CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: schha

Exclusive! Based on true events

[Copy link]
Post time 22-2-2019 09:44 AM | Show all posts
best la citer tt....tolong sambung plisssss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2021 04:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Parking dulu.. heheh
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 12:00 PM | Show all posts
schha replied at 25-9-2016 05:30 AM
...SAMBUNGAN: "CINDAI"..

Bila trip ke2 dapat sambutan,apalagi..awal2 pakcik aku dah plan nak buat ...

iolls pun keturunan minang. arwah nenek dulu selalu balik sana.. duduk di malaysia ni nenek berniaga buka kedai makan. anak2 dah besar, nenek pun senang sikit. setiap kali bila balik sana je, mmg habis barang kemas nenek. nenek kata tak apa kt bantu sauda mara kita.. masa tu iolls kecik lagi.. angguk je.. dah besar ni.. baru la paham perangai manusia..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Best!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2022 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Hi korang..ada cerita baru ????????
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2022 03:32 PM | Show all posts
tq tt sbb puas ai dok ralit baca citer kt thread tt nih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-10-2022 10:21 PM | Show all posts
Kita ada story baru ni wakkkk..ada lagi yang nak kita update ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
schha replied at 25-10-2022 10:21 PM
Kita ada story baru ni wakkkk..ada lagi yang nak kita update ke?

Update pls…i baru habis khatam thread u
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2022 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
schha replied at 25-10-2022 10:21 PM
Kita ada story baru ni wakkkk..ada lagi yang nak kita update ke?

Yesss update laaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2022 12:05 AM | Show all posts
13. CAMPSITE PUAKA

Kejadian ni jadi awal tahun aritu. Kira baru jugak la kejadian ni. Masih segar lagi kejadian ni dalam ingatan aku. Untuk pengetahuan korang, since 2017-18 aku dengan laki aku ada beli sebuah van Volkswagen Kombi, kami buat as campervan. Dah merata dah kami pergi. Semenanjung Malaysia ni dah puas pusing dah, last minit punya plan pun terus on. Paling jauh, kami dah pusing Selatan Thai dengan kombi tu. So sebagai minat baru dalam dunia campervan ni, husband aku ada buat group dengan geng-geng campervan ni. Macam-macam la van klasik yang ada bukan setakat kombi je. Jadi memandangkan kami ada komuniti (kecil-kecilan), makanya banyak la jugak produser-produser dari stesen-stesen tv duk risik-risik nak buat rancangan pasal campervan ni. Salah satunya sebuah jabatan kerajaan yang berminat nak buat content pasal kehidupan campervan. Jadi, komuniti pun setuju and sign kontrak untuk kami jelajah seluruh Semenanjung. By the way, trip ni makan masa dalam setahun tau untuk beberapa episod. Perbincangan untuk menetapkan lokasi-lokasi penggambaran juga dipersetujui. Kami dimaklumkan, pihak produksi akan riki-riki dulu lokasi penggambaran sebelum tarikh penggambaran berlangsung. Setakat hari ni, yang aku tahu, rancangan ni masih belum ditayangkan di tv sebab masih dalam proses editing etc.

First trip kami dimulakan di lokasi paling Utara Semenanjung. Trip utara ni ada 2 lokasi penggambaran. Masa kejadian ni ada lebih kurang 10 campervan yang terlibat dan sebuah van production yang turut serta. Sebelum aku terlupa, trip ni juga disediakan khidmat seorang ustaz ya memandangkan kami masuk dalam kawasan-kawasan hutan. Produksi yang sediakan. Disebabkan perjalanan yang jauh, kami bertolak ke Utara malam sebelum tarikh shooting. Maklum la van lama weh, bukan boleh speed. Bawa campervan ni senang, rasa penat boleh berhenti dekat mana-mana R&R, tarik katil, terus tidur je. Makanya, santai-santai je malam tu. Tak rushing pun. Sampai di Utara, bukan terus ke lokasi shooting, tapi kena shoot pulak tempat-tempat makan yang menarik. Dah nama pun trip jelajah kan, so kena ikut tentative pihak produksi.

Selesai shoot tempat-tempat makan sekitar Utara, kami terus menuju ke lokasi kami untuk bermalam. Sewaktu dalam perjalanan, kami dimaklumkan untuk ambil pass sebelum masuk dalam kawasan ni. Masa ambil pass ni, penjaga tempat ni yang juga seorang pakcik pesan dekat husband aku berulang-kali ‘kalau ada apa-apa, terus maklum dekat kami ya’. Mulanya kami ingat, dia akan guide kami untuk masuk, rupanya kami kena masuk ke dalam sendiri. Seingat aku, masa ni aku dah mula rasa tak sedap hati. Mungkin distracted sebab pakcik tu sepatutnya guide kami untuk masuk tapi kami kena pandai-pandai masuk sendiri pulak. Dah la kawasan pedalaman pulak tu. Laluan masuk off road. Husband aku pulak sedapkan hati aku ‘takde apa la..kawasan ni dah biasa geng-geng motor datang camping’. Masa masuk dalam kawasan hutan ni, van kami yang paling depan. Husband aku lead. Masuk pun pakai google map je. Masa ni aku dah menyumpah-nyumpah diri sendiri sebab tak google dulu pasal location ni. Selalunya kalau nak pergi mana-mana, aku akan search dulu pasal tempat yang kami nak pergi. Tapi disebabkan aku busy gila dengan kerja minggu tu, tak sempat nak google apa-apa. Plus, aku fikir trip ni under pihak produksi so just follow jela kan.

Dalam pada tak sedap hati tu, aku buat time lapse. Makin lama, makin ke dalam. Kiri kanan jalan hutan dan kawasan-kawasan kelapa sawit. Tiba-tiba aku terpandang bekas tapak PLKN, disebelah kanan jalan. Bila aku tengok signboard yang dah pudar tu, menyumpah aku sekali lagi. Sebab aku pernah tertengok dekat youtube, nama PLKN tu antara yang paling angker. Perghhhhhhhhh. Tak terkata dah aku. Masa ni, aku memang diam. Tak mampu nak cakap apa-apa cuma mampu doa je supaya takde apa-apa berlaku. Nasib baik lokasi ni kami tidur untuk 1 malam je. Rupanya tempat yang kami nak pergi ni, berhampiran dengan bekas tapak PLKN tu. Since PLKN pun dah dimansuhkan, tapak PLKN tu pun dah dirobohkan. Yang tinggal hanya batu-bata dan besi-besi yang bertaburan.

Di satu simpang 3, google map suruh kami masuk ke kiri. Dihadapan kami ternampak sebuah pejabat perhutanan yang kecil. Tak pasti masih beroperasi ke tak. Sebab aku nampak cam suram je. Jalan semakin sempit. Network coverage dah takde. Muat-muat sebijik kereta je yang boleh lalu. Tiba-tiba..laluan kami dihalang dengan pokok tumbang! Tak cakap banyak, husband aku terus roger produksi yang duduk di barisan paling belakang menggunakan walkie talkie. ‘Bang! Pokok tumbang ni, tak boleh lalu’. Ahhhh sudah. Masa ni aku rasa macam nak menangis. Dengan perasaan yang bercampur-baur. Penat, takut, tak sedap hati semua ada. Semua pakat-pakat keluar van nak tengok pokok tumbang tu. Tapi aku tak berani turun, sebab sebelah pintu aku, semak setinggi betis. So aku pun stay dalam van. Aku tengok map, dah tak jauh dah. Lebih kurang 500m je nak sampai lokasi campsite tu. Nasib kami baik, sebab salah seorang campervan yang juga kawan baik husband aku, adalah tukang potong pokok. Dia ada company buat landscape, amik tender untuk potong-potong pokok, rumput etc. And dia juga kalau pergi camping, dalam van memang sentiasa ada gergaji electric (yang sederhana kecil) untuk dia potong dahan-dahan, nak buat unggun api. Tengah-tengah bincang tu, tiba-tiba ada sorang renjer hutan (berjalan kaki) menghampiri kami. Dia pun terkejut ada pokok tumbang. Renjer tu bagitahu, dia akan panggil team dia untuk datang clearkan tapi perlukan masa sikit untuk team dia datang. Tapi disebabkan kami semua dah kepenatan, kami decide nak clearkan sikit supaya van boleh lalu. Jadi dorang pun sepakat untuk gotong-royong bersihkan pokok tumbang tu. Renjer tu pun sama-sama tolong. Elok je dah settle alihkan dahan yang besar tu, kawan renjer tu dalam 3 orang pun sampai untuk settlekan baki-baki dahan pokok tu. So kami teruskan perjalanan.

Masa teruskan perjalanan, aku ternampak sebelah kiri aku ada sebuah rumah pekerja. Aku syak tu rumah pekerja kelapa sawit la kot. Tapi tak nampak kelibat orang pun. Macam tinggal pun ya, entah lah. Depan rumah tu, ada sebuah kuil kecil. Tak jauh dari situ, kami pun sampai di hadapan lokasi tu. Pintu masuk siap ada gate tau..

TO BE CONTINUED..sorry la aku sakit pinggang, esok sambung. JANJIHHHH

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2022 01:44 AM | Show all posts
Edited by schha at 26-10-2022 05:49 PM

13. CAMPSITE PUAKA (SAMBUNGAN)

Sesampainya kami di hadapan campsite tersebut, memang takde orang. Hanya kami 1 group sahaja. Melalui pemerhatian kami, tempat tu lebih kepada pusat rekreasi. Aku sekarang faham bahawa campsite ni bukan campsite yang seperti selalunya, yang ada penjaga and so on. Tapi ini adalah pusat rekreasi yang dijadikan tapak kawasan perkhemahan oleh Jabatan Perhutanan. Sumpah scenery dia memang superb. Tak sangka Malaysia ada tempat yang cantik macam ni. Mungkin sebab tempat ni jauh ke dalam hutan, plus kurang dengan facilities menyebabkan kawasan ni kurang mendapat sambutan. Tapi abang-abang motor, scrambler mungkin familiar la kot dengan tempat ni. Ok sambung.

Kawasan tu lapang tau dan dirimbuni dengan pohon-pohon besar yang rendang. Tapi bersih. Rumput pun cantik je. Tak berlalang sangat. Tersangatlah aesthetic, aku tak nafikan. Jadi, acara menyusun kenderaan dimulakan. Kami decide untuk buat bulatan besar. Tengah-tengah tapak kami jadikan port untuk acara makan-makan n lepak-lepak. Masa kaum-kaum lelaki sibuk adjust-adjust parking, kami yang bini-bini ni berkumpul. Aku yang start dulu tarik sorang wife yang juga orang rapat dengan aku dalam trip ni. Wife kepada si tukang potong pokok tadi, Jija namanya. Aku tarik si Jija ni, terus aku cakap ‘wehhh tempat ni macam dah lama tinggal je. Sha dari pondok amik pass tadi tak sedap hati tau. Nampak pulak bekas tapak PLKN. Pastu kan, dengan pokok tumbangnya. Entah berapa lama orang tak masuk sini’. Si jija ni pun dah tak keruan. Yela sebab dia sorang je yang bawak anak kecik. Anak-anak orang lain semua dah sekolah-sekolah rendah. Anak dia je yang baru masuk setahun. Nak sedapkan hati memasing, Jija pun cakap ‘pokok baru tumbang kot. Sebab production cakap, dorang riki kawasan ni 3 minggu sebelum. Mungkin sebelum ni belum tumbang agaknya’. Hishhhhh mustahil! Tengok keadaan pokok yang tumbang tu, macam dah lama tumbang tau. Sebab dahan-dahan yang tumbang tu dah banyak daun menjalar disekitar pokok tu. Spontan, aku panggil laki dia ‘Qal, kau rasa pokok tumbang tu dah berapa lama?’. Memandangkan dia arif bab-bab pokok ni, tu sebab aku terus aim dia. Qal pun jawab ‘entah la. Taktau nak cakap. Tapi rasanya lebih 3 bulan. Tu aku jem ni. Tapi korang tak payah cakap pape sekarang la. Kawasan ‘orang’ ni. Nanti-nanti jela bincang’. Terdiam la kami semua. Yang aku ni mati kutu. Taktau nak buat apa and taknak buat apa-apa. Mengeras je aku duduk dalam van. Tapi lama mana je pun kan nak mengeras. Badan dah melengas. Perut pun dah berbunyi.

Dalam pada membatu kan diri tu, aku nampak si Jija dah siap-siap nak mandi. Sebab kawasan hutan ni cepat gelap. Masa tu baru kul 6pm tapi gelap dah macam senja dah. So aku pun cepat-cepat capai towel, baju n toiletries nak ikut si Jija. Eh taknak aku pergi mandi sorang-sorang. Baik berteman. Toilet ni tak jauh dari tapak kami. Belakang tapak kami ada 1 dewan terbiar. Dewan tu dorang jadikan as tempat solat. Belakang dewan tu ada toilet. Masa ni, anak-anak campervan yang lain duk main lari-lari dekat kawasan tu. Tapi kami dah pesan awal-awal, jangan main jauh-jauh sangat. Sebab takde orang kan. Bahaya, takut binatang 1 hal. Masa aku dengan Jija nak ke toilet tu, terserempak dengan sorang anak kawan kami ni main sorang-sorang dekat tepi toilet. Dia berlari-lari anak dari belakang toilet menuju ke tapak van kami. Berlari-lari anak sambal tersengih-sengih. Eh dah kenapa budak ni main sorang-sorang. Kawan-kawan lain semua main dekat area tapak van. Aku dengan Jija sergah dia suruh balik dekat tapak van. Aku toleh, dia menuju ke tapak van.

Sampai di toilet, kami tengok sorang lagi isteri kawan kami, intan, sedang cuba nak buka toilet perempuan. Toilet perempuan ditutup dan dililit dengan rantai. Yang terbuka hanyalah toilet lelaki. Dalam toilet lelaki ni ada 3 bilik air. Disebabkan intan ni berperwatakan alim, dia tak selesa untuk berkongsi bilik air dengan lelaki. Yela nak share toilet dengan lelaki kan. Nak mandi apa semua, rasa tak selamat. Tapi pada aku dengan Jija, kami tak kisah. Yang penting toilet tu bersih. Ataupun, kalau kami mandi, kami minta la anak-anak kawan kami yang bujang-bujang tu jaga dekat luar toilet. So, intan cuba la sedaya-upaya dia untuk buka lilitan rantai dibilik air perempuan tu. Berjaya juga toilet tu dibuka oleh Intan. Tapi disebabkan toilet perempuan tu feeling dia tak best (mungkin sebab toilet tu terlihat seperti sangat lama tidak digunakan dan berantai mangga), aku dengan Jija decide mandi je kat toilet lelaki. Time ni pun para-para lelaki tengah berehat, penat bawak van dari semalam. Takde tanda-tanda dorang nak mandi. So, kami guna je toilet lelaki.

Selesai mandi n maghrib, acara masak untuk makan malam pun dimulakan. Kalau ikut geng-geng campervan ni, setiap van akan masak 1 lauk sahaja (dalam kuantiti yang besar) dan gabung-gabung lauk je waktu makan nanti. So macam-macam lauk la yang ada. Pihak production pun dah inform yang dorang akan start shoot masa kami masak-masak n masa makan dinner. Sedang kami sibuk masak-masak tu, Jija datang kebelakang van aku. Van Qal parking dihadapan van aku. By the way, van aku ni, aku dah custom buat dapur and sinki. Senang tak payah nak guna sinki awam. Boleh masak dengan tenang. Tapi kebanyakan van-van dorang hanya custom dapur je. Takde sinki. Disebabkan Jija ni rushing-rushing masak, sebab anak dah meragam, Jija minta izin tumpang nak basuh sayur dekat sinki aku. Sambal-sambil Jija basuh sayur tu, sambal-sambil kami borak. Tak semena-mena, terdengar suara Qal panggil si Jija. ‘Jija sini jap’. Jija pun sahut la ‘kejap la, saya basuh sayur ni’. Qal panggil lagi tapi dengan nada suara yang tinggi dan panik. ‘Jijaaaa..tadi awak bagi apa kat anak ni??! Ada tulang ke dalam bubur tadi?!!’. Waktu tu, anak Jija terlihat macam tercungap-cungap menangis sambil kepala mendongak ke atas. Gaya macam tercekik. Jija pun panik terus ke van dia. Pastu aku dengar la, Jija cakap, ‘mana ada tulang. Bubur nasi kosong je kot! Takkan la saya bodoh sangat nak bagi anak makan tulang!!’. Jija terus stop masak dan masuk terus dalam van, pujuk anak dia. Masa kejadian ni, semua orang terdiam. Tercengang sebab tak pernah nampak Qal dengan Jija bergaduh, tinggi suara camtu. Tadinya yang penuh gelak-tawa budak-budak, semua terdiam tak berkutik. Dengan mak-mak, bapak-bapak sekali. Dari dalam van Jija, masih terdengar lagi suara anak dia duk melalak.

Dalam keadaan yang tegang dan penuh emosi tu, tiba-tiba ustaz yang sedang duduk dihadapan van produksi bagi hint dengan abang-abang crew menuju ke dewan. Padahal dorang dah solat Maghrib tadi. Masa ni, aku nampak dengan jelas ustaz dengan abang-abang crew tu solat dan berwirid dengan agak lama sampai la ke solat isyak. Lepas tu nampak ustaz duk keliling-keliling van. Aku rasa ustaz pagar kawasan ni kot, detik hati aku. Time ni, anak Jija dah berhenti nangis. Tapi Jija masih tak keluar van. Marah n malu la kot kena tempik tadi. Then, acara dinner sambal shooting pun berlangsung. Jam masa ni dah menunjukkan pukul 9pm camtu. Aku hint dekat Qal untuk simpan kan lauk untuk Jija. Kesian dia, masak pun tak habis. Naseb baik ada sorang kakak ni tolong siapkan apa yang Jija masak tadi. Masa makan malam ni, aku kebetulan duduk makan dibawah awning si Qal ni. Qal minta tolong aku pujuk Jija keluar makan sama-sama. Jija pun keluarlah dengan muka yang dah takde mood. Tapi perut nak kena isi jugak kan. Lepas makan, aku nampak husband aku ni dah mula lepak dalam van. Dia ni kalau dah duk dalam van, silap-silap satg tertidur. Yang lain-lain aku tengok masih lagi melepak-lepak, anak-anak duk bermain-main lagi. Bila aku tengok husband aku dah terlelap, aku pun minta izin nak masuk tidur jugak. Aku dan husband orang yang paling awal masuk tidur. Jam menunjukkan pukul 10.30pm waktu ni. Dalam sejarah per-campervan, ini consider paling awal la ni. Selalunya kalau dah ramai-ramai, 2-3 pagi belum tentu tidur lagi. Yela, mungkin kali ni sebab kami tak cukup rehat, cepat la kecundang awal. Sedang melayan mata, tetiba aku dengar geng produksi nak turun balik ke bahagian pintu masuk tadi untuk re-shoot. Adalah teknikal problem depa tu. Jadi depa kena buat semula la. Kan awal-awal tadi aku cakap tempat ni takde network coverage kan. 1 bar pun tak naik tau. Aku yang mati kutu tak dapat nak bukak media social ni terkebil-kebil la dalam van tu. Taktau kenapa susah betul nak tidur. Badan dah penat, tapi mata susah nak lelap. Habit aku, kalau tidur dalam van, aku suka tidur facing tingkap (bertutup). Suka tengok bintang-bintang, langit camtu. Tapi entah kenapa tempat ni, aku tak mampu untuk facing tingkap. Aku sumbat telinga dengan airpod, aku mengadap husband aku. Aku tau ni, husband aku kalau dah penat sangat, dia akan start ‘enjit bot’.

TO BE CONTINUED..AGAIN
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2022 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Keep on writing, tt. Akak khatam 4 hari.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2022 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Nozot at 13-11-2022 04:28 PM

Bestnya thread nie..tak sabar nak tunggu sambungan campsite puaka..
Harap tt cerita juga apa yang berlaku kat rumah parents tt.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk pengalaman tt ni. Seorg yg adventurous. Seronok baca kisah2 tt.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2022 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama sr
Best2 cerita tt
Setia menanti sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 03:12 PM | Show all posts
nak sambungannya.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2022 01:37 PM | Show all posts
Sambungan plsssss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.318502 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list