|
sup sayur
Bahan
4 biji telur
2 biji kentang [potong kecil]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok sawi minyak ata kailan [potong pendek]
air secukupnya
minyak
garam , 1 kiub ayam
Bahan tumis [tumbuk kasar]
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 s/k lada hitam
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya dan masukkan kentang dan carrot.Biarkan emndideh dan lembut.
3. Masukkan telur masa air menggelegak. Masuk kiub ayam
4. Bla dah nampak telur masak baru masukkan sawi dan tutup api. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
runaway_dida posted on 13-2-2013 06:22 PM
dulu pernah sekali makan terung bakar.. kulitnya dibuang pastu isi die tumbuk dengan lada hitam, b ...
makan dengan nasi putih panas ! perrrrr ~~~
|
|
|
|
|
|
|
|
Terung Berlada
6 terung ungu
cili merah dan cili api hijau (ikut suka)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
ikan bilis dibersihkan
minyak
garam gula
CARANYA:
Terung dibelah dua. Kemudian di bakar sampai masak. Tumbuk cili merah/cili api hijau, ikan bilis, bawang besar dan bawang putih sampai lumat.
Tumis bahan ditumbuk dalam minyak panas. Masukkan sedikit air. Bila dah naik bau dan garing. Masukkan garam dan gula secukupnya. Tuan atas terung yang telah disusun didalam pinggan .hidangkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
bendi goreng bercili
Bendi Goreng Bercili
Bahan:
10 biji bendi - dibersikkan dan dipotong serong
2 biji cili merah *
4 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
1/2 sd kecil udang kering*
sedikit garam dan gula
1 telur gred C
sedikit air
minyak untuk menumis.
Cara:
1). Tumbuk bahan bertanda (*) hingga hancur.
2). Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan sedikit air. Kacau.
3). Masukkan bendi dan kacau sebati.
4). Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa . Masukan telor. Kacau rata biar telor hancur.
5). Tidak perlu masak terlalu lama cukup sekadar sayur itu sedikit layu.
Share on myspace |
|
|
|
|
|
|
| |
|