CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
 Author| Post time 23-8-2021 09:52 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 22-8-2021 06:01 PM
Iols br tgk 1 episode American horror stories td
Episod ttg makhluk yg duk dlm hutan2 simpan us
...

american horror stories yang drama tu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2021 11:30 AM | Show all posts
Nenek Tua Menjelma Kembali
Peristiwa ni baru je terjadi pada kawan aku yang sekarang ni sedang tinggal di sebuah kampung di India Utara.  Kawan aku ni bernama Jai dan dia tinggal di situ bersama-sama mak, isteri dan anak-anaknya.  Kehidupan Jai biasa-biasa je, takdelah semewah mana, tapi Jai sudah cukup berpuas hati dengan kehidupannya.  Tambahan pula dia duduk di kampung, memang aman damai dan tenang jelah.

Tapi hidup Jai yang tenang tu tak kekal lama.  Pada suatu hari, Jai dikejutkan dengan kematian seorang nenek tua di kejiranan Jai.   Kematian nenek tua itu diklasifikasikan sebagai sakit tua sebab nenek tu dah memang uzur dan usianya pun dah memang lanjut.  Nenek tua itu meninggal semasa tidur di kala usia mendiang dalam 80-an.  Tiada yang pelik dengan kematian nenek tua itu. Nenek tua itu merupakan saudara jauh Jai yang berpangkat makcik, jadi Jai sempat menguruskan jenazah mendiang.  Jenazah mendiang dibakar mengikut upacara agama Hindu dan abu mayatnya ditabur di Sungai Ganges.

Beberapa hari selepas usainya upacara tersebut, Jai dan keluarganya mula terdengar bunyi pelik, iaitu bunyi perempuan berjalan di sekeliling rumah mereka.  Jai kata perempuan, sebab di India terutamanya di kawasan luar bandar, memang kebiasaan untuk kaum wanitanya memakai gelang kaki.  Gelang kaki itu akan berdenting setiap kali pemakainya berjalan. Kling, kling, kling. Lebih-lebih lagi apabila bunyi dentingan gelang kaki itu muncul di waktu malam yang sepi, memang tak syak lagi bunyi itu puncanya dari perempuan tengah berjalan.

Pada awal kemunculan bunyi itu, keluarga Jai tidak mempedulikannya.  Mereka beranggapan mungkin roh nenek tua itu saja balik nak melawat.  Tapi, lama kelamaan, bunyi gelang kaki itu semakin lama semakin kerap dan bunyinya semakin kuat.  Masa tu dah masuk bulan Mei,  Jai dan keluarganya suka tidur di luar bilik beramai-ramai di bawah langit malam.  Tidur di luar ni memang perkara biasa je di kawasan luar bandar.  Bila dah tidur beramai-ramai, barulah masing-masing mengaku yang mereka dapat merasakan kehadiran 'sesuatu' yang berniat jahat di sekeliling mereka. Keluarga Jai dah rasa tak selesa sebab mereka seolah-olah sedang diintai.  Kali ni bukan setakat bunyi gelang kaki je, Jai dan keluarganya turut diganggu dengan bunyi ketukan.



Akhirnya, Jai mengarahkan ibu, isteri dan anak-anaknya tidur kat dalam je. Jai ambil keputusan malam tu die nak berkawal.  Yang lain disuruh masuk tidur awal.  Beberapa jam berkawal, Jai rasa macam biasa je. Tapi bila dah masuk 2 pagi, isteri anak-anak pun dah berdengkur, Jai dapat merasakan bukan dia seorang je yang tengah berjaga masa tu.  Di tengah malam yang sunyi sepi tu, Jai terdengar suara seorang perempuan berkata, 'sampai bila kau nak berjaga tu?  Aku akan masuk jugak rumah kau walau macam mana sekalipun'.

Itu hanyalah permulaan.  Aktiviti luar biasa makin menjadi-jadi, dulu bunyi-bunyi je sekarang ni dah ditambah dengan bisikan-bisikan.  Entiti itu dah berani 'bercakap' dengan ahli keluarga Jai, adakalanya semua orang boleh dengar, kadang-kala satu dua ahli keluarga Jai yang 'terpilih' je yang boleh dengar suara entiti tu.  Siapalah tak naik gila kan kalau dah jadi macam tu?

Sebab tak tahan sangat, Jai pun rujuklah pada orang sana sini.  Jai diperkenalkan dengan seorang tantrik atau bomoh yang boleh menyelesaikan masalah ini.  Bomoh itu mengarahkan Jai untuk membungkus beberapa batang barli dengan kain hitam, kemudian digantung di tangan ataupun diletak berhampiran dengan bantal.  Jai pun buatlah seperti yang diarahkan oleh bomoh tu.  Jai tidur semalaman dengan bungkusan batang barli itu, esoknya dia bawak bungkusan tu jumpa bomoh tadi.  Bukak je bungkusan tu, biji-biji barli tu hilang, yang tinggal cuma batangnye je.  Bomoh tu mengatakan pada Jai bahawa entiti yang mengganggu Jai tu memang sangat kuat sampai mampu menghilangkan biji-biji barli dalam bungkusan yang diikat ketat.  Entiti itu juga terlalu kuat, sebab tu bomoh tu tak dapat nak kenalpasti apa jenis entiti tu, roh ke hantu ke ataupun syaitan?

Bomoh itu hanya mampu menghalau entiti itu dari rumah Jai. Nak hapuskan memang tak boleh la.  Bomoh itu menjalankan upacara pembersihan rumah dengan pelbagai ritual dan jampi serapah yang berlanjutan sampai berjam-jam lamanya.  Syukurlah sebab ritual itu menjadi.  Jai dan keluarganya sudah tidak diganggu lagi oleh entiti itu dan mereka semua kembali ke kehidupan lama mereka yang tenang itu.  Cuma yang menjadi persoalan kepada Jai, apakah entiti tu, dan kenapa ianya hanya muncul selepas nenek tua itu meninggal dunia?  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2021 05:49 PM | Show all posts
Kenangan di Tasik Sugar Loaf, Oklahoma Bahagian 1

Namaku Joshua, tapi untuk menjaga privasi, nama-nama lain yang terlibat dalam kenangan aku ni terpaksa ubah untuk jaga privasi diorang ye.  Peristiwa ini terjadi pada 2003, semasa aku masih berusia 19 tahun. Tapi sehingga ke hari ini aku tak pernah terfikir nak kongsi cerita ni pada orang lain sebab aku masih rasa lagi keangkerannye bila aku cuba nak ingat balik kenangan aku ni.  Ni pun aku tulis cerita ni di waktu siang. Tujuan aku kongsi di sini sebab aku rasa ni cara terapi bagi aku untuk sedikit-sedikit cuba nak nyahkan peristiwa ni dari ingatan aku.  
Aku dan isteriku tinggal di Arkansas pada pada lewat 2003, di pertengahan musim luruh sebelum iklim bertambah sejuk, kami suami isteri dijemput oleh kawan aku, Bob dan teman wanitanya untuk bercuti di Tasik Sugar Loaf di Oklahoma. Tapi sebenarnye bukan percutian untuk merehatkan minda, aku dan Bob adalah peminat paranormal jadi Bob saja ajak aku datang sini sebab kami saja nak tengok-tengok tempat berpuaka di kawasan ni.  Aku sampai sana dalam pukul 7 malam menaiki kereta putih Ford 1996 F-150 aku.  Bob pulak naik kereta buruk dia keluaran 1980.  Hari dah senja, jadi aku dan isteri aku pun naiklah kereta Bob untuk meronda-ronda kawasan yang Bob kata angker sangat tu. Bob bawak sekali teman wanita dia yang kebetulan tengah mengandung tu.


Mula-mula Bob bawak kitorang pergi ke sebuah rumah terbiar ni, 2 jam pusing-pusing situ tak nampak pun hantunya, nampak rakun adelah.  Pastu Bob bawak pulak kami ke tapak perkuburan, erm takde ape pun.  Untuk tidak menghampakan kitorang, Bob pun bawaklah kitorang ke sebuah bangunan gereja yang dah nak runtuh. Tapi hampeh, takde pun penampakan entiti seperti yang dijanjikan oleh Bob.

Waktu tu dah nak masuk tengah malam, aku dan isteri aku dah kebosanan, jauh-jauh kitorang datang, kononnya tempat ni pasti boleh nampak entiti.  Aku dah merungut kat Bob, tapi Bob senyum je. "Relaksla Josh. Ada satu lagi tempat aku nak bawak kau ni.  Tempat ni memang istimewa".  Aku dah menyampah pulak Bob janji lagi macam tu, tapi Bob menghulurkan aku sekeping gambar polaroid.  Gambar tu ditangkap di sebuah kawasan tepi bukit yang dipenuhi pokok di siang hari. Aku tanyalah ni gambar ape? "Dalam gambar tu kau nampak tak ada rumah ke tiang lampu ke?". Eh Bob tanya aku balik pulak.  Aku jawablah takde.  Bob cakap, tempat tu memang takde sumber elektrik atau orang tinggal pun dan dia nak bawak kami ke situ.

Bob yang sedang memandu masa tu membelok masuk ke sebatang jalan yang tidak berturap.  Ada rumah kecil di simpang jalan masuk tu, lepas tu Bob memandu 2 batu lagi ke dalam.  Di sebelah aku kawasan hutan semata-mata, tapi di sebelah Bob adalah sebuah padang seluas 2 ekar yang berada di bawah bukit dalam gambar tadi, tapi padang tu dipagar dengan kawat duri.  Jalan tu pun takde lampu, nasib baiklah malam tu tengah bulan mengambang dan bintang-bintang tengah berkerlipan.  Akhirnya Bob memberhentikan keretanya di tepi jalan pastu dia suruh kami semua tengok ke arah padang di bawah kaki bukit tu.



Bob tengok jam di telefon bimbitnya,  jam dah menunjukkan pukul 11.57 malam.  Telefon bimbit yang kami bawa langsung tak dapat talian.  Bob kata lagi 3 minit kitorang akan nampak benda yang kitorang cari.  Walaupun tempat tu gelap gelita tapi dalam kesamaran itu aku dapat cam nilah kawasan dalam gambar yang Bob tunjuk tadi.  Tepat jam tengah malam, kami berempat ternampak benda yang sama.  Dari anak bukit tu muncul satu anak cahaya.  Ianya terumbang-ambing, macam ada orang tengah bawak pelita berjalan-jalan di kaki bukit tu.  Kami semua terdiam melihat pergerakan cahaya itu untuk beberapa minit. Aku tanya Bob, cahaya apa tu?

Bob cakap die pun tak tahu, tapi orang tempatan kat situ cakap yang cahaya itu akan muncul setiap kali tengah malam dan hanya akan hilang apabila subuh menghilang.  Tiada siapa pun tahu apakah cerita di sebalik cahaya itu.  Aku pulak masa tu tengah darah muda, dengan selambanya aku menjerit ke arah cahaya itu, "WOI KO INGAT KITORANG TAK NAMPAK KAU KE HA?!!!"  Bob pun terperanjat bila aku menjerit macam tu, tapi isteri akulah tiba-tiba dia menjerit dan mengarah ke arah bukit tu.

Aku yang tengah gelak besar masa tu terbehenti ketawa.  Cahaya api kecil itu tiba-tiba bergoyang dengan rancaknya, kitorang boleh nampak pergerakan cahaya lampu itu menuruni bukit tapi pada kelajuan yang luar biasa.  Kitorang memang tak tunggu dahlah, kitorang pun terus cabut masuk dalam kereta.  Itupun kami boleh nampak yang cahaya tu dah sampai ke kawasan padang rumput tu.  Bob pun terus tekan minyak dan bila kitorang dah bergerak dari situ je, kami toleh belakang dan nampak cahaya api itu 'berjalan' balik ke anak bukit tadi.

Kami berempat memang tersenyap je waktu nak balik ke Tasik Sugar Loaf tu, sehinggalah Bob kata eh dia lupa nak isi minyak penuh tadi, sekarang ni minyak dah tinggal suku tangki.  Kalau kitorang nak teruskan rondaan malam ni, kena naik kereta aku sebab stesen minyak dah tutup. Aku pun setuju jelah dengan cadangan die tu dan kami pun baliklah ke tasik tadi.

Aku letak kereta di dok kapal yang ada di tepi tasik tu.  Kami lepak-lepak dulu di kereta aku, minum bir sambil sembang-sembang pasal peristiwa tadi.  Teman wanita Bob tiba-tiba ngadu lapar pulak.  Kami ada bawak makanan ringan, tapi teman wanita Bob merengek nak makanan panas sebab dia kan tengah mengandung. Tapi kat tepi tasik tu mana ada kedai makan, nak pergi makan tu kene keluar ke pekan terdekat, kereta Bob pulak minyak tak cukup, jadi nak tak nak memang nak kena pakai kereta aku lah.  Aku pun okey je, aku pun masuk kereta aku dan putar kunci kereta.

Kereta aku tak hidup. Jangan enjin, memang kereta aku mati semati matinya.  Lampu pun tak hidup, pengelap cermin kereta, hon.  Aku dah rasa tak sedap hati dah sebab kereta aku lagi baru dari Bob tapi macam mana kereta aku boleh tak hidup?  Nasib baiklah Bob ada bawak kabel pengecas bateri kereta atau kabel jumper tu.  Kami pun sambunglah kabel tu dari kereta Bob ke kereta aku. Teman wanita Bob menghidupkan enjin kereta Bob.  Sebaliknya, keluar asap berkepul-kepul dari kabel tu, dan dalam sekelip mata, kabel tu terbakar!  

Kami semua memang terkejut tak sangka.  Kami hanya mampu memerhatikan kabel itu terbakar dijilat api sampai jadi abu dan getah.  Yang tinggal hanyalah kepala kabel tersebut masih tersambung di kereta masing-masing.  Dengan berhati-hati kami cabut kepala kabel tu.  Dahle kawasan tasik tu dah memang gelap gelita, ditambah pulak dengan kepelikan itu.  Nasib baiklah kereta kami tak terbakar. Masing-masing dah rasa tak sedap hati dengan kepelikan demi kepelikan itu.

Tengah senyap tu, kami terdengar ada bunyi dari tasik.  Bunyi tu asalnya jauh tapi lama kelamaan ia makin mendekati dok kapal tadi.  Bunyi enjin bot. Memang kebetulan sangat di saat kami tengah macam tu muncul pulak bot.  Dah mana pulak datangnya orang naik bot atas tasik tengah-tengah malam buta ni. Pada mulanya kami tak nampak apa pun kecuali bunyi enjin bot.  Tapi bila bot itu berlabuh di dok tadi, muncullah dua orang dari bot itu memakai lampu kepala.

Cahaya lampunya memang sangat terang, pastu suluh pulak pada kami. Silaulah mata kami jadinya.  Aku dan Bob arahkan pasangan masing-masing masuk dulu dalam kereta Bob, kunci siap-siap. Aku dan Bob bersiap siaga dengan senjata masing-masing. Nasib baiklah kat kereta aku ada spanar 2 batang.  Aku dan Bob berdiri di hadapan kereta menantikan orang dari bot tu datang. Kami boleh nampak mereka semakin mendekati sebab cahaya lampu kepala mereka makin dekat.

Walaupun begitu, mungkin sebab silau sangat, aku tak berapa cam muka orang tu, tapi yang pasti, ada 2 orang lelaki dalam lingkungan usia 30 ke 40an, kedua-duanya berjanggut lebat.  Diorang nampak kereta aku tersadai dengan berasapnya, pastu tengok dalam kereta Bob ada perempuan 2 orang, dan lelaki itu gelak kecil.  Dah nampak dah niat jahat orang tu.  "Kereta korang ada masalah ke?", salah seorang tu bertanya, sambil menghidupkan asap rokoknya.  "Aah, tapi rosak kecik je", tergagap-gagap jugaklah aku nak jawab.

Lelaki lagi sorang tu terhidu-hidu bau asap, "ye ke? Sampai terbakar kabel korang ni. Takpe, kat bot kami ada alatan sikit. Kitorang boleh bantu".  Lelaki yang hisap rokok tadi ketawa kecil lagi, "yelah tu nak tolong sangat".  Kedua-dua lelaki itu pun baliklah ke bot diorang.  Aku tak pasti apa peralatan yang diorang nak amek tu, sebab malam gelap, pandangan pun masih silau lagi dek lampu suluh tadi, tapi aku dan Bob sama-sama terdengar bunyi rantai besi berdetar-detar. Eh lain macam je lelaki-lelaki tu.  Aku dan Bob saling berpandangan, kami angguk-angguk dan terus cabut masuk kereta Bob.

Bob pun terus je memandu keluar dari tempat tu. Sejauh mana kereta Bob mampu bawak. Tapi berjam-jam jugaklah Bob bawak kitorang sampai akhirnya kami jumpa satu kawasan perumahan ni.  Kami pun ambil keputusan nak berhenti dan tidur di situ je.  Pasangan kami dah keletihan campur ketakutan, mereka pun tidur di tempat duduk belakang. Aku dan Bob bergilir-gilir berjaga, sebab kami risaukan lelaki pelik dari bot tadi cari kami. Itupun Bob kejap-kejap bukak lampu kereta sebab dia kata dia macam ternampak sesuatu dalam gelap tu. Entahlah mungkin itu cuma mainan perasaan Bob je.

Nasib baiklah lelaki bot tadi tak datang pun.  Masa ni lagi 20 minit nak terbit matahari.  Bob ajak aku pergi balik ke kaki bukit tu, aku setuju je sebab aku pun nak tengok betulke cahaya lampu yang kitorang nampak tu muncul sepanjang malam.  Kitorang pun pergi balik ke kaki bukit tu, masa sampai tu dah ada lagi 4 minit nak subuh.  Kami pun memerhatikan je cahaya api kecil tu berlegar-legar di kaki bukit tu.  Tapi kali ni, aku senyap jelah.  Yang ajaibnya, bila matahari naik je, cahaya api tu pun beransur-ansur hilang....

Hari pun dah terang, kami rasa selamat sikit, jadi kami pun baliklah ke dok kapal di tepi tasik tadi.  Kereta aku masih tersadai di situ dengan enjinnya masih terbukak.  Tapi tak nampak pun kelibat bot dan lelaki-lelaki berjanggut tu kat situ. Aku pun sajalah cuba nak hidupkan enjin aku. Eh elok je enjin aku mengaum. Kemudian baru kami terperasan, telefon bimbit masing-masing dah ada talian pagi tu. Padahal sepanjang malam tadi, kami tak boleh nak menghubungi sesiapa sebab kami langsung tak dapat talian....

Aku dan Bob pun berpisah di situ, kami mengucapkan kesyukuran sebab akhirnya kami tidak diapa-apakan, dan dapat pulak tengok penampakan yang dicari.  Aku dan Bob sempat bersumpah kami tak nak lagi dah datang ke tasik ni lagi dah. Cukup-cukuplah dengan malam tadi. Kami pun balik ke tempat masing-masing dengan kenangan itu...

Dalam 2 tahun jugaklah aku dah tak jumpa Bob. Sehinggalah, 3 tahun lepas tu, Bob tiba-tiba menghubungi aku....

Bersambung
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 08:55 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 23-8-2021 05:49 PM
Kenangan di Tasik Sugar Loaf, Oklahoma Bahagian 1

Namaku Joshua, tapi untuk menjaga privasi, nama ...

Jumpa port hantu baru ke bob ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 23-8-2021 09:22 AM
welcome uols... sorry kalau i tak smpt reply i nak tumpu pada penceritaan i kt bod ni

No problem at all tt. Be focus
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 22-8-2021 06:01 PM
Iols br tgk 1 episode American horror stories td
Episod ttg makhluk yg duk dlm hutan2 simpan us
...

Patutnya clear kan terus mahluk tu. Adakah melanggar human right? Berminat ni tgk American Horror Stories. Tp takut plak. Kejam sgt tk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2021 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Seramnya citer sugar loaf lake tu org putih ni adventurous.
yg Jai tu adakah hantu belaan nenek tu mencari tuan baru
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 23-8-2021 09:52 AM
american horror stories yang drama tu ke?

Yup
Season 1 episode 6
American horror stories,  setiap episode berbeza cerita

Bkn American horror story (AHS)
AHS ni setiap Season kisah bersambung2

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2021 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
lilac85 replied at 23-8-2021 10:23 PM
Patutnya clear kan terus mahluk tu. Adakah melanggar human right? Berminat ni tgk American Horror  ...

Dorg ganas sgt
Kdg tentera pun kena serang
Yg mn tewas mmg hbs lh


Kejam lh makan isi perut ape


Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 23-8-2021 11:08 PM
Dorg ganas sgt
Kdg tentera pun kena serang
Yg mn tewas mmg hbs lh

Ok tengkiu. Scary i baca
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2021 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Bob nak ajak p lake tu balik ke?
Eh xpela tunggu sambungan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2021 12:19 AM | Show all posts
Kenangan Di Sugar Loaf Lake, Arizona Bahagian Akhir

Sebenarnya selepas setahun peristiwa aku dan Bob di Tasik Sugar Loaf tu, hubungan kami perlahan-lahan terputus begitu sahaja.  Masing-masing sibuk dengan keluarga masing-masing kan. Sebab tu aku rasa terkejut jugak apabila Bob menghubungi aku semula setelah 2 tahun tak dengar berita.  Rupa-rupanya tujuan Bob menghubungi aku sebab dia nak tawarkan aku satu kerja.

Tapi kerja yang ditawarkan oleh Bob ni pelik sikit.  Bob bercadang nak buat upacara pemujaan di tempat berpuaka bersama 3 orang penganut agama Wiccan, dan dia nak upah aku jadi jurukamera untuk acara itu.  Penganut agama Wiccan ni memang betul-betul obses dengan benda-benda paranormal sampai ada yang mengamalkan sihir, macam aku cuma sekadar minat gitu-gitu je.  Aku pun setuju jelah dengan jemputan Bob tu, sebab aku pun dah lama jugak tak ikut ekspedisi puaka macam ni.  Aku tanya Bob, kat mana diorang nak buat upacara pemujaan tu?

“Kau mesti ingat tempat ni. Sebab kita pernah pergi dulu”. Aku macam dah agak kat mana. “Kat Tasik Sugar Loaf tu”. Ye memang tepat jangkaan aku.  Dengar je nama tasik tu, aku terus berubah fikiran.  Lagipun 3 tahun dulu, Bob jugak yang beriya janji dengan aku taknak datang lagi dah ke tasik tu. Propa ke Bob ni?  Tapi Bob pujuk jugak aku, dia bagi jaminan kali ni pasti selamat.  Dia tawarkan aku bayaran sehingga USD250 untuk kerja 1 malam. Kebetulan jugak masa tu aku dan isteri bakal menimang cahaya mata pertama kami, memang kami sangat perlukan duit.  Peluang nak buat duit senang macam ni bukan selalu nak dapat, jadi aku pun akhirnya bersetujulah nak jadi jurukamera Bob.

Seminggu kemudian, aku pergi ke tasik itu untuk laksanakan kerja aku tu.  Bob masih memandu kereta buruk dia tu.  Tapi kali ni kami tak bawak pasangan masing-masing, dan Bob pun tidak bersendirian.  Bersama-sama dia, ada 2 lelaki dan seorang perempuan.  Itulah penganut Wiccan yang Bob cakap tu.  Mereka bertiga berpakaian serba hitam dengan fesyen yang agak pelik.  

Pukul 11.50 malam, kami pun sampai ke kaki bukit itu.  Bob dan 3 orang rakannya duduk dalam bulatan yang rapat, lutut bertemu lutut 5 kaki dari kawat berduri yang memisahkan kami dengan padang itu.  Aku pula membelakangi kaki bukit itu sambil merakam upacara pemujaan itu.

3 orang penganut Wiccan tadi terkumat-kamit membaca jampi serapah mereka, Bob menyalakan sebatang lilin besar yang terletak di tengah-tengah bulatan itu.  Kemudian dia membuka sebuah buku, buku tu bukan kitab antik pun, macam buku nota kulit keras biasa je tu pun, dan membaca sesuatu dari buku itu.  Pastu, Bob tengok jam di telefon bimbit dia dan mengarahkan kawan-kawan dia berhenti berjampi.  Dia arahkan kawan-kawan dia untuk melihat ke arah anak bukit itu.  Aku pun perlahan-lahan menghalakan kamera aku ke situ jugak.  Tepat waktu tengah malam, terbitlah sebutir cahaya yang pernah aku nampak 3 tahun yang lalu.  


Salah seorang kawan Bob meluahkan rasa kagum dia bila nampak cahaya tu berlegar-legar di bukit tu. “Wow!!!”.  Kalau tengok dari penampilan diorang ni macam keras, tapi rupa-rupanya mudah terhibur jugak.  Kemudian, Bob mengarahkan kawan-kawan dia untuk sama-sama berpegangan tangan sebab diorang akan cuba untuk berkomunikasi dengan makhlus halus itu.  Aku pun halakan semula kamera aku ke arah kumpulan itu.  Mereka mengulang semula perbuatan mereka tadi, yang 3 orang penganut Wiccan tu berjampi serapah manakala Bob membaca ayat-ayat dari kitab dia tu.  Kemudian, seorang demi seorang bertanyakan soalan dengan harapan ada jawapan dari makhluk halus tu.  

Sebaliknya, datanglah pulak segugus angin malam meniup api lilin itu sampai terpadam.  Bob mengarahkan aku untuk berhenti merakam sekejap.  Kemudian dia cuba nak hidupkan semula api lilin tu dengan pemetik api yang dia bawak, tapi tak berjaya.  Sampai 3 pemetik api Bob dan kawan-kawannya cuba petik, tapi tiga-tiga tu tak hidup pun apinya. Kalau hidup pun, sekejap je sebab ditiup angin.  Aku sampai terduduk kepenatan tunggu Bob cuba pasang api lilin, yelah kamera tu boleh tahan berat tau. Tengah duduk tu, aku terdengar ada bunyi menggerisik di belakang aku.

Aku terkejut sampai aku terbangun berdiri meninggalkan kamera aku di atas tanah, Bob dan kawan-kawannya tengah leka nak pasang api lilin.  Aku menoleh ke belakang dan masa tulah aku terpandang satu cahaya yang sangat terang, macam ada orang suluh mata aku. Tapi cahaya tu dalam sekelip mata hilang macam tu sahaja.  Hati aku terdetik mengatakan, itu cahaya dari kaki bukit tu.  Kalau macam tu maksudnya cahaya tu bergerak dari kaki bukit tu ke belakang aku dalam masa yang sangat pantas, tak sampai 30saat pun.  Tapi bila aku tengok kt kaki bukit tu, cahaya tu dah hilang.  Aku tengok jam di tangan baru 12.15 tengah malam.  Cahaya tu sepatutnya masih ada sekarang ni.

“Eh korang, korang nampak tak tu?”, aku cuba nak alih perhatian Bob dan kawan-kawannya.  Kebetulan jugak, Bob berjaya jugak menyalakan api lilin tu.  “Apsal wei? Perasan apa?”.  Belum sempat aku menjawab pertanyaan Bob itu, kami semua terdengar sesuatu yang sampai sekarang menghantui aku.  Bunyi ketawa yang entah dari mana puncanya.  Bunyinya agak jauh tapi datang dari segenap arah di sekeliling kami.  Bila diamati ianya bukan ketawa biasa, yang aku boleh gambarkan, bunyi ketawa beratus-ratus atau mungkin beribu-ribu kanak-kanak.  Ketawanya juga bukan serentak, macam bila belah kiri gelak, yang kanan pun ikut gelak sekali.  Saling ikut gelak sehingga paduan bunyi ketawa itu semakin lama semakin kuat dan semakin menghampiri kami.

Dan bunyi ketawa itu pun ada pelbagai jenis, ada ketawa mengekek, ada ketawa mengilai, ada ketawa jahat, bercampur-campur.  Aku dah menggeletar ketakutan, aku jerit pada Bob untuk cepat pergi dari sini, tapi rupa-rupanya Bob dan kawan-kawan dia dah cabut ke kereta dulu.  Diorang tinggalkan lilin dan buku jampi diorang begitu sahaja. Aku pulak jadi orang terakhir masuk kereta tu.  Tepat je aku tutup pintu kereta, bunyi ketawa itu dah berada di sekeliling kami. Memang kuat sangat sampai memekakkan telinga.

Bob terus tekan minyak tapi Bob cuma mampu memandu sejauh sebatu je, sebabnya Bob pun dah ketakutan sangat sampai tak boleh nak memandu dengan berhati-hati.  Kami berhenti sebentar, keluar kereta nak ambil angin sambil masing-masing bertanya, betulke apa yang kitorang dengar tadi tu.  Masa tulah aku terperasan yang aku tertinggal kamera kat tempat tadi, dahlah kamera tu kepunyaan Bob, tapi Bob pun tak kisahlah dia pun taknak patah balik semata-mata nak amek kamera tu.  Tengah kecoh-kecoh tu, sayup-sayup kami terdengar bunyi ketawa itu muncul semula, seolah-olah beratus-ratus kanak-kanak sedang mengejar kami.  Secepat kilat kami semua balik masuk kereta dan Bob teruskan pemanduan.

Kami memandu sejauh 6 batu, tapi di 3 batu pertama tu kami masih lagi mendengar bunyi ketawa itu.  Masuk batu ke 4, bunyi ketawa itu akhirnya hilang begitu sahaja tapi kami takde niat nak berhenti kat mana-mana.  Salah seorang kawan Bob cuba nak menghubungi orang lain melalui telefon bimbit, tapi talian takde. Masuk batu ke 6 barulah ada talian.  Aku ingatkan kawan Bob tu nak telefon polis ke ape ke, rupa-rupanya dia telefon tok guru dia. Dia ceritakan apa yang terjadi sebentar tadi. Tok guru tu cakap entiti yang datang tadi adalah Children of Hecate.  Huru-haralah Bob dan kawan-kawannya bila dapat tahu.  Aku pun tak pasti apa dia Children of Hecate tu, tapi aku nampak reaksi Bob dan kawan-kawannya macam teruja bercampur seriau.

Kawan Bob yang telefon tok guru tu duduk di tempat duduk hadapan.  Tiba-tiba aku dapat merasakan bulu roma di leherku merinding. Bila aku tanya kawan-kawan Bob yang duduk bersama aku tu, diorang pun sebenarnya rasa macam tu jugak.  Bob dan kawan dia kat depan tu masih beriya bersembang macam tak ada apa.  Tiba-tiba, kami terdengar macam ada bunyi benda patah di bahagian hadapan kereta Bob.  Lepas itu, kereta Bob terus terberhenti di tengah jalan dan tak gerak-gerak lagi.

Kami agak mesti ada bahagian kereta Bob yang dah patah, tapi tiada siapa pun yang berani nak keluar pergi periksa.  Nasib baiklah jugak masa kereta Bob terberhenti tu kawan Bob masih di talian dengan tok guru dia.  Dia pun mintak tolong tok guru dia untuk datang selamatkan kitorang yang tengah tersadai ni.  Tok guru dia mintak kami tunggu dalam 20 minit lagi untuk dia sampai.

Kami semua duduk dalam kereta, terdiam tak tau nak cakap apa.  Kira-kira 3 minit kemudian, kami ternampak ada lampu kereta datang dari depan.  Rasanya bukan tok guru Bob ni sebab awal sangat sampai pun, tapi kami semua dah rasa lega sebab kami bukan berseorangan di jalan ni.  Bolehlah kami tahan kereta ni mintak tumpang ke pekan terdekat. Kitorang berlima pun keluarlah dari kereta buruk Bob tu dan berdiri ramai-ramai kat tepi jalan dengan harapan kereta itu akan berhenti.
Kereta yang mendekati kami tu rupanya sebuah trak pick-up buruk, dan ia tidak berhenti pun sebaliknya cuma memandu perlahan-lahan melintasi kami dengan cermin penumpang terbuka.  Ada 2 orang lelaki berusia lingkungan 30 ke 40an dengan janggut lebat dalam kereta tu.  Aku dan Bob saling berpandangan, kitorang rasa macam pernah nampak je lelaki-lelaki itu tapi di mana ya?  

Trak buruk itu melepasi kami.  Tapi tak lama lepas tu, kami nampak lagi cahaya lampu kereta tapi dari arah trak buruk itu berlalu pergi.  Rupa-rupanya trak buruk itu berpatah balik pastu bila nampak kami, pemandunya memperlahankan traknya sambil merenung kami berlima. Masa nilah baru aku terperasan, nilah lelaki bot yang kitorang jumpa 3 tahun dulu!  Bob terus menghubungi semula tok guru dia, tok guru tengah dalam perjalanan, Bob gesa dia suruh bawak kereta tu laju sikit. 4-5 minit kemudian, kami ternampak ada cahaya lampu kereta.  Kitorang semua dah lega sebab ingatkan tok guru Bob dah sampai.  Kitorang pun bersiap-sedia nak tinggalkan kereta Bob apabila telefon bimbit Bob berdering, Tok guru Bob cakap dia terlepas masuk simpang, jadi dia akan lewat sikit dalam 10-15 minit camtulah.

Rupa-rupanya cahaya lampu itu adalah dari trak buruk tu. Trak buruk tu datang lagi. Tapi kali ni cuma ada seorang je dalam kereta tu.  Kalau tadi lelaki dalam trak tu cuma pandang-pandang kami je, kali ni pemandunya menegur kami. “Kereta rosak ke tu? Nak saya tolong ke?”.  Kemudian, pemandunya memecut pergi meninggalkan kami. Tak syak lagi, memang lelaki bot tu.  Kami berlima dapat hidu niat buruk pemandu itu, tapi mana pergi kawan dia lagi sorang tu?  Kitorang semua dah menggelabah dan cepat-cepat masuk dalam kereta kunci pintu.  Tak cukup dengan itu, kami terdengar balik bunyi ketawa kanak-kanak tu. Mula-mula bunyi jauh je, tapi setiap minit ianya makin lama makin dekat.

Aku dah nak terkencing dalam seluar dah, kitorang memang dah tak boleh nak lari ke mana dah.  Masa tulah jugak kami ternampak ada 2 pasang lampu kereta bersebelahan tengah bergerak menuju ke kereta kami.  Dan suara kanak-kanak ketawa itu kini bergema dari arah hutan di kedua-dua belah tepi jalan tu.  Memang terperangkap habislah kami kat situ.

Kitorang memang dah putus harapan masa tu, mampuslah kitorang entah apa akan jadi lepas ni. Nak keluar tak boleh, duduk dalam kereta pun sama je tunggu bala.  Kitorang tak putus-putus berdoa kepada Tuhan masing-masing agar selamatkan kami.  Doa kami terjawab apabila akhirnya kereta tok guru Bob tu sampai jugak akhirnya.

Tok guru bob tak turun dari kereta pun, sebaliknya dia hanya menurunkan cermin tingkap kereta dia dan suruh kitorang masuk kereta dia cepat.  Kitorang pun macam lipas kudung lah cepat-cepat pindah masuk kereta tok guru Bob. Tu pun bayangkanlah masa kami kat luar sekejap tu, bunyi ketawa kanak-kanak tu masih ada lagi.  Aku terperasan jugak, bila dah masuk kereta tok guru Bob, 2 pasang lampu kereta yang kitorang nampak tadi dah terpadam. Tapi bila tok guru Bob pusing kereta nak keluar dari situ, lampu kereta tadi terpasang semula.

Kami semua terjerit-jerit paksa tok guru Bob cepatlah bawak kami pergi dari sini.  2 pasang lampu kereta tadi mengekori kami sampai sebatu jauhnya.  Kemudian tiba-tiba ia menukar arah masuk dalam hutan.  Bunyi ketawa kanak-kanak tadi ikut kami sampai 2 batu. Dah masuk 3 batu barulah ianya hilang.

Sehingga sekarang aku tak dapat nak cari penjelasan atas apa yang terjadi, bunyi ketawa kanak-kanak tu dari apa, adakah lelaki bot itu ada kaitan dengan semua ini atau hanya kebetulan sahaja diorang kat situ, tapi kalau sekadar kebetulan kenapa lelaki bot tu tak memberikan reaksi apa-apa dengan bunyi ketawa tu?  Cahaya api di kaki bukit tu apa pulak? Adakah Bob tersilap puja sampai terpanggil entiti lain?

Nasihat aku, kalau hobi korang ni suka menjejak paranormal macam aku, tolonglah berhati-hati. Kalau boleh, jangan pakai kenderaan buruk macam si Bob.  Sekali terkena memang tak tidur malam macam akulah jadinye….

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2021 12:20 AM | Show all posts
lady_bonia replied at 24-8-2021 11:01 PM
Bob nak ajak p lake tu balik ke?
Eh xpela tunggu sambungan

Sorry uols. Porem ada problem plak. Lambat skit hapdetnye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2021 11:59 AM | Show all posts
Tak Nampak Apa Tapi...

Aku merupakan seorang penggemar aktiviti lasak.  Keluar hutan masuk hutan seorang diri tu memang hobi aku.   Ramai je yang tanya aku tak takut ke dalam hutan sorang-sorang tu, sebenarnya kalau korang dah biasa berada dalam hutan, lama kelamaan akan wujud satu naluri dalam diri kau.  Naluri yang macam radar, kalau ada benda tak baik, tak kisahlah manusia ke orang ke di sekeliling korang masa dalam hutan tu, radar korang tu akan berdenting-denting gitu.

Ada pada suatu hari tu, aku masuk hutan nak pergi memancing di sebuah sungai ni.  Kat tempat tu ada tempat letak kereta, tapi nak ke sungai tu kena merentas hutan sikit.  Aku dah jumpa spot memancing yang aku rasa sesuai, dah letak beg dah pasang pancing, tapi duduk je kat situ aku dah rasa macam diperhatikan dari belakang.  Aku pun bangun dan bergerak dalam 400 ela ke dalam sungai (sungai tu cetek je) jadi kedudukan aku sekarang ni, depan aku pokok-pokok tinggi manakala di belakang aku tebing sungai tadi yang dipenuhi batu-batu sungai. Masa aku datang ke sungai ni aku tak jumpa atau dengar apa-apa yang pelik pun, kecuali tapak kaki rusa di jalan yang berlumpur, tapi bila aku dah sampai sungai tu aku dah rasa tak sedap hati.  Masa aku datang tu hari masih siang terang-benderang, jadi aku beranggapan ah aku ni je yg terfikir bukan-bukan ni.



Aku ada bawak makanan, jadi aku pun mengunyahlah sikit sambil tercari-cari aku nak pakai umpan ape ni ye.  Untuk seketika, perasaan diperhatikan itu hilang sekejap.  Aku memancing hampir 1 jam lamanya tapi malangnya umpanku langsung tak mengena.  Sejuk sangat duduk dalam sungai tu, aku dah terasa nak buang air kecil. Jadi aku pun pergilah menuju ke belukar nak tunaikan hajat aku.  Jujur aku cakap ye, keadaan masa tu sunyi sepi, sangat-sangat sepi sampai bunyi air kencing aku terkena daun-daun dan tanah pun boleh bergema.  Tiada bunyi unggas hutan, serangga-serangga kecil, bunyi angin pun takde.  Selesai mengosongkan tangki aku pun kembalilah dapatkan pancing yang ku letak di tebing sungai tadi.

Masa aku membongkok je nak amek pancing tu, aku terdengar suara ayah aku memanggil nama aku.  Suaranya begitu jelas dan terang di telinga aku.  Nada suara ayah memang tegas, jangan lawan cakap ayah, ikut je.  Terkejutlah aku sebab ayah aku sebenarnya dah meninggal dunia 3 tahun yang lalu.  Masa nilah aku dah tak boleh menidakkan naluri aku dan aku pun cepat-cepatlah  kutip peralatan aku dan bergegas pergi dari sungai tu.

Aku dah selalu pergi ke sungai ni untuk memancing, aku tahu tempat ni memang ada haiwan liar, ada beruang, singa gunung dan baru-baru ni penampakan serigala pulak.  Tapi kalau ada haiwan liar berhampiran aku mesti aku dapat kesan sebab haiwan-haiwan liar ni bukannya boleh berjalan senyap-senyap dalam hutan.  Nasib baiklah aku tergerak nak bawak pistol S&W 686p aku masa nak datang sini, aku keluarkan ia dari beg aku dan sisip siap-siap di pinggang kot-kotla ada yang menyerang.

Jarak dari sungai tu nak ke kereta aku cuma 3/4 batu je, tapi bila aku melangkah je masuk ke laluan dalam hutan tu, aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena.  Sebenarnya laluan nak ke kereta aku tu ada 2, yang pendek cuma 3/4 batu je dan laluan lagi satu lagi panjang dalam 2 batu.  Aku dah jejak dah pun kat laluan pendek tu tapi firasat aku mengatakan baik aku patah balik dan ikut jalan panjang tu.  Kalau ikut logik baik ikut jalan dekat kan, tapi aku turuti je firasat aku tu dan aku pun ikutlah jalan panjang tu.

Perjalanan nak balik tu memang lama tapi aku rasa lagi selamat disitu.  Tapi kereta aku pulak yang tak selamat.  Bila aku sampai je kat kereta aku, aku tengok ada kesan-kesan cakaran di bahagian lampu depan dan pintu pemandu.  Aku tak pasti siapa pulak yang merosakkan kereta aku tu sebab memang aku letak kereta aku di tempat khas, dan kebetulan tempat tu baru diturap semula. Aku nampaklah jugak beberapa kesan macam kikisan di dasar tempat letak kereta tu tapi aku tak pasti tu dari manusia ke ataupun haiwan.  Aku pun taknak tunggu dan aku terus la keluar dari situ.  Rasa macam tengah dalam bahaya itu berterusan sampailah aku jumpa jalan besar.

Bila aku masuk je jalan besar, aku ternampak kereta warden hutan dan kereta syerif tengah berhenti di tepi jalan tu.  Mereka berdua sempat tahan aku jadi aku pun berhentilah sekejap.  Rupa-rupanya diorang saja je nak ajak aku bersembang, aku pun layan jelah.  Aku pun ceritalah aku pergi memancing kat sungai tadi, dahlah tak dapat ikan, balik je tengok kereta dah bercalar.  Bila aku sebut pasal calar tu, riak wajah warden dan syerif yang asalnya agak ceria bertukar jadi serius, dan diorang berdua saling berpandangan.  Sembang-sembang kosong tu bertukar jadi soal siasat, macam-macam diorang tanya aku, aku keluar masuk sungai tu ikut jalan mana, pukul berapa aku letak kereta kat situ, ada tak aku nampak apa-apa yang pelik kat tempat letak kereta tu. Aku pun cerita jelah pasal kesan kikisan di atas tanah tu , sekali lagi warden dan syerif berpandangan.  Diorang terus ucapkan selamat tinggal kat aku, naik kereta masing-masing dan aku nampak diorang masuk ke jalan tempat aku memancing tadi.

Peristiwa ni terjadi pada May 2005, di antara pukul 10 pagi ke 3.30 petang. Dan itulah kali terakhir aku ke sungai tu sebab hujung bulan Jun tu aku berpindah ke tempat lain.  Aku rasa aku ni cuma paranoid je sebab sorang diri dalam hutan tu, tapi kelakuan aneh warden dan syerif  tu buat aku tertanya-tanya apakah ada kaitan dengan naluri aku yang rasa asyik diperhatikan tu je?  Tapi nasihat aku, kalau naluri korang suruh blah dari tempat tu, ikut je jangan banyak tanya.  

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 25-8-2021 12:19 AM
Kenangan Di Sugar Loaf Lake, Arizona Bahagian Akhir
Sebenarnya selepas setahun peristiwa aku dan Bo ...

2 llki tu ada kaitan dgn cahaya putih tu rsanya
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 03:39 PM | Show all posts
Seronok baca . Bahasa yg tt gunakan pun bagus.
Keep it up tt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2021 03:41 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 22-8-2021 06:01 PM
Iols br tgk 1 episode American horror stories td
Episod ttg makhluk yg duk dlm hutan2 simpan us
...

Dah lama teringin nak tengok.. Citer2 seram diorg buat kadang tak menakutkan tapi dia punya feel tu lain macam..
Macam citer The Haunting series.. Takde la seram tapi mind blown.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
cik.puan replied at 25-8-2021 03:41 PM
Dah lama teringin nak tengok.. Citer2 seram diorg buat kadang tak menakutkan tapi dia punya feel t ...

Actually American horror stories yg baru ni episode 1 smpi 4 x berapa best
Masuk episode 5 dgn 6 br ok sikit
Episod 7, finale season 1 ni x tgk lg

Lg 1 yg menarik season ni setiap Episod ada opening yg berbeza jgk sbb kisah lain2

Iol sgt suka semua opening ahs
Creative horror gitu

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
sll ttgu cte dr TT
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2021 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Lps baca cerita tt tepek psl mystery light tu, mmg ada banyak cite psl benda tu kat google n youtube
Kokesen pun cakap cahaya tu akan kejar orang sampai ke dlm kereta n ada kaitan dgn lelaki 2 orang naik trak/bot tu
Cuba cari Joplin Spook Light atau Spooklight Missouri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54638 Replies : 10
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55012 Replies : 24
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 106640 Replies : 1105
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 27681 Replies : 647
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 33972 Replies : 758
Menteri Sumber Manusia  Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Dengan Tuan Rumah
YgBenarMenteri Sumber Manusia Steven Sim Bantu
Views : 391 Replies : 1
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 52391 Replies : 240
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 23664 Replies : 156
Tarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
maklukpenggodaTarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
Views : 12229 Replies : 23
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88531 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 2.277527 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list