Ahmad Izham Omar (dua dari kanan) bersama artis pemenang AJL27 lalu.
PETALING JAYA: Album Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) dilancarkan sebagai simbolik kejayaan acara berprestij yang telah pada 6 Januari lalu itu.
Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, album yang memuatkan 12 lagu finalis pada malam AJL27 tersebut adalah bukti penghargaan TV3 kepada semua pihak yang menyokong pertandingan berkenaan.
"Respons penonton yang meminta ulang siaran AJL27 membuktikan acara itu mencipta fenomena tersendiri.
"Album ini dikeluarkan sebagai tanda penghargaan kami kepada semua pihak terlibat dalam mencatatkan kejayaan AJL27," katanya.
Izham ditemui pada majlis pelancaran album itu dan penyampaian cek kepada para pemenang AJL27 di Sri Pentas, Bandar Utama di sini, petang Isnin.
Album yang julung kali dikeluarkan selepas 27 kali penerbitan AJL memuatkan 12 lagu finalis yang bertanding.
Dalam pada itu, Ketua Pengurusan Bakat, syarikat rakaman Monkey Bone iaitu Jacynta Au-Yong berkata, album itu juga akan menjadi profil kerja kepada para artis dan komposer terlibat sebagai sumber rujukan pada masa depan.
"Kualiti vokal dan persembahan kesemua peserta pada acara itu tidak memerlukan kami melakukan suntingan dan kemasan yang banyak untuk album ini.
"Satu kerugian jika persembahan yang berkualiti itu tidak diterbitkan dalam bentuk album yang boleh dijadikan rujukan serta profil kerja kepada artis dan komposer yang bertanding," katanya.
Album yang mengambil masa selama dua minggu untuk disiapkan itu bakal dipasarkan bermula minggu ini.
Selain format fizikal, album berharga RM29.90 ini juga boleh dibeli secara muat turun digital tidak lama lagi.
AJL27 memartabatkan lagu Terukir Di Bintang ciptaan dan nyanyian Yuna sebagai juara.
Dalam AJL27 lalu lagu Terukir Di Bintang ciptaan dan lirik oleh Yuna diumumkan sebagai juara lagu sehingga membolehkannya membawa pulang wang tunai RM35,000.
Naib juara dimenangi lagu Idola ciptaan Audi Mok, lirik oleh Azlan. Mereka menerima RM15,00 manakala tempat ketiga menjadi milik lagu Ku Akui ciptaan Ajai nyanyianHafiz yang turut menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.
Hafiz turut membawa pulang trofi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000.
Penyanyi Black dan RJ pula berkongsi kemenangan menerusi persembahan terbaik menerusi lagu Teman Pengganti. Mereka menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.
~~~ mstar.com.my ~~~ Last edited by blackberry90 on 5-2-2013 07:45 AM
Disebabkan tidak cukup rehat dan terlalu memaksa diri, telah memberi kesan buruk terhadap penyanyi berbakat, Hafiz Suip. Akibatnya pemuda berusia 22 ini sekarang mengalami sakit tekak yang teruk.
Justeru pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu tiga kali berturut-turut ini dinasihatkan doktor supaya berehat dari menyanyi sekurang-kurang tiga minggu. Selain, dia terpaksa berpantang, tidak boleh minum air dan minuman bersusu kecuali hanya air mineral.
"Dah dua minggu saya sakit tekak. Doktor kata tekak saya bernanah. Jadi buat masa ini saya tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti nyanyian sekurang-kurangnya tiga minggu. Kalau saya berdegil keadaan jadi bertambah teruk dan kemungkinan untuk sembuh memakan masa selama enam bulan.
"Doktor kata saya terlalu memaksa suara saya, tak cukup rehat dan... merokok tapi itu punca yang terakhir sekali (gelak). Disebabkan kesakitan ini, saya sukar mencapai not yang tinggi. Selain itu saya juga kerap merasa pening. Saya akan membuat pemeriksaan lanjut dan mengikut kata doktor, mungkin saya perlu menjalani pembedahan kecil pada tekak saya," beritahu Hafiz kepada malaysiandigest.com mengenai keadaan kesihatannya.
Pelantun Ku Akui ini ditemui pada majlis penghargaan & Penyerahan cek kepada para pemenang Anugerah Juara Lagu 27, bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama, petang semalam.
Hafiz menerima cek berjumlah RM22,000 menerusi kejayaan mendapat tempat ketiga (lagu Ku Akui) sekaligus mempertahankan trofi Vokal Terbaik pada pentas final AJL27 lalu.
Disebabkan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan, Hafiz terpaksa menangguhkan dulu albumnya. Bagaimanapun dia berharap artwork yang memuatkan sembilan lagu itu dapat direlease dalam bulan Februari ini.
Selain itu Hafiz bakal membuat konsert di Dewan Filharmonik Petronas sekitar bulan Jun nanti.
"Saya juga sedang buat persiapan bagi mengadakan konsert di Dewan Filharmonik Petronas. InsyaAllah dalam bulan Jun. Saya berasa bertuah dan bersyukur kerana bukan mudah untuk mendapat peluang keemasan sebegini. Lebih-lebih lagi dapat pula membuat persembahan bersama okestra,", katanya.
Mengaku Bercinta
Dalam pada itu tidak terlepas ditanya mengenai 'perkembangan hatinya' pula, Hafiz berkata dek kerana acapkali diasak dengan soal percintaan, dia akhirnya mengesahkan mengenai desas desus hubungan cinta dengan seorang gadis.
"Saya tahu, sampai bila saya mampu mengelak tentang perkara (hubungaan cinta) ni. Ya, saya mengakui saya bercinta. Tapi terlalu peribadi untuk saya dedahkan semuanya.
"Sebab dia (teman wanita) bukan orang dalam industri dan saya harus hormat privasi dia. Saya serius dengan dia. Saya kira fasa percintaan ini juga adalah satu proses perkembangan dalam hidup saya," katanya ringkas tanpa mahu mengulas lanjut mengenai gadis itu yang telah membuka pintu hatinya untuk kembali bercinta semula.
[backcolor=rgba(0, 0, 0, 0.796875)]mStar Online : Hafiz Suip Dedah Rahsia Sedang Hangat BercintaKhamis Februari 7, 2013 Oleh WAHIDUZZAMAN ([email protected])
file:///archives/2013/2/7/mstar_hiburan/hafiz.jpgHafiz sedang berehat panjang daripada aktiviti nyanyian kerana sakit tekak yang kronik. - Foto oleh LIM CHENG KIAT
PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz akhirnya mengakui dia sedang menjalin hubungan dengan seorang wanita yang dikenali hampir setahun lalu.
Pemilik nama penuh Mohd Hafiz Mohd Suip, 23, berkata, dia membuat keputusan untuk mendedahkan perkara itu kerana tidak mahu terus ditanya mengenai teman wanita selepas hubungannya dengan penyanyi Adira putus.
“Sampai bila saya hendak mengelak daripada ditanya (media) mengenai status hubungan?
“Jadi selepas berfikir panjang, saya ambil keputusan untuk berterus-terang sahaja apabila ditanya mengenai kekasih,” katanya ketika ditemuimStar Online.
Penyanyi lagu Ku Akui itu berkata, bagaimanapun dia tidak bersedia untuk mendedahkan identiti wanita itu atas permintaan kekasihnya yang enggan mendapat tempias populariti buat masa ini.
“Dia bukan orang dalam industri hiburan pun dan tidak mahu identitinya diketahui umum. Jadi saya tidak boleh dedahkan lebih terperinci mengenai dirinya.
“Cukuplah saya akui saya sedang bercinta sekarang,” katanya yang mengakui hubungan itu berada pada tahap yang stabil.
Sebelum ini, Hafiz pernah menjalin hubungan dengan penyanyi Adira selama hampir setahun.
Ditanya pula mengenai kerjaya, Hafiz berkata, dia terpaksa berehat panjang kira-kira tiga minggu daripada sebarang aktiviti nyanyian kerana mengalami sakit tekak yang serius.
“Mungkin sebab tidak cukup rehat dan saya jenis suka memaksa lontaran vokal ketika menyanyi.
“Saya susah hendak sakit tapi kalau kena sekali memang teruk jadinya.
“Doktor kata, kalau tidak berehat mungkin saya tidak boleh menyanyi langsung untuk tempoh enam bulan,” katanya yang terpaksa menangguhkan rakaman album terbaharunya gara-gara penyakit itu.
Di sebalik perbualan santai petang itu, Shae sempat memberitahu, kedatangannya kali kedua ke Malaysia masih belum lengkap. Kenapa?
“Ooh kerana Hafiz (penyanyi Awan Nano). Kedatangan saya ke Malaysia tahun lalu hanya tiga hari, jadi memanglah tidak sempat bertemu Hafiz. Kali kedua ini saya datang selama lapan hari, juga masih belum dapat bertemu Hafiz kerana saya difahamkan jadualnya sangat padat. Dia (Hafiz) antara penyanyi Malaysia saya minati untuk berduet,” kata Shae.