|
Dakwaan bayar Zahida: Shafie Apdal mahu saman
Menteri pembangunan luar bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengancam untuk mengambil tindakan kepada pihak yang terus mengaitkan dirinya dengan dakwaan bahawa beliau membayar wang sehingga RM1.5 juta kepada pelakon wanita terkenal Zahida Rafik.
"Saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang terus memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini," katanya.
Beliau turut menafikan dakwaan berkenaan yang timbul ekoran penyebaran satu laporan polis bertarikh 13 Mac oleh MP Ampang, Zuraida Kamarudin.
"Dengan ini saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah tidak benar sama sekali.
"Kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluas salinan laporan polis berkenaan adalah berniat jahat dan berunsur politik semata-mata," kata menteri berkenaan dalam satu kenyataan di laman Twitter hari ini.
Zuraida mendakwa laporan polis itu didakwa dibuat oleh seorang lelaki bernama Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwa bahawa lelaki tersebut melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.
Saudara lelaki itu dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.
Pelakon berkenaan, Zahida yang tampil menafikan dakwaan itu Jumaat lalu berkata peguamnya juga sedang meneliti kes berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Lamanya ambik masa Nak nafikan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 680# hzln
belum lagi kena tunggu pak pie pi memana masjid sambil pegang quran bersumpah menapikan dia takde kena mengena dgn pompuan itu baru lah suci murni atau pun satu cara lagi tapi mahal la skit kos nya pegi umrah balik pakai baju maxi dan berserban lepas tu ambik gambar depan kaabah kalau takde kejadian buruk masa kat mekah baru lah suci murni |
|
|
|
|
|
|
|
hah.. dah nafi ...??? syukur alhamdulillah... kebenaran telah terbokti pitnah semata-mata sebab muntri dan zahida dah cakap "NO" sahaja...sesungguhnya pemimpin UMNO adalah pemimpin yg syumul dan maksum dari segala dosa dan noda... |
|
|
|
|
|
|
|
punya lah dah lama zahida buat report polis drebar dia bawak lari duit dia sampai sekarang tak kena cekup....nak kata dah lari tidak, kawan tu siap pegi balai pulis lagi....nak cekup perompak, perogol, pembunuh pun tak sesusah ni... |
|
|
|
|
|
|
|
bloggers pro-bn yg memula skali kluarkan citer pak pie dgn mak lampir ni 2 taun lepas pak pie tanak saman lak....adakah sesuatu yg bulih kita "baca" dari action (or lack of action) pak pie tersebut.... |
|
|
|
|
|
|
|
ade bidio? |
|
|
|
|
|
|
|
zahida rafik ni seingat aku pernah berlakon iklan soya + cincau masa bulan ramadhan tahun2 yang lalu, dia jadi emak |
|
|
|
|
|
|
|
shafie kne bersumpah kt mesjid jln duta disaksikan najib daN ROSMAH BRU RAKYAT percaya |
|
|
|
|
|
|
|
punye la lame kes ni...br nk nafi....selama kes ni tgh rancak meletup....si sapi ni dok dlm gua kot barangkali... |
|
|
|
|
|
|
|
kena tengok bank statement ZR ni....
bank in by whom... how frequent... |
|
|
|
|
|
|
|
ada yg nak kena c4 la lepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dah 28 page baru nak saman bagai...ha ha ha
Assalamualaikum Warrahmatulallhi Wabarakatuh.
Pada Rabu 18hb April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan satu dakwaan bahawa seorang menteri telah memberi wang sebanyak RM 1.4 Juta kepada saya selama 4 bulan (Oktober, November, Disember dan Januari). Ia adalah susulan daripada kes pemandu peribadi saya yang melarikan wang saya sebanyak RM 200 Ribu.Untuk pengetahuan umum, saya melakukan perniagaan penjualaan kereta import bersama abang ipar saya serta perniagaan arang batu di Kalimantan, Indonesia bersama abang angkat saya.
Semua penyata akaun serta wang yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Ampang adalah benar tetapi ia adalah hasil titik peluh saya sendiri dalam perniagaan yang diceburi dan ianya tiada kaitan dengan seorang MENTERI yang dikaitkan oleh YB. Zuraida Kamaruddin kepada umum.Saya mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan yang diceburi setelah tidak lagi aktif dalam bidang lakonan kerana bagi saya perniagaan sendiri lebih menguntungkan untuk hidup yang lebih sempurna.
Ini adalah satu tanggapan yang serong terhadap saya dan keluarga kerana pertuduhan ini dapat menjejaskan karier perniagaan saya serta kehidupan seharian saya sebagai rakyat Malaysia
Mengikut undang-undang Malaysia, akta BAFIA 1989, mana-mana individu, syarikat atau juga badan kerajaan mahupun bukan termasuklah institusi kewangan (bank), dilarang sama sekali untuk mendedahkan mana-mana akaun peribadi, syarikat atau mana-mana badan badan kerajaan mahupun bukan kerajaan kepada UMUM dan SEKIRANYA ini terjadi, maka si PELAKU boleh dikenakan tindakan mahkamah.Mengikut akta tersebut juga, akaun kewangan seperti ini hanya boleh didedahkan dengan perintah HAKIM.Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk mendakwa Ahli Parlimen Ampang di mahkamah kerana mendedahkan akaun peribadi saya serta menfitnah saya berhubungan sulit dengan seorang MENTERI yang dikaitan bagi membersihkan nama baik saya serta keluarga saya.Sekian, terima kasih.Wassalam.Zahida Rafik20hb April 2012. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah 28 page baru nak saman bagai...ha ha ha
Assalamualaikum Warrahmatulallhi Wabarakatuh.
Pada ...
FaithNoMore Post at 23-4-2012 23:17
zuraida yang mana faith?... |
|
|
|
|
|
|
|
hmmmm.... saya cenderung untuk mempercayai apa yang dibising2kan di internet .... . |
|
|
|
|
|
|
|
jual keta import, jual arang batu....dlm bentuk cash...okay....right... |
|
|
|
|
|
|
|
zuraida hanya dedahkan dan minta pencerahan.tiba2 zahida nak saman dia apsal?.
nampaknya zahida mmg ada wang yg banyak dan tak nafikan ada transaksi wang ratusan ribu ringgit itu.ianya pula dilakukan secara tunai oleh drebarnya dan ada perjumpaan2 rahsia dihotel.penjelasan zahida ini lebih banyak menjerat dirinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry aku tak nak mengundi geng mcm ni..tmsuk kepalanyer hahahahha...S |
|
|
|
|
|
|
| |
|