|
[BORAK] ஜ ReLaX peKeNa PaSemBoQ V92 ஜMeh Borak2ஜ
[Copy link]
|
|
sfhzuraz posted on 4-11-2013 12:40 PM 
masa kaka belajar kt sana dulu pun dah cuti 2 hari...tp taim newyear tak cuti...raya cina sehari j ...
yup...cny sehari jer...
tapi itulah...cuti yg company kasi seminggu...
so give n take lah kaka...
|
|
|
|
|
|
|
|
cleef posted on 4-11-2013 12:35 PM 
salam akhir tahun
@sfhzuraz @ciksurie
salam akhir tahun cici 
|
|
|
|
|
|
|
|
sfhzuraz posted on 4-11-2013 12:41 PM 
salam akhir tahun gak kt cici...
dah get ready nk baca doa ke petang karang...
kt ofis la kaka....
doa blm gugel lg
|
|
|
|
|
|
|
|
ciksurie posted on 4-11-2013 12:53 PM 
salam akhir tahun cici
esok nk msk pulut kuning
|
|
|
|
|
|
|
|
ciksurie posted on 4-11-2013 12:52 PM 
yup...cny sehari jer...
tapi itulah...cuti yg company kasi seminggu...
so give n take lah kaka.. ...
kalo keje dgn company c mmg kebanyakan bg cuti seminggu...
pasal cuka nipah yg riri ckp semalam tu kan...hasben kaka ckp kalo apple cider pun lebih kurang gak khasiatnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
cleef posted on 4-11-2013 01:08 PM 
esok nk msk pulut kuning
nak jugaks...iols tahu kenapa 
|
|
|
|
|
|
|
|
cleef posted on 4-11-2013 01:08 PM 
kt ofis la kaka....
doa blm gugel lg
kaka pun kt opis...boring yahamat...keje ada...tp malas nk buat.....
tak gugel lagi takpe...petang karang bukakla rtm...ada la nanti baca doa akhir tahun live dari masjid...amin kan jer dari rumah...
|
|
|
|
|
|
|
|
sfhzuraz posted on 4-11-2013 01:09 PM 
kalo keje dgn company c mmg kebanyakan bg cuti seminggu...
pasal cuka nipah yg riri ckp semalam ...
a'ah...apple cider pung baguih...utk kuruskan badan...
tapi menatang tue mahai sikit
mek cici amalkan tak silap 
|
|
|
|
|
|
|
|
ciksurie posted on 4-11-2013 01:13 PM 
a'ah...iols pung selalu buat mcm nie...
bukak tibi satu ada
clash dgn luma tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
cleef posted on 4-11-2013 01:17 PM 
new year blues kaka
time2 maghrib ni tgh lyn tb3
mr arrogant 
|
|
|
|
|
|
|
|
ciksurie posted on 4-11-2013 01:12 PM 
a'ah...apple cider pung baguih...utk kuruskan badan...
tapi menatang tue mahai sikit
mek cici am ...
tu la...apple cider mahal sikit...kalo cuka nipah tu jauh la pulak nk meng'order'nya...kang pecah pulak botol tu odw nk sampai sini...
ok ke apple cider tu...kalo ok...nk la terai nanti...
|
|
|
|
|
|
|
|
cleef posted on 4-11-2013 01:18 PM 
clash dgn luma tak?
clash ..tgh nyanyi2x tue
|
|
|
|
|
|
|
|
cleef posted on 4-11-2013 01:19 PM 
ahaha..rajin awal2 je...xsmpt hbs sebotol pn...
tp kalo masak..guna cuka tu je
hahahha..tak abis lagi ghupernyer 
|
|
|
|
|
|
|
|
sfhzuraz posted on 4-11-2013 01:19 PM 
tu la...apple cider mahal sikit...kalo cuka nipah tu jauh la pulak nk meng'order'nya...kang pecah ... KHASIAT DAN KELEBIHAN CUKA EPAL ATAU APPLE CIDER VINEGAR
Wanita hari ini memang teruja untuk kelihatan cantik dan menawan. Namun begitu tidak semesti nya semua produk kecantikan mampu memberikan hasil yang terbaik.
Di http://epalvinegar.blogspot.com kami menawarkan satu lagi rawatan alternatif melalui produk organik, Apple Cider Vinegar . Apple Cider Vinegar ini diimpot dari Turki dan kini merupakan salah satu sumber makanan yang sangat popular di barat. Ia digunakan secara meluas samada dalam masakan atau sebagai produk makanan penjaga kesihatan, terutama bagi kaum wanita.
Apple Cider Vinegar adalah hasil campuran makanan sunnah seperti madu dan epal. Ianya penuh berkhasiat dengan kandungan fosforus, zat besi, chloride, sodium, kalsium, magnesium, silicon dan florid . Selain mengaktifkan proses penghadaman, bahan lecithin yang yang terdapat di dalamnya membantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkan lemak menjadi tenaga . Lecithin juga bertindak membantu meningkatkan konsentrasi dan daya ingatan atau memori. Bahan aktif lecithin juga menolong membekalkan nutrien penting kepada folikel rambut sekaligus menyubur dan menguatkan rambut anda.
Ia juga bertindak sebagai anti oksidan bagi menghalang proses penuaan kulit akibat pendedahan kepada pancaran UV selain berfungsi mencegah jeragat , binti-bintik hitam dan pelbagai masaalah kulit, terutama muka yang berminyak. Juga amat sesuai untuk badan yang berbau.
Apple Cider Vinegar juga adalah salah satu alternative terbaru bagi membantu menurunkan dan mengawal berat badan dengan lebih mudah, selamat dan berkesan. Ia mengandungi bahan aktif yang bertindak degan 3 cara iaitu mengurangkan selera anda untuk makan berlebihan. Menghalang penyerapan lebihan lemak dan minyak dalam tubuh dan membantu melancarkan sistem pelawasan.
Secara amnya Apple Cider Vinegar ini memberikan satu kelainan buat anda yang mahukan kejelitaan wajah dan tubuh yang kekal berseri dan senantiasa kelihatan menawan. Ianya dirumus agar kulit kelihatan lebih cantik, sentiasa muda luaran dan dalaman, tanpa mengira usia.
Antara kelebihan Apple Cider Vinegar ini ialah:
DETOX & KURUSKAN BADAN
Detox atau dalam bahasa mudahnya mengeluarkan toksin yang berlebihan dalam badan. Oleh itu secara tidak langsung membantu mendapatkan badan yang ideal....
Selain dari itu bahan ini mengandungi lecithin yang membantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkan lemak menjadi tenaga. selain dari itu lecithin juga membantu meningkatkan daya ingatan.
GOUT & ARTHRITIS
Gout, arthritis dan sakit-sakit yang melibatkan sendi dan sengal-sengal badan.
TEKANAN DARAH
Acetic Asid yang terdapat didalam cuka epal berkesan mengurangkan tekanan darah tinggi, menstabilkan tekanan dengan merehatkan salur darah. Penggunaan berterusan boleh menjadikan tekanan darah menjadi normal.
DIABETES / KENCING MANIS
Apple cider atau cuka epal boleh mengurangkan kadar gula dalam darah, seterusnya berupaya mencegah penyakit kencing manis dan arthritis.
JANGKITAN, SELSEMA & SAKIT TEKAK
Meredakan selsema, sakit tekak dan jangkitan kuman. Sangan berkesan untuk asma atau sinus (resdung). Juga menolong menjelaskan penglihatan dan memulihkan sistem pencernaan.
KULIT
Sangat baik untuk kulit yang bermasalah seperti eczema. Merawat kulit berjerawat, tompok hitam yang tak sekata pada kulit dan selulit...
BADAN / MULUT BERBAU
Menolong meneutralkan pH badan/mulut dan membunuh kuman/bakteria penyebab bau busuk ....juga boleh untuk kaki berbau.
KERACUNAN MAKANAN
Jika terkena keracunan makanan, minum 1 sudu setiap 5 minit selepas serangan keracunan. Juga boleh merawat cirit-birit dan diarrhea kerana bahan ini mengandungi kadar pectin yang tinggi yang boleh menyelaputi dinding kolon yang terengsa.... (anti-diarrhea)
KOLESTROL
Menolong mengurangkan paras kolestrol dengan adanya pectin yang merupakan sejenis fiber mudah larut dalam air dan juga asid amino yang dapat meneutralkan kolestrol LDL yang teroksida... dengan kata lain mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL cholesterol type) .. kolesterol jahat ini menyumbat saluran darah dan kalau tidak dibakar mengeluarkan sodium berlebihan dari badan (melalui peluh & perkumuhan)
AWET MUDA
Awet muda dan menaikkan seri (kerana tubuh yg bebas dari toksin menjadikan darah lebih bersih, usus bersih menyebabkan oksigen mudah sampai ke otak. Sel-sel tubuh menjadi segar.
Sebenarnya Apple Cider Vinegar ini tersimpan 1001 macam penawar, antara lain:
- sakit kepala dan migrain yang bepanjangan
- menguatkan tulang (estoporosis)
- merawat sistem pencernaan
- penyakit kulit dan alahan
- insomnia atau sukar tidur
- keracunan makanan
- sistem perkumuhan
- menghapuskan kelemumur
- sengugut dan sembelit
- mengurangkan paras kolesterol dalam badan
- mengelak dari penyakit kencing manis
- terdedah kepada pancaran matahari yang terik
- mengeluarkan toksin yang berlebihan dalam badan
- gout, arthritis dan sakit-sakit sendi serta sengal-sengal badan
- membantu meningkatkan konsentrasi dan memulihkan daya ingatan
- untuk masakan bagi menggantikan penggunaan cuka biasa
CARA PEMAKANAN
Satu sudu Apple Cider Vinegar dicampurkan dengan satu gelas air suam dan diminum sebelum sarapan pagi.
Cuka epal ini juga elok di minum waktu malam sebelum tidur.
Malah Nabi (saw) sendiri suka kepada khall (cuka yang di proses daripada buah, seperti tamar, epal dss).
Seorang sahabat nabi, Ibn Jabir pernah menceritakan bahawa pada suatu hari Rasulullah saw mengajaknya ke rumah baginda. Mereka kemudiannya dijamukan dengan roti.
Kemudian Rasulullah bertanya: "Adakah apa-apa sos perasa (dip)?"
Mereka menjawab: "Tidak, hanya ada cuka."
Nabi berkata: "Cuka adalah sos yang paling baik."
Nabi saw juga pernah meriwayatkan "Rumah yang menyimpan cuka tak akan menderita dari kemiskinan" - Diriwayatkan oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi
Hanya Allah saja tempat kita mengadu dan Dia akan mengilhamkan kepada kita melalui berbagai cara. Kesembuhan itu adalah milik Allah jua..sebagaimana firmannya dalam surah Asy-Syu'araa' ayat 80 yang bermaksud:
dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku
nie pacit gugel kasi tahu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|