CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Amandaminaj96

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI VOLUME 35

 Close [Copy link]
Post time 12-5-2021 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 12-5-2021 06:29 AM
Ni terbekenan kerepek, sedap & penuh kacangnya...abg tlg orderkan lg 2 balang, dpt lps Raya nanti. ...

Balik rumah nnt lepas raya boleh le berkruo krap pulak dgn adik-beradik yg dedekat dgn rumah SB nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2021 06:33 AM | Show all posts
Kak-Leen replied at 12-5-2021 05:32 AM
Sejak semalam  merata froup hantar QRCode!

Agak2 kalau xde pengunjung pun kita boleh tak apply ...

Haah...lps 2 hari Raya, leh ziarah rentas daerah segala kot...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2021 06:34 AM | Show all posts
Kak-Leen replied at 12-5-2021 05:33 AM
Balik rumah nnt lepas raya boleh le berkruo krap pulak dgn adik-beradik yg dedekat dgn rumah SB na ...

Penuh kereta semekut2 & kerepek2
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2021 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
.     .     .     .     .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2021 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 10-5-2021 12:26 PM
Ameen, salam kaben...sihat ke? dah nak raya dah ni

alhamdulillah sihat. Dila apa khabar? semoga sentiasa dalam rahmat-Nya
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2021 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum dan salam 30 Ramadhan buat semua sahabat2. moga Allah menerima segala amalan kita dan beroleh taqwa insya Allah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2021 06:55 PM | Show all posts
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 12 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);
  • Kes sembuh : 3,124 kes (411,360 kes kumulatif, 90.8%);
  • Kes baharu : 4,765 kes (453,222 kes kumulatif);
  • Kes import : 7 kes (5 warganegara, 2 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 4,758 kes [4,291 warganegara (90.2%); 467 bukan warganegara (9.8%)];
  • Kes aktif : 40,101 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :469 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 244 kes;
  • Kes kematian : 39 kes (1,761 kes kumulatif, 0.39%; 37 warganegara, 2 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 1,840kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 20 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,378 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 462 kluster.
Terdapat 39 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 10 kes di Johor, lapan (8) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lima (5) kesdi Selangor, tiga (3) kes di Sabah, masing-masing dua (2) kes di Kedah, Sarawak, Kelantan, dan Pahang, serta masing-masing satu (1) kes di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4yang disertakan bersama kenyataan media ini.
SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI PROTEIN SPIKE COVID-19 DI MALAYSIA
Merujuk kepada Sidang Media 12 Mei 2021, survelan genomik yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) ke atas 33 sampel COVID-19 dari 3 Mei 2021 sehingga 10 Mei 2021 telah mengenalpasti dan mengesahkan:
  • 14 kes tempatan COVID-19baharu yang dijangkiti varian South African B.1.351. Kes-kes ini telah dikesan di negeri Kelantan, Kedah, Selangor, dan Negeri Sembilan; serta
  • Satu (1) kes import bukan warganegara yang dijangkiti varian Indian B.1.617.2. Beliau telah meninggal dunia.
Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dijangkiti varian South African B.1.351 adalah sebanyak 62 kes dan varian Indian B.1.617 sebanyak dua (2) kes [masing-masing satu (1) kes sublineage B.1.617.1 dan B.1.617.2].
  • VarianSouth African B.1.351
Jadual 1: Ringkasan kes-kes COVID-19 dengan Varian South African B.1.351
Kes COVID-19SaringanVarian South African B.1.351
Kluster Jalan Lima574474
Kluster Jalan Kebun Baru1,1161,5859
Kluster Teknologi Emas2663333
Kluster Jalan Canning Estate25169310
Kluster Kampung Bunut Sarang Burung19233210
Kluster Kampung Domis 442 8997 kes baharu
Kluster Bangkahulu871,0421 kes baharu
Kluster Bayan Cenderawasih2228451 kes baharu
Saringan Kontak Rapat16 kes (4 kes baharu)  
Jangkitan COVID-19 selepas divaksinasi1 kes baharu
Jumlah62 (14 kes baharu)
  • Varian Indian VOI B.1.617.2
Satu (1) kes melibatkan bukan warganegara dengan varian Indian VOI B.1.617.2 telah dikesan di Malaysia. Kes ini tiba di Malaysia pada 7 April 2021 dan telah menjalani ujian COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA). Kedua-dua ujian saringan COVID-19 yang dijalankan pada 7 April 2021 dan 12 April 2021 adalah negatif. Walau bagaimanapun, beliau dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April 2021 apabila beliau dibawa ke Unit Kecemasan dan Trauma setelah mengalami gejala COVID-19 yang serius. Keadaan kesihatan beliau terus merosot dan  dilaporkan meninggal dunia pada 1 Mei 2021.
PEMATUHAN 100 PERATUS TERHADAP PROSEDUR OPERASI STANDARD (S.O.P) DI HARI RAYA
Seperti yang sering ditekankan oleh KKM dan MKN dalam sidang media, keadaan penularan COVID-19 dalam komuniti di negara kita adalah semakin meruncing. Kini, lebih banyak kes VOC dilaporkan. Di samping itu, peningkatan kluster-kluster terutamanya kluster rentas negeri, kenaikan sehingga 70 peratus kes jangkitan sporadik dalam komuniti  dan kenaikan sehingga 80 peratus kes tidak bergelaja adalah semakin membimbangkan. Oleh itu, masyarakat seharusnya mengambil iktibar dan berusaha untuk mengelakkan daripada dijangkiti virus COVID-19 yang merbahaya ini.
Sempena perayaan Aidilfitri yang bakal disambut umat Islam di seluruh negara pada hari esok 13 Mei 2021, KKM ingin mengingatkan rakyat supaya sentiasa patuh pada SOP Hari Raya seperti yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Rakyat dinasihatkan untuk mengelakkan dari menghadiri sebarang perhimpunan besar-besaran termasuk solat Hari Raya beramai-ramai melebihi had dibenarkan, dan menangguhkan aktiviti ziarah-menziarahi termasuk menziarahi kubur. Ingin diingatkan bahawa, pada tahun ini sahaja, terdapat peningkatan kluster yang begitu ketara. Sehingga kini, jumlah kluster komuniti adalah sebanyak 435 kluster di mana 129 kluster lagi yang masih lagi aktif. Kluster-kluster komuniti ini berpunca daripada jangkitan kontak keluarga dan kontak rapat, aktiviti keraian, pengebumian, perkahwinan, perayaan, dan lain-lain aktiviti sosial.
Seperti yang dilaporkan, majoriti mereka yang dijangkiti tidak mempunyai gejala (78.4 peratus) dan ini menjadikan risiko jangkitan serta penularan adalah amat tinggi sekiranya aktiviti kunjung mengunjung di hari raya tetap dilaksanakan. Oleh itu, sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan khas di musim perayaan ini iaitu:
  • Tiada rentas sempadan negeri dan daerah (berdasarkan sempadan daerah ditetapkan Kerajaan Negeri);
  • Solat Sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah; dan 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah mengikut ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri;
  • Tiada majlis sosial seperti aktiviti ziarah dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
KKM berharap masyarakat memahami situasi ini dan akur kepada nasihat yang dikeluarkan bagi kebaikan kita bersama. Jangkitan COVID-19 tidak mengenal mangsa, tempat, waktu, dan ketika. Sesiapa sahaja boleh dijangkiti sekiranya alpa dan mengambil sikap tidak endah. Marilah kita bersama-sama membantu diri kita, keluarga kita, kaum, dan masyarakat kita agar dihindari bahaya COVID-19.
HARI JURURAWAT SEDUNIA
Tanggal 12 Mei setiap tahun, Hari Jururawat disambut di seluruh dunia sebagai mengenang jasa golongan jururawat yang sanggup berkorban masa, tenaga dan bertungkus lumus dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. KKM ingin mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat di atas jasa dan bakti yang diberikan terutamanya ketika negara dilanda pandemik COVID-19.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
12 Mei 2021 @ 6.30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 12 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR2,082 (1)147,829
SABAH7059,073
JOHOR34848,960
WP KUALA LUMPUR540 (6)48,241
SARAWAK40536,726
PULAU PINANG25922,592
NEGERI SEMBILAN12220,148
KELANTAN  29718,048
PERAK17216,035
KEDAH22611,822
MELAKA1108,278
PAHANG636,014
TERENGGANU605,094
WP LABUAN62,497
WP PUTRAJAYA41,483
PERLIS1382
JUMLAH KESELURUHAN4,765 (7)453,222
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Ringkasan 39 kes kematian pada 12 Mei 2021 adalah seperti berikut:
No. KematianNegeriJantina (Warganegara)Umur (Tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1723WP PutrajayaPerempuan (WN)88Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik
1724SabahLelaki (WN)71Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
1725WP Kuala LumpurLelaki (WN)75Pusat Perubatan Universiti MalayaPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1726PerakLelaki (WN)74Hospital Taiping
1727KedahPerempuan (WN)87Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis dan jantung
1728SarawakLelaki (WN)43Hospital MiriPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1729SelangorLelaki (WN)56Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
1730KelantanLelaki (WN)65Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
1731KelantanPerempuan (WN)74Hospital Tanah MerahPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1732KedahLelaki (WN)73Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1733WP Kuala LumpurLelaki (WN)52Hospital Sungai Buloh
1734SarawakLelaki (WN)65Hospital KapitPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1735JohorLelaki (WN)78Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1736JohorLelaki (WN)76Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan strok
1737JohorLelaki (WN)53Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
1738MelakaPerempuan (WN)85Hospital MelakaPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
1739JohorPerempuan (WN)60Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan obesiti
1740SelangorPerempuan (WN)58Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1741Negeri SembilanLelaki (WN)63Jenazah dibawa ke Hospital JempolPenyakit darah tinggi
1742TerengganuLelaki (WN)70Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1743WP Kuala LumpurLelaki (WN)64Hospital SelayangPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
1744PahangLelaki (WN)67Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanPenyakit darah tinggi, paru-paru obstruktif kronik, dan epilepsi
1745SelangorLelaki (WN)62Hospital KajangPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
1746SelangorLelaki (WN)53Hospital Kuala LumpurPenyakit darah tinggi, hati, dan buah pinggang kronik
1747SabahLelaki (WN)61Jenazah dibawa ke Hospital Lahad DatuPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan gout
1748JohorLelaki (WN)60Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruLimfoma
1749JohorLelaki (WN)59Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1750JohorPerempuan (WN)88Hospital Sultan Ismail, Johor BahruPenyakit darah tinggi
1751JohorPerempuan (WN)73Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit darah tinggi dan jantung
1752JohorLelaki (WN)76Hospital Sultan Ismail, Johor BahruPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1753JohorLelaki (WN)58Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit kencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang kronik
1754WP Kuala LumpurPerempuan (WN)71Hospital SelayangPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
1755WP Kuala LumpurPerempuan (WN)84Hospital SelayangPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
1756WP Kuala LumpurLelaki (WN)67Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
1757WP Kuala LumpurLelaki (WN)65Hospital AmpangPenyakit darah tinggi
1758WP Kuala LumpurPerempuan (WN)61Hospital SelayangPenyakit buah pinggang kronik dan kanser usus
1759PahangPerempuan (WN)84Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1760SelangorLelaki (BWN)64Hospital Kajang
1761SabahPerempuan (BWN)73Jenazah dibawa ke Hospital TawauPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.
LAMPIRAN 3
Perincian 4,765 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 12 Mei 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR2,0822171,3771487
SARAWAK4053830958
JOHOR34810415292
WP KUALA LUMPUR540782946162
PULAU PINANG25936114109
KELANTAN2972418489
NEGERI SEMBILAN122135851
KEDAH226429391
PAHANG63212913
PERAK172934237
MELAKA110673310
SABAH70332512
TERENGGANU6083814
WP PUTRAJAYA431
WP LABUAN624
PERLIS11
JUMLAH KESELURUHAN4,7657762,75271,230
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 12 MEI 2021
No.Nama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah Disaring
1Tapak Bina Persiaran TanjungTempat KerjaSelangorSepang53173
2Persimpangan Batu ArangTempat KerjaSelangorGombak dan Hulu Selangor163577
3Tapak Bina Bukit Semenyih 2Tempat KerjaSelangorHulu Langat dan Kuala Langat105169
4Industri Jalan EmasTempat KerjaSelangorKuala Langat dan Klang311,588
5Persiaran Masjid LimaTempat KerjaSelangorPetaling, Klang, Kuala Langat, dan Kuala Selangor26212
6Persiaran SatuTempat KerjaWP Kuala LumpurCheras2791
7Tapak Bina Batu LimaTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai20372
8Jalan Segambut PusatTempat KerjaWP Kuala Lumpur dan SelangorKepong dan Gombak923
9Jalan Tembaga IndustriTempat KerjaJohorJohor Bahru dan Kota Tinggi24258
10Jalan Gangsa IndustriTempat KerjaJohor Johor Bahru1583
11Jalan TerbilangTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah4343
12TelipotTempat KerjaKelantanKota Bharu, Tumpat, Tanah Merah, Machang, Bachok, dan Pasir Puteh46188
13Nanga SkrangKomunitiSarawakSri Aman2766
14Skim Penempatan StapokKomunitiSarawakKuching dan Bau26117
15Kampung Tok SangkutKomunitiKelantanPasir Mas1043
16Kahang TimurKomunitiJohorKluang42122
17Tanjung KaporKomunitiSabahSemporna89
18Lorong Taman Ipoh DuaKumpulan Berisiko TinggiPerakKinta dan Kuala Kangsar2150
19Jalan MuafakatKeagamaanJohorJohor Bahru39163
20KebaguInstitusi Pendidikan KPMSabahKota Kinabalu dan Papar15281`




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2021 06:57 PM | Show all posts
kuihbakar replied at 12-5-2021 03:54 PM
Assalamualaikum dan salam 30 Ramadhan buat semua sahabat2. moga Allah menerima segala amalan kita da ...

*SALAM 30 RAMADHAN AL-MUBARAK 1442*




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه
& وَعَلَيْكُمُ الْسَّــــــــــلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــــــهِ وَبَرَكَــــــــــاتُة الحمد للّه


*Semoga hari ini kita sentiasa dalam perlindungan ALLAH swt, dipermudahkan segala urusan, perjalanan, diteguhkan silaturrahim sesama kita, dilimpahkan dengan rezeki yang bertambah dan sentiasa  memperoleh rahmat dari Nya*


آمِيّنْ آمِيّنْ  آمِّيْنَ يَا رَبَ الْعَالَمِيْنَ ...

*Terima Kasih *

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2021 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 12-5-2021 06:30 AM
Abg dah order je lemang & rendang ayam kampung  ingat nak masak pasta nanti...

Siap dah juadah utk kami berlima esok.. Lemag 3 batang, rendang daging sebekas, sambal jawa, serunding ni beli. Yg masak hanya ketupat, sambal daging sekg & rendang berempah itik 4kg. Buat lebih sebab si bongsu nak bawa balik maktab nanti.

Tgh bertakbir dgn anak2 utk meriahkan suasana dlm rumah sendiri...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2021 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 12-5-2021 06:33 AM
Haah...lps 2 hari Raya, leh ziarah rentas daerah segala kot...

Hari ni kes di Kluang saja dah 68. Kawan si bongsu oun dah naik ambulance pagi tadi utk kuarantin sebab positif. Sedih hati rasanya sebab kenal kawan dia dan mak dia sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 12-5-2021 06:33 AM
Haah...lps 2 hari Raya, leh ziarah rentas daerah segala kot...

Kami dok ontok2 dlm rumah je la kot, Sb.. Kes hari ni je dah boleh buat akak pitam. 2 kes dlm taman masih aktif. Dua close contact quarantined rumah belakang & depan tu. Lauk pun cukup 2,3 minggu ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 12-5-2021 06:34 AM
Penuh kereta semekut2 & kerepek2

Wah! Berjemaah tu nanti!

                  
      
           
                          
     
Selamat Hari Raya
   Aidilfitri     
                          
Memohon  
Ampun dan Maaf
   Zahir & Batin     
                        
                  
Semoga Allah Menerima
amal kita semua
Dan
Semoga dipertemukan
lagi di Ramadhan
     tahun depan.  
                       
         
      
            Ikhlas dari
             Kak-Leen

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 12-5-2021 04:54 PM
Assalamualaikum dan salam 30 Ramadhan buat semua sahabat2. moga Allah menerima segala amalan kita da ...

Hi Burn!
Selamat Hari Raya AidilFitri dan maaf jika ada salah silap akak selama kita berforum ni.

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 12-5-2021 10:31 PM
Siap dah juadah utk kami berlima esok.. Lemag 3 batang, rendang daging sebekas, sambal jawa, serun ...

Wah...bab ni sama - Lemang 3 batang, rendang daging sebekas, sambal jawa, serunding...+ rendang ayam kampung...
MAT RI YA...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 13-5-2021 12:32 AM
Kami dok ontok2 dlm rumah je la kot, Sb.. Kes hari ni je dah boleh buat akak pitam. 2 kes dlm tama ...

Ni pakai dress raya yg coklat...mood beraya on haha...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 13-5-2021 12:38 AM
Wah! Berjemaah tu nanti!

                  

MAAF ZAHIR BATIN... 0-0

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2021 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Di kesempatan ini, den menyusun 10 jari mohon ampun & maaf, jika ada tersalah silap ketika mereply posts semua, terkasar bahasa/gurauan, terlanjur perkataan sehingga menyakiti perasaan samada tidak sengaja atau sengaja, sepjg den di sini. Semoga kita semua diberkati dan dilindungiNya selalu. Aamiin Allahumma Aamiin.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 13-5-2021 12:14 PM
Scheherazade replied at 13-5-2021 11:25 AM
Di kesempatan ini, den menyusun 10 jari mohon ampun & maaf, jika ada tersalah silap ketika mereply p ...

Mat Ri Ya 0-0...menu pe? Ni tadi nasi lemak telur gedik.& sambal sotong kering...capati & ayo tembikai...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2021 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat hari raya! Menu pe tu?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
.    .    .    .    .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 05:01 AM GMT+8 , Processed in 1.328088 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list