaik
Mawar Berdarah – Rabbani (B. Nury / B. Nury)

11. Lagu Rock Terbaik
Dibawah Gerbang Skaea – Amy Search (Edrie Hashim / Buddhi Hekayat)

12. Lagu Pop Terbaik
Lelaki – Yuna (Yunalis Zarai / Yunalis Zarai)

13. Lagu Hip Hop Terbaik
Aku Pelat – Salammusik menampilkan Zion Dread (DJ Fuzz / Jay Tan, Eyza Bahra, Zion Dread & Salam)

14. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
In The House – Goldfish & Blink menampilkan Altimet & ZE! (Goldfish & Blink / Altimet & Ze!)

15. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Persembahan Artis Luar Negara
Hilang Naluri – Once (Dewi Q & Ariyanto / Dewi Q)

16. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Bila Resah – Anuar Zain & Dayang Nurfaizah/ (Jenny Chin)

17. Lagu Terbaik
Lelaki – Yuna (Yunalis Zarai / Yunalis Zarai)

18. Album Terbaik
Luahan Hati Anak Seni – Hafiz Suip (L.Y, Hafiz Suip, AG Coco, Ajai, Satria Anggun (Indo), Kunci Demak, Mohd Atlan, Manusia Putih, Mega Pendawa (Indo) & Aiman)

19. Anugerah Kembara
Shila Amzah

20. Anugerah Sri Wirama
Tan Sri Dr. Tony Fernandes



~~~ gua.com.my ~~~
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 09:29 AM | Show all posts
Hafiz: Kemenangan Ini Bukan Milik Saya Saja

15 Dec 2013, 04:11am   |   Farhana Ab Rahman



Hafiz Suip mengungguli Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) dengan membawa pulang tiga anugerah pada acara yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam Sabtu.

Penyanyi berusia 23 tahun itu menerima anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi "Bahagiamu Deritaku", Rakaman Album Terbaik dan Album Terbaik menerusi album 'Luahan Hati Anak Seni'.

“Syukur ke hadrat Ilahi. Saya merasakan kemenangan ini bukan milik saya saja tetapi semua pihak yang banyak menyokong saya seperti keluarga, rakan-rakan dan terutamanya Hafiz FC. Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada saya malam ini tetapi tidak dinafikan persaingan begitu sengit,” kata Hafiz ketika ditemui di sidang media AIM 20.

Pemuda kelahiran negeri Sarawak ini menganggap kemenangan kali ini sebagai memori yang begitu manis buat dirinya. Dia sama sekali tidak menyangka yang rezeki berpihak kepadanya malam ini.



“Bila dapat tahu saya menang untuk kategori pertama (Rakaman Album Terbaik), saya merasakan ia seperti satu keajaiban. Itulah orang kata rezeki. Namun saya tidak mahu kemenangan ini membuatkan saya leka, sebaliknya sebagai cabaran untuk memberikan lebih baik,” katanya.

Hafiz turut berkongsi yang dia mengamalkan petua yang diajar oleh arwah neneknya iaitu untuk minum air masak sebaik sahaja bangun tidur bagi menjaga suara. Dia tidak menafikan sebagai penyanyi sememangnya menjadi tanggungjawab untuk memastikan vokal dijaga dengan baik.

“Saya tidaklah terlalu menjaga makan sebaliknya mengamalkan minum air masak dengan banyak. Malah ketika berada di Jakarta saya ada belajar petua di mana ada yang menyarankan agar minum limau dan kicap. Itu merupakan satu pengalaman baru buat diri saya,” kata Hafiz mengakhiri perbualan.



~~~ gua.com.my ~~~
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 11:21 AM | Show all posts
tahniah hafiz ...

target you will win the vocal .... tapi agak terkejut dgn best album .... unexpected ...

anyway...congratulations ... 10000xxxxxxxxxxxxxx ...

good luck for next AJL ....


ehem!! am waiting for that "growlinnnngggg" sound utk BD final AJL hocay!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 11:25 AM | Show all posts
Tahniah Hafiz...Alhamdulillah atas kemenangan di AIM20.

Just my 2cents....
Hafiz kena improve on his acceptance speech.
Especially untuk awards yang melibatkan team efforts.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2013 06:56 AM | Show all posts
Keajaiban besar Hafiz

Di sebalik teka-teki mengenai proses rakaman album Luahan Hati Anak Seni dibuat di mana, penyanyi bersuara hebat Hafiz Suip membawa pulang kemenangan besar apabila membolot tiga trofi pada Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) malam kelmarin di Stadium Tertutup Putra, Bukit Jalil.

Mendominasi pencalonan kali ini, penyanyi Bahagiamu Deritaku itu turut dinobatkan penerima trofi utama Album Terbaik selain mengukuhkan lagi kuasanya mengungguli kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) serta Rakaman Album Terbaik.

Seperti sudah boleh diduga akan pulang bergaya pada AIM20, penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) itu nampaknya tidak kelihatan riak dan nyata menyifatkan kemenangan itu sebagai keajaiban buatnya.

“Syukur atas kemenangan ini dan kali pertama menang di AIM ia amat bermakna, usaha keras saya sebelum ini akhirnya terbayar. Mengejutkan terutama sekali sewaktu diumumkan menerima kemenangan pertama menerusi Rakaman Album Terbaik padahal calon lain pun bukan calang-calang hebatnya.


                         HAFIZ menang besar

“Saya dedikasikan trofi ini buat semua yang terbabit dalam merealisasikan impian saya dan tidak henti menyokong. Ini rezeki yang tak boleh dilupakan dan kemenangan ini saya jadikan cabaran untuk menjadi lebih terbaik lagi,” katanya.

Hadir sama pada sidang media sejurus tamat acara berkenaan, LY menyifatkan kemenangan Hafiz amat bertepatan dan sempat menyangkal pembikinan album terbabit dibuat di Indonesia.

“Sewaktu diminta mencipta lagu Bahagiamu Deritaku, saya tidak tahu Hafiz yang akan menyanyikan lagu berkenaan. Saya bersyukur lagu itu diberikan padanya dan memang mengagumi kekuatan vokalnya yang hebat.

“Mengenai pembikinan album Luahan Hati Anak Seni, beberapa lagu yang didakwa dibuat di Indonesia sebenarnya dilakukan sepenuhnya di studio saya di sini,” jelasnya.

Juga menamatkan kemarau penantian, rakan senegeri Hafiz, Dayang Nurfaizah pula mengenepikan calon kegemaran iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Jaclyn Victor apabila memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) menerusi Seandainya Masih Ada Cinta.

Dua penyanyi yang semakin rancak mengharumkan nama negara di persada antarabangsa pula iaitu Shila Amzah diberikan penghormatan menerusi Anugerah Kembara manakala Yuna membawa pulang trofi Lagu Terbaik dengan lagu Lelaki.

Tidak ketinggalan, cukup sinonim dengan industri muzik dan pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan BMG, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes pula menerima anugerah Seri Wirama.

Dihoskan gandingan mantap, Datuk Aznil Nawawi dan Nabil Ahmad, kemeriahan malam itu menjadi hangat apabila kedua-duanya bergurau secara spontan saling mengenakan diri sendiri dan artis lain.

Membuka tirai persembahan malam itu, Ning Baizura, Spider dan Aizat tampil bertenaga manakala Datuk Siti Nurhaliza juga sempat memukau penonton dengan vokal hebatnya serta segmen penutup menampilkan penyanyi lama Khadijah Ibrahim, Zainal Abidin, Jay Jay dan Dayangku Intan.



~~~ hmetro.com.my ~~~


Last edited by blackberry90 on 16-12-2013 07:00 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 07:02 AM | Show all posts
Motif etnik serlah penampilan

Oleh Yanie Baharom

Apabila bercakap mengenai fesyen selebriti pada majlis anugerah, lazimnya tumpuan lensa serta pandangan ramai tertumpu kepada artis wanita yang masing-masing ‘berperang’ untuk kelihatan glamor dan cantik.

Bagaimanapun, pada malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) di Stadium Putra Bukit Jalil, Moda lebih teruja memperkatakan penampilan penyanyi muda berbakat besar, Hafiz Suip.

Sut seakan rona ‘voilet-blue’ dengan potongan kreatif rekaan Hatta Dolmat, satu lagi ‘signature’ atau ‘fashion statement’ daripada pereka fesyen terkenal itu.

Pemilihan corak Pua Kumbu yang mempunyai mitos tersendiri dalam kalangan orang Sarawak, cukup menyerlahkan penampilan Hafiz yang juga anak jati Bumi Kenyalang itu.

Bukan saja menang gaya, pokoknya malam itu penuh bersejarah bertuah buat bekas juara AF7 berkenaan kerana menggondol tiga anugerah utama iaitu Album Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu Bahagiamu Deritaku dan Rakaman Album Terbaik.

Manakala, selebriti wanita yang berpenampilan anggun dan unik pada malam itu adalah penyanyi yang juga bekas Miss Malaysia 2008, Soo Wincci yang menggayakan rekaan M.O Couture Sarawak.

Pereka gaun kembang ini sangat-sangat kreatif bagi saya kerana menggunakan tikar mengkuang untuk menutup bahagian atas gaun.

Primadona filem melayu cukup jelita siapa lagi kalau Erra Fazira, yang sudah lama tidak membuat kemunculan di majlis anugerah dengan gaun rekaan Rizman Ruzaini yang cukup sempurna.

Seperti siri penampilannya di khalayak umum sebelum ini, Nabila Huda, masih lagi kekal dengan imej seksi dan menggoda melalui rekaan Amir Luqman.



~~~ hmetro.com.my ~~~ Last edited by blackberry90 on 16-12-2013 07:03 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 08:38 AM | Show all posts
Salam and good morning KPH! Suit Hafiz mmg yg paling menyerlah malam tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 12:12 PM | Show all posts
Hafiz Suip menyerlah di AIM20

Wartawan Sinar Harian

16 Disember 2013



PENYANYI yang kini terkenal dengan lagu Bahagiamu Deritaku, Hafiz Suip mencipta kejayaan tersendiri apabila membawa pulang tiga trofi pada malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, kelmarin.

Menerusi album Luahan Hati Anak Seni, penyanyi yang berasal dari Bumi Kenyalang ini menerima anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu Bahagiamu Deritaku, Rakaman Album Terbaik dan Album Terbaik.

“Syukur ke hadrat Illahi dengan kemenangan ini dan terima kasih kepada semua pihak termasuk abang LY Baiduri selaku pencipta lagu Bahagiamu Deritaku.

“Bagi saya kemenangan dan trofi ini bukan milik saya seorang, ia adalah milik semua calon. Cuma trofi disimpan di rumah saya (ketawa),” kata Hafiz yang ditemui pada sidang media AIM20.

Mengakui kemenangannya pada malam itu memberi kejutan buatnya, Hafiz berkata, ia sekali gus memberi kenangan manis kerana menjadi kemenangan besar dan pertama buatnya di pentas AIM.

“Bila dapat tahu saya menang untuk kategori Rakaman Album Terbaik, saya memang terkejut dan bersyukur.

“Apatah lagi yang tercalon ada keistimewaan masing-masing dan saya tak yakin untuk menang. Tapi itulah dia keajaiban buat saya,” katanya.

Bagaimanapun Hafiz berkata, kemenangan ini bukan alasan buatnya untuk tidak lagi bekerja keras atau bekerja sambil lewa kerana kemenangan tersebut adalah satu cabaran baru buatnya.

“Apa yang saya harapkan, kemenangan ini membuatkan saya leka, sebaliknya sebagai cabaran untuk memberikan lebih baik kerana orang akan jangkakan yang lebih dari saya,” katanya.


Selain Hafiz, AIM20 turut menyaksikan kejayaan Shila Amzah mengharumkan nama di luar negara diiktiraf melalui anugerah khas, Anugerah Kembara AIM2013.

Manakala Anugerah Sri Wirama AIM2013 diberikan kepada Pengasas syarikat penerbangan tambang murah AirAsia, Tan Sri Dr Tony Fernandez atas jasa beliau dalam membangunkan industri muzik tempatan selama 20 tahun.

Kedua-dua anugerah itu disampaikan oleh Pengerusi RIM, Norman Abdul Halim dan Jawatankuasa Penganjur AIM20, Rosmin Hashim.

Selain itu, lagu ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna berjudul Lelaki menggondol dua anugerah menerusi kategori Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik.

Manakala penyanyi Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah memenangi kategori Persembahan Vokal Duo/ Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu hasil kolaborasi menerusi lagu Sedetik Lebih.

Dayang juga turut diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta.

Bukan itu sahaja, lagu Bila Resah yang dipersembahkan kedua-dua penyanyi itu turut dipilih sebagai pemenang dalam kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu.

Selain itu, jika tahun lalu, Mojo diiktiraf sebagai Artis Baru Terbaik, kali ini, anugerah serupa diberikan kepada penyanyi indie, Alex Subryn.

Dalam pada itu, Amy Search membuktikan keunggulannya apabila menerima anugerah Lagu Rock Terbaik menerusi Di Bawah Gerbang Skaea.

Manakala Salam Musik pula membawa pulang trofi Lagu Hip Hop Terbaik, menerusi lagu Aku Pelat, manakala kolaborasi di antara Goldfish dan Blink telah melayakkan mereka untuk menerima anugerah Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.

Pak Nil, Nabil serasi

Sementara itu, pengacara bagi AIM20, Datuk Aznil Nawawi dan Nabil Ahmad berjaya menghiburkan tetamu dengan celoteh bersahaja mereka.

Biarpun adakalanya dilihat bak pentas Maharaja Lawak Mega, namun celoteh spontan Nabil yang mengenakan beberapa selebriti Malaysia seperti Adi Putra, Akim, Stacy, Rozita Che Wan, Didie Alias, Fizz Fairuz, Monoloque dan ramai lagi mengundang deraian tawa penonton di stadium.

Lebih menarik apabila Nabil sendiri dikenakan oleh Aznil atau Pak Nil ketika Erra Fazira dan Awie secara profesional naik ke atas pentas untuk menyampaikan trofi.

Ketika Pak Nil meminta Irma Hasmie dibawa naik ke atas pentas, Nabil dengan spontan berlari ke arah isterinya.

Acara pada malam itu turut diserikan oleh persembahan mantap daripada Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Rossa, Hafiz, Afgan, Najwa Latif, Aizat Amdan, Mas Idayu yang turut berkolaborasi bersama bersama DJ Fuzz, Waris dan Juzzthin menerusi lagu Cintaku 100%.

Bukan itu sahaja, persembahan penutup yang membawa penonton mengimbau kenangan 80-an bersama Datuk Khadijah Ibrahim, Zainal Abidin, Jay Jay, dan Dayangku Intan turut mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

AIM 20 suram?

Bagaimanapun, dalam kemeriahan rancangan yang disiarkan secara langsung di Astro Ria (104) dan Astro Maya HD (135). Bahkan, ada di antara pemenang anugerah utama tidak dapat menghadirkan diri membuatkan kemeriahan AIM20 seakan tercemar.

Apatah lagi, AIM yang sudah menyambut ulang tahun ke-20 penganjurannya sepatutnya lebih dihargai terutamanya bagi penggiat seni dalam bidang muzik atau seni suara.

Namun bagi penulis, secara keseluruhannya, AIM kali ini tetap meriah, apatah lagi dengan keletah Nabil dan Pak Nil yang sentiasa bijak berkomunikasi.

Diharap, penganjuran AIM seterusnya akan lebih meriah dengan kehadiran pemenang- pemenang dan juga penggiat seni yang lain.


~~~ sinarharian.com.my ~~~ Last edited by blackberry90 on 16-12-2013 12:19 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.064840 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list