CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik_es

Panggilan Telefon Misteri

   Close [Copy link]
 Author| Post time 11-5-2011 04:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by cik_es at 11-5-2011 17:05

Salam.. Setelah 1 malam skip tak update,seperti yang dijanjikan,sambungan dari episod yang lalu.. Sekadar imbasan semula,episod yg lalu,aku dah ceritakan bagaimana Danny menceritakan info tentang Freddie.

Petang tu, Danny ceritakan segalanya pada aku. Pada asalnya, dia nak tunggu sampai aku ok sebab baru lepas kemalangan pada malam sebelumnya, tapi nampaknya Danny,dahtak dapat nak sabar. Dia nak semua persoalan aku terjawab,saat-saat yang akutunggu selama ni. Danny pun cerita semula, bagaimana dia CSI semua ni,seorangdiri pagi tu ..

Info: Cerita imbas semula ni,adalah jalan cerita asal yang Danny ceritakan sendiripada aku, tapi dialog yang aku masukkan ni hanyalah rekaan semata-mata sebabnak bagi korang senang faham. Penting untuk aku jelaskan di sini, hanya partdialog adalah rekaan, tetapi jalan cerita, adalah yang aku tulis berdasarkan pengalaman sebenar Danny.

Kisah Danny bermula .. pagi tu, Danny masuk kerja seperti biasa, dengan berbekalkan teh tarik yang dibeli di kedai mamak tak berapa jauh dari pejabat, Danny duduktermenung di meja. Nak bekerja pun malas disebabkan fikiran asyik tertumpu padaperistiwa "ketawa bersama nenek" pada malam sebelumnya. Dalam hatinyaberbisik, mungkin nenek tu ada mesej yang nak disampaikan. Hidupkah nenek tu?Atau dah mati kah? Kalau dah mati, mungkin ada urusannya di dunia yang belumselesai? Fikiran Danny buntu, sebab nenek tu, tak lagi menelefon seperti selalu sebaliknya, memunculkan dirinya sekali-sekala.

Pernah sekali, Danny pergi ke kedai mamak yang sama, untuk bungkus teh tarik.Kebiasaannya memang begitu,dah jadi habit. Tapi yang menjadi misteri, bila mamak tu tiba-tiba bertanya "U punya mother tidak bungkus air kah,asyik u saja" sambil ketawa mengusik Danny. Danny kebingungan, siapa pulak"mother" sedangkan Danny pergi ke situ, selalunya memang sorang2,kalau ada berteman pun, dengan kawan sepejabat, itu pun jarang sekali.Tetapi waktu tu, Danny biarkan je soalan mamak tu tak berjawab, kerana menyangkakan mamak tu mungkin bercakap dengan org lain, ye lah, bukannya Dannysorang berada kat situ pd waktu tu.

Entah kenapa, Danny teringat semula akan pertanyaan mamak tu, jangan-jangan mamak tu pernah nampak nenek tu jugak dan assume nenek tu sebagai mak Danny. Tanpa buang masa, Danny bergegas pergi ke kedai mamak tu yang jaraknya memang tak jauh,jalan kaki pun boleh je sampai kurang dari 5 minit. Setibanya di kedai mamaktu, mamak tu terus jerit "Teh Tarik bungkus siaaaappppppppppp..!!".Danny pun reda je lah walaupun sebenarnya tak nak order

Sementara mamak tu tengah tarik2 teh tu, Danny cuba ajak sembang supaya tak nak gelabah sangat tetiba je tanya pasal ada nampak nenek ke tak.

"Mamak... perasan tak nenek tua yang selalu dengan saya tu,pagi-pagi tu?"
"Haaa,u punya nenek ke? Fikir u punya mother. Hahaha"
" Pagi tadi ada nampak dia jugak ke?"
"Lama sudah tiada nampak dia. U punya nenek balik kampung sudah ke?"
"Oh....ha,a'ah dah balik kampung"

Danny agak ragu-ragu nak jawap tapi sekarang dia dah tahu, nenek tu ikut jugak dia sampai ke situ. Dan mungkin... ikut sampai kerumah jugak? Tak pasti.

Tehtarik siap dan Danny kembali semula ke pejabat. Nekad untuk call semula pejabat Syarikat Kayu XYZ untuk kepastian, sekurang-kurangnya dia mungkin akan dapat info tentang Freddie. Sebelum dail nombor syarikat tu, Danny pandang telefon,agak lama. Danny cuba untuk bersedia dari segi mental, risau sekiranya ada lagi perkara yang tak diduga akan berlaku.

Dengan lafaz Bismillah, Danny dail nombor tu,dengan harapan akan dapat la info, sikitpun takpe.

"HelloSyarikat Kayu XYZ,boleh saya bantu?"
"Hello Selamat Pagi.. Boleh sy bercakap dengan Freddie?"
"Bolehsaya tau nama encik dan encik dari mana?"
"SyDanny,saya cuma kawan lama dia"
"Tunggusebentar ya, sy sambungkan talian"

Sewaktu menunggu talian disambungkan, hanya Allah yang tahu betapa berdebarnya perasaanDanny ketika tu. Dalam beberapa saat,talian disambungkan dan seseorang bercakap di talian..

"Hello,Andyspeaking"
Hello,I'mDanny ya. May I speak to Mr Freddie please?"
"MrFreddie?He's no longer working with us Sir. Anything that i can help?"
"I talked to the lady just now,she said she will transfer the line to Mr Freddie?"
"Sorry Sir,salah dengar kot? Andy, not Freddie. Sorry ya?"
"Erm,its okay. Thanks ya"

Danny letak balik gagang telefon. Tapi beberapa minit kemudian, timbul pulak rasamenyesal sebab tak tanya pasal freddie yang Andy cakap dah tak bekerja lagi tu.Haihhh.. Danny pun call balik,dan perempuan yang sama,jawab call.

"Hellocik...sy Danny yang buat panggilan tadi. Sy ada beberapa soalan,kalau cik takkeberatan utk bantu"
"Ye encik,apa dia?"
"Sy nak tanya,dekat syarikat ni pernah ada staff nama Freddie ke?"
"Nama penuh?"
"Sy tak pasti,sy cuma tau nama dia Freddie,erm.. Cina Hakka?"
"Owh,kalau yang tu, ya memang Encik Freddie pernah bekerja di sini, tp dah diberhentikan kerja"
"Orangmana ye? Bila berhenti tu?"
"Dahlama berhenti encik, dalam beberapa tahun. Dah lebih 5 tahun rasanya"
"Sekarang ni dia kerja di mana ye?"
"Tu sy tak pasti encik"
"Diberhentikansebab apa ye?"
"Maaf encik,sy tak berani nak bagi info lebih sebab waktu tu sy baru lagi kat sini. Sy tak berapa pasti"
"Adacontact number Freddie tak?"
"Takdedalam simpanan saya encik,maaf ye"
"Oklah, takpe ye.. Cik?"
"SyLaura"
"Ok terima kasih ye Cik Laura. Sy cuma ada masalah peribadi sikit, sy cuma perlukannombor Encik Freddie kalau ada."
"Erm..masalah apa ye?Kalau berkenaan dengan hal syarikat,sy boleh sambungkan encikdengan penyelia sy"
"Boleh jugak,please?'
"Ok sebentar ya encik.."

Bersambung..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2011 04:32 PM | Show all posts
Tadi aku taip ni kat word, bila paste sini,jadi camni pulak. Eh buruk gila, berterabur je. Huarghhhhh  :@
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 04:48 PM | Show all posts
berterabur pon xpe asal cerita tu berjayaa di sampaikan...
Nape aku pon jadi penunggu board ni nih....tak bole jadi
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 04:52 PM | Show all posts
sambung ...dari pagi aku dok refresh je nk tgk ada citer baru ke tak...haih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2011 04:52 PM | Show all posts
berterabur pon xpe asal cerita tu berjayaa di sampaikan...
Nape aku pon jadi penunggu board ni nih. ...
llisamaisarah Post at 11-5-2011 16:48


aku dah edit balik...hadoi penat aku edit semula, berterabur sangat tadi banyak perkataan bercantum. Tobat tak nak copy paste dari word dah,nak taip direct sini je. Dah la tak pandai sangat komputer2 ni ha
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 04:54 PM | Show all posts
berterabor pon tak cik es....janji jalan citer bole paham..........
citer ko memang best.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2011 04:57 PM | Show all posts
huhu sambung lagi.waaaaaaaa stresssssssssssssssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 05:00 PM | Show all posts
Reply 685# cik_es

mcm cerpen...nice wording

daku terus sabar menunggu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2011 05:00 PM | Show all posts
Maksudnya mamak tu ada 'sixth sense'..... Cik Es, smbung ar agi rini... mgu depan takley nak on9 ag.... huuuuu~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2011 05:00 PM | Show all posts
setelah berhari2 mengikuti kesah kemsia ni..kali ni aku terpanggil utk menulis pulak.

bukan tulis ...
BebeQ Post at 11-5-2011 16:00


kisah panggilan misteri yang niat nak mengganggu nih memang menyakitkan hati kan. tambahan pulak,kalau pegi TM/Celcom atau mana2 service provider,memang bukan mudah nak reveal siapa pemilik nombor tu. Mudahan bukan nenek tu lah yg call kau, tak pasal2 pulak watak kau masuk dlm cerita ni pulak nanti
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 05:02 PM | Show all posts
huhuh ingat ka game jer ade periodic episode, citer pun ader, best betul cara pembawaan citer TT, dari seram ke romantik ke misteri!! x sabaq nak tauuu ending cemane!!! kemsia kemsiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 05:03 PM | Show all posts
hu..hu..seharian tunggu cik_es.. update, dpt baca sket pun jadi la.. esok sambung!
dah tiba waktu untuk pulang

tak brani bertenggek kt MPS masa kt umah .. nnt bunyik2 sket je dah fikir benda lain..hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 05:04 PM | Show all posts
Reply 689# cik_es


xpe...pelan2 taip...
ada sambungan lagik x hari ni... harap2 ada la yek...  i tunggu tau....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 05:05 PM | Show all posts
pandai betul cik es bagi jantung kita tak keruan kan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 05:05 PM | Show all posts
sila sambung pls..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2011 05:06 PM | Show all posts
ya,ada sambungan sebab hari ni aku offday,memang tengah taip sambungan ni, tea break sebentar ye hihih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2011 05:12 PM | Show all posts
Reply 700# cik_es


    Kaka es...cepat sambung..kul 6 iolss nk balik, malam x leh buka porum.....hb x bg.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 05:13 PM | Show all posts
yea..yea..ada smbgan.....yeeebaaaaaaaaa.....adreeeeeeeeeeeeyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 05:16 PM | Show all posts
Reply 701# idakamaruddin

TT sambung malam nanti...harap maklum
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 05:17 PM | Show all posts
Reply 703# mimi77


    ala....x mo la......huhuhu nanesss.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.290474 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list