best buku Damai ni
paling smiley suka citer Noor Suraya
sang_arjuna Post at 1-4-2010 22:31
memang best....Damai
Saffa - masih dgn trademark Islamic.
Syud - Sweet sangat - telebih gula (Npk Syud dlm Zahra) yg sentiasa cpt panic
Noor Suraya - tak terkata..memang umph...semua perisa cukup trademark dia "Hha La" memang klu berborak dia memang
suka guna perkataan ni... ada insiden dlm tu adalah kisah hidup kak sue zaman kanak2 nya. yg dia pernah
ceritakan pada kami..
my dua sen :
i setuju dgn the rest kalau detox selit kan kisah short stories tu
sebab ada part Dira & Zeti & kisah parents Dira
& bnyk kisah ijal & the kids
kalau selit BI sikit ...
sang_arjuna Post at 1-4-2010 22:28
Hlovate tu dah trademark dia...jenuh editor nak edit... YA ampun kak hajjah.
Boleh guna B.I tapi tidak terlalu byk
Apa2 pun terpulang pada editor dan garis panduan yg telah ditetapkan pihak penerbit.
my dua sen :
i setuju dgn the rest kalau detox selit kan kisah short stories tu
sebab ada part Dira & Zeti & kisah parents Dira
& bnyk kisah ijal & the kids
kalau selit BI sikit ...
sang_arjuna Post at 1-4-2010 22:28
awal ko check in pg ni chengkeh
aku pn stuju, klu x masukkan part yg zeti ngan tokma tu, nt readers xleh tau asal usul nadira tuh.
aku rasa kan detox, ko buat jek buku nih jd buku bersiri, mcm harry potter tuh.
pastu ko boleh buat filem.
nadeem = aaron aziz
nadira = nasha aziz
zeti = rita rudaini
oya = rozita c.wan
sofea = fazura
ensha = anak mustapa kamal, aku x tau nma dia sape
tan sri = mustapa kamal
pn sri = wan maimunah
sinang = tony eusof
rom = mak jah
pastu ko boleh kaya mcm jk rowling tuh
Post Last Edit by qimi08 at 1-4-2010 23:55 memang best....Damai Saffa - masih dgn trademark Islamic.
Syud - Sweet sangat - telebih gula (Npk Syud dlm Zahra) yg sentiasa ...
qimi08 Post at 1-4-2010 23:52
cite DAMAI best ye, aku ms BF hr tu mcm teragak2 je nk bli sudahnya aku tak bli pun...
mak oooiii skit punya pjg salam aku dan selamat pagi semua.... check in jap..... hari ni dah jumaat byk tul kena buat sebelum balik ni.... esok sapa pegi Sepang? jaza gi sana nak jadi gadis litar berbaju putih hijau...berskirt hijau belang putih bertopi hijau putih, berpayung hijau putih.... tak leh imagine aku cam tu.... timbul abis yg tak sepatutnya....
ok... pada sesiapa yg lum sarapan, jom kita bersarapan dgn menu ni....
Meehon Berkuah Kampuchea (Samla Namya)
Bahan-bahan A; 3 batang serai 10 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih - dikisar lumat 15 batang cili kering 2 cm belacan Minyak sawit (Vesawit)
secukupnya 2 peket kecil serbuk kari (udang, ketam dan ikan) Santan pekat dari 2 biji kelapa (semangkuk besar) 1/4 cawan sos ikan atau lebih sedikit 1 cawan kacang tanah digoreng dan ditumbuk kasar-kasar 500 gm isi ikan merah dipotong nipis-nipis Isi ketam drp 4 ekor ketam yang direbus dahulu Air limau (3 biji limau)
Bahan-bahan untuk disajikan bersama; 300 gm Meehoon dicelurkan 2 batang timun dibuang tengahnya dan dihiris nipis-nipis 200 gm kacang panjang mentah dihiris nipis-nipis 200 gm taugeh dibuang hujungnya dan disajikan mentah 3 ikat daun kesum dicincang halus 30 biji telur puyuh rebus dan dikupas atau telur ayam rebus 6 keping 'fish cake' digoreng dan dihiris nipis-nipis
Cara-caranya:-
1.Panaskan minyak didalam periuk. Gaulkan rempah kari dengan sedikit air supaya sebati.
Apabila minyak panas tumiskan bahan-bahan A sampai ianya kuning.
2.Pada api yang sederhana, masukkan rempah kari tadi dan digoreng sampai ianya wangi.
Setelah itu masukkan santan cair dan didihkan 10 minit lagi.
3.Setelah itu masukkan santan pekat, dibiarkan mendidih. Sebelum dimasukkan isi ikan merah serta isi ketam dan sos ikan serta sedikit gula dan juga kacang tumbuk. Biarkan mendidih perlahan-lahan 5 minit lagi.
4.Padamkan api dan masukkan jus limau nipis. (Setelah dirasa barulah ditambahkan garam, gula ataupun air limau lagi jika perlu).
Sedap ni sbb menu ni selalu jaza buat sbb Fatin suka yg berkuah dan bersup.... dan selalunya kena bagi dia minum ubat tahan gatal dulu...sbb ada seafood.
2010/04/02
KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio terkenal, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang meninggal dunia awal pagi ini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan sebelum solat Jumaat.
Din Beramboi, 43, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang jam 12.30 pagi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi.
Adik perempuannya, Rozana Mior Badri, 39, berkata hampir semua ahli keluarga terdekat berada disisinya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir.
"Hampir semua ahli keluarga berada disampingnya, kecuali bapa kami yang tak sempat berada di sisi Allahyarham kerana perlu berehat atas sebab sakit jantung.
"
Bagaimanapun Alhamdulillah arwah pergi dengan aman, tenang dan dengan raut wajah yang tersenyum," katanya di Hospital Selayang di sini hari ini.
Din Beramboi meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masing-masing berumur antara 18, 16 dan enam tahun.
Beliau dimasukkan ke ICU Hospital Selayang sejak Selasa lepas setelah kritikal akibat mengalami demam denggi berdarah.
Allahyarham adalah anak ketiga daripada empat beradik dan merupakan anak lelaki tunggal.
Din Beramboi terkenal kerana gandingannya bersama Aznil Nawawi dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era.
Rozana berkata jenazah akan dibawa ke rumah ibu mertua pelawak itu di Taman Ehsan, Kepong, untuk dimandikan sebelum disembahyangkan di Masjid Taman Ehsan dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan.
"Beliau adalah insan pertama yang ''pergi'' dahulu dalam keluarga kami dan kami sedih atas pemergian beliau.
"Dia suka melawak dan ramai orang yang menyenangi dan menyayanginya," kata Rozana. - Bernama
2010/04/02
KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio terkenal, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang meninggal dunia awa ...
qimi08 Post at 2-4-2010 10:54
Alfatihah buat Din Beramboi.
Uda akan rindukan celoteh lawaknya dan sigmen Wawancara Pagi Di Era.
Mudah2an rohnya dicucuri Rahmat dan diletakkan bersama2 orang beriman.