CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KAULAT

Tetamu tak diundang

   Close [Copy link]
Post time 10-11-2011 10:25 AM | Show all posts
Reply  sofiera


    Kak Sofie...ubah selera hehe..ada tmpt lepak baru enie jd silent r ...
enie_74 Post at 10-11-2011 10:19



    Hahaha...dah jadi penduduk tetap nie....kadang2 rewang ke CI n GT n Kediaman....thread MPS byk tip2 untuk kita semua,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2011 10:26 AM | Show all posts
Reply  sofiera


    selamat pagi sofiera..
daisy_dukes Post at 10-11-2011 10:18



    Selamat pagie Daisy...kena jengah selalu sbb nak nengok cheff update pasal kess lemas tue
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 10:43 AM | Show all posts
bunga, saya rasa kalau cerita tapi ganti nama diri 'bunga' dgn saya/aku akan jadi lagi menarik.

sebab otak susah nak consume bila pencerita addresskan diri sebagai org ketiga. Hurm.. Hanyalah pendapat saja..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 10:44 AM | Show all posts
Reply 682# sofiera


    sama la kite..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 10:55 AM | Show all posts
Reply 680# enie_74


    hah....... ko buat apa tu?  x de keje lah tu....... ko pun masuk sini gak ke?  hehehehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 11:18 AM | Show all posts
Reply 628# cmf_conan


    Selamat pagie Tengahari En Conan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2011 11:29 AM | Show all posts
Reply 519# KAULAT


    daisy pun pernah kena macam tu. dengar macam bunyi orang alih perabot, menumbuk sambal..

Ada 1 malam tu (ni di kuarters kerajaan yang kami tinggal sekarang), daisy terjaga tengah tidur. lepas tu daisy dengan betul2 atas rumah daisy (rumah daisy ground floor) bunyi heret perabot. Kuat dan sangat jelas. Yang bestnya, rumah atas tu dah hampir setahun lebih dah tak berpenghuni. sabar je lah..

tapi rumah atas tu memang dari dulu begitu. masa tuan dia ada, senja2 atau awal subuh selalu dengar bunyi tumbuk sambal. daisy dok kata dalam hati rajin depa ni masak tiap2 hari. tapi bila dah kosong pon, masih ada bunyi macam tu, taulah daisy ini bukan sesuatu yang normal ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 11:32 AM | Show all posts
Salam semua.. saya nak sambung kisah lemas disungai kawasan sekolah saya.. Sapa2 yang follow dari mula saya join pasti tau la sekolah saya tu dimana.. Kejadian berlaku pada malam 31 OGOS 1991 mengakibatkan 3 orang pelajar perempuan sekolah meninggal dunia akibat lemas. Cerita ni diceritakan sendiri oleh adik kepada salah seorang dalam usaha membantu mencari mayat.

    Masa tu musim kemarau teruk. Disekolah sudah hampir 3hari tiada air. Asrama lelaki mahupun perempuan. Pihak sekolah masa tu dah hantar pelajar2 yang lain pulang bercuti buat sementara waktu. Tapi ada sesetengah senior lelaki dan perempuan tingkatan 4 dan 5 terpaksa stay di sekolah kerana terlibat dengan aktiviti perarakan hari kemerdekaan peringkat daerah. Arahan pihak sekolah ketika itu dilarang sama sekali menggunakan air untuk mencuci baju dan sebagainya kecuali mandi. Pelajar lelaki tak banyak masalah la sebab boleh mandi disurau sekolah dan tandas2 sekolah. Masalahnya tertmpu kepada pelajar perempuan. Maklum la sekolah agama,so tak boleh suka2 kehulu kehilir keluar dari kawasan asrama.

    Petang 30 Ogos 1991 tu selepas pulang dari raptai terakhir dibandar,ada dikalangan beberapa pelajar perempuan nekad ke sungai yang jaraknya hanya beberapa meter dari pagar asrama. Mereka berpakat keluar secara senyap2 dengan memotong pagar sekolah kerana keadaan yang begitu memaksa. Dengan kain baju banyak yang tidak dicuci dan sebagainya. Sehingga melarat ke waktu senja barulah pelajar2 perempuan tadi pulang semula ke asrama. Selepas solat maghrib,kuliah dan sebagainya para pelajar semua,lelaki dan perempuan diarah oleh GPK dan guru latihan berkumpul didalam dewan sekolah bagi sesi taklimat terkhir untuk perarakan esok. Sedang Pengetua memberi ucapan para hadirin digemparkan dengan kehadiran 2 pelajar perempuan dalam keadaan basah dan menangis. Para ustaz dan ustazah cuba menenangkan pelajar tadi dan bertanyakan keadaan sebenar..

     Sambil menangis dan berpelukan 2 orang pelajar perempuan tadi menyatakan ada 3 orang kawan mereka lemas didalam sungai. Lantas pihak polis,bomba dan penyelamat dihubungi. Dalam masa yang sama kesemua pelajar dan guru mula menuju kearah sungai melalui pagar yang ditunjukkan oleh pelajar2 asrama perempuan. Tak lama selepas tu para penyelamat semua tiba dari pelbagai penjuru.. Ada yang menaiki bot laju,helikopter dan sebagainya. Dengan gambaran yang diberi oleh 2 orang pelajar tadi pasukan menyelamat memulakan aktiviti mencari mangsa. Tanpa kenal erti penat,aktiviti diteruskan sehingga ke subuh.. Masa tu kesemua pelajar masih berkumpul di tebing sungai menanti khabar dan berdoa agar kesemua mangsa ditemui. Aktiviti dihentikan seketika bagi pasukan menyelamat menukar ahli pasukan. Sekitar jam 9 pagi aktiviti menyelamat disambung.. Pukat dipasang sepanjang melintangi sungai yang memungkinkan sekiranya mangsa dihanyutkan arus akan tersangkut..

    Pengetua menghubungi pegawai daerah bagi memaklumkan sekolah tidak akan menghantar sebarang wakil. Dari pagi bawa ke petang sehingga malam,kesemua mangsa masih gagal ditemui. Orang kampung dari pagi telah memenuhi kawasan tebing sungai. Mana yang punya bot turut sama membantu dalam operasi menyelamat. Sehingga larut malam aktiviti terpaksa dihentikan.. 2 orang pelajar perempuan yang menyaksikan kejadian semakin pulih dan mula menceritakan apa sebenarnya yang berlaku kepada ustazah iaitu warden asrama. Pelajar lelaki diarahkan bersama orang kampung yang sedia membantu berjaga2 sepanjang tebing sungai bagi memerhati sekiranya terdapat kemungkinan mayat akan timbul..

     Dari cerita 2 orang pelajar perempuan yang kali terakhir bersama mangsa,mereka langsung tidak menyedari yang kawan2 perempuan lain telah beransur pulang keasrama kerana pada ketika itu katanya masih terang benderang. Dan keadaan sungai ketika itu amat tenang walaupun dari kejauhan seberang mereka nampak ada beberapa orang kampung sedang mencuci pakaian. Sedang leka membasuh sambil mandi manda kerana air cetek,ketiga2 mangsa cuba menyusuri tebing mencari kawasan yang sedikit dalam untuk mandi. Tak jauh dari 2 orang pelajar tadi mereka dengan jelas nampak seorang demi seorang tenggelam seolah2 seperti ada pusaran dikawasan mangsa2 tadi mandi. Mereka berdua menjerit meminta tolong tapi keadaan masa tu serta merta menjadi kelam senja dan orang yang dilihat di tebing seberang sungai dah takde. Ketika itu juga kaki mereka seolah2 seperti dipegang sesuatu menyebabkan mereka gagal berbuat apa2 bagi membantu mangsa2 yang mula tenggelam sepenuhnya.. Biala air sungai mulai reda barulah kaki mereka dapat digerakkan.. Dan dengan kekuatan yang ada mereka lari ke asrama bagi mendapatkan bantuan. Malangnya diasrama ketika itu seorang pelajar pun takde sebab semua sedang berkumpul didewan. Ketika berlari dalam tangisan menuju ke dewan mereka dapat rasakn seolah2 ada yang sesuatu yang sedang mengekori mereka.

     Sehingga subuh 1 Septembar 1991 ketiga2 mayat mangsa masih gagal ditemui. Sehinggakan Sultan Pahang berkenan mencemar duli turun kekawasan kejadian bagi mendapatkan gambaran sebenar keadaan. Untuk pengetahuan pada malam sebelumnya beberapa pengamal perubatan alternatif/bomoh dan sebagainya dijemput oleh keluarga mangsa dan penduduk kampung bagi membantu.. Namun hasilnya tetap sama. Mangsa masih gagal ditemui. Dengan alasan penunggu sungai terlalu hebat.. Pelbagai andaian ketika tu yang membuatkan hampir keseluruhan negeri pahang gempar dengan apa yang berlaku. Genap 2 hari mangsa masih gagal ditemui,seorang pelajar lelaki nekad menghubungi abang serta kakaknya datang membantu. Diberitakan bukan sebelum ni tak pernah dia nak hulurkan bantuan,cuma ditentang oleh beberapa ustaz yang tak tau akan kebolehan pelajar lelaki ni tadi.

    Subuh 2 September 1991,setelah usaha yang dilakukan penyelamat menemui jalan buntu,abang dan kakak pelajar lelaki tadi sampai dari kedah. Tak sempat berehat mereka mendapatkan gambaran sebenar keadaan dari 2 orang pelajar yang terselamat. Lepas tu berbekal maklumat yang ada,abang si pelajar lelaki tadi mengarahkan adik perempuannya dihantar ke jambatan lama yang jarak antara sekolah kesana lebih kurang 7kilometer. Manakala adik lelakinya iaitu pelajar sekolah diarah berenang ke seberang sungai. Manakala si abang tetap dikedudukan kawasan kejadian. Diberitakan masa tu abang pelajar tadi telah menyeru sesuatu bagi mendapatkan bantuan. Dalam masa yang sama hanya beberapa orang yang hadir dikalang beratus2 orang dapat menyaksikan apa sebenarnya adik beradik ni tadi buat.. Yang nampak masa tu hanya adik beradik lelaki sebab yang perempuan terlalu jauh dari pandangan. Diberitakan juga bahawa yang muncul ketika menyeru tadi adalah khadam sungai. Dengan bantuan khadam sungai makan si abang memberitahu lokasi sebenar ketiga2 mangsa.

     Mangsa pertama yang dijumpai ketika itu sedang tersangkut ditiang cerucuk jambatan lama tempat kakak pelajar lelaki tadi berada. Mangsa kedua ditemui hanya beberapa meter sahaja dari jarak pelajar lelaki yang diseberang sungai. Manakala magsa ketika timbul dari dalam pasir betul2 ditengah sungai. Setelah kesemua mangsa dibawa naik,adik beradik pelajar tadi bagitau pada keluarga mangsa mereka dah ganggu kawasan penghuni sungai. Mereka ketika turun ke dasar sungai dalam keadaan kotor dan ini menimbulkan kemarahan si penghuni. Atas sebab itu kesemua mereka disorokkan dari pandangan supaya memberi peringatan kepada yang lain. Dan adik beradik pelajar lelaki tadi meminta jasa baik pihak polis supaya kesemua jenazah disempurnakan disekolah kerana kemungkinan makhluk tadi akan menyusuri kesemua jenazah pulang kerumah masing2..

    Malam tu selepas jenazah disempurnakan,kesemua jenazah dibawa dan ditempatkan diasrama lelaki bagi menunggu ketibaan hospital keesokan harinya. Dan malam tu ketiga2 beradik tadi dikhabarkan menjaga kawasan asrama perempuan bagi mengelak perkara tidak diingini.. malangnya asarama lelaki diganggu dengan pelbagai perkara. Sehingga saya tamat tingakatan 5 disana bilik yang mana menempatkan jenazah2 tadi masih terasa akan kewujudannya.. Bila ada pelajar form 1 yang ditempatkan dibilik tu,pasti mereka akan terserempak dengan 3 jenazah atas katil..

Wallahualam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2011 11:37 AM | Show all posts
Maaf ye lambat nak update.. Lappy problem sikit malam tadi..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 11:45 AM | Show all posts
Reply 675# addamnor


    Maaf ye,kejadian dah 14tahun.. Ye ketika tu saya berada di tingkatan 1.. Saya meninggalkan alam persekolahan je pun dah 10 tahun.. Sekejap sangat masa berlalu.. Rasanya baru je lagi saya meninggalkan alam persekolahan... Maaf sekali lagi.. Yang baik itu datangnya dari ALLAH,yang buruk berlaku diatas kesilapan saya sendiri..

Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 11:49 AM | Show all posts
Reply 628# cmf_conan


    Apa yang dicertakan oleh ibu saya,memang susur galur arwah ada membela beberapa jenis saka. Sebab tu ayah arwah pun semasa meninggal menghadapi masalah yang sama..


Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 12:00 PM | Show all posts
Reply 672# addamnor


    Saya setuju dengan pendapat addamnor.. Mengikut apa yang saya ketahui,memang tak dinafikan dalam tempoh 40hari selepas kematian,roh akan sentiasa berulang alik dari pintu langit pertama sehingga keenam ke tempat kebiasaan arwah pergi 40hari sebelum kematian. Dalam tempoh ni logik kalau ada sesiapa yang dapat merasakan kehadiran roh arwah. Tapi untuk satu tempoh yang panjang sehingga mencecah tahun,maaf,saya pastinya kurang arif..

    Apa yang dapat saya simpulkan jika kedatangan sahabat awak tu sekadar memaklumkan untuk lebih mendekatkan diri kepada ALLAH,alhamdulillah.. Akan tetapi jika sebaliknya wallahualam.. Pesanan saya bagi mengelak sebarang kemungkinan yang tidak diingini sebelum tidur amalkan membaca 44kali al-fatihah... InsyaALLAH sedikit sebanyak membantu menghindari gangguan iblis syaitan..



Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 12:22 PM | Show all posts
tq jwp soklan chef mizan. jgn mare... ada g satu soklan. saye kerap mimpi kazen yg dh 5 th ninggal t ...
shanshero Post at 10-11-2011 03:27



    it is more towards qarin rather than truely ur cousin's soul..

setiap manusia yang lahir ke dunia mempunyai qarin, seperti berdamping gitu yang sentiasa immitate perilaku manusia itu.. sebagaimana amalan seseorang, sebagai itu jualah qarin nya.. kalau tuan badan baik, maka qarinnya cenderung ke arah kebaikan, jika  jahat tuan badannya, maka jahatlah qarinnya..

ada hadis ( tak sure betapa kukuhnya hadis ini) kata qarin itu seperti jin... ada menyebut qarin nabi muhammad adalah baik kerana sentiasa terikut dengan amalan nabi yang mengesakan allah sewaktu hayatnya.

qarin memiliki kelebihan untuk menyerupai rupa bentuk tuan badan tersebut, mampu menembusi alam mimpi dan berinteraksi dengan manusia lain di persekitaran...

roh dan qarin adalah dua benda yang berbeza..roh yang bercerai dengan jasad adalah di dimensi yang berbeza dan rahsianya hanya tuhan sahaja yang tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 01:19 PM | Show all posts
menarik cerita kat sini. kalau baca menang x leh berhenti

hana nak kongsi pengalaman jugak... kisah ni terjadi beberapa tahun lepas. kat rumah tok hana. hari tu ramai balik berkumpul di rumah tok sebab esok rumah wa hana ada kenduri. majlis rewang sampai lewat malam. pak saudara ncousin  hana yg lelaki memang x balik lagi, menolong di rumah kenduri. tinggallah kami yang perempuan sahaja di rumah.

waktu tu ada yang tengah baring, ada yang tengah siap tempat tidur. masing2 dah letih n semua pakat nak tidur kat ruang tengah. hana tengah letak minyak kat kaki n sambil berbual-bual ngan tok. entah mengapa tiba2 je nampak kelibat hitam, tinggi macam causin hana lalu. hana pandang je sampai kelibat tu hilang. dalam hati tak pikir apapun waktu tu sebab ingat tu cousin hana.

bila kelibat tu hilang baru teringat, adik tidur kat situ n macam mana leh lalu pulak. time tu baru rasa seram sejuk sikit. hana tanyalah kat mak saudara, cousin hana tu dah balik ka? dia kata x da sapa balik. meremang bulu roma. pas tu ceritalah apa yang hana nampak... mak kata tak yahlah amik tau. lalu je kot. so malam tu memang tidur rapat2 la ngan cousin perempuan. Alhamdulillah x ada apapun jadi malam tu . mungkin dia lalu je kot. tapi tok pesanlah kat pak saudara n cousin lelaki, jangan balik lewat sangat malam2.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 01:22 PM | Show all posts
thread best.....meriah sket mps nie
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 01:25 PM | Show all posts

omg that scary me

Reply 672# addamnor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2011 01:28 PM | Show all posts
yg pasti arwah makin cantik tiap tahun
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 02:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by Bella_Lun@ at 10-11-2011 14:41

Wah, makin menarik thread ni weih.
Tak henti2 Bella baca update thread dr td.

Syok baca kisah TT ngan Chef.

Bella ada satu soalan la nk tanya sesape kat sini.
Pernah dengar pasal 'Putarongas' ???
Taktaulah ejaan nye betul ke idok, tp few yang Bella dgr cite, bunyi ejaan yang Bella dengar lebih kurang camtu lah.

Anyone ???
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 02:55 PM | Show all posts
Bella ni nak cite pun tak pandai sangat la, tp ni berkaitan ngan family belah ayah Bella.
Dr arwah atuk memang dikatakan ada memakai saka utk jaga dia lah kot.
Bella pun dr kecik ade gak la dgr macam cite, pastu alami sendiri pun ada bende2 mistik ni.

Saka yang arwah atuk pakai ni khabarnya dulu2 macam biasa la, utk jaga diri atuk ngan family.
Nak jaga tanaman pun ye sebab dulu arwah memang masa mudanya tanam padi ngan berkebun.
Tp memang masa sampai hujung hayat arwah, cam susah sikit la dia nk pergi sebab masa family dok ikhtiar nk buangkan saka ni, ramai pengubat yang cakap saka ni macam dah jd darah daging atuk dah. Lagipun arwah dah tua, so kalau dibuang pun dengan arwah2 sekali akan pergi. Huhuhu...

Saka ape tu Bella tak sure la... Huhuhu... Teringat kat arwah sangat2 skang ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 02:56 PM | Show all posts
meremang bulu roma aku baca thread neh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.240156 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list