|
![](http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRH3if1T1070lw761ld3sAVw1i5TbiRHRuWBedHm89tgSFJAt8&t=1&usg=__hoTn31LIU5pW7GeHYMLUNzKXh7Y=)
Ombak berbicara
Ombak pagi menderu bersuara
membuai hati insan lara
berbicara pada yang kecewa
memujuk rasa jiwa merana
hilang duka menguntum bahagia
berputik kelopak sejahtera
berbuah kasih mesra.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTw9C1Q2a25Blscg1dJSVug31kb_NNHKGBs7ykz8FeY8kuAPzc&t=1&usg=__LzP7-BF_tnD9qpY4PDU3JjzZF3w=)
Sate
Sungguh sedap kalu dimake
cubalah dua tiga bate
nak-nak make male-male
kenye perut tak perase
make denge ketupat dale daun pise
sate daging dan sate aye
bulih make sapa kenye.
~Goldkey~
P/s baca ikut slang klate. |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://1.bp.blogspot.com/_oSALkNJis1o/S-507PUsx3I/AAAAAAAAAKY/rxKHWNhFRQk/s1600/ocean.jpg)
Detik ini
kupandang ke laut biru
yang terbentang saujana memandang ke kaki langit
angin menderu mengalunkan ombak beribu
tenang hati menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan
tak henti memberi insan nikmat anugerah Tuhan
sekian alam berjalan dalam ketetapan
tinggal insan memilih jalan
memperguna atau merosakkan.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTG-YVbJ8dlwDyDDJgO5zXExHnkQpV5P9LMhnOidbz9sNEe-eo&t=1&usg=__scKH__mAZ79W8p4OaxZFQ0EVlVY=)
Ombak
Ombak itu pencinta
pencinta pasti setia
pencinta pasti menenangkan
pencinta pasti mengembirakan
pencinta pasti menyeronokan
ombak membelai jiwa pantai
lihatlah pada ketabahannya
memuja kasihnya pantai.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRY_VUGAGU9ZNQlIUtf9oxNEL75XZEe-fujgKW_TBpjTQ26wMQ&t=1&h=190&w=195&usg=__YmAsWQPStgeyu6KJRukfMiwYHy8=)
Erti rindu
Rindu itu kosmetik jiwa
tiada berseri lamunanmu tanpa calitan rindu
rindu itu baja rasa kasih
bertunas pucuk pengharapan
rindu itu tali kesetiaan
terikat hubungan dari kejauhan.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRHDii_40ABQVDyMzjkrF0huUaMEXzETGWon_DGyDCOVJw3kOs&t=1&usg=__fFK_7kykhO7kldlVzGFrW62S1IE=)
Petang yang berjerebu
langit kelam berkelabu
awan berarak lesu
membawa hujan yang beku
angin menderu sayu
menyapa pantai lemah layu
sinar kocakan air memantul sebu
alam muram kian diganggu .
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSv-Q41uQ5kcxPWf-7ySBBu9E4A-VhIRffIoF5oa94hY9-BEwo&t=1&h=158&w=235&usg=__zh7COyo_ZMkfZulPGD8_2hHBMWw=)
Duduk di bangku
memandang ke laut biru
menghadap skrin Toshiba warna kelabu
laut tenang ombak tak berlagu
angin diam tiada berlalu
kutunggu anak isteri beradu
kepenatan sepagi berendam air biru
bangkit petang badan jadi lesu.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 23-10-2010 17:22
![](http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRgJicjI0yn1GROj0B7HS8XVVX1UDWCWoGJgBpwn5NGQaq60A4&t=1&usg=__79fPimV8R18qVdj8SkK_J_96zQs=)
Benci
Satu sikap keji
ada dalam hati yang iri
ada dalam hati yang dengki
sukar diubati
sukar dirawati
haruslah diingati
jangan sampai ada benci
merosak diri
merana sampai mati
hidup tidak diredhai
itu sangatlah rugi.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT2tJKzZdqpopVzVFS9uosmeOAHnztjVkXLYGcaNIxlQkT5BmE&t=1&usg=__lnobEXMsmKAJqlAHvb2xla9ZLv4=)
Aku bukan pujangga
mahupun sasterawan negara
aku hanya memiliki jemarian puitis
mengetuk laju keyboard pada skrin bercahaya
menggarap kata dari tinta hati
berkongsi rasa
dalam ruang bicara tanpa kata
sudilah kiranya
anda menitip sepatah dua kata
buat tatapan tetamu semua
jadikan iktibar dalam hidup kita.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 23-10-2010 19:48
Ronda-ronda pekan PD
Cari bekalan makanan malam nanti
Pizza yang dihajati isteri
Berpusing mencari destinasi
Bertanya orang mudah je ditemui
Taklah lama kena menanti
15 minit order dah ready.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Benci
Satu sikap keji
ada dalam hati yang iri
ada dalam hati yang dengki
sukar diubati
su ...
Goldkey Post at 23-10-2010 17:13 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Membenci bermakna membinasakan diri
kelak diri tak kenal diri sendiri
semua taulan habis lari
ada isteri, isteri pergi
habis apa yang tinggal lagi
hanya tunggu mati.
~GRP~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 23-10-2010 21:39
![](http://www.bahasa-malaysia-simple-fun.com/images/merdeka.jpg)
Sejarah
Sejarah bukan direka
sejarah adalah fakta
sejarah harus dikenang bukan dilupa
sejarah mengingatkan kita
jangan alpa
jangan leka
sejarah mencatatkan kita pernah terlena
sejarah membuktikan kita pernah dihina
sejarah mengajar kita bagaimana bangsa dibina
sejarah mencatatkan Melayu Cina India bersatu untuk merdeka
ambillah iktibar dari sejarah bangsa kita
jangan sampai maruah bangsa dicerca
jangan sampai bangsa diperhamba
bangkitlah hayati sejarah negara.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 24-10-2010 18:02
![](http://2.bp.blogspot.com/_kDR3fU4i-jI/S9kGp_8PXoI/AAAAAAAAABw/ouQQW55FKwU/s1600/geography-copy2.jpg)
Geografi
Bidang kaji fenomena di bumi
terpinggir dalam pendidikan kini
insan tidak peduli
alam indah ciptaan Ilahi
rakus dinoda setiap hari
musibah datang baru nak mengkaji
bencana tsunami sungguh ngeri
banjir melanda susah tak terperi
kemarau membakar hilang hasil bumi
ribut taufan meruntuh segala yang berdiri
ozon menipis meningkat suhu bumi
ais mencair aras laut kian tinggi
tempat yang rendah akan ditenggelami
hutan dibakar jerebu menyelubungi
semua aktiviti terpaksa dihenti
sungai tasik laut tidak selamat lagi
saban hari dicemari sisa industri
hidupan akuatik semua mati
itulah natijah kalau alam tak disayangi
belajarlah geografi dalam membentuk insani.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 24-10-2010 18:03
![](http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcS5vOo256eCl3b7WoiqAGVXfNiu2oztEWAWg0zii7R6Bx-Pkc8&t=1&h=157&w=236&usg=__8eKRS7p71gI5LY1LBW2qPhUqr_8=)
Wajah
Wajah itu berbagai-bagai rupa
dijadikan seindah-indah kejadian
diberikan rohani mencorak wajah
wajah-wajah diwarnai hitam
wajah-wajah diwarnai putih
kita telah diberi peluang
kita telah diberi ruang
kita telah difirmakan
kita telah disunnahkan
lukislah wajah dengan wajah keimanan
moga kita tidak kerugian
pada hari pembalasan
seperti kilat melalui titian
mendapat syurga yang diimpikan.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSjo6wfhWSpn7wQBHlE4NCUVpU9rOu5n6E9efnE6E0XjN_vP-k&t=1&usg=__oN1BJf8yDgOY7LRhzyabV1h7Sns=)
Langit Selat Melaka
Pagi ini bermuram durja
mencurah hujan tak celik mata
dingin suasana susah nak buka mata
hujan datang menyuci udara
udara jerebu yang kian melata
alam sentiasa peka
manusia yang buta
merosak yang ada
membinasa tanpa rasa berdosa
syukur hujan menggendala
segala aktiviti manusia yang mengila.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSjvFFwOkZ1h1OA46RU_ixyOHNl7YP7pzlMYGZ7VFXi6Ua4ni4&t=1&h=167&w=223&usg=__wWYgQnUtRP-QZtCkh5kQSqQTHoE=)
Yakin
Selepas derita ada bahagia
selepas kecewa ada gembira
selepas merana ada sejahtera
selepas duka ada suka
jangan berputus asa
jangan berhenti berdoa
mohon kepada yang Esa
tiada kegagalan cuma kejayaan belum milik kita
kesabaran membawa bahagia.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 24-10-2010 18:06
![](http://farm4.static.flickr.com/3319/3509403544_4351a319c5_m.jpg)
Seri pagi
Dingin pagi menggigit diri
buatku malas nak mandi
sejuk terasa ke dasar hati
namunku gagahi
mandi menyuci diri
menghias diri
berwangi-wangian mengharumi
tampil berpesonaliti
menawan hati isteri
senyumnya menampakan gigi
wajahnya berseri-seri pada pagi hari
kasihnya menguntum berseri.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Wajah
Wajah itu berbagai rupa
dijadikan seindah-indah kejadian
diberikan rohani mencorak wa ...
Goldkey Post at 24-10-2010 08:36 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
cikgu,
Wajah anugerah Allah
Yang Maha Pengasih lagi Pemurah
setiap masaku berdoa dan berserah
agar aku benar-benar redha dan pasrah
di sebalik wajah tersirat pelbagi gundah
setiap detik dan ketika aku cuba bermuhasabah.
~GRP~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSI_5EoH8FMBUuFcpJB_tr47TerHUPl49HVy26yvVANjqxVkBs&t=1&usg=__0J5z4_Qal6cighDPfHOg0DVUCpM=)
Kenapa rindu menyiksa?
Rindu menyiksa
jika jiwa tidak menerima
ada masa tidak dapat bersama
diri terasa dilupa
bukan sengaja
terpisah oleh jarak dan masa
doalah ditakdirkan cepat bersama
rindu pasti terubat jua.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 24-10-2010 13:28
![](http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQoqHixExjk6-yeG9Ss5qJz_XN0QmOlVAW-n7q_os1WrvyaWIs&t=1&usg=__7nqW8Q-ELSw3IRoUY9IKQBNVCVE=)
Laut Kasih XI
Dalam dakapan asmaramu
aku lena diulit hangatnya nafas cintamu
begitu hebat limpahan laut kasihmu
mendamaikan jiwa hati nuraniku
syukur aku ditemukan dengan kamu
kamu yang mengerti impian kasihku
moga kita kekal menyatu
dalam limpahan laut kasihmu
yang merestu.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|