|
wilson xleh skor cam abe soto
hardeyboyz Post at 30-11-2010 14:31
bukan dia skor ke masa main utk scotland baru2 nie? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 681# satusembilan
untuk liverpool nehi.. abe soto dah 3 utk liverpool.. power header tambah lagi..abe soto kelihatan seperti gangster..manakala wilson seakan akan jambu gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 682# hardeyboyz
jambu sebab baru 18... abe soto umur saing carra... |
|
|
|
|
|
|
|
carragher dgn gerrard dah cedera.. kena rehat sebulan..
lps ni lucas plak lah ambil alih jawatan kapten.. |
|
|
|
|
|
|
|
who wants to be millionaire versi roy hogson
|
|
|
|
|
|
|
|
Rapa Jendul: I miss Liverpool
New Inter Milan tactician Rafael Benitez has admitted that he still has plenty of affection for former club Liverpool.
Despite his acrimonious exit last summer after their disastrous seventh placed finish in the league, the Spaniard conceded that he has been analyzing every aspect of the Reds' fortunes this season.
"I'm getting on really well in Italy, a country that I was already familiar with from past holidays in Sardinia, but one that I am also learning to appreciate day by day here in Milan," he told FIFA.com.
"But I have to admit that Liverpool is still in my heart, and even from a distance I follow the latest news on the club.
"I have a fantastic relationship with the Reds fans and I'm happy that some of them recently came to visit me at the San Siro for the Inter-Tottenham game, the day before the Napoli-Liverpool match.
"Deep down, the friendly relationship between Liverpool and Inter is due in part to that mythical final in Istanbul, when we beat Inter's arch-rivals Milan."
The former Valencia manager has also revealed that his dream is to take charge of the Spanish national outfit.
"I'm still young and for now I prefer to work day-to-day with my club and try to win at European and world level. In the future, why not?" he concluded.
Benitez wrote himself into Anfield folklore in May 2005 when he led Liverpool to one of their most amazing comebacks in history, clawing a 3-0 deficit to eventually defeat AC Milan and claim their fifth European Cup. |
|
|
|
|
|
|
|
Liverpool turun tempang jumpa Steaua Bucharest
2010/12/02
PARIS: Pasukan bermasalah, Liverpool berdepan laluan sukar dalam kancah Liga Europa bertemu Steaua Bucharest, hari ini dengan anak buah Roy Hodgson sekadar memerlukan satu mata bagi mengesahkan tiket ke saingan 32 pasukan terakhir.
Liverpool ketika ini bertakhta dalam Kumpulan K mengumpul lapan mata dengan Steaua kedua ketinggalan tiga mata namun The Reds akan beraksi tanpa khidmat kapten, Steven Gerrard, Daniel Agger serta terbaru pertahanan veteran, Jamie Carragher. Selain daripada trio itu, Fernando Torres juga akan direhatkan Hodgson yang lebih risau mengenai kedudukan pasukannya yang berada di pertengahan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini dan disimpan untuk perlawanan Isnin depan bertemu Aston Villa. “Torres tidak akan bermain,” kata Hodgson. “Saya mungkin akan meninggalkan enam atau tujuh pemain yang saya jangka diturunkan untuk menentang Aston Villa. Kami tidak boleh terus kehilangan mata dan perlawanan selepas ini kerana ia cukup penting buat kami.
“Oleh itu, saya perlu lebih berhati-hati untuk tidak mendatangkan risiko kepada pemain yang akan diturunkan nanti. Ia mungkin bermakna di atas kertas kami pasukan yang lemah namun saya percaya dengan pemain seperti Joe Cole, Ryan Babel, Milan Jovanovic, Danny Wilson, Christian Poulsen dan Jonjo Shelvey yang mampu menyajikan aksi terbaik buat kelab,” katanya.- AFP |
|
|
|
|
|
|
|
main pukul 2am kan? |
|
|
|
|
|
|
|
seri ja.. cukup2 mata utk layak |
|
|
|
|
|
|
|
bodo betul RH nie...
striker bagi main jadi winger...
winger bagi main jadi striker. ...
satusembilan Post at 3-12-2010 12:03 PM
ko bukan xtau pak roy.. dia memang suka letak player out of position..
mujo header abe soto gegar palang je.. kalo xmenang da... |
|
|
|
|
|
|
|
Masa depan pemain muda Liverpool cerah - Hodgson
| JOVANOVIC (kiri) membantu Liverpool mara ke pusingan kedua Liga Europa selepas seri 1-1 dengan Steaua Bucharest awal pagi semalam.
|
LONDON - Roy Hodgson menegaskan, keja- yaan Liverpool mara ke pusingan kedua dalam saingan Liga Europa mampu mampu memberi impak yang besar kepada masa depan kelab itu.
Pengurus skuad The Reds itu mengakui, pada mulanya beliau agak bimbang dengan kemampuan pemain muda dan kurang berpengalaman ketika seri 1-1 dengan Steaua Bucharest awal pagi semalam.
Kejayaan mengutip satu mata ini sudah cukup untuk membawa Liverpool ke pusingan kalah mati selaku juara Kumpulan K dengan baki satu lagi perlawanan.
Hodgson berkata, keyakinan yang dicipta hasil daripada kemenangan ini sangat penting bagi pemain remaja seperti Danny Wilson, Jonjo Shelvey, Dani Pacheco dan Nathan Eccleston dalam memastikan mereka terus kekal di Anfield untuk satu tempoh yang pan- jang.
"Saya akui bahawa pada mulanya saya risau tentang mereka," kata Hodgson.
"Saya telah memberitahu semua pemain muda ini bahawa turun beraksi di Romania dan mencipta kemenangan ke atas pasukan berkualiti seperti Steaua adalah satu ujian yang besar.
"Ia suatu permintaan yang besar bagi mereka untuk berdepan tekanan dan kualiti pemain Steaua, jadi untuk berada di tangga teratas dengan satu lagi baki perlawanan adalah suatu pencapaian yang baik buat pemain yang jarang diturunkan.
"Kemenangan seperti ini akan memberi keyakinan yang besar kepada pemain muda dan ia dapat membantu mereka meningkatkan lagi kualiti mereka di kelab ini."
Liverpool berpeluang mengutip tiga mata pada pertemuan itu selepas Milan Jovanovic menjaringkan gol menarik pada babak pertama hasil umpanan Ryan Babel.
Namun kesilapan penjaga gol, Pepe Reina menyebabkan The Reds terpaksa berpuas hati dengan satu mata sahaja. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Liverpool ikat pemain muda
04/12/2010
2:59am
LONDON, 4 Dis - Pemain muda Liverpool, Daniel Pacheco dan Martin Kelly diberi kontrak jangka panjang oleh kelab Liga Perdana itu, semalam.
Penyerang Sepanyol, Pacheco, 19, menandatangani penyambungan kontrak dua tahun yang mengekalnya di Anfield sehingga Jun 2014 manakala pemain bawah-21 England, Kelly, 20, pula bersetuju untuk menyambung kontrak tiga tahun yang turut mengekalkannya sehingga 2014.
Pacheco hanya muncul sekali dalam skuad Roy Hodgson musim ini namun Kelly sering beraksi bersama pasukan dengan memulakan dua perlawanan liga serta lapan aksi Liga Eropah.
“Liverpool hari ini mengesahkan, pemain muda Dani Pacheco dan Martin Kelly telah menandatangani kontrak baru di Anfield,” jelas satu kenyataan di laman web rasmi kelab. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Kepulangan emosi Houllier ke Anfield
LIVERPOOL - Gerard Houllier mahu Aston Villa mengelak daripada melakukan kesilapan 'bodoh' bagi memastikan pasukannya meraih keputusan sempurna apabila membuat kepulangan penuh emosi ke Anfield, menentang Liverpool esok.
Houllier membawa Reds menjulang Piala FA, Piala Eropah dan dua kejuaraan Piala Liga sepanjang enam tahun berkhidmat di Anfield di antara musim 1998 dan 2004.
Bekas jurulatih Perancis berusia 63 tahun, yang pernah menjalani pembedahan hati ketika bertugas di Anfield itu juga yakin akan mendapat sambutan baik daripada penyokong Liverpool apabila Villa bertandang ke Merseyside nanti.
Villa amat terdesak untuk mencari kemenangan selepas mengharungi kempen yang mengecewakan dengan hanya menang sekali daripada sembilan perlawanan liga terakhir.
Mereka hadir di Anfield selepas mengalami kekalahan di suku akhir Piala Liga menentang Birmingham, minggu lalu dan Houllier mahukan respons dari skuadnya.
"Saya mempunyai memori yang sangat indah di Liverpool. Ia adalah kelab kegemaran saya. Ia memberi satu perasaan istimewa apabila kembali ke sana.
"Begitupun tidak ramai pemain yang tinggal selepas saya meninggalkan kelab ketika itu. Yang masih kekal cuma Jamie Carragher dan Steven Gerrard.
"Saya harap, Jamie sembuh dengan segera daripada kecederaannya kerana dia adalah pemain kunci mereka dan saya merasakan Steven pula akan kembali bersaing menentang kami, esok.
"Keadaan kami juga amat bagus, namun banyak peningkatan yang harus ditunjukkan untuk mencari keputusan sempurna. Paling penting, kami kena elak daripada melakukan kesilapan bodoh. Kesilapan budak sekolah yang menyebabkan gol,'' kata Houllier.
Liverpool juga amat memerlukan mata penuh, namun yang pasti hubungan istimewa dengan Houllier akan meninggalkan kesan kepada beberapa pemain.
Carragher begitu menghormati Houllier selepas membimbing Liverpool dalam Piala FA, Piala Liga dan Piala UEFA pada 2001.
"Tiga kemenangan pada 2001 begitu dihargai. Beliau meletakkan kami dalam peta Eropah apabila merangkul kejuaraan UEFA.
"Beliau juga pengurus pertama yang meletakkan kami dalam Liga Juara-Juara. Beliau seorang yang menakjubkan,'' akui Carragher.
Liverpool mungkin akan kembali mendapat sentuhan kapten, Gerrard yang mengalami kecederaan otot paha, manakala Daniel Agger yang cedera di betis pasti diketepikan. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
menang 3-0 |
|
|
|
|
|
|
|
Liverpool mudah benam Villa
| Penyerang Liverpool, David Ngog (tengah) diraikan rakan sepasukan selepas menjaringkan gol pasukannya menentang Aston Villa di Anfield, semalam. Liverpool menang 3-0. - AP
|
LIVERPOOL - Liverpool memastikan kehadiran bekas pengurusnya Gerard Houllier di Anfield bukanlah satu kepulangan menggembirakan apabila The Reds menang 3-0 ke atas Aston Villa dalam perlawanan Liga Perdana England, semalam.
Dua gol dalam masa tiga minit daripada David Ngog dan Ryan Babel pada separuh masa pertama meletakkan Liverpool dalam kedudukan baik sebelum Maxi Rodriguez menjaringkan gol ketiga dalam 10 minit terakhir perlawanan.
Kemenangan itu meletakkan Liverpool di tangga kelapan, 10 mata di belakang pendahulu, Arsenal.
Bagi Villa, kekalahan itu bermakna mereka kini hanya dipisahkan dengan dua mata di atas zon penyingkiran dan Houllier berkata, dua gol awal itu telah melemahkan semangat para pemain.
''Saya tidak boleh salahkan para pemain, mereka telah berusaha keras. Apabila kamu melepaskan gol hanya dalam masa 12, 13 minit di Anfield, adalah sesuatu yang sukar untuk kembali bangkit. Adalah sesuatu yang mengecewakan kerana kami jangka boleh menang sesuatu di sini,'' katanya.
Ditanya mengenai kebimbangan mengenai kedudukan Villa dalam liga, dia berkata: ''Kami begitu bimbang. Pemain dan pegawai akan cuba mencari jalan penyelesaian."
Bagi pengurus Liverpool, Roy Hodgson, kejayaan itu adalah petanda bahawa mereka kini berada di landasan tepat selepas bermula hambar pada awal musim.
''Saya fikirkan mereka kurang menyerlah pada awal musim ini tetapi keadaan sudah mula bertambah baik dalam setiap perlawanan, '' kata Hodgson.
Keputusan itu bermakna Villa hanya menang satu daripada 10 perlawanan dan pengurus berusia 63 tahun itu yang pernah membawa Liverpool menjuarai Piala FA, Piala UEFA dan dua Piala Liga sepanjang enam tahun di Anfield sejak 1998 hingga 2004.
Kekalahan ini mungkin sukar diterima oleh bekas pengurus Perancis, Houllier, yang pernah menjalani pembedahan jantung ketika menjadi pengurus Anfield kerana Liverpool turun tanpa tiga pemain utama.
Kapten Liverpool, Steven Gerrard dan pemain veteran, Jamie Carragher mendapat kecederaan sementara penyerang, Fernando Torres meminta pelepasan kerana isterinya dijangka melahirkan anak kedua pada hari ini.
Gol pertama Liverpool berpunca daripada sepakan sudut Raul Meireles sebelum Martin Skrtel menyambung hantaran dan Ngog menolak masuk dengan tandukan melepasi bekas penjaga gol Liverpool, Brad Friedel pada minit ke-14.
Dua minit kemudian, Babel menggelecek Stephen Warnock dan melepaskan rembatan kencang di penjuru gol Villa.
Bagaimanapun, Liverpool menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-55 dengan hantaran jauh melalui Pepe Reina kepada Rodriguez. - AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|