|
Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat Melayu Zaman Silam
[Copy link]
|
|
Edited by robotech at 11-3-2019 08:41 PM
Busana Puteri Perak (Perak)
Diinspirasikan dari kecantikan gaya puteri2 kerabat diraja, Busana Puteri Perak yang dipakai oleh oleh kerabat diraja Perak mengagumkan mata memandang.
Busana asal terdiri dari pakaian baju berlengan panjang berserta seluar bersama pasangan kain songket yang diikat ke pinggang ibarat sampin yang diikat kemas. Kolar baju berbentuk stail cekak musang dan rekabentuk Busana Puteri Perak kekal tidak berubah mengikut peredaran masa, tidak seperti trend Baju Kurung Cekak Musang dan Baju Melayu yang berubah2 mengikut citarasa pengguna.
Kini, Busana Puteri Perak biasanya dikenakan sebagai pakaian pengantin oleh wanita Melayu kelahiran Perak yang ingin meneruskan tradisi kebudayaan Pereak dengan harapan menjadi Puteri di hari persandingan mereka. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 11-3-2019 08:41 PM
Baju Kurung
Baju Kurung ialah busana yang memasangkan kain sarung dan baju kurung labuh yang sentiasa dipakai oleh wanita kaum Melayu. Baju Kurung melambangkan penutupan aurat dan falsafah itu diterapkan dari segi pemakaian baju kurung yang longgar dan labuh menutupi susuk tubuh wanita Melayu mengikut tuntutan agama dan adat.
Baju Kurung kekal menjadi pakaian tradisional wanita Melayu paling popular sehingga kini, sesuai dipakai dan masih kelihatan di setiap jalanan di Malaysia, mungkin kerana ia dianggap patuh syariah dan memenuhi kehendak pemakaian Islam sekiranya dipasangkan dengan tudung kepala.
Dengan pelbagai variasi penggunaan fabrik berbeza dan citarasa fesyen terkini, menjadikan Baju Kurung dari pemakaian baju kurung agak kasual seharian dari rumah hingga ke tempat kerja, dari uniform sekolah ke pakaian bercitarasa mewah, dan pakaian upacara rasmi mengikut kesesuaian semasa.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
PAKAIAN PUTERI GUNUNG LEDANG (DIINSPIRASI DARI GAYA PUTERI MAJAPAHIT)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kapal Mendam Berahi
Artwork : Nor Salim Mohamed Dawam (Grafik Harian Metro)
|
|
|
|
|
|
|
|
Kapal Mendam Berahi
Artwork : Walid Muhammad وليد محمد
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
GAJAH DI BATANG HIDUNG TIADA SEDAR
Pada 1511, ketika peperangan antara tentera Portugis dan Melaka sedang kemuncak, suara amukan seekor gajah bergema ke seluruh kota. Kita tahu daripada catatan sejarawan Portugis, Gaspar Correia, mereka cuba menikam telinga dan perut gajah itu, lalu dalam ketakutan ia mengamuk dan merempuh apa-apa sahaja di hadapannya.
Hebat betul orang Melaka berjuang! Tetapi gajah bukanlah binatang pertama yang kita akan terbayang apabila orang menyebut sejarah negeri Melaka. Kita sudah terbiasa dengan imej pelanduk putih menendang anjing perburuan Raja Iskandar Syah. Padahal di Melaka ada tempat bernama Alor Gajah, Batu Gajah, dan Gajah Berang.
Nak tahu sejarah gajah di Melaka kita kena kembali ke kitab Sejarah Melayu di mana gajah sangat penting dalam istiadat raja Melayu. Misalnya, apabila “raja bergajah, Temenggung di kepala, Laksamana atau Seri Aldiraja di buntut, memikul pedang kerajaan.”
Gajah juga menjadi simbol kedudukan seorang perutusan yang datang ke negeri Melaka. Lain kedudukan orang itu, lain binatang atau alat kebesaran yang akan digunakan: “Jikalau orang patut bergajah, dibawakan gajah, maka jika patut berkuda, dibawakan kuda; jikalau tiada patut berkuda, jalan saja dengan payung dan gendang dan serunai.”
Sekejap, bukankah gajah binatang liar dari hutan? Betul, sebab itu diceritakan dalam Sejarah Melayu mengenai pembesar-pembesar Melaka yang mahir menjinakkan gajah seperti Seriwa Raja dan Laksamana Khoja Husain. Ketika Melaka sedang berperang dengan Pahang, Sultan Mahmud pernah menghantar Laksamana Khoja Husain untuk mencuri gajah pihak musuh. Disebabkan Laksamana Khoja Husain pandai menjinakkan gajah, beliau bukan sahaja berjaya melarikan beberapa ekor gajah, tetapi juga gajah milik raja Pahang bernama Biman Cengkobat.
Kekuatan gajah sebagai alat perang betul-betul tergambar apabila Melaka menghadapi tentera Portugis. Sultan Melaka sendiri menunggang gajah perang dengan dua ekor lagi mengiringinya. Sejarawan Portugis Joao de Barros menceritakan bagaimana tentera Portugis diserang oleh gajah-gajah yang menarik “bangunan berbentuk istana di belakang badan, dan di dalamnya terdapat panglima-panglima yang memanah.” Ini sudah macam kereta kebal pada zaman sekarang !
Sayang sekali, selepas kejatuhan Melaka, gajah terus terpinggir di hutan dan menjadi buruan gading pihak kolonial. Munshi Abdullah menceritakan bagaimana pada zaman Inggeris seorang Pawang Gajah diupah memburu. Kemudian sebuah kandang besar turut dibina. Hampir kesemua gajah yang ditangkap akhirnya mati kelaparan dan sisa gading dihantar ke England.
Jadi apa sahaja gajah yang masih tinggal di Melaka ? Kalau menurut laporan akhbar The Star, Melaka ialah negeri dengan jumlah “gajah putih” yang terbesar. Adakah ini sesuatu yang boleh dibanggakan ?
https://www.thestar.com.my/opini ... 2UpsY6DXI2tnmLJCtSU
Sources : https://www.facebook.com/melakainfact/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by HangPC2 at 16-2-2019 12:59 PM
Hang Tuah Vs Japanese Samurai (Cin Cu @ Shinju)
Artwork : Walid Muhammad وليد محم
Design copyrighted © by STUDIO HIKAYAT
|
|
|
|
|
|
|
|
sebelum tu, dalam filem P Ramlee, lupa dah tajuk apa
Pulau Kezambo...tu pelakon2nya menari berkemban
|
|
|
|
|
|
|
|
Busana Melayu Era Melaka
Artwork : Mohd Agg (Ageg77)
Busana Melayu Era Johor
|
|
|
|
|
|
|
|
Hikayat Hang Tuah
Artwork : Walid Muhammad وليد محمد
|
|
|
|
|
|
|
|
Gagahnya hang Tuah. Nampak hebat sangat pahlawan melayu dulu dulu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|