|
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata. saya turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. Kata Hamka, Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. |
|
|
|
|
|
|
|
WAHAI LELAKI.....
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yang dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya. Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta.
Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan. Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. rasa percintaan lebih pahit dari hempedu. Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu. Kata Raja Pedang Deir, hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu.
Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu. Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta |
|
|
|
|
|
|
|
hati ini.. ingin mencari bahagia,
dalam pencarian ini,
kau hadir memberi sinar,
memberi harapan...
aku terpesona dgn senyummu,
dengan ramah dan kesopananmu..
tiap bait bicaramu,
aku semat dlm hati..
aku percayai tiap butir bicaramu,
aku sayangi dirimu..
hadirmu..
kukira tlh lengkap kehidupanku..
kau memberiku 1001 kebahagiaan..
kau buat aku tersenyum bila mengingatimu..
kau buat aku bahagia bila disampingmu..
dan kukira..
kaulah lelaki sejati yg akn melindungiku..
namun..
segalanya hancur disaat aku sedang menikmati hari2 bahagiaku,
disaat cintaku padamu telah sebati dihati ini..
pedihnya hati ini..
tiap nafasku,
penuh kesakitan yg tak tertanggung oleh aku..
aku cuba pujuk hati ini,
cuba bersabar dengan apa yang terjadi,
dan berharap kau hadir padaku,
tapi segalanya kabur,
tanpa punca dan tanpa sebab,
aku dibiarkan sepi..
sepi tanpa khabarmu...
dan..
bila penantian ku tiada pengakhiran,
aku mula gelisah,
aku ingin jawapan..
jika mati dimana nisannya,
jika benci apakah puncanya...
hari silih berganti..
dari kerisauan bertukar marah,
aku cuba menjejakimu,
mencari sebab dan puncanya sendiri,
dan realitinya sangat pahit untuk aku telan,
penantian yg kuharap berakhir dengan kebahagiaan,
hanya sia-sia..
segalanya kesakitan yang seolah meragut separuh dari kehidupan aku..
kemarahanku bertukar dendam,
aku ingin kau tahu,
aku sedang menderita,
aku mahu kau tahu tekanan emosi yang aku alami,
dan aku telah melakukan sesuatu yg kukira ia memalukan dirimu..
sengaja?
ia aku sengaja melakukannya,
kerana aku marah,
kerana aku benci,
apabila aku dikhianati..
dan disaat kekalutan perasaan ini,
aku cuba lari dari semua yg telah berlaku,
dan aku pasti..
kutemui jawapannya..
aku cuma ingin hidup bahagia,,
dengan ini..
aku akan melupakan kau,
jika itu yang kau mahu..
kucampak segala memori antara kau dan aku,
disatu tempat yg entah dimana..
dan kupasti kita takkan berjumpa lagi..
walau sayangku masih bersisa,
walau rinduku masih berbaki,
tp kebencian kau terhadap aku,
cukup menyatakan segalanya..
dan hari ini..
aku akhiri segalanya cerita aku dan kau,
biar ia menjadi sejarah..
kumohon kemaafan diatas segala yg berlaku,
kemarahanku telah mengundang kebencianmu..
disatu sudut hati aku,
aku puas hati dengan apa yg aku lakukan terhadap kau,
aku hendak engkau terluka seperti yg aku alami..
tapi jauh disudut hatiku..
sukarnya membayangkan kemarahan dan kesedihan kau..
dan aku jua terluka dgn apa yg berlaku..
sebenarnya bukan ini yg aku inginkan,
kenapa aku hendak lukakan insan yg aku sayangi?
kenapa aku biar kan kau marah kepadaku?
semuanya bersebab..
dan kerana sebab itulah..
aku lakukan segalanya tanpa memikirkan hati kau..
yg ada hanya marah dan dendam..
namun kini..
aku tahu segalanya tiada makna untuk aku terus berdendam,
jika aku berkuasa,
ingin kuputar masa lalu..
agar segalanya tak berlaku,
tp siapalah aku utk lakukan semua itu..
yg perlu aku hadapi,
hanyalah realiti hari ini dan esok yg bakal menjelma..
dan detik ini..
aku akan biarkan kau hidup tenang tanpa gangguanku lagi,
dan aku..
biarlah masa yang akan mengubati tiap kepedihan hati aku,
dan kupasti ini ujian dari yg maha esa,
untuk aku lebih kental menghadapi hari yg akn datang..
akhirnya dari aku..
semoga kau berbahagia tanpa aku... |
|
|
|
|
|
|
|
Terlalu sukar untuk meluahkan rasa hati terhadap lelaki. Begitu payah utk menyatakan hasrat hati. Begitu kelu lidah untuk mengucapkan apa yang kami rasa terhadap lelaki. Kami tidak mengharapkan terlalu banyak dari lelaki, yang paling penting kasih sayang dari lelaki yang dikasihi. Kesanggupan lelaki untuk memelihara kebajikan dan maruah kami. Kami benci lelaki yang terlalu khayal dengan kecantikan luaran wanita, lupa akan kecantikan itu hanya bertahan sekejap sahaja. Kami bukan barang hiasan untuk dinilai sebegitu rupa, kami insan yang diciptakan Allah untuk menghiasi hidup lelaki.
Perhiasan kami bukan emas dan permata, tapi akhlak dan budi untuk menyenangkan hati lelaki. Mengapa lelaki sekarang begitu buta untuk melihat itu semua. Ramai wanita dipinggirkan kerana tidak mempunyai rupa paras menawan sedangkan yang cantik jelita dipuja-puja. Adakah semurah itu penilaian lelaki terhadap wanita?
Wahai lelaki, mengapa begitu mudah mengeluarkan kata-kata kesat. Sakitnya hati kami bila mendengarnya. Siapa tahu dalammnya parut hanya sepatah kata-kata kesat. Bukankah lelaki tahu betapa jiwa kami terlalu lembut, mudah tersentuh. Mengapa selalu lupa bila berkeadaan marah. Mengapa? Mengapa? Kami tidak mahu dilayan seperti lelaki, juga seperti insan terpinggir.
Walaupun kehadiran kami dalam hidup lelaki adalah untuk berbakti kepada lelaki, tapi usah diri kami dipandang remeh. Ingatlah tanpa kami takkan lahir lelaki bijak pandai dan ternama, takkan ada pejuang dan perwira. Hidup lelaki akan sepi tanpa kehadiran kami. Setiap hari di dada akhbar banyak cerita terpampang, kisah kehormatan wanita dicabuli, penderaan, dan macam-macam lagi. Membuatkan kami takut pada lelaki. Beginikah sikap lelaki terhadap wanita hari ini, bagaimana hendak kami sandarkan kepercayaan untuk membela maruah kami. Sungguh sedih mengenangkan maruah kami dikoyak koyak kan... seumpama cebisan kertas yang dipandang tanpa nilai.
Ramai lelaki hari nie suka menabur janji-janji kosong untuk mendapatkan kasih sayang dari kami. Setelah dapat apa yang diingini, semua janji janji terbang melayang-layang entah kemana. Tinggalkan kami dalam keadaan pengharapan. Mengapa kami diperlakukan begini. Apa salah kami?
Maaf kiranya, luahan ini mencabar ego lelaki. Bukan niat untuk membangkitkan kemarahan di jiwa lelaki, tapi sekadar menyedarkan sebahagian lelaki yang belum sedar sedar. Ingatlah apa yang kita lakukan di dunia ini pasti mendapat balasan dari Allah kelak." "
waallahualam... |
|
|
|
|
|
|
|
TUHAN anugerahkan kita dengan segala rahmat. Antara rahmat yang paling tinggi dan tidak ternilai ialah nyawa kita. Tuhan memberi nyawa sebagai amanah yang perlu kita jaga sebaik-baiknya.
Salah satu tanda kita menjaga semua amanah Tuhan ialah dengan menyayanginya dengan sepenuh hati.
Kita menjaga nyawa kita supaya kita sentiasa berada di dalam keadaan sihat untuk terus beribadat kepadaNya.
Kita jauhi diri kita dari pelbagai jenis penyakit. Badan kita perlu dijaga supaya sentiasa sihat untuk beribadah.
Salah satu caranya ialah dengan menjaga makanan kita serta kecergasan fizikal kita. Bersenam 30 minit sehari selama tiga hari dalam seminggu InsyaAllah dapat menjaga kecergasan diri kita.
Kita jauhi dari tabiat atau gelagat buruk yang akan mendatangkan penyakit kepada kita seperti merokok dan menghisab dadah.
Kita juga perlu menjaga minda kita dengan mempelajari ilmu yang berguna.
Sayangnya Tuhan kepada umat manusia hingga diberikan pedoman atau panduan dan contohan (Nabi dan Rasul) untuk kita dapat mengalami kehidupan yang sempurna.
Sempurna kehidupan ialah dengan membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.
Emosi kita juga adalah satu anugerah Tuhan. Apabila hati kita tenang, emosi kita pun tenang. Apabila kita merasa risau itu adalah satu tanda kita diuji oleh Tuhan sama ada kita sabar atau tahan ujian atau tidak.
Sebelum kita menyayangi orang lain, kita perlu sayang diri kita sendiri.
Kita sahaja yang mengetahui tentang kekuatan, kelemahan dan potensi diri kita. Mungkin segala panca indera kita iaitu dengar, lihat, rasa dan hidu berada di dalam keadaan yang sihat atau baik.
Kekuatan panca indera ini kita gunakan ke jalan yang baik seperti belajar dengan rajin, bekerja dengan tekun, jujur dan sebagainya.
Jika deria kita lemah seperti tidak suka mendengar kuliah, tidak suka membaca (melihat) buku dan lain-lain, itu adalah kesalahan diri kita sendiri yang boleh kita baiki. Kita selalu gagal manfaatkan anugerah yang diberikan oleh Tuhan
Mungkin kita juga tidak bersyukur dengan anugerah Tuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
THANK GOD FOR TODAY...
thanks god
for today life you granted me
for it i can have opportunities
to correct my mistake
thanks god
for morning prayer i can do
for it i can talk to you
before i face this unexpected world
with confidence you will looking for me
thanks god
with this beautiful day
for it i can have my smile
spread it to others
make our live meaningful
thank god
for your bless
i still can move
and make my change
god
you owe me nothing
but i owe you everything
god
how much i love
being one of your creation!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by indah1285 at 26-12-2007 01:22 AM
Helaian kelopak malam ku belek perlahan
[/code][/code]merangkak melewati dingin pagi
aku yang tak pernah tewas dengan lelap
merinduimu dalam sepi yang tak berpenghujung ini
aku sangat benci dengan rindu in ...
Tiap hari tiap malam kita sering bicara
Tentang rasa rindu ini, tentang kita
Semua tentang kita
Tanpa sedikit rasa jemu terbit
Kan ku mencoba membuatmu tertewas jua dengan lelap itu
Tidak sanggup membiarkanmu terkebil-kebil merinduiku di keheningan pagi
Aku kan tetap mengejarmu tanpa kenal rasa lelah
Biarpun kau menyorok
Biarpun kau membisu seribu bahasa
Sehingga dapat ku dengar suaramu yg telah menghambat kalbuku itu
Esok telahpun pergi meninggalkan memori indah dalam kamus cinta kita
Ku tak ingin membuat rajukku menjadikan kau rajuk pada ku juga
Kisah di pagi Ahad itu telah pun pergi bersama bayu Laut Cina Selatan
Detik yang kau impikan itu pasti terjadi jua
Tidak esok pastinya lusa
Percayalah匸/color]
Akulah yang kan tetap mencintaimu
Kerna kau telah menjadi separuh dari hidupku
Ku rindukan suaramu, gelak tawamu, tangisanmu, rajukanmu
Semua tentang dirimu
Ku takkan jemu dan takkan menyesal
Ku takkan mensia-siakan mu
-tuesday evening-
[ Last edited by oli_nick at 2-1-2008 02:40 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Aku gemar puisi ku digarap saat-saat
embun mula menitis, dingin memeluk tubuh
dingin hatiku
dingin tangisku
dingin sendu nan menyusuk dada
puisiku bertitah dalam bayang malam
dari sirapan aliran darah yang kejang
dari rindu membuak yang ku tahan
kau tentu takkan dapat merasainya
kerana kau jauh dari jiwaku yang dalam..... |
|
|
|
|
|
|
|
aduh mengantuk sungguh malam ini...
hembusan bayu menusuk kalbu..
mengajak diri ini melayangkan diri...
ke katil menghayati mimpi...
rugi la sesaper yang sukar tdo malam.. |
|
|
|
|
|
|
|
yang jauh didekatkan
yang dekat dirapat-rapatkan
yang rapat dimesra-mesrakan
begitulah juga hati
luahkan perasaan
jangan dibiarkan semakin menjauh
jika rindu bilang rindu
jika sayang bilang sayang
jika cinta bilang cinta
biar jiwamu yg dalam
menjadi cetek dan jernih
membawa bahagia |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by ! at 3-1-2008 03:21 PM
Hati ini siapa yang tahu isinya
Dalam kesendirian
Dalam kesunyian
Hanya ada bayang wajahnya
Ku sadari di hati ini telah tertanam nama dan cintanya
Namun daku tak berdaya
Kubiarkan saja cinta itu tertanam disudut hati
Walaupun kadangkala menyakitkan
Walaupun kadangkala menyesakkan dada
Dan cinta |
|
|
|
|
|
|
|
Kerna rosaknya secebis isi inilah
Manusia yang dcipta sempurna
Oleh Yang-Esa
Sanggup melemparkan peri kemanusiaan
Yang jadi bukti kemuliaan
Dan kesempurnaan antara lain2 ciptaan
Sanggup mengarapkan kata-kata nista
Yang membinasa
Makhluk2 lain demi tamak dan haloba
Sanggup mendustakan kebenaran
membenarkan kepalsuan
Demi mencapai apa yang dihajatkan
Apakah gerangannya cebisan isi ini
Yang bisa membuat An-Nas dihanyuti ilusi
Kebahagiaan yang dicari ? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cak! at 3-1-2008 03:57 PM
yang jauh didekatkan
yang dekat dirapat-rapatkan
yang rapat dimesra-mesrakan
begitulah juga hati
luahkan perasaan
jangan dibiarkan semakin menjauh
jika rindu bilang rindu
jika sayang bilang sayang
jika cinta bilang cinta
biar jiwamu yg dalam
menjadi cetek dan jernih
membawa bahagia
..
Jika yang jauh didekatkan
akan terbit senyum di situ
mulus dari hati
mari kita bercanda
dalam tawa yang riang
kerana kasih sayang itu sudah terbit
dari cetek hati yang jernih |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ! at 4-1-2008 10:36 PM
Dalam kesendirian,
kian lama kurasakan kebenaran sebuah ungkapan lama,
kehadiranmu memberiku petunjuk yang amat nyata,
betapa rapuh jiwaku dalam kesendirian,
betapa utuh diriku dalam kebersamaan denganmu,
hanya ada satu kata yang mampu mengungkap semuanya,
yaitu CINTA...........
Merangkai sebuah cerita cinta,
kadang kala tak semanis yang diharapkan,
cinta terlalu kuat untuk dimusnahkan,
dan cinta juga takkan pernah terhapus waktu....
Terkadang kuingin sesuatu yang luar biasa,
tapi aku sendiri tak dapat merubah diriku dari kebiasaanku,
aku hanya banyak meminta dan berharap,
tapi kadang aku juga tak bisa menilai diriku sendiri,
aku hanya bisa berdoa kepada yang Maha Kuasa,
untuk merubah diriku menjadi lebih baik,
aku tak mau ada yang salah dengan permintaanku.......
Siapapun dirimu......
bagaimanapun dirimu yang aku kenal,
tetaplah awali dan jalani hari2 mu dengan senyuman,
kerana senyummu disana....
adalah semangatku dalam menjalani hari2 ku disini...
Bintang hatiku.......
kukenali dia hanya pada mata hati,
kusayangi dia hanya pada sebuah bicara,
kurindu dia hanya pada penantian yang tak pernah berakhir..........
Ku jelajahi malam dalam sepi hati
cuma memahami puisi kelu ini
aku ingin merungkai sendu-sendu yang merantai bicara
yang lumut bertabir di sisa kenangan
serupa puisi yang tak bertinta
bernasib mimpi
bernasib ilusi
melingkari gugusan senja
yang tak kunjung terbenam
bukankah sarat untuk merawat...?
aduhai..
umpama hujan yang tidak reda
menagih rintih sebuah penantian yang enggan berakhir
siapakah bintang itu
yang tak bisa hilang dalam rupa lelap maupun nyata....
[ Last edited by indah1285 at 5-1-2008 12:41 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Why do I feel like this
Am I making u bored
Even though u said no
This awkward feeling still exists |
|
|
|
|
|
|
|
I will be Here!
If in the morning when you wake,
If the sun does not appear,
I will be here.
If in the dark we lose sight of love,
Hold my hand and have no fear,
I will be here.
I will be here,
When you feel like being quiet.
Through the winning, losing, and trying,
we'll be together, And I will be here.
If in the morning when you wake,
If the future is unclear,
I will be here.
I will be true to the promises I've made,
To you and to the one who gave you to me.
I will be here.
~Steven Curtis Chapman~ |
|
|
|
|
|
|
|
menanti dinda
tak kunjung tiba
alam menyepi
sunyi..........
dinda di mana
leka bercanda
kanda terpana
di hujung buana
tiada pamitan
mungkin suratan
hati pun layu
rindu........
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by thedude at 4-1-2008 11:57 PM
..Kerna rosaknya secebis isi inilah
Manusia yang dcipta sempurna
Oleh Yang-Esa
Sanggup melemparkan peri kemanusiaan
Yang jadi bukti kemuliaan
Dan kesempurnaan antara lain2 ciptaan
Sanggup mengarapkan kata-kata nista
Yang membinasa
Makhluk2 lain demi tamak dan haloba
Sanggup mendustakan kebenaran
membenarkan kepalsuan
Demi mencapai apa yang dihajatkan
Apakah gerangannya cebisan isi ini
Yang bisa membuat An-Nas dihanyuti ilusi
Kebahagiaan yang dicari ?
Tuhan
Engkau perlihatkan sesuatu itu buruk padahal ianya adalah baik
Perlihatkanlah kepada kami segala kebenaran
supaya kami tidak tertipu dengannya
kesucian takkan terbayar dengan omongan kosong
tekunkan kami dengan berdoa
yang sulit dan maha payah...
Aku mengerti bahwa hidup ini
hanyalah rangkaian aksi yangberkesinambungan
sebuah rangkaian cerita yang tak pernah ditulis secara nyata
Yang membenarkan kepalsuan itu
adalah gelojak sebuah ego yang tak terbunuh
bagai sebutir debu yang kepingin menggapai kejora
Tuhanku
kami ini mengasihiMu... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|