CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: avrilizana

Sweet Scha Alyahya - Kata Kau - Astro RIA ch 104 setiap Jumaat

[Copy link]
Post time 28-9-2009 12:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 28-9-2009 12:04

Rindukan Scha? Tonton Awan Dania Musim Kedua Malam Ini!
Dikemaskini oleh M pada September 28th, 2009

Credit 2 ohbulan!




Anda, yang rindukan Scha dalam drama Awan Dania, boleh menonton semula kemunculan beliau untuk musim kedua, bermula malam ini! Yeehoo!

Aku pasti, ramai sangat yang meminati Scha, kalau tidak masakan’lah rakan kami, Beautifulnara boleh berkata kepada Jojo Styrus, bahawa Scha lebih cantik daripada diri’nya. Kejam sangat ok!

Awan Dania musim kedua masih mengekalkan pelakon-pelaon asal seperti  Scha Al-Yahya, Irma Hasmie dan Mustafa Kamal selain membawa masuk pelakon-pelakon baru dan lama seperti Fizow Omar, Jehan Miskin,  Aida Aris, Yasmin Khanif, Wany Mustafa, Eyta Mahmud dan Enny Ridwan.




Sedikit sinopsis hasil garapan penulis skrip & pengarah mengenai drama musim terbaru ini. Kata mereka, Awan Dania 2 berkisar kepada kehidupan seorang gadis yang bernama Dania yang berjaya mencapai impiannya untuk menjadi pramugari di sebuah syarikat penerbangan sebelum ini.

Bagaimanapun, disebabkan menghormati persahabatan dengan rakannya, Dania mengambil keputusan untuk berhenti dari syarikat penerbangan lama dan menganggur untuk seketika.



Walaupun begitu, impian Dania untuk terbang di awan tidak pernah luntur dan akhirnya peluang tersebut datang apabila sebuah lagi syarikat penerbangan menawarkan peluang pekerjaan sebagai pramugari.

Dania pergi ke sesi temuduga dan bertemu dengan salah seorang dari pengurus kanan di situ, Safura. Dania telah mengembalikan kenangan pertama sewaktu dia bekerja dengan usia yang lebih mentah dan diterima bekerja di situ.

Episod baru dalam hidup Dania bermula sejurus memulakan tugasannya di tempat yang baru yang dikelilingi dengan rakan-rakan baru serta cabaran yang perlu ditempuhi termasuklah Benjy (lakonan Jehan Miskin) yang menagih cinta Dania.

So, jangan lupa tonton perjalanan hidup Dania dan rakan-rakannya yang penuh warna-warni menerusi drama hebat Awan Dania 2 yang akan bersiaran pada setiap hari Isnin, bermula pada 28 September ini, jam 9.00 malam, hanya di Astro Ria (saluran 104).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2009 07:41 PM | Show all posts
Jangan lupa Awan Dania 2 bermula malam ini! 28 Sept 09, 10 pm di Astro RIA (Ch104)

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 12:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 29-9-2009 00:07

Awan Dania Musim Kedua Malam Ini
September 28th, 2009

KISAH DI LANGIT BIRU KEMBALI LAGI!
Awan Dania musim kedua temui peminat September Ini!


Budiey rasa nak tengok Scha Al Yahya dalam drama terbaru musim ke-2, Awan Dania la malam ni…




Cantik… kacak… bergaya dan glamor adalah perkara pertama yang pasti terlintas di fikiran masing-masing apabila kerjaya sebagai pramugari mahupun pramugara disebut-sebut. Dari seorang gadis lasak dan cekal, Dania berjaya menonjolkan sifat kesopanan dan lemah lembut seorang wanita menerusi kerjayanya sebagai seorang pramugari.


Pelakon-pelakon Awan Dania 2_ dari kiri - Delaila Adnan, Scha Al-Yahya dan Jehan Miskin


Di bawah payung penjenamaan Astro Megadrama, destinasi utama bagi drama-drama Melayu hebat yang cukup sinonim dalam membariskan variasi program dan drama mantap menerusi salurannya yang pelbagai, Astro dengan bangganya meneruskan penceritaan Dania menerusi drama bersiri yang akan kembali menemui para penonton pada setiap hari Isnin, 28 September 2009, jam 9.00 malam menerusi Astro RIA (saluran 104).

Drama bersiri komedi ringan 26 episod mengenai pekerja-pekerja di langit biru ini kembali buat musim kedua ini terus diolah dengan pengisian dan konsep penceritaan yang lebih mantap, padat dan segar serta disusuli dengan kualiti produksi yang bermutu tinggi yang turut mengekalkan Azizi Chunk Adnan selaku pengarah. Beliau juga dikenali ramai menerusi filem arahan beliau iaitu Antoo Fighter.


Scha Al Yahya



Awan Dania musim kedua turut mengekalkan pelakon-pelaon asal seperti  Scha Al-Yahya, Irma Hasmie dan Mustafa Kamal selain membawa masuk pelakon-pelakon baru dan lama seperti  Fizow Omar, Jehan Miskin,  Aida Aris, Yasmin Khanif, Wany Mustafa, Eyta Mahmud dan Enny Ridwan.

Awan Dania 2 berkisar kepada kehidupan seorang gadis yang bernama Dania yang didokong oleh pelakon berbakat Scha Al Yahya yang berjaya mencapai impiannya untuk menjadi pramugari di sebuah syarikat penerbangan sebelum ini.

Bagaimanapun, disebabkan menghormati persahabatan dengan rakannya, Dania mengambil keputusan untuk berhenti dari syarikat penerbangan lama dan menganggur untuk seketika.

Walaupun begitu, impian Dania untuk terbang di awan tidak pernah luntur dan akhirnya peluang tersebut datang apabila sebuah lagi syarikat penerbangan menawarkan peluang pekerjaan sebagai pramugari.

Dania pergi ke sesi temuduga dan bertemu dengan salah seorang dari pengurus kanan di situ, Safura. Dania telah mengembalikan kenangan pertama sewaktu dia bekerja dengan usia yang lebih mentah dan diterima bekerja di situ.

Episod baru dalam hidup Dania bermula sejurus memulakan tugasannya di tempat yang baru yang dikelilingi dengan rakan-rakan baru serta cabaran yang perlu ditempuhi termasuklah Benjy (lakonan Jehan Miskin) yang menagih cinta Dania.

Ketahui suka-duka perjalanan hidup Dania dan rakan-rakannya yang penuh warna-warni menerusi drama hebat Awan Dania 2 yang akan bersiaran pada setiap hari Isnin, bermula pada malam ini 28 September ini, jam 9.00 malam, hanya di Astro Ria (saluran 104).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 01:40 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 29-9-2009 01:41

Scha Enggan Bicara Perihal Fahrin?
by gua.com.my | 28 Sep 2009






Apabila bercerita tentang pelakon Scha, secara tidak langsung nama Fahrin Ahmad akan timbul. Mana tidaknya, kisah mereka semakin menjadi perhatian umum semenjak ada pengakuan percintaan oleh salah seorang daripada mereka. Malah keakraban yang ditunjukkan keduanya mengesahkan lagi kisah percintaan mereka.

Sejauh mana kebenaran kisah cinta mereka tidak dapat dipastikan kerana masing-masing tidak mahu mengaku secara terang-terangan apabila ditanya.

Baru-baru ini GUA dengar Scha enggan berbicara soal Fahrin lagi selepas ini. Malah, ini adalah sebahagian daripada azam 2010.

Menurut Scha, dia bukan membenci Fahrin, tetapi sejak ada yang menulis mengenai pengakuan percintaan mereka, dia mahu lebih berhati-hati apabila berbicara selepas ini. Baginya, lebih manis untuknya berbicara mengenai diri sendiri daripada bercerita mengenai Fahrin yang merupakan antara lelaki yang rapat dalam hidupnya kini.

Bagi GUA, apabila ada nada kurang selesa daripada Scha, itu menandakan hubungannya bersama Fahrin mempunyai masalah. Mungkinkah kemesraan yang ditonjolkan selama ini hanya lakonan semata-mata?

Hanya Scha dan Fahrin sahaja yang tahu sejauh mana kejujuran hubungan masing-masing. Iyalah, selepas ini kedua-duanya akan saling bersua untuk sebuah program tarian. Harapnya pisang tidak berbuah dua kali buat Fahrin, terpaksa berlakon mesra dengan pasangan pengacara walapun keduanya tidak lagi sebulu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 08:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 29-9-2009 08:48

Scha sudah bersedia
Oleh Zaidi Mohamad
[email protected]



MAMPUKAH Scha dan Fahrin mengacarakan program ini biarpun mereka dikatakan sudah berpisah.


Sehati Berdansa masih kekalkan Fahrin, Awal

SCHA AlYahya mengakui sudah bersedia sepenuhnya untuk menerima tanggungjawab sebagai hos program Sehati Berdansa musim baru apabila Astro memilihnya sebagai menggantikan tempat Linda Onn.

“Saya berterima kasih kepada pihak Astro yang memberi peluang untuk ini. Ketika ini, saya menonton ulangan program Sehati Berdansa musim lalu. Saya banyak melihat konsep dan cara kendalian program ini berlangsung dalam skala penonton secara langsung.

“Linda Onn sudah menjalankan tugasnya dengan baik. Linda seorang hos yang bagus dan saya menjadikannya idola dalam perihal pengacaraan. Saya sudah bersiap sedia secara mental dan fizikal kerana soal dibandingkan dengan Linda akan berlaku,” kata Scha yang akan muncul dengan drama Awan Dania musim kedua tak lama lagi.

Pengumuman Scha sebagai hos Sehati Berdansa musim dilakukan oleh Astro Ria pada sidang media pada 14 September lalu. Selain Fahrin, turut dikekalkan ialah Awal Ashaari yang ditugaskan untuk mengacarakan segmen Debaran Sehati Berdansa.

Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan berkata, pemilihan pelakon itu bukanlah bermakna Linda Onn gagal memainkan peranannya sebagai hos Sehati Berdansa selama dua musim berturut-turut.
“Tiada kurangnya Linda kerana dia menunaikan tanggung jawabnya dengan baik. Scha seperti tenaga baru yang diharap mampu menjana dengan baik sekali gus meneruskan kelangsungan program ini. Kita masih mengekalkan Fahrin dan Awal.

“Selain Scha, kita juga memperkenalkan perunding tarian dan persembahan mingguan yang baru menggantikan Mat Kasan iaitu Farah Sulaiman. Farah ialah pengasas Sayang Academy of Dancing dan berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang tarian” kata Khairul lagi.

Sementara itu, Fahrin yang ditemui di majlis ini berkata, tanggungjawabnya sebagai hos Sehati Berdansa tetap disempurnakan sebaik mungkin tanpa mengira siapa pun gandingannya.

“Menjadi pelakon dan sebagai pengacara program TV sudah menjadi rezeki saya. Saya tidak boleh merungut dengan kerja yang diberi. Pada peringkat awal pun saya sendiri tidak tahu menahu akan digandingkan dengan Scha,” katanya.

Mahu bersikap profesional, Fahrin juga menjelaskan, dia tidak menghadapi masalah untuk berkongsi pengalaman dengan Scha bagi mewujudkan keserasian ketika menjadi hos bersama program Sehati Berdansa musim terbaru.

Manakala Awal pula mengakui tanggungjawabnya kini bertambah apabila ditugaskan untuk mengacarakan segmen Debaran Sehati Berdansa yang bakal mengumumkan peserta yang akan tersingkir.

“Dua musim terdahulu, Debaran Sehati Berdansa dikendalikan oleh hos utama. Saya hargai peluang ini dan mungkin juga selepas bekerjasama dengan Astro selama ini, mereka senang bekerjasama dengan saya,” katanya yang turut mengacarakan Rentak Bolly di saluran berbayar Astro, B4U.

INFO: Sehati Berdansa



Di adaptasi daripada format program hiburan popular antara bangsa. Sama seperti musim-musim terdahulu, pasangan selebriti yang terbabit akan menari untuk membantu mengumpul dana bagi badan kebajikan terpilih.


Persembahan pasangan selebriti ini akan diadili dengan sistem pemarkahan sebanyak 50 peratus oleh juri profesional dan 50 peratus lagi daripada undian penonton.


Sehati Berdansa sebelum ini telah menyaksikan pasangan Rashidi Ishak dan Vanidah Imran muncul sebagai juara musim pertama diikuti dengan pasangan Fauzi Nawawi dan Lisdawati yang tampil sebagai juara musim kedua.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 10:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 29-9-2009 10:19

More Cute Pictures Gallery Of Scha Al Yahya



The most popular Malaysia female celebrity in this blog, Scha Al-Yahya is back with her cute pictures to satisfy her fans. These lovely pictures of Scha was taken during the filming of Histeria The Movie.
No more talk, let’s enjoy Scha Al Yahya cute, beautiful and charming pictures by reading the full article. Lagi koleksi gambar terbaru Scha Al Yahya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.







Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2009 10:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 29-9-2009 10:29

(GAMBAR)Scha Al Yahya Yang Tak Menang ABPBH 2008




Walaupun kecewa kerana Scha tak menang anugerah ABPH 2008 untuk Artis Wanita Baru Popular, kami tetap percaya yang Scha lebih popular dari Stacy. Mungkin sebab gosip murahan Scha dengan Fahrin menyebabkan ramai peminat tak mengundi dia.

Tak apa Scha. Tahun depan punya anugerah kami akan pastikan anda menang. Kami akan kumpul duit banyak-banyak tahun nie untuk beli suratkhabar Berita Harian sebanyak mungkin tahun depan.

Untuk mengubati kelukaan di hati kepada peminat-peminat Scha, kami bawakan kepada anda koleksi gambar Scha Al Yahya merempit dengan kereta dalam filem Evolusi KL Drift yang bakal ditayangkan tak lama lagi.





Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 10:35 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 29-9-2009 10:36

Awan Dania 2, Bawaku Terbang Bersama Scha




Yeahhhhhhhhhh ~~~ Berjaya layan episod pertama Awan Dania musim ke 2 kat Astro Ria semalam. Memang tak berkelip mata dibuatnya mengusha Scha Al Yahya. Almaklumlah kami nie kipas susah nak mati (die hard fan) dia.  Siap dah bagitau kat mak tadi yang setiap hari Isnin pukul 9 malam Tv kat rumah telah dichop oleh kami untuk tengok Awan Dania 2 nie.

Tapi sebenarnya selain dari Scha nie ramai lagi pelakon-pelakon old school yang hebat-hebat belaka. Ada Mustafa Kamal,  ada Jehan Miskin yang dah tak berpeluh ketiaknya dan tak lupa jugak Aida Aris. Pelakon-pelakon baru pun ada gak. Wany Mustafa ada, Irma Hasmie ada dan ramai lagilah. Pendek kata kalau tak minat Scha, leh layan cerita nie sebab ramai pelakon-pelakon best. Cuma kurang best sebab Nasha Aziz ngan Remy Ishak dah tak ada dah.

Apa sebenarnya jalan cerita Awan Dania 2 nie? Ala secara sempoinya Scha nie sekarang pergi kerja kat tempat baru. So ada cabaran baru kat situ. Dulu kan Air Asia kalau tak silap. Skang nie kat Firefly pulak. Kalau nak tau apa plak si Scha nie punya perangai kat tempat baru, kenalah layan Awan Dania 2 setiap Isnin pukul 9 malam.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2009 04:46 PM | Show all posts
klaka gile scha dlm awan dania smlm...ahaha...
mek asyik gelak je keje...ekekeke..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2009 05:16 PM | Show all posts
heheehe dania sengal gile plak smalam.. cuma ada masanya dia over sgt. hmm ntah la. chunk suruh la tu. chunk tu selagi tak puas ati ngan sesatu scene tu mmg dia suh buat smpai dia pueh ati.
ko nak tau tak mek, aku tgh syok2 layan dania, si 'dania' original call aku ngacau. hampeh tul. saje je menganggu konsentrasi ai

ape2 pun 1st ep ni still baru lg.. dia byk concentrate on lawak sengal n kisah dia gi interview.. tunggu ep 2 lak minggu depannnnn! yeah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2009 05:18 PM | Show all posts
refreshing
Today at 6:04am

Salam semua!!! Gosh i miss writing to you all here on FB.

how u guys been after raya? hope semua had a great time celebrating hari raya. guess what, i just got back from a short trip. it was a great one, i needed it, sangat refreshing. tapi sayangnya scha tak sempat tengok Awan Dania tadi. How was it?

takpe, nanti sure ada re run and scha akan start keje balik lusa. hmm cant wait. sebenarnya scha nak say thanks a lot atas sokongan yg tak jemu dr peminat yg banyak menyokong, harap semua akan terus menyokong saya.

esok lah saya sambung cite, nak shower dulu lah... hehe saje je nak tease

till later

Original post - http://www.facebook.com/note.php?note_id=138521757710
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 05:22 PM | Show all posts
710# avrilizana


avri..tp seriuss klaka...smlm memule mcm malas nk tgk..tp bile pikir dania mesti mcm sengal .. tue yg pegy tgk jgk..ahaha..

mmg klaka giler lahh.byk betol lawak sengal yg dia buat..terutama time interview...   ahahaha..

xsaba nk tgk episod 2!! yeeehaaaa!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2009 02:24 AM | Show all posts
hehe tu la mek.. tp tak tahan gelak plak bab dia gaduh ngan abg2 dia tu..
biar ilang kewanitaan, jgn hilang kesucian, kata acik. hahaha. satu lg suka lines yg "saya kalu suka, mmg semua saraf saya mengembang" hahaha knowing dania... lol
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 09:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 30-9-2009 09:58

Awan Dania 2 sarat elemen komedi romantik

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
[email protected]



Scha serasi dengan watak Dania.

BERBICARA perihal kerjaya glamor di awan biru, pasti yang terlintas di fikiran, gelaran pramugari yang menjurus kepada sosok tubuh tinggi lampai, cantik serta berkeyakinan tinggi.

Mengangkat kisah di sebalik kerjaya penuh glamor itu, ternyata siri Awan Dania yang bersiaran di Astro Ria (saluran 104, Astro) sejak Oktober tahun lalu menerima reaksi yang cukup positif di kalangan peminat setia saluran itu.

Dan pada tanggal 28 September lalu, sekali lagi tunggak utamanya, Scha Al Yahya tampil dalam musim terbaru siri itu yang bersiaran pada setiap hari Isnin pukul 10 malam di saluran berkenaan.

Berbekalkan pengalaman sebagai pramugari, kisah yang memaparkan Dania, seorang gadis berperwatakan kasar yang memilih kerjaya di awan biru memenuhi tuntutan membantu keluarga ternyata tidak langsung memalitkan rasa sukar buat gadis yang cukup ramah ini.

Apatah lagi, ramai yang menyatakan pandangan serupa bahawa watak tersebut cukup serasi dengan jiwa gadis yang mula menempa nama menerusi pertandingan Dewi Remaja 2006 itu.

Selain Scha, Awan Dania 2 turut memaparkan wajah-wajah asal seperti Irma Hasmie dan Mustafa Kamal, antara nama-nama baru yang turut membintangi siri tersebut ialah Jehan Miskin, Fizow Omar, Aida Aris.

Tidak ketinggalan ialah Yasmin Khanif, Wany Mustafa, Eyta Mahmud dan Enny Ridwan.

Bersiaran selama 26 episod, kisah kelasi penerbangan itu kali ini diolah dengan jalan cerita dan pengisian yang lebih menarik dan lebih melucukan.

"Ada banyak perubahan yang cuba kita tonjolkan untuk siri kali ini. Saya sendiri ketika membaca skrip untuk kisah Awan Dania kali ini tertarik kerana ternyata ia mempunyai lebih banyak unsur-unsur komedi dan romantik.

"Berbeza dengan musim pertama, kali ini kita dapat lihat perkembangan kisah cinta dan keluarga Dania serta beberapa karakter baru.

"Kerana Dania mempunyai masalah dengan rakan-rakan penerbangannya pada musim pertama, kali ini Dania mengundur diri dan bertukar kepada syarikat penerbangan baru iaitu Fire Fly," kata Azizi Chunk Adnan selaku pengarah siri tersebut.

Selain berdepan dengan konflik percintaan, Dania turut berdepan dengan tekanan oleh seorang penulis blog yang membenci dan 'menyerang' secara senyap menerusi penulisannya.

Turut dipaparkan ialah gelagat lucu Dania dan abangnya mencarikan calon isteri buat bapa mereka.

Bercerita tentang penukaran kerjaya Dania ke syarikat penerbangan lain, kata Azizi, ia bergantung kepada jalan cerita kisah itu sendiri.

"Musim pertama menyaksikan betapa Hana tidak puas hati dengan hubungan rapat Dania dan Iman.

"Untuk tidak mengeruhkan keadaan, Dania mengambil langkah untuk tidak mengganggu hubungan rakan-rakannya sebab itu dia bertukar ke Fire Fly.

"Dari segi teknikal, pengambaran lebih mudah dilakukan sebab di Subang dan untuk mendapatkan kapal terbang lebih mudah.

"Berbeza musim lalu, masalah dari segi masa kerana terpaksa berulang alik ke LCCT," kata pengarah itu lagi.

Bertemu pada majlis ramah mesra bersama bintang-bintang siri Awan Dania 2 baru-baru ini, pemilik nama sebenar Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya itu mengakui, wataknya kali ini lebih feminin.

"Walaupun sedikit feminin tetapi lebih banyak unsur-unsur lucu dalam siri kali ini.

"Tidak seperti musim terdahulu, kali ini watak Dania akan bercinta dengan Benji (Jehan Miskin) yang dikenalinya menerusi satu kemalangan," jelas aktres filem Histeria itu lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 01:53 PM | Show all posts
muka dia ada iras BCL...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2009 07:25 PM | Show all posts
her twitter address has been updated at e front page of this thread. check it out!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2009 07:41 PM | Show all posts
hahah avri..mmg nmpk best bile dania ngan abg2 dia..mcm rapat giler kannn..ahaha..
tue lah biar ilang kewanitaan jgn ilang kesucian..ekekeke..boley pulak abg dia ckp cmtue kann..ekeke..
tp mmg bestt lahhh awan daniaaa..xrugi tgk!
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 08:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 6-10-2009 14:59

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2009 01:45 PM | Show all posts
heh. tak abis2 la mereka nihhhh.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 09:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 6-10-2009 14:11

aah la.........chic..........ada  iras cam BCL
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.060846 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list