|
Terkena Buatan/Sihir Orang..?/latest by eastrun
[Copy link]
|
|
Originally posted by eva at 7-6-2006 05:32 PM
kupia kena ilmu pengasih mana? nak tahu jugak.
Khabarnya dari 2 punca tapi tak berapa boleh nak percaya sebab belum dapat proof betul-betul.
Dula saya kerja satu department skg dah resign kerja sendiri. Dengan office mate lah ni, saya dah kawin dan ada 2 anak masa tu pun ada orang masih suka lagi. Orang lelaki salah la kan? sebab dia yang mulakan... Ini ada satu bunga kat office cantik, manis sexy lagi jadi bila tengok macam ni saya jadi lemah jugaklah bagilah dia layanan istemewa sikit walau pun tak ada feeling apa apa. Jadi lama lama dah jadi baik sangat dah jadi rapat tak sangka pulak sampai dia boleh jatuh hati dengan saya. Mungkin kerana jahil tentang akibatnya dia sanggup mengamalkan ilmu pengasih ni. Ingat punya ingat ada pernah dia bagi saya makan sepotong cake dalam piring kat coffee corner office sebelum saya berhenti keja. Tak lama lepas tu saya mimpi jumpa dia 3 malam beturut-turut time yang sama jam 2.30 pagi dan terbangun lepas mimpi. Dari awal saya dah duga ada sesuatu dah terjadi tapi tak daya melawan.
Apa lagilah lepas tu asyik teringatkan dia ajalah siang malam, almost every day jumpa dia siang bawak gi lunch, u name it dalam KL ni lounge mana tak pegi. Dia nak apa pun boleh dapat cakap aja apa, walau pun dia tak mintak saya lak yang offer dia, banyak ribu dia dapat (kira halal dunia akhirat lah). Nasib baik boleh kawal tak jumpa malam dan belum lagi terlanjur dengan dia walau pun anytime it can happen. Masalahnya saya dah mula benci dan marah dengan isteri saya dirumah, dah tak bagi layanan yang sepatutnya. Akhirnya timbul kesedaran sendri gi berubat dengan banyak Ustad, yang guna khadam ayat pun ada. Saya berjaya merahsiakan kisah ni dari isteri saya selama lebih 4 tahun dan berkat dia banyak bersabar rumah tangga selamat, hampir-hampir berkecai.
Akhirnya lawan sendiri dengan solat, quran (baca n dengar), doa zikir makan masa lebih 4 tahun baru hilang. Skg dah empat anak, ya Allah anak lelaki yang last 2 tu punyalah lasak punyalah degil (anak jin ke apa). Jin pengasih ni boleh rasa dalam badan terutama bhg kepala. Ada masa dia pusingkan kepala sampai berdiri pun boleh jatuh, berpusing semua. Tak berapa menyakitkan anggota lain, rasa urat bergerak sendiri, belakang badan ada rasa bunga bunga bisa sikit, masa solat sebelah bahagian rambut boleh berdiri sendiri ketakutan. Bacakan Quran kita boleh rasa sakit pindah dari kepala, tengkuk ke tangan kaki, kemudian tangan atau kaki akan rasa panas membara macam tu. Satu sessi tu makan sampai 2 jam baru terasa badan tu lemah longlai.
Ok nanti sambung lagi... |
|
|
|
|
|
|
aturcara This user has been deleted
|
Originally posted by kupia at 8-6-2006 12:54 AM
Khabarnya dari 2 punca tapi tak berapa boleh nak percaya sebab belum dapat proof betul-betul.
Dula saya kerja satu department skg dah resign kerja sendiri. Dengan office mate lah ni, saya dah ...
hmm...kita pun pernah rasa..pening cam tu...ingatkan darah naik..rupanya tak de apa2..Dr check normal..pastu urat bergerak2 toksah citerla...kena cucuk pun ade..suka hati dia je nak cucuk kat mana ...ibu jari kaki pun rasa panas sangat...hmmm |
|
|
|
|
|
|
grenbara This user has been deleted
|
Originally posted by kupia at 7-6-2006 04:57 PM
Kaedah yang menarik keluar unsur ghaib dari dalam jasad dengan cara paksa ni belum pernah lihat, adakah ini juga diamal oleh perawat yang menggunakan rawatan Quran?
Atau adakah kaedah ini sama dengan cara perawat yang menggunakan kibasan kain hitam atau kuning yang banyak diamalkan orang?
Kalau tak silap kaedah ini selalu digunakan oleh perawat yang menggunakan makhluk halus juga?
jumpa kembali,
kaedah rawatan dgn cara menarik keluar jin dr tubuh pesakit secara paksa ini banyak dilakukan sekarang ni berbanding dahulu. Ianya berbeza dari segi
1. bagaimana caranya,
Maaf kupia, akutak dpt nak beri komen bab perawat yg menggunakan kibasan kain hitam atau kuning tu atau rotan kerana belum pernah menyaksikannya dengan mata sendiri. Kalu dengar2 citer org tu memangla biasa. Mereka kata warna kain itu akan mewakili makhluk tertentu yg digunakan. Hitam bagi jin bertaraf panglima (*hitam, hang tuah, jebat dll) dan warna kuning itu pula mewakili kelompok org bunian.
Apa yg aku nak kongsi citer ni ialah apa yg aku sendiri alami.
Apa yg dimaksudkan menarik keluar jin dr tubuh ngan cara paksa ni ialah dengan mengeluarkan jin ni dan memasukkannya kedalam botol.
Proses rawatan dijalankan dengan pesakit berada dihadapan perawat. Apabila sahaja perawat mula bercakap ngan jin yg ada dlm tubuh pesakit, proses rawatan pun bermula ngan mula mula sekali (kebiasaanya) akan ditanya pd jin ialah
i. kenapa menggangu :
Kebiasaanya jin akan memberitahu mengapa dia menduduki tubuh pesakit. Macam macam sebab yg akan dicakapnya. Dlm kes isteri aku pulak, jin cakap dia iri hati pd kami suami isteri, bahagia, banyak rm (nmpak sangat jin ni bodoh) dll. Apa yg dicakap jin ini melalui pesakit adalah menzahirkan apa yg dikata oleh si pendengki kpd bomoh makan upah itu. Harus diingat, tidak semua yg dikata oleh jin itu buleh dipercayai kerana sifat pembohong itu adalah keutamaman jin.
Bagi jin menumpang iaitu jin yg masuk ke tubuh kerana kesalahan pesakit sendiri lain pula citernya. Jin ini biasanya akan berterus terang. Contoh jika sipesakit kencing keatas kepala anak jin berkenaan maka jin tersebut akan menceritakan dr mula kejadian hingga keakhir dan si pesakit bila ditanya selalunya akan mengakui perkara ini.
Ada satu kes dimana seorg pemuda yg telah kencing di satu lopak air selepas habis bermain bola. Katanya dibelakang gol tu semamangnya ada lopak air dan dia mengakui memang kencing disitu. Katanya lagi bila dia pulang kerumah dia dpt melihat kelibat makhluk halus yg sekan mengekorinya. Tetapi dia buat deek je. Lama kelamaan pemuda ini sering bercakap sendiri dan sakit pada tubuhnya. Kebetulan peangainya ini diperhatikan oleh bapanya, dan pd waktu yg sesuai telah membawa pemuda ini utk rawatan. Apa yg dicerita pemuda itu dan jin yg merasuk ada persamaanya. Jin ini begitu marah sekali. Semasa rawatan kekuatan pemuda ini amatlah luar biasa. 5 org yg memegang pemuda ini hampir2 terpelanting dilibasnya.
bersambunggggggg |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eva at 7-6-2006 05:28 PM
kalau dengar jeritan dia mesti kita pon sama takut.
bagaimana kes yg kena kunci? ustaz tu buat mcmana eiks?
Ada pernah tengok yang ni sekali dalam dialog ngan Ustad ni jin tu mengaku memang dia dah tersekat tak boleh keluar, ntah macamana tukang sihir tu buat tak taulah, tapi memang dia tak dapat keluar. Jenis ni yang paling degil paling ingkar tak mau keluar langsung. Kalau dia mau keluar selalunya Ustad yang arif akan tunjukan dia jalan keluar sambil azan kat telinga pesakit. Tapi yang satu ni memang tak akan keluar punya, jadi Ustad akan guna kaedah azab lah sampai dia tak tahan lari keluar atau padam sendiiri, tak tentu ada yang makan masa lama rawat berulang-ulang kali baru dia mengalah. Ustad akan bagi kita wirid untuk amal lepas solat, kemudian dengarkan beberapa surah Quran melalui CD pagi siang malam dalam jangka masa sebulan - tujuan untuk lemahkan jin dalam badan tu supaya mudah nanti rawatan lanjut nak mengalahkan dia. Kalau tak keluar jugak ulang lagi sampai berjaya. Wallahualam bisawab... |
|
|
|
|
|
|
|
kak melur takde ke ari ni??? |
|
|
|
|
|
|
|
ade tak sesapa yg tau mengenai ilmu pelalau ni???
tolong bg info sat... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak lawan iblis sihir ni bukan kerja main2. Susah jugak. Ada yang perut boroi jadi sampai nak pecah. saya sedih dan kecewa sebab ada manusia yang tergamak buat mcm ni. Nak lawan pon susah, lagi menyedihkan tok bomoh demand pengeras yang tinggi. Duit RM50 tu tak mau sekeping dua. Mau 5-6 keping. Mangsa dah lah menderita, duit pon licin. |
|
|
|
|
|
|
|
maaf ler klu dah ada sebab cub baru jer baca bacaria 31 May..
sihir zamn IT.. betul ker?/ dikhabarkan ramai dah terkena sihir ni.. ada 2 cara :
1. menggunakan symbols SMS..
2. panggilan telefon waktu dinihari (3-4 subuh)..tp bila mangsa cuba nak jawab panggilan tuh, hanya bunyi dengungan saja yg dpt didengar..
betul ker ada benda nih...klu betul le ada sihir cara IT ni, mmg tak senang hidup la klu mcm ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by minahmanja at 9-6-2006 02:24 PM
ade tak sesapa yg tau mengenai ilmu pelalau ni???
tolong bg info sat...
Sihir pelalau yang orang orang panggil tu maknanya sihir pemisah, sihir nak memisahkan sepasang suami isteri, memisahkan orang dari mendapat jodoh, memisahkan peniaga dengan pelanggannya, memisahkan pekerja dengan majikan dan lain-lain. Tak dinamakan sihir kalau tidak melibatkan jin jin pengiring. Wallahualam.
Betulkan kalau salah. |
|
|
|
|
|
|
|
sihir pelalau ni,jajar sendiri pernah kena...suami siap tak senang dok rumah,macam panas..kalu balik rumah pun tak boleh masuk terus,kadang dia dok kat luar rumah jiran.
kalu dia balik rumah dekat time maghrib,dekat luar gate dia dah start marah marah..semua tak kena.
macam2 dihantarnya oleh pompuan yg satu lagi,kalu dok kat dalam rumah tu,macam dok dalam oven..
mcm mcm bendalah jadi..jajar byk aquarium..semua retak n pecah,burung kakak tua mati....kucing 3 ekor mati...gambar kawin jajar tiba2 retak seribu.
puas jugalah berubat.....kat 3 tahun,tapi nw alhamdulilah..dah pindah rumah..dah tengok dgn mata sendiri benda benda jin n sihir ni semua... |
|
|
|
|
|
|
aturcara This user has been deleted
|
Originally posted by jajarbinks at 10-6-2006 06:34 PM
sihir pelalau ni,jajar sendiri pernah kena...suami siap tak senang dok rumah,macam panas..kalu balik rumah pun tak boleh masuk terus,kadang dia dok kat luar rumah jiran.
kalu dia balik rumah dek ...
boleh tak jajar citer secara detail pasal sihir pelalau ni..mungkin pengalaman jajar ni dapat jadi rujukan pada org lain... |
|
|
|
|
|
|
|
pengalaman....masa mula2 tu tak prasanlah apa yg tak kena...ingatkan hubby tension keja kat ofis,tapi prasan juga tengok muka dia kadang2 hitam,kadang2 ok,pastu slowly apa yg kita buat semua tak betul. dia tengok muka kita pun dah tak suka,asyik nk marah.
tapi yg jajar prasan bila we all tak kat rumah..mcm pi jln2 ke ,balik kpg ke..dia ok..cuma nampak mcm resah je..tapi taklah nk mrh.bila sampai je depan gate rumah dia dh start nk mrh.kadang kalu dia balik,especial kat time magrib,kita lambat sikit ke bukak pintu..dia dh menjerit2,siap kadang2 maki kita. masa tu pun dah mula start rasa peliklah...
Yg start jajar syak ada yg tak kena bila dia start balik lambat.sampai 4 pagi..kata ada meeting,tapi mmg pun kerja dia kadang2perlu meeting esp kalu boss dia frm overseas dtg. taknak lah buruk sangka.Pastu startlah outstation pula....pun jajar tak syak apa lagi...tapi mcm tulah resah,nak marah,tanya sikit melinting.
nak jadikan crita,satu hari si pompuan tu talipon rum jajar bout 1 pagi..kebetulan jajar n hubby bru balik frm kenduri.kata pompuan tu nak ckp dgn my hubby..i pun terkejutlah..i tanya nama dia ckp pula,but i just said my husbd takda.
masa tu dah nampak my husbd kelam kabut..tapi jajar cool lagi,dan bermulalah episod sihir terjadi....di fikirkan balik,i rasa masa tu pompuan tu begitu confident dia dah dpt my hubby..tu yg dia berani call.......
interesting ke crita jajar??...nanti sambung later ok!!!!!!! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
aturcara This user has been deleted
|
Jajar, sambung la...citer jajar boleh jadi rujukan atau mungkin sekarang ni ade forummer kita yang melaluinya... |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan...
start dari situlah episod episod drama bersiri berlaku....my hubby start balik lambat,ada hari yg balik awal dia nanti gelisah,time yg slalu nampak ketara kalu time dia bangun tido.....tak kiralah kalu bangun pagi atau yg bangun tido ptg...salah tanya sikit dia akan maki maki,menjerit2 kat kita...kejap pastu dia mcm ok ckp baik pula.mmg masa tu confuse betul jajar... tapi tak syak apa2.ingatkan dia dok angau ingat pompuan tu
my hubby ni mmg ada hobi yg tak boleh dipisahkan dr diri dia...since dia tgh angau..hobi dia tu pun dia tk heran..kwn2 dia pun dia tk jumpa.jajar pun selidik punya selidik rupanya itu pompuan stewardes......tak lawa pula tu....compare dgn stewardess lainlah....byklah perkara2 in between yg terjadi...kalu nk crita 3 bulan tak abis.time yg jajar bengang..dah tau husbd kita kat rumah tido boleh si pompuan tu call hp husbd pukul 3 pagi,mmglah husbd tak dgr fon bunyi...bila jajar jwp pompuan tu pula bengang.
dlm pada tu jajar pun hairan kerana jajar begitu sabar menghadapi dugaan tu,tak pun melenting kat my hubby,stil mencari cara yg terbaik utk menyelesaikan problem.pendekkan cerita...dgn kuasa allah tiba2 husband i jatuh sakit..deman panas sampai dia tak sedar 2 hari.so jajar tak tau nk buat apa ,suruh my sis n my sis inlaw dtg tolong jajar incase benda tk elok terjadi...
dlm masa yg sama itu pompuan dok call my husbd talipon kat beribu lemon kali...tapi jajar tak jawap...coz tgh blur blur.last my sis yg jwp n si pompuan tu kata dia tau my husbad sakit n dia kata dia tau kenapa my husbd sakit???mmg my sis pun confuse..nk jadikan crita dia insits juga nk dtg rum tengok my hubby,so jajar pun masa tu otak dah tk boleh fikir...cakap yes je....selambalah pompuan tu dtg rum jajar......yg hairan tu jajar tetap sabar,mcm tak boleh nak marah...kalu bini lain dah bagi batang penyapu agaknya...
masa tu my hubby stil tak sedar diri lagi....pompuan tu siap berumahtangga kat rum i,siap jaga my hubby..ingat2 balik memang kelakar.dia siap ckp kat i n my sis,apapun dia nak kawin dgn my husband. so hari ke2 tu since dia tak nak balik lagi .i terpaksa panggil my hubby punya best frien suruh dtg n suruh pompuan tu balik,
pendekkan crita...my hubby dah mcm sedar tapi dia terkejut beruk tengok si pompuan tu ada kat rumah we all...macam crita hindustan kan!!!siap my husband marah we all kenapa bawa pompuan tu dtg....masa nk bwa my hubby clinic pun pompuan tu sibuk nk ikut,we all mcm blur takleh nk mrh dia.last my hubby frien dtg rum n halau pompuan tu balik. tapi sebelum balik siap pompuan tu suruh my hubby pilih siapa yg my hubby nak.
my hubby senyap je....pas pompuan tu blah...my hubby frien ckp lama juga dgn my hubby...n my hubby sendiri minta tolong berubat kan dia.....cuz my hubby pun tak sangka yg pompuan tu sampai berani dtg rumah!!!!
oklah...nanti sambung lagilah kalu ada permintaan yg nak membaca cerekarama jajar........ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kecubung at 10-6-2006 09:04 AM
maaf ler klu dah ada sebab cub baru jer baca bacaria 31 May..
sihir zamn IT.. betul ker?/ dikhabarkan ramai dah terkena sihir ni.. ada 2 cara :
1. menggunakan symbols SMS..
2. panggilan telefon waktu dinihari (3-4 subuh)..tp bila mangsa cuba nak jawab panggilan tuh, hanya bunyi dengungan saja yg dpt didengar..
betul ker ada benda nih...klu betul le ada sihir cara IT ni, mmg tak senang hidup la klu mcm ni..e ...
Alamakk..aku penah la dapat call kol 3 pagi buta nih...tapi dia salah nombor, masalahnye asek2 panggil nama intan, pastu kadang2 dapat sms tanya apakabar intan,...eee...ngek ngok tol:geram: |
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku sihir pakai sms atau secara IT ni boleh terjadi sebab biasanya orang nak sihir dia kena guna benda yang ada dari kita, contohnya baju yang pernah kita pakai, atau rambut atau kuku atau kulit kita (sebab ada bau kita dan sebab tu orang dulu2 kalau benda2 depa tanam elok2) air ludah pun diaorang leh guna gak, sebab tu takleh meludah air bertakung, senang orang nak amik dan sihirkan kita...
jadi zaman sekarang ni senang aje, bomoh suruh jin dia aim orang yang guna nomboe telepon tu takpun sape2 yang angkat tepontu.
sebabtu orang tua2 tak bagi kita angkat barang2 yang tepi2 jalan yang kita tak tahu sape punya, sebab salah satu cara menyihir dia boleh ejas ngan jin dia ko kenakan sape2 yang angkat duit tu... camtu la lebih kurang
ni yang aku dengar dan orang cier kat aku la, aku tak tahu, nak kuar dalil hadith dan al-Quran mmg takde la, jadi korang refer la pada alim ulama kita ye utk lebih pasti |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jajarbinks at 11-6-2006 12:47 AM
sambungan...
start dari situlah episod episod drama bersiri berlaku....my hubby start balik lambat,ada hari yg balik awal dia nanti gelisah,time yg slalu nampak ketara kalu time dia bangun tido. ...
ermmm dah kisah sampai dtg rumah... memang susah sgt la tu.
why not jajar usahakan sendiri?? sian tengok suami mcm tu tau |
|
|
|
|
|
|
aturcara This user has been deleted
|
Originally posted by jajarbinks at 11-6-2006 12:47 AM
sambungan...
start dari situlah episod episod drama bersiri berlaku....my hubby start balik lambat,ada hari yg balik awal dia nanti gelisah,time yg slalu nampak ketara kalu time dia bangun tido. ...
sambung la lagi..sampai habis... |
|
|
|
|
|
|
aturcara This user has been deleted
|
Originally posted by hafizuka at 11-6-2006 06:29 PM
bagi aku sihir pakai sms atau secara IT ni boleh terjadi sebab biasanya orang nak sihir dia kena guna benda yang ada dari kita, contohnya baju yang pernah kita pakai, atau rambut atau kuku atau kul ...
zaman sekarang dah canggih...jadi sihir pun canggih ek... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aturcara at 11-6-2006 07:12 PM
zaman sekarang dah canggih...jadi sihir pun canggih ek...
ac nasib baik tak bleh sebar sihir through internet..
maunya semua kita kena 'virus' kat forum nie :lol |
|
|
|
|
|
|
| |
|