CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: man_utd

ALAF 21..

 Close [Copy link]
Post time 9-2-2007 11:30 AM | Show all posts
hmmm...latest buku alaf pe ek yg best
dh lm tak beli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2007 12:10 PM | Show all posts

Reply #702 atie_leo's post

kalau benar cinta
sejujur kasihmu
cinta sang ratu
epilog cinta
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 12:21 PM | Show all posts
Sejujur hatimu, silence..

Jika benar cinta tu best ker, silence?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 01:18 PM | Show all posts

Reply #704 KRUfan's post

hahaha.. pepandai je tukar tajuk buku orang ek

kalau benar cinta tu.. bagi i, ok lah.. best jugak. ala krufan.. page belakang citer dah pasal ni. mmg nak kena cubit laa dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 01:56 PM | Show all posts

Reply #705 silencez's post

Haiyaaaa..mmg ader kan? lupa plak..thanx, silence...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 03:10 PM | Show all posts
tq semua
tadi dh pegi tgk kat kedai
tapi dh abis la jika benar cinta
beli buku lain
tapi takpe nnt leh cari kat kedai lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2007 12:46 PM | Show all posts
hmmm dah lama tak jenguk sini..
sangat busy ngan kerja..
heheheh tapi sempat gak abis
SAAT CINTA BERSEMI-DAMYA HANNA..

cite ni best gak..kira bule dimasukkan dalam kategori
tak bule nak letak...
kesian betui kat si dhuha..
tapi links dalam cite ni menarik gak...
kiranya plot tak tertolak jauh..
sebb saling berkaitan dan mudah utk difahami..

definitely aku akan cari buku2 damya selepas ni...


ff:
hi silencez..krufan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 03:26 PM | Show all posts

Reply #708 coyotemawi's post

elo coyote.. lama tak nampak ko.

haa.. buku damya ada lagi 1 yg takde dlm senarai. nak beli, tapi tak ingat tajuk. karang terbeli 2x lak lagi ehehe. nampak gaya kena tunggu april jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2007 08:57 PM | Show all posts
Originally posted by silencez at 9-2-2007 01:18 PM
hahaha.. pepandai je tukar tajuk buku orang ek

kalau benar cinta tu.. bagi i, ok lah.. best jugak. ala krufan.. page belakang citer dah pasal ni. mmg nak kena cubit laa dia ni.


sorry ye nak tompang tanya
Kalau Benar Cinta dgn Jika Benar Cinta tu
novel lain2 ke
sb aku beli Jika Benar Cinta
base on ko punya review
tak bukak pun lagi buku tu
takut...
he he aku salah buku ke silencez


[ Last edited by  NickyAzrai at 10-2-2007 08:58 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 09:26 PM | Show all posts

Reply #710 NickyAzrai's post

hahha.. ko ni la nick. aku pun confuse dah. jika benar cinta = alaf. kalau ada cinta = prima.
kalau benar cinta lak.. err.. karang aku check ada ke tak tajuk tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 08:11 AM | Show all posts

Reply #707 atie_leo's post

Jika Benar Cinta keluaran Alaf ker? Laris gak buku tu, yer? mest best ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 09:15 AM | Show all posts
Selamat pagi, coyote..sekrg tgh bace buku aper?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 10:34 AM | Show all posts
Originally posted by KRUfan at 11/2/2007 09:15 AM
Selamat pagi, coyote..sekrg tgh bace buku aper?



sekrang nak menyambung semula ADAM..by RAM..
tak sabar nak tunggu biras aku bawak balik
10 buku yang aku order ari tu..
damya hanna ada...fauziah ashari ada...
heheheh...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 10:43 AM | Show all posts
Semalam zety beli 3 buah buku kat kedai. Kesemuanya keluaran Alaf21 tajuknya: -

Kau Kekasihku - Anis Ayuni
Erti Rindu ini - Zara Juita
Kasih Yang Suci - Meen Zulaikha
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 10:48 AM | Show all posts

Reply #690 minahleter's post

lilyhaslinanyer???? bleh tlg bg kn tajuk n sinopsis citenyer yg best??? bole x? hehe.. arigato
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 10:50 AM | Show all posts

Reply #682 polaris_girlz's post

Cinta Marissa bestt... bukn pasal alam rumh tangga... bacelah...gerenti beres...hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2007 03:47 PM | Show all posts
Originally posted by laksamana_sunan at 11-2-2007 10:48 AM
lilyhaslinanyer???? bleh tlg bg kn tajuk n sinopsis citenyer yg best??? bole x? hehe.. arigato


hah... nah.. panjang berjela .... minah pinjam dari blog carriekirana... puas ati lah gamaknya yer... novel epilog cinta ni tak salah antara nombor satu dlm ranking terbaik novel ulasan carriekirana


Epilog Cinta - Lily Haslina Nasir

Sinopsis Novel:
Cinta umpama pelangi. Bagi Aidit, cinta Karmila ibarat dewi bercahaya dan menikam sukma. Tiba-tiba langit bagai menghempap bumi. Cinta mereka berdua terhalang kerana darjat dan keturunan.

Jiwa Aidit panasaran. Karmila pula bagaikan rentung dibakar duka. Antara darjat dan keturunan, ada seseorang yang ingin merebut cinta Karmila. Dan ada orang lain yang cuba menghalang cinta mereka.

Apakah cerita yang seterusnya? Perjalanan cerita yang berlandaskan tiga zaman ini perlu dihayati untuk mengetahui sebab dan akibat terjadinya perebutan cinta.
Hajat di hati ingin terbang memacu langit
Namun jiwa ini tetap tidak mungkin melupakan sarang.

Kalau Mahu Jinakkan Kumbang; Taburkan Bunga Di Tengah Laman.

Anak yu disangka lampam
Kalau lampam mana loncatnya
Kalau rindu disangka demam
Kalau demam mana pucatnya ?
Mila, yakah saya demam ?
Salam rindu,
Aidit Zahari.

Cempaka mewangi di hujung hutan
Harumnya melata ke laut seberang
Tujuh ribut, tujuh lautan
Hati karam pada Mila seorang.

Mengapa lelaki ini ? Apakah dia sanggup mengharungi lautan api atau aku sebenarnya yang hangus dibakar perasaan ?

"Aidit, hati awak saya simpan. Kasih sayang awak menjadi roh jiwa saya. Setiap saat, saya tidak pernah lupa mengenangkan awak. Percayalah...."

Alang-alang hati ini dah remuk, biarlah ia hancur menjadi debu. Biar sampai tak tinggalkan bekas!

Antara padi di dalam kantung
Bawa belayar di dalam sampan
Antara hati dan jantung
DI situ Mila abang simpan.

Jika tidur, pandanglah bulan; dalam bulan kita bertemu.

Hati kasih berasa punah; bagai air dicucur ke laut.

Cinta itu memang penuh keajaiban. Semakin jauh semakin dirindui.

Lily Haslina Nasir. Nama ini cukup sinonim dengan dunia penulisan sejak sekian lama. Saya mengenali Lily Haslina melalui cerpen-cerpennya yang sering tersiar dalam majalah sejak saya di bangku sekolah lagi. Setelah sekian lama menyepi diri di belakang tabir, saya ternampak namanya muncul dengan kehadiran novel Epilog Cinta ini di pasaran. Saya sangat menggemari Lily Haslina kerana dia memiliki kemahiran bahasa yang unik, membuatkan dia begitu istimewa di antara lambakan penulis-penulis muda yang ada dewasa kini. Lily menghidupkan kembali keindahan Bahasa Melayu itu sendiri dengan mengekalkan pantun dan seloka; tetapi dia juga masih mampu menggarap sebuah kisah yang santai dan menyentap perasaan.

Epilog Cinta ialah sebuah kisah melangkaui tiga generasi. Sebuah kisah cinta yang tragis antara Aidit dan Karmila yang berlanjutan hingga ke kisah Cempaka Ardilla Zahira dan Hizairi. Kehidupan pahit yang dilalui oleh ibu Cempaka menjadikan hati Cempaka begitu keras terhadap lelaki. Dia berjanji dia tidak akan membiarkan hidupnya menjadi seperti ibunya yang banyak berkorban kerana seorang lelaki. Dia membesar sebagai seorang wanita yang utuh, seorang model yang memiliki segulung ijazah yang menjadikan sekeping hatinya sebagai pertaruhan untuk mendapatkan apa yang dia mahu daripada insan bergelar lelaki.

Saya suka cara Lily membangunkan watak Cempaka dalam Epilog Cinta. Bahasa Lily yang segar dan diselang-seli dengan pantun seloka yang indah membuatkan kisah ini antara kisah yang lain daripada yang lain dalam kelompok kisah cinta stail Alaf 21. Lily juga banyak menyelitkan budaya hidup masyarakat Melayu lama yang hampir pupus ditelan arus kemodenan; salah satu elemen yang begitu jarang sekali ditonjolkan dalam kebanyakan novel-novel terkini. Mungkin sesetengah pembaca merasakan Epilog Cinta adalah sebuah karya yang lebih ke arah kisah klasik tapi bagi saya Epilog Cinta sebenarnya adalah gabungan dua elemen: klasik dan moden.

Lily Haslina unggul dengan sentuhan bahasa kreatifnya dan berjaya membawa pembaca hidup di zaman Karmini kemudian di zaman Karmila seterusnya di zaman Cempaka di mana plot dan sub plot Epilog Cinta akhirnya disimpulkan. Ada perasaan cemas, kecewa, bahagia, tidak keruan dan kekesalan yang menjadikan kisah ini berjaya menyentuh sanubari terutama sekali bahagian terakhir kisah Epilog Cinta ini. Pembaca akan terasa lebih teruja apabila selesai membaca Epilog Cinta. Saya harap Lily Haslina tidak berhenti menulis selepas ini. Syabas, Kak Lily kerana permatamu bersinar kembali!
Rating:****1/2 ( Best - berbaloi dijadikan koleksi peribadi)
P.S. Air mata Carrie menitik jugaklah selepas baca Epilog Cinta. Teringat novel "air mata" Noorsuraya. Memang menepati citarasa Carrie!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 12:08 AM | Show all posts
zety dah habis baca buku kasih yang suci.

bagi zety cerita ini memang seronok sangat utk dibaca. walaupun penulis ini penulis baru but zety terhibur dengan jalan cerita yang cuba diketengahkan.

cerita ini mengisahkan nora elena semsa berusia 15 tahun dirogol oleh org yg tidak dikenalinya coz sewaktu peristiwa itu berlaku org yg merogolnya memakai topeng. selepas 10 tahun berlalu dia telah bertunang dgn saiful.

Apabila lagi 3 minggu hari perkahwinan mereka ingin dilangsungkan saiful menerima satu panggilan dari orang yg tidak dikenali dan memberitahu bahawa elena bukanlah gadis yang suci maka itu saiful telah memutuskan pertunangan nereka.

kemudian seorang pemuda yg bernama seth yg juga merupakan abg kepada kenalannya mei ling sanggup mengantikan tempat saiful. ini kerana seth amat menyintai elena  sewaktu elena berusia 15 tahun lagi.

so elena tiada pilihan terpaksa menerima seth walaupun hatinya tidak menyintainya. selepas memutuskan pertunangnya saiful merayu elena supaya memaafkannya dan menerima dirinya semula. elena berkeras utk tidak menerima saiful kerana hatinya terluka atas perbuatan saiful yg senang lenang memutuskan ikatan pertunangan mereka sehingga menyebabkan mak elena dimasukkan ke hospital.

akhirnya seth selamat menjadi suami kepada elena. sehingga suatu hari segala-galanya terbongkar bahawa org yg merogolnya adalah suaminya sendiri. bermulalah segala sengketa antara mereka berdua sehingga elena ingin menggugurkan kandungannya kerana tidak ingin melahirkan anak seth kerana baginya sethlah yang menyebabkan ikatan pertunangan dgn org yg dicintai terputus. dan dia amat membenci suaminya itu. bagi elena sepatutnya bayi yg dikandunginya adalah anak saiful jika seth tidak menjadi dalang sehingga terputusnya ikatan pertunangan mereka.

so utk mengetahui kisah selanjutnya segeralah mendapatkan buku ini dipasaran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 01:15 PM | Show all posts

Reply #720 zetyaiman's post

wah zety macam best jer citer ni...
nak pegi cari lah hari ni kat MPH
tak sabar nak baca ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 05:13 PM | Show all posts

Reply #718 laksamana_sunan's post

Buku ni saper plak penulisnyer?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.096584 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list