|
KPH VILLA - 101 - Jom Undi Matahari Di Carta Hot FM & ERA FM
[Copy link]
|
|
“Menang Tiga Trofi AIM20, Bukan Alasan Untuk Tidak Bekerja Keras!” – Hafiz
12/16/2013
Penyanyi, Hafiz, atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip tidak menyangka akan membawa pulang tiga trofi sekaligus pada malam kemuncak Anugerak Industri Muzik ke -20 yang berlansung di Stadium Putra Bukit Jalil pada Sabtu.
“Alhamdulillah, syukur, saya berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk abang LY Baiduri selaku pencipta lagu Bahagiamu Deritaku.
“Kemenangan ini bukan milik saya, tapi semua orang, bezanya cuma trofi ini disimpan dirumah saya.”ujarnya ketika ditemui pada sidang media AIM 20 baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, Hafiz memberitahu, kemenangan ini bukanlah alasan untuk tidak bekerja keras sebaliknya ia merupakan permulaan dan cabaran bagi dirinya.
“Selepas ini saya akan terus berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang lebih ‘fresh’…Bagi saya kemenangan ini bukan alasan untuk berkerja sambil lewa...buat saya terleka atau hanyut…tidak.
“Sebaliknya, saya ambil sebagai satu cabaran besar…Saya pasti, apabila saya menang anugerah, sudah pasti peminat menjangkakan sesuatu yang lebih.
“Saya juga ingin berterima kasih kepada peminat, terutamanya Hafiz FC yang menyokong sejak dari awal pembabitan saya dalam dunia seni…saya akan memberikan yang terbaik pada masa akan datang.”ujarnya mengakhiri perbualan.
Hafiz telah menerima anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (lelaki) menerusi lagu ‘Bahagiamu Deritaku’, Rakaman Album Terbaik dan Album Terbaik menerusi album ‘ Luahan Hati Anak Seni.’
~~~ astrogempak.com.my ~~~ |
|
|
|
|
|
|
|
Selepas Menang Besar AIM20, Hafiz Idam Gelaran Idola
Published on Monday, 16 December 2013
Ditanya siapa penyanyi lelaki yang nombor 1 tanah air di ketika ini, jawapannya sudah pastilah Hafiz Suip, berdasar trek rekod kejayaan yang dikecapi satu persatu sejak dua tahun lalu hingga kini. Dan malam Sabtu lalu hasil usaha keras anak kelahiran Kuching Sarawak ni sekali lagi diiktiraf sekaligus mencipta sejarah apabila dia memenangi 3 trofi pada anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20).
Malam kemuncak segalnya itu menyaksikan Hafiz memenangi anugerah bagi kategori Album Terbaik menerusi album Luahan Hati Anak Seni, Rakaman Album Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki).
"Ini adalah kemenangan saya yang pertama dalam AIM. Saya langsung tak sangka sebab saingannya hebat-hebat. Syukur ke hadrat Illahi dengan kemenangan ini dan terima kasih kepada semua pihak termasuk abang LY Baiduri selaku pencipta lagu Bahagiamu Deritaku.
"Bagi saya kemenangan dan trofi ini bukan milik saya seorang, ia milik semua calon. Cuma trofi disimpan di rumah saya,” kata Hafiz yang ditemui pada sidang media AIM 20.
Lebih bermakna, kata Hafiz apabila album keduanya itu diumum sebagai pemenang Rakaman Album Terbaik.
“Bila dapat tahu saya menang untuk kategori Rakaman Album Terbaik, saya memang terkejut dan bersyukur.
"Apatah lagi yang tercalon ada keistimewaan masing-masing dan saya tak yakin untuk menang. Tapi itulah dia keajaiban buat saya," ujarnya.
Bagaimanapun Hafiz berkata, kemenangan ini bukan alasan buatnya untuk tidak lagi bekerja keras atau bekerja sambil lewa kerana kemenangan tersebut adalah satu cabaran baru buatnya.
"Saya harap saya tak leka dengan kemenangan ni. Saya akan berusaha lebih gigih lagi. Saya selalu impikan yang satu hari nanti saya boleh jadi seperti idola-idola saya macam Dato' Siti Nurhaliza dan Dato' M. Nasir. Kalau boleh saya juga nak peminat-peminat jadikan saya idola mereka", katanya.
~~~ malaysiandigest.com ~~~
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum&Selamat Petang Warga KPH...Alhamdulillah...Rezeki Hafiz untuk penghujung 2013 ni menang 3 daripada 4 kategori di AIM2013. Tahniah buat semua. Macam biasa...den masuk sat tuk post artikel yang den simpan so far...
Sumber Kosmo 17 Dec 2013
|
|
|
|
|
|
|
|
Sumber Berita Harian 16 Dec 2013
|
|
|
|
|
|
|
|
Sumber Harian Metro 16 Dec 2013
|
|
|
|
|
|
|
|
Sumber Berita Harian 13 Dec 2013
|
|
|
|
|
|
|
|
Sumber Harian Metro 13 Dec 2013
|
|
|
|
|
|
|
|
Sumber Utusan Malaysia 8 Dec 2013
|
|
|
|
|
|
|
| |
|