|
[Tempatan]
Wardina tegur Ustaz Don sbb selalu sebar kisah tak sahih utk tarik pdgr
[Copy link]
|
|
and aku bukan follower tegar ostad don atau mana2 ostad eaaarrr......tapi pasal saje nak interprem |
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 20-4-2014 10:58 AM
itu lah yg ustaz don buat... die menyampaikan teori je....nak fokuskan pd pengajaran cite....
mcm ...
ostad2 yg dok belakang wardina tu lagi lawak der......
|
|
|
|
|
|
|
|
apam posted on 20-4-2014 11:09 AM
and aku bukan follower tegar ostad don atau mana2 ostad eaaarrr......tapi pasal saje nak interprem
aku pun sama.....tak pernah follow pun ustaz don.... tp ade la tgk show ajar ngaji tuh.... yg kelakar ade org tak iktiraf ustaz don psl die tak pakai jubah....
|
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 20-4-2014 11:24 AM
bab ni maideen mmg ade point....
aku cuma heran org yg berangan urban ni kdg2.... segala cit ...
ha'ah der, sebab alam ciptaan Allah, kekuasaan dan ilmu Allah tak terbatas,,,,,ni depa dok ingat takat riwayat2, sanad depa jah..
........geng2 urban kokosen wannabe berkerak ni kalau mat saleh kenceng deras, depa sanggup pulak tadah.......
|
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 20-4-2014 11:24 AM
bab ni maideen mmg ade point....
aku cuma heran org yg berangan urban ni kdg2.... segala cit ...
Haha.. mayden jugak yang dapat masuk jarum! |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgu ustaz melayu yg fasih bercakap english mcm masa belajar dlu. bosan asik dgr ustaz cakap ganu or utagha je. |
|
|
|
|
|
|
|
karengkang posted on 19-4-2014 11:45 PM
mommy..
bab firaun tu Allah yg perintahkan nabi musa dgn hikmah..
bukan jea kafir , malah mengak ...
Yep setiap yg berlaku tu ada hikmahnya...
N wardina harap jgn gopoh sgtlah...
Ckp secara general dulu ker tp berdasarkn topik2 berkaitan yg disentuh xdelah memalukan. Tu beza bila org ahli dgn tidak ahli menegur...menegur dgn hikmah..
Bukn semua org hepi dgn teguran yg dibuat sampi memalukan... N xsemua org boleh blapang dada bila rasa dimalukan... Wardina patut bhati2 bila mengeluarkn kata... Xpelah dia wardina pon dlm tempoh belajar... So dia masih menuntut lg.. Mungkin kesabaran tu kurg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Czaziq posted on 20-4-2014 12:20 PM
aku tgu ustaz melayu yg fasih bercakap english mcm masa belajar dlu. bosan asik dgr ustaz cakap ganu ...
Dr maza... Fasih berbahasa inggeris |
|
|
|
|
|
|
|
Maideen. posted on 20-4-2014 09:46 AM
Pada pendapat Maideen, memang tidak dapat dinafikan menjadi ulamak adalah suatu cara mencari makan ...
Well said...Akhir zaman maideen... Gtulah...
Mmg fitnah berleluasa.. Org dia buat ibadah dia igt dia buat tu dah betul..asal atas nm agama semua betul..sampi reka pon xper..asal atas jln agama....amik yg rekaan ler wbb rekaan ni srlalunya nmpk lg indah n senang dorg buat...padahl klu betul ikut yg nabi ajar lg indah n mudah... |
|
|
|
|
|
|
|
http://drmaza.com/home/?p=2687
JANGAN ‘MAIN CEDUK’ APA SAJA KE BAKUL AGAMA
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Menjadi satu masalah yang besar apabila penceramah ataupun penulis mengutip semua cerita yang dia jumpa dalam buku tanpa mampu menilai kemunasabahannya. Bagi mereka yang tidak memahami disiplin ilmu, menganggap setiap yang ada dalam kitab itu sahih. Terbaru kita dengar ada pihak mempopularkan cerita memanggil arwah di Telaga Barahut (Barahut atau disebut juga Burhut seperti yang dinyatakan dalam Lisan al-‘Arab). Kononnya, ada orang memanggil roh dari telaga berkenaan untuk mengetahui di mana hartanya di simpan oleh kawannya sebelum dia meninggal. Mungkin niatnya ikhlas, tapi cerita itu tak berasas dan ‘kartun’ sekalipun disebut dalam beberapa kitab. Saya terbayang, jika ini benar, bolehlah kita pergi panggil roh-roh penumpang MH370 dan bertanya di manakah kapal terbang berkenaan hilang.
Sahih
Walaupun asas nama Telaga Barahut itu disebut dalam hadis yang thabit riwayat al-Tabarani dan selainnya sebagai seburuk-buruk telaga, namun cerita si fulan memanggil roh kawannya dari telaga itu tiada asas yang sabit. Mudah untuk difahami seperti cerita Nabi Khidir. Kisah itu ada dalam al-Quran dalam Surah al-Kahf. Nama Khidir itu pula disebut dalam Sahih al-Bukhari. Namun cerita dalam Hikayat Melayu Lama bahawa Hang Tuah bertemu Khidir tiada asas yang boleh dipercayai.
Menggunakan kewujudan cerita itu dalam al-Quran dan as-Sunnah sebagai dalil untuk membenarkan cerita yang direka kemudian adalah satu kaedah yang tertolak dan tidak boleh diterima sama sekali. Cerita yang datang kemudian, jika pun hendak diterima, hendaklah dinilai dari segi keselarasan dengan al-Quran dan as-Sunnah serta lojik yang kukuh.
al quran
Menjadikan alasan ia wujud dalam sesebuah kitab (dalam Bahasa Melayu kitab bermaksud buku) bukan alasan yang diterima di sisi ahli riwayat. Kewujudan sesebuah cerita dalam sesebuah kitab tidak menjadi bukti kesahihannya. Bahkan, banyak riwayat dalam kitab-kitab terdahulu yang tidak sahih. Dalam kitab-kitab tafsir ada pelbagai riwayat Israiliyyat yang pelik-pelik. Tidak boleh semuanya dipercayai. Ada disiplin ilmu yang mesti diikuti sebelum memetik kisah-kisah itu. Benar seperti kata Dr.Yusuf al-Qaradawi:
“Sesungguhnya antara yang mencemarkan warisan ilmu kita, terutamanya di medan tafsir ialah meresapnya Israiliyyat, dan sukar pula untuk dibersihkan”. Katanya juga: “Seakan-akan Yahudi ketika tentera mereka tewas di hadapan dakwah Islam di Madinah, Khaibar dan selainnya, maka mereka cuba menghadapi Islam dengan senjata yang lain sebagai ganti kepada kekalahan mereka. Demikian itu ialah senjata peperangan pemikiran. Lalu mereka memasukkan riwayat israiliyyat yang pelik-pelik. Dalam kecuaian, maka tidak sampai sekejap, lalu israiliyyat telah mencekik kitab-kitab kaum muslimin”.( Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da`iyyah, 41, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Palsu
Dalam kitab-kitab hadis banyak hadis yang palsu. Para ulama hadis menyuruh kita menyemak sanad dan matan sebelum sesuatu hadis diterima. Bahkan para sarjana hadis telah bertungkus-lumus melakukan klasifikasi hadis bagi membezakan yang sabit dari selainnya. Kata al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H):
“Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah”.( Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir)
Dalam membaca bahan sejarah juga demikian. Bukan semua yang ada dalam buku sejarah itu boleh dipetik tanpa menyemak sanad dan matannya. Empunya kitab sejarah terbesar al-Imam al-Tabari (meninggal 310) sendiri mengingatkan hal ini pada mukadimah kitabnya:
“Apa yang terkandung di dalam kitabku ini tentang sebahagian kisah orang yang terdahulu; antara berita tersebut ada yang menyebabkan pembacanya merasa pelik atau pendengarnya merasa jelik. Ini kerana dia tidak dapat menerimanya sebagai sesuatu yang benar atau sesuatu yang hakikat. Maka hendaklah dia mengetahui bahawa berita-berita tersebut bukan datang daripadaku, tetapi ia datang daripada orang yang menyampaikannya kepadaku. Aku telah meriwayatkannya seperti yang disampaikan kepadaku”.(Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 1/8. Beirut: Rawai’ al-Turath al-‘Arabi).
Saya petik kata-kata Syeikh Dr Salah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi dalam membahaskan manhaj sejarawan Islam terutamanya al-Tabari:
“Para ahli sejarah Islam telah menulis himpunan riwayat yang begitu banyak dalam penulisan mereka. Mereka mencampuradukkan antara yang sahih dengan yang palsu lagi dusta. Mereka tidak mengasingkan apa yang sahih daripada yang sebaliknya. Mereka juga tidak mentakhrijkan riwayat tersebut dan tidak pula menjelaskan kedudukan perawinya. Namun begitu mereka meriwayatkan riwayat-riwayat tersebut secara bersanad. Mereka juga menyebut perawi-perawi bagi setiap sanad. Selain itu, mereka juga menyebut bagi sesuatu kejadian itu, berbagai-bagai riwayat yang berulang-ulang, bercanggah dan bertentangan antara satu dengan yang lain. Ini bukanlah bererti kehendak mereka adalah untuk berpegang, mempercayai dan menerima kandungannya, tetapi yang menjadi tujuan mereka ialah menunaikan amanah ilmu. Inilah faktor yang menyebabkan mereka mencatat dan menulis setiap berita yang sampai kepada mereka sama ada riwayat itu benar, dusta, betul atau salah”. (Salah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi, Qabasat Tarikhiyyah, hlm. 7)
Malangnya apabila kedangkalan disiplin ini tidak dikuasai, ada yang menceduk apa sahaja yang dia jumpa tanpa menghayati disiplin dalam periwayatan.
Lojik
Perkara yang tidak lojik dan menyanggah akal waras tidak mungkin hendak dikaitkan dengan Islam. Inilah yang kita ulang apa yang disebut oleh sesetengah sarjana hadis:
Apabila engkau melihat sesebuah hadith menyanggahi logik, menyalahi manqul (al-Quran) dan bertentangan dengan usul-usul Islam, maka ketahui ianya hadith yang palsu (Al-Sayuti, Tadrib al-Rawi, m.s. 182, Beirut: Dar al-Fikr).
TadribAlRawi
Ilmuwan al-Azhar sendiri, Dr. al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah juga menyebut:
“Sepertimana para ulama hadith mengambil berat berhubung analisa kritis terhadap sanad yang merupakan analisa kritis luaran, mereka juga membuat analisa kritis terhadap matan (textual criticism) iaitu analisa kritis dalaman. Ini terbukti dengan mereka menjadikan salah satu tanda-tanda hadis palsu ialah percanggahannya dengan al-`aql (akal), atau al-musyahadah (apa yang disaksi di alam kenyataan), atau al-hiss (apa yang dikesan oleh pancaindera) sedangkan ia tidak mampu untuk ditakwilkan dengan takwilan yang hampir dan mungkin (untuk diselaraskan). Dalam banyak keadaan mereka maksudkan ialah percanggahan dengan al-Quran, atau al-Sunnah yang masyhur lagi sahih, atau sejarah yang diketahui, sedangkan ia tidak mampu untuk ditaufiqkan (diharmonikan). (Abu Syahbah, Difa’ an al-Sunnah, m.s. 31. Kaherah: Maktabah al-Sunnah)
Buku-buku memang banyak. Pun begitu, mensahihkan sesuatu perlukan kaedah yang betul. Bukan salah untuk mengutip cerita-cerita yang lemah sekadar iktibar, tapi hendaklah jangan disandarkan kepada agama Allah yang maha mulia ini. Jangan pula cerita itu menjatuhkan mertabat Islam sebagai agama yang rasional dan penuh dengan alasan yang munasabah bagi setiap perkara nanti orang bersalah sangka kepada agama.
Kisah-kisah pengajaran orang soleh dan para wali boleh dipetik tapi pasti ia seiras dengan nas-nas al-Quran dan as-Sunnah. Juga agama tidak mungkin membawa sesuatu yang tidak dapat disaksikan kebenarannya oleh akal yang waras. Jangan kita main ceduk semua benda dan masukkan ke dalam bakul agama. |
|
|
|
|
|
|
|
Maideen. posted on 20-4-2014 09:00 AM
Tompang tanya sket lobai cecirit.... Ostad Don ni siapa? Lobai lulusan jururusan ulamak dari Mes ...
kah kah kah.. aku pun serius tak berapa nak kenal.. yg aku pasti ada orang dok share dia punya kata2 kat facebook bila aku bukak fb aku. Tapi walau siapa pun dia dah sah dah tak boleh nak celen Lobai John maideen al kantoi.. Mofti forum cari. kah kah kah
|
|
|
|
|
|
|
|
muda lagi Ust Don. petah bercakap. dan..dia ada unsur jenaka bila sampai kan ilmu Tuhan.
|
|
|
|
|
|
|
|
cecari posted on 20-4-2014 01:28 PM
kah kah kah.. aku pun serius tak berapa nak kenal.. yg aku pasti ada orang dok share dia punya kat ...
ada masa pulak si maideen berforum hari nih, selalunya dia sibuk main dengan anjing..
hobi john maideen adalah bermain-main dengan anjing peliharaan datuknya
Last edited by bicaraj on 20-4-2014 01:43 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
apam posted on 20-4-2014 11:04 AM
ape yg sangkut akidahnya? mai la cerita sikit
Mintak maaf abam apam..
kalau aku dah terkasar bahasa ngan hang..
Kenapa aku berpendapat hal ni berkaitan ngan aqidah..
point yg paling aku nak tekankan, riwayat2 camni mendorong org utk berbuat bidaah..
sedangkan geng2 yg dok buat bidaah ni dah terlalu ramai..
kita dok tambah lagi satu riwayat yg memungkinkan mendorong org buat hal2 bidaah..
tgk jea lah berapa ramai geng2 penziarah kuburan wali2/org2 soleh..
padahal sunnah yg nabi soh buat tu simple jea..
nabi soh menziarah kuburan supaya kita ni insaf..
Berbalik kpd riwayat ni..
Perbuatan2 yg dianggap baik/ok..
Boleh mendatangkan iktikad bahawa roh2 org mukmin dok kat telaga zam2..
Hadith yg sahih dok ada..secara jelas menerangkan..
tapi kita sibuk nak memilih hadith dan riwayat yg dhaif/palsu..
kita mengaku sayangkan nabi..
tapi tanpa segan silu berdusta atas nama nabi..
sbb tu kalau ko perasan..
imam az-zahabi sendiri kritik riwayat barahut (yg kononnya dia sendiri karang)
tu dlm kitab al-lisan..
kalau ada masa, abam apam boleh tgk video kupasan yg dibuat oleh ustaz jailani yg aku dah paste sblm ni..
malah dah ada yg kritik bahawa kitab al kabair yg byk beredar ni..
adalah kitab2 yg sudah ditokok tambah content nya..
wallahu'alam
|
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 20-4-2014 11:24 AM
bab ni maideen mmg ade point....
aku cuma heran org yg berangan urban ni kdg2.... segala cit ...
Setuju......
|
|
|
|
|
|
|
|
mommymonster82 posted on 20-4-2014 12:34 PM
Well said...Akhir zaman maideen... Gtulah...
Mmg fitnah berleluasa.. Org dia buat ibadah dia igt ...
Selagi ada jenis yang kagum dengan mereka, selagi itu lah lobai senang cari makan dengan mengauta orang berakal rendah......
|
|
|
|
|
|
|
| |
|